Monday, December 19, 2011

Anwar Ibrahim Tanya.., " Untuk Apa Bersumpah..?"

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mencari alasan untuk tidak menyahut cabaran Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya bersumpah bagi membuktikan dakwaannya bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.

Menurutnya, perbuatan tersebut tidak perlu dilakukan kerana dakwaan yang dibuatnya adalah berdasarkan fakta dan laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia sendiri.

"Untuk apa bersumpah? Ini soal rasuah, soal jenayah. Jawapannya bukan dengan bersumpah.

"Kita tahu hukum mufti. Ini bukan soal sumpah, soalnya bagi keterangan," katanya ketika ditemui pemberita di Konvensyen Pembangunan Ummah Pulau Pinang, di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir mencabar Ketua Pembangkang itu bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri tersebut pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

Anwar memberitahu, permintaan supaya surat yang dimaksudkan itu ditunjukkan pula, dianggapnya sebagai satu perangkap.

"Bukti ada, fakta pun ada. Nak cari surat yang dihantar oleh kerajaan, ini hanya helah saja. Mana saya ada simpan fail atau surat itu.

"Kalau saya bawa keluar nanti kena dakwa atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) pula. Nanti Tun Dr. Mahathir dakwa saya pula," ujarnya.

Video Klip Ngeri...! Awang Hitam Dibelasah Penduduk Kg Medan....



Warga Afrika yang dirakamkan sedang dibelasah teruk oleh orang ramai itu dikatakan ditangkap oleh orang ramai atas cubaan merompak dan menyamun dengan menggunakan senjata.

Mereka melakukan rompakan secara berkumpulan. Hanya seramai 3 orang warga Afrika tersebut yang berjaya ditangkap oleh orang ramai. Kejadian dikatakan berlaku di Kampung Medan.

Melaui video kelihatan orang ramai memijak-mijak memukul dengan berbagai alat dan ada juga yang menendang dan menekan dada warga Afrika tersebut dengan kaki. Ada yang lebih terror lagi apabila menyapu muka serta mulut warga Afrika itu yang berdarah dengan kakinya.

Ringkasnya mereka memukul bersambung-sambungan sesekali rancak dan sesekali rehat.

Nasib baik Warga Afrika tidak melawan, kalau dia menunjukkan reaksi melawan, sudah tentu lebih teruk lagi dia akan dibelasah dan berkemungkinan besar maut di tangan orang ramai....

Mereka yang berada di situ dan menyaksikan bagaimana warga Afrika melakukan cubaan merompak sudah tentu akan merasa berang dan menaruh dendam pada kumpulan tersebut dan apabila kumpulan itu tertangkap maka tidak hairanlah semua lupa diri membelasah bagi melepaskan geram...!!

Tetapi bagi mereka yang hanya melihat sekerat jalan dan tidak menyaksikan adengan meromppak yang dilakukan warga Afrika tersebut sudah pasti akan merasakan ianya agak brutal dan kejam tindakan orang ramai memperlakukan seorang manusia yang sedang terbaring tidak bermaya sebegitu.

Terlebih lagi jika ia disaksikan oleh bangsa yang sama dengan pemuda yang sedang dibelasah itu akan menimbulkan kemarahan mereka terhadap penduduk negara kita.

Begitu juga perasaan kita apabila melihat orang kita dibelasah oleh orang lain dari bangsa lain, sudah pasti kita akan menaruh dendam.

Secara teorinya elok kita berkas pesalah dan dibawa kemuka pengadilan untuk diadili dan jika didapati bersalah pihak yang berkuasa akan menjatuhkan hukuman yang setimpalnya terhadap para pesalah.

Itu hanyalah teori, bukan mudah untuk menahan diri apabila melihat peluang berada di depan mata melepaskan geram pada warga Afrika. Tambahan pula mereka semakin ramai dan biadab di negara kita...

Anwar Ibrahim Ada Berani...??


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersara daripada politik dengan segera sebelum terus menjadikan rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai platform untuk melepaskan dendam terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Penasihat PKR itu seharusnya bertindak gentlemen dengan menentang Dr. Mahathir secara peribadi kerana semua isu yang dicetuskan olehnya merupakan kisah-kisah lama antara beliau dengan bekas Perdana Menteri itu.

''Kalau kita tengok, segala isu yang Anwar cuba mainkan sangat bersifat dendam terhadap Dr. Mahathir, jadi buat apa lagi beliau duduk dalam politik ekoran beliau tidak pernah membangkitkan isu untuk kepentingan rakyat.

''Justeru dalam isu kononnya Dr. Mahathir menulis surat kepada Bank Dunia itu, telah terang dan jelas yang Anwar cuba memainkan isu peribadi. Jadi wajarlah beliau berhenti daripada politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zahrain mengulas tindakan Dr. Mahathir yang mencabar Anwar memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.

Mengulas lanjut, beliau percaya, Anwar tidak akan menyahut cabaran tersebut memandangkan isu itu sememangnya tidak benar dan dakwaan tersebut hanya strategi untuk mengganggu kepercayaan rakyat terhadap Dr. Mahathir dan Barisan Nasional (BN).

Demo Anti AUKU Latheefa Koya Kurang Ajar Kat Peniaga Yang Marah...



Sunday, December 18, 2011

Osman Ali Kata Adegan Ranjang Penting......

Minggu lepas Siti ada tulis fasal adegan ranjang. Siti menganggap adegan ini hanya dibuat oleh pengarah yang malas untuk menyampaikan maksud adegan itu dengan cara lain.

Minggu ini (Lihat Pancaindera hari ini) pengarah filem Ombak Rindu, Osman Ali kata, adegan ranjang dalam filem itu penting untuk mengekalkan keaslian cerita yang diadaptasi dari novel.

Maknanya nak tak nak kena buat juga. Macam orang terjatuh dalam sungai, nak tak nak kena kuak juga, kalau tidak lemas. Begitulah pentingnya adegan ranjang dalam Ombak Rindu.

Siti bukan pengarah filem, bukan penulis skrip jauh sekali penulis novel. Tapi Siti fikir seseorang yang berkarya mesti kenal dirinya dan tahu lingkungannya. Lingkungan bermakna sosiobudaya masyarakatnya.

Tapi yang penting kena kenal diri. Kalau tak kenal diri, kita akan tiru orang lain.

Kalau pengarah Hollywood yang membuat adegan ranjang, orang tak kisah pun. Sebab orang tahu itu adalah budaya fikir pengarah Hollywood.

Tapi bila Osman Ali buat, orang kisah sebab dia orang kita. Orang kita tak macam Hollywood.

Tapi kekangan itu bukan bermakna kita jumud, kolot, konservatif dan macam-macam lagi yang membawa maksud tidak moden. Tak moden mana pun kalau setakat kreatif nak buat adegan ranjang.

Ada orang kata, dunia filem kita telah diresapi oleh pengaruh sekular dan liberal kononnya untuk maju macam filem Hollywood. Siti tidak pasti tapi itulah keluh kesah yang kedengaran di sana sini.

Cuma Siti lihat macam ada agenda terancang. Mula-mula perjuangkan hak asasi manusia (kononnya), lepas itu perjuangkan seks bebas, perjuangkan perkahwinan sejenis dan sekarang filem kita pun dengan selamba buat adegan ranjang. Adakah semua ini ada kaitan antara satu dengan lain?

SITI JARUM: Bebas timbulkan persoalan. [Utusan Online]

Datuk Saifuddin Abdullah Ade Kisah Silam, Ade Nostalgia Dengan Anwar Ibrahim......?

LG pun dah naik meluat dengan character yang dimainkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah tak habis habis nak jadi "representative voice" untuk pembangkang..!

Lepas satu..., satu..., ade aje kontrovesi yang dibuat oleh Datuk Saifuddin, perangainya tak ubah macam wakil pembangkang.

Ada kisah silam, nostalgia Saifuddin Abdullah dengan Anwar Ibrahim rupa-rupanya...., baca seterusnya, klik sini

Anwar Ibrahim Kantoi...! Tun Mahathir Pernah HALAU Wakil IMF Keluar Dari Pejabatnya......

Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

"Saya minta dia (Anwar) tunjukkan surat itu kalau ada. Saya yang menolak semasa wakil Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) datang nak tawarkan bantuan dana.

"Saya nak suruh dia bersumpah menjunjung al-Quran bersama saya jika benar saya menulis surat itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Multaqa Wedatul Ummah Ketiga anjuran Persatuan Kariah-Kariah Masjid Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Kariah-Kariah Masjid Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberitahu, beliau ada bersama Dr. Mahathir ketika wakil IMF tersebut datang menemui mereka.

"Tun (Dr. Mahathir) menghalau mereka keluar dari pejabatnya," katanya yang ketika itu merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara.

Laman portal propembangkang semalam melaporkan, kelmarin ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing, Anwar mendakwa Dr. Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Anwar berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

Katanya, walaupun beliau mempengerusikan Jawatankuasa Pembangunan IMF dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada Presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.

Saturday, December 17, 2011

Siape La Dalam Umno Jadik Dalang Turunkan Bendera Gambar Datuk Seri Najib Kat Pwtc..??

Selepas Rafizi Ramli mencabar Ketua Pemuda UMNO berdebat di gelanggang UMNO sendiri iaitu Dewan Merdeka, PWTC, hari ini sekali lagi golongan yang sememangnya mendokong Pakatan Rakyat, menunjukkan betapa jantannya mereka.

Perarakan mahasiswa yang dikatakan sangat bijak, sangat hebat dan sangat diperlukan oleh negara, turut disertai upacara menurunkan bendera yang ada muka Najib Abdul Razak di Ibu Pejabat UMNO sendiri.

Seperti biasa, esok, ramailah orang UMNO yang akan melalak dan kesal dengan tindakan pelajar-pelajar (atau yang menyamar sebagai pelajar) terbabit.

Alasan berarak ke Ibu Pejabat UMNO untuk menyerahkan memorandum kepada UMNO kelihatan sangat menggelikan hati kerana alasan tersebut adalah yang paling lawak untuk mewajarkan sesuatu yang sangat biadap.

Apa pula kaitan UMNO dengan memorandum berkenaan? UMNO hanyalah salah satu daripada komponen dalam Barisan Nasional, manakala segala keputusan kabinet bukannya keputusan UMNO semata-mata.

Undang-undang dan akta pula diluluskan oleh Parlimen dan di dalam Parlimen, bukan hanya UMNO yang jadi komponen utamanya.

Dan yang paling menimbulkan tanda tanya serta misteri adalah Saifuddin Abdullah yang menjadi wakil UMNO menerima memorandum berkenaan....

Blogger The Flying Kick

Datuk Seri Najib Yakin Pakatan Pembangkang Dah Makin Rapuh....

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, asas pakatan yang rapuh termasuk perbezaan ideologi di kalangan parti pembangkang menjadi punca mereka menghadapi pelbagai masalah sesama sendiri.

Perdana Menteri berkata, pakatan seperti itu tidak boleh bertahan lama kerana pakatan pembangkang bekerjasama kerana benci kepada Barisan Nasional (BN) sahaja.

”Itu tak boleh menjadi asas untuk bertahan lama sebab bila mereka ada perbezaan pendapat dan pendirian yang begitu fundamental, maka lambat laut akan timbul percanggahan yang ketara antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita ketika melancarkan Kelab Usahawan Siswazah Tani (MyAgrosis) peringkat kebangsaan dan Perhimpunan Perdana Usahawan Belia dan Siswazah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai perkembangan politik membabitkan parti-parti pembangkang yang dilihat menghadapi pelbagai masalah termasuk dalam usaha untuk bekerjasama.

Najib berkata, pakatan rapuh itu berbeza dengan BN yang sentiasa bekerjasama kerana mempunyai satu dasar sahaja yang diterima oleh semua parti komponen. – BERNAMA

Friday, December 16, 2011

Pemimpin Umno..., Tolong Jangan Main Bomoh Kalau Nak Berpolitik..!

Bekas Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan ahli politik supaya tidak mencari bomoh kerana ia tidak dapat menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum.

"Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan.

"Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan," katanya.

Menulis dalam blog beliau kelmarin, Dr Mahathir berkata, kita tidak harus menambah kepercayaan karut yang menjadi halangan kepada kejayaan orang Melayu yang sudah sedia banyak.

Dalam tulisan panjangnya itu juga, Dr Mahathir mengingatkan supaya orang Melayu tidak menjadi bangsa penakut dan percaya kepada makhluk halus yang tidak disebut dalam Islam seperti hantu, pelesit, toyol.

Katanya, kepercayaan yang berasal daripada zaman pra-Islam itu antaranya pernah menyebabkan kegagalan tentera Melayu menghadapi Siam sebelum kemerdekaan negara ini.

"Dan mereka pun kalah kerana tidak percaya mereka boleh menang. Mereka tidak pun dapat mempertahankan diri mereka. Mereka kaku disebabkan ketakutan. Dan askar Siam boleh menyembelih mereka.

"Yang lain melarikan diri, tidak berani mengadap orang kebal, boleh meresap, boleh tiba-tiba berdiri di atas pokok di belakang pasukan Melayu," katanya menyentuh mitos kebal orang Siam.

Menceritakan pengalaman peribadinya ketika bertugas sebagai doktor, Dr Mahathir berkata beliau pernah bertemu lelaki yang dikatakan kebal selepas dicucuk jarum emas ke badannya.

"Apabila dia datang saya bertanya bolehkah saya cucuk jarum ke dalam badannya. Dia mendakwa jarum tak mungkin masuk kerana dia tidak mengizinkannya.

"Saya cucuk dan jarum masuk seperti biasa. Dia tidak kebal," katanya lagi.

Umno Jugak Yang Disalahkan....!! Dah Agak Dah.....

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS.

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama organ parti Harakah dan Harakahdaily di Kuala Lumpur, hari ini.

Mustafa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib dilaporkan berkata, Hasan tidak menerima pencalonan mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

'Kekecewaan Tidak Terpilih'

Hasan pula selepas itu dilaporkan berkata akan terus bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja.

Mengulas perkara itu, Mustafa berkata, kenyataan itu menggambarkan Dr Hasan seolah-olah mempersoal dasar Islam yang diperjuangkan PAS dan terpengaruh dengan tuduhan parti itu diperalatkan DAP.

"Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai timbalan presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," beliau dipetik sebagai berkata kepada organ parti PAS.

Mustafa juga dilaporkan turut menegur Saari yang dianggap mendahului parti sedangkan urusan calon pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

Bagaimanapun, veteran PAS itu berkata, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti kerana ahli menyokong dasar Islam dan bukannya individu.

"Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

"PAS pernah kehilangan presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya.

Thursday, December 15, 2011

Sudah Berkahwin Tergamak Mengaku Bujang "Tidur" Kongsi Toto...

Seorang pekerja bengkel membaiki jentera yang sudah berkahwin tergamak mengaku bujang apabila disoal siasat penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) ketika dicekup berkhalwat, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 29 tahun dan pasangannya berusia 21 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi ketika sedang berdua-duaan dalam sebuah rumah di Batu 1 ½ Tanjung Agas, di sini, untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, lelaki itu mengaku sudah tujuh tahun berkahwin dan memiliki dua anak yang kini menetap di Melaka selepas didesak PPADL.

Dia juga mendakwa datang ke rumah teman wanitanya untuk berehat seketika, tetapi tertidur kerana keletihan selepas pulang bekerja dari Johor Bahru.

Manakala, pasangannya adalah warganegara Kemboja dan baru sahaja memeluk Islam pada Julai lalu.

Mereka berkenalan sejak setahun lalu dan bercadang untuk mendirikan rumah tangga pada April tahun depan.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuai Pegawai Penguat Kuasa, Zainal Kadiran memeriksa rumah itu.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu.

“PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T paras lutut sedang baring di atas tilam,” katanya.

Pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati dan Balai Polis Sagil untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut, sebelum dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahfuz Omar Kata Kalau Dr Hassan Ali Nak Tinggalkan Pas..., Silakan..!!

PAS tidak pernah menghalang mana-mana pemimpinnya daripada meninggalkan parti dan menyertai Umno, termasuklah exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Terpulangkan kepada dia," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas desas desus bahawa Dr Hasan akan keluar parti.

Sejak beberapa tahun lalu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS
negeri sering dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong idea kerajaan perpaduan kedua-dua parti Melayu terbesar itu.

Dr Hasan bahkan pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan Melayu-Islam, termasuk PAS dan Umno.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mahfuz berkata, PAS tidak pernah membantah mana-mana anggotanya meninggalkan parti kerana ia merupakan hak dalam negara demokrasi.

Beliau bagaimapun berkata tidak pasti bahawa khabar angin itu benar ataupun tidak.

Anggota parlimen Pokok Sena itu menegaskan, PAS mampu menangani perkara itu jika berlaku kerana pernah melalui pengalaman seumpamanya sebelum ini.

"Isu keluar parti ini PAS sudah lama lalui dah. Presiden parti pun pernah keluar.

"Tetapi PAS masih terus berjalan seperti biasa," katanya merujuk kepada keluarnya presiden keempat parti Islam itu pada tahun 1982 akibat krisis kepimpinan.

Mahfuz juga menegaskan, PAS sentiasa bergerak sebagai sebuah organisasi dan tidak pernah bergantung kepada mana-mana individu untuk tujuan itu.

Ini Dia Kot Calon2 Winnable BN Untuk Pru 13 Nanti.....

Yang membuatkan ahli-ahli serta penyokong PAS bencikan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa hanyalah satu.., iaitu kenyataannya tentang perpaduan sesama Islam antara PAS dan UMNO. Hanya kerana tuntutan perpaduan inilah juga, Nasharuddin kehilangan jawatannya dalam PAS.

Begitu juga dengan bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Hasan Ali. Beliau juga kehilangan jawatannya akibat sikap cemburu pemimpin-pemimpin PAS Selangor tentang hubungan baik Dr Hasan dengan UMNO negeri. Dan sehingga kini, Hasan Ali masih lagi dianggap sebagai pengkhianat parti.

Dari apa yang terjadi kepada Nasharuddin dan juga Hasan Ali, kita dapat melihat bahawa prinsip sebenar PAS dalam berpolitik BUKAN untuk memperjuangkan Islam, tetapi PAS lebih kepada memperjuangkan kuasa dan merampas pemerintahan dari pimpinan Islam yang sedia ada.

PAS sebenarnya tak pernah peduli sama ada UMNO itu juga dianggotai oleh umat Islam yang diangkat oleh Allah sebagai pentadbir negara. PAS juga tak pernah peduli jika UMNO itu telah lama berjasa serta berusaha mengangkat hak martabat bangsa melayu dan mempertahankan agama Islam.

Yang PAS tahu, UMNO harus ditumbangkan dan PAS harus berkuasa. Bukankah itu gila kuasa namanya? PAS juga berkata UMNO tak layak memerintah, tetapi siapakah pemimpin-pemimpin PAS yang paling layak untuk memimpin negara? Hadi Awang? Nik Aziz? Mat Sabu? Husam Musa? Ataupun Mahfuz Omar?

Sudah lama PAS diberi peluang mentadbir negeri Kelantan, tapi apa faedah yang rakyat Kelantan dapat dibawah pimpinan Nik Aziz? Cukupkah jika Menteri Besar PAS tersebut hanya menjanjikan syurga, pahala dan kesenangan akhirat bagi menutup kelemahannya menyediakan kemudahan asas pada rakyat?

Dan selepas PRU12, Kedah pula “diserahkan” oleh Allah kepada PAS.., namun selepas 3 tahun pentadbiran Ustaz Azizan, mengapa masih ada rungutan dari rakyat Kedah mengenai permasalahan dalam pentadbiran negeri? Malah ada yang mengatakan, kerajaan negeri terdahulu lebih baik dari kerajaan PAS Kedah.

Semua ini jelas menunjukkan PAS masih perlu belajar untuk menjadi pentadbir yang baik bagi rakyat. Dan untuk belajar, PAS perlu belajar dari yang berpengalaman. Didalam negara ini, hanya UMNO menjadi parti melayu yang paling layak untuk menjadi guru kepada PAS. Bukannya DAP dan tentu bukan PKR.

Inilah yang mungkin disedari oleh Nasharuddin Mat Isa serta Hasan Ali. PAS perlu menjalinkan kerjasama dengan UMNO demi umat Islam dan juga demi rakyat Malaysia. Bukan sahaja perpaduan itu dituntut oleh Islam, tapi perpaduan antara dua parti melayu itu juga akan mematangkan PAS untuk menjadi pentadbir yang baik.

Apa guna PAS belajar dari DAP yang telah lama menjadi pembangkang? Lagipun DAP secara terang-terangan menolak elemen Islam yang cuba dibawa oleh PAS. Dan bodoh lah sekiranya PAS mahu belajar dari PKR. Bukan kah PKR itu adalah parti yang disertai oleh mereka-mereka yang kecewa...?

Jika PAS terus berdegil serta bersikap bodoh sombong didalam percaturan politik mereka, tak mustahil PAS akan kehilangan lebih banyak kerusi di Pilihanraya umum akan datang. Inilah yang cuba disuarakan oleh Bekas Timbalan Presiden PAS dan juga Bekas Pesuruhjaya Negeri Selangor.

Tapi apakah pemimpin tertinggi PAS mahu sedar...?

myKMU.net