Tuesday, October 18, 2011

Ella Akan Umumkan Bakal Suaminya....!!

Selepas agak lama sepi tanpa cinta baru, rocker berusia 45 tahun ini semakin berseri-seri. Dia kini semakin ceria dan tidak berselindung lagi tentang pria yang dikatakan telah bertakhta di taman hatinya.

Menurut Ella, hatinya kini sudah dimiliki. Tetapi dia belum bersedia mendedahkan sepenuhnya identiti lelaki bertuah itu. Sebaliknya, kata anak kelahiran Klang, Selangor ini, biarpun perkara itu diketahui sendiri orang semua pihak.

"Biarlah wartawan atau peminat tahu sendiri kerana saya tidak mahu komen panjang. Kalau anda bernasib baik dia (kekasih) akan datang ke konsert Whitesnake di Stadium Merdeka , Kuala Lumpur, 30 Oktober ini.

"Itu pun kalau dia ada di sini (dalam negara) sewaktu konsert itu berlangsung. Cuma apa yang boleh saya cakap, dia orang biasa sahaja," ungkapnya selepas pelancaran konsert Whitesnake di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Umno Ade Peluang Menang Kerusi DUN Selat Klang...!!!

Lebih 100 peniaga pasar malam di Kampung Delek Kiri di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Klang memindahkan mereka ke lokasi baru yang didakwa mereka lebih sempit dan tidak sesuai dijadikan tapak pasar malam.

Peniaga mempersoalkan keperluan memindahkan pasar malam itu kerana ia sudah beroperasi di tapak lama itu sejak 28 tahun lalu tanpa ada sebarang masalah atau bantahan. Pengerusi Badan Bertindak Pasar Malam Kampung Delek Kiri, Zakaria Saleh hairan mengapa secara tiba-tiba sahaja pasar malam itu hendak dipindahkan sedangkan ia hanya dibuka sekali seminggu.

Beliau juga kesal kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr. Halimah Ali dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menjawab surat bantahan daripada peniaga pasar malam itu.

Nampaknya Pakatan PR terus-berterusan tidak mengendahkan rintihan peniaga-peniaga kecil Melayu.

"Kami cuba berjumpa dengan ADUN kawasan ini tetapi sehingga hari ini beliau enggan bertemu dengan kami," kata mereka ketika bersama peniaga yang lain mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah keputusan MPK itu.

Perhimpunan itu kemudiannya hampir mencetuskan pergaduhan apabila sekumpulan individu yang mendakwa sebagai penduduk tempatan mengherdik peniaga mendakwa pasar malam itu menimbulkan pelbagai kesusahan kepada penduduk.

Seorang penduduk kampung itu, Mohd. Haridan Bohari pula berkata, majoriti penduduk tiada sebarang masalah dengan pasar malam, malah ia telah memudahkan penduduk untuk membeli barang keperluan.

Penduduk kampung itu mendakwa, kebanyakan mereka yang hadir bagi membantah pasar malam itu kebanyakan adalah orang luar. Ianya seperti diupah seseorang untuk menutup pintu rezki peniaga-peniaga kecil tersebut.

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) menuntut Halimah ADUN PR supaya mengadakan pertemuan antara penduduk dan peniaga bagi mencari penyelesaian terbaik.

Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, jika benar penduduk membantah, peniaga mahu mendengar sendiri dan kemudian kesemua pihak boleh berbincang. Akibat tindakan terburu-buru MPK, peniaga terbabit telah tidak dapat berniaga pada minggu lalu dan tentunya mereka mengalami kerugian.

Dimaklumkan lebih 40 peniaga sudah membuat laporan polis kerana diganggu dan tidak dapat berniaga pada minggu lalu. Pertubuhan Ikhlas akan bantu mereka untuk mendapatkan pampasan sama ada daripada ADUN kawasan itu atau pun kerajaan negeri atas kerugian yang mereka alami.

Monday, October 17, 2011

Diam Tanda Setuju..! Datin Seri Rosmah Setuju Dengan Semua Cerita Chegu Bard Pasal Cincin R M24 Juta.....



Datuk Sri Najib Takut..., Arahkan Ketua Audit Negara "Amend" Laporan...??

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan adakah Ketua Audit Negara mendapat tekanan dari kabinet sehinggakan penyerahan laporan itu tidak dapat dilakukan.

"Saya ingin tahu adakah wujud tekanan yang dikenakan oleh kabinet kepada Ketua Audit Negara, seolah-olah laporan tersebut perlu disunting kembali.

"Adakah Najib takut dan risau dengan laporan tersebut sehinggakan ia terpaksa ditangguh pengedarannya?" soalnya.

Kelewatan pengedaran laporan audit telah berlaku pada 2008 hingga 2010, hampir seminggu barulah diberikan manakala tahun ini sejak dari belanjawan dibentangkan sehingga ke hari ini tidak lagi diberikan laporan tersebut kepada ahli parlimen.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee hari ini menjelaskan pihak Parlimen sehingga sekarang masih belum menerima Laporan Audit Negara dan menyifatkan Parlimen juga senasib dengan ahli parlimen yang lain.

Jawapan itu merujuk kepada usul yang telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat yang meminta Timbalan Yang Dipertua menjelaskan tentang kedudukan laporan audit tersebut.

"Mengikut Peraturan Mesyuarat 20(1) saya ingin mendapat penjelasan mengapakah sehingga hari ini Laporan Audit Negara tidak lagi diserahkan kepada Ahli Parlimen.

"Saya juga meminta jaminan dari Dewan Rakyat ini tentang penjelasan perkara tersebut kerana inilah pertama kali terjadi perkara luar biasa kerana laporan tidak diserahkan walaupun belanjawan telah dibentangkan.

"Saya berharap menteri dapat beri penjelasan," ujarnya.

Wow..! Ini Dia Secret Recipe Anwar Ibrahim Yang Pas & Dap Tak Tau...

Pakatan Rakyat sedang menghadapi jalan buntu. Siapa PM kalau PR menang.

Menanglah dahulu! Anwar Ibrahim akan didapati bersalah dan dipenjarakan teka ramai di dalam dan di luar negara. Saya tidak nampak kenapa Nurul Izzah tidak boleh jadi ‘Yingluck Shinawatra’ Malaysia? Lebih muda, lebih berpendidikan, lebih rupawan, walaupun mungkin tidak banyak wang seperti Yingluck; apa pula salah dengan Tok Guru Haji Hadi, Lim Kit Siang?

Dalam perlembagaan tidak disebut PM mesti Melayu/Islam.

Memenangi pilihan raya sukar diatur tetapi tidak mustahil.

Baik Melayu, Cina, India dan Pribumi di Sarawak dan Sabah sakan menikmati anugerah Allah SWT di bumi Malaysia yang subur dan makmur ini. Pada keseluruhannya kita makmur (relatively speaking that is), aman damai (relatively speaking) dan pentadbiran boleh dikira cekap juga;

Ramai masih tidak senang dan tenteram kerana mereka tidak mensyukuri apa yang dinikmati dan dikurniakan. Mereka yang tidak puas hati, tidak berterima kasih berhijrah. Penduduk kita kini 28 – 29 juta, 30 – 35 peratus bukan Peribumi tetapi mendahului Peribumi yang berjumlah antara 65 – 70 peratus dalam ekonomi, pendidikan, profesion, separa profesional dan dalam semua bidang industri canggih, kewangan, insurans dan reinsurans.

Kalau yang tidak senang serta mendapati Malaysia mengamalkan quasi-demokrasi yakni separuh demokrasi, demerit bukan meritokrasi kita tidak boleh menahan mereka membuat pilihan suka hati mereka. Semoga mereka ini akan mendapat apa yang mereka kejar di destinasi yang ditujukan. Siapa kata tiada ‘ethnic divide’ di UK, AS? Sama ada mereka ini buta atau sengaja tidak mahu menerima hakikat hidup.

Saya ingin membaca satu hari sejarah negara kita yang sahih yakni sejarah kemerdekaan yang dianggap lengkap, definitif dan muktamad. Apa pun pelajarilah dari penjajah British dengan menjadikan history satu subjek penting dalam silibus pendidikan kita.

Blogger Mat Kilau Penang

Sunday, October 16, 2011

Hari Ni Chegu Bard Launching “Brochures” Cincin RM24 Juta Rosmah..., Kenapa Datin Seri Rosmah Berdiam Diri..??

Tidak puas hati dengan penjelasan mengenai kontroversi cincin berlian bernilai RM24 juta, aktivis akar umbi, Badrul Hisham Shaharin memutuskan untuk menerbitkan brosur 16 muka bagi mendedahkan kebenaran di sebalik perkara tersebut.

Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, menerajui kumpulan anak muda yang dikenali sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Katanya, selain menerbitkan bukti asal mengenai cincin tersebut, brosur itu juga akan turut memuatkan jumlah pembaziran dan gaya hidup mewah orang yang didakwanya "bergaya sebagai wanita pertama Malaysia."

Majlis pelancaran brosur tersebut akan diadakan di pejabat PKR di Rantau, Negeri Sembilan dan akan dihadiri pemimpin tinggi PKR, termasuk naib presiden Datuk Chua Jui Meng dan Fuziah Salleh serta setiausaha Pemuda DAP kebangsaan, Anthony Loke .

Julai lalu, Badrul mendakwa cincin itu - 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond' berharga RM24,458,400 - diterbangkan ke negara ini melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang pada 13 Julai, mendakwa cincin tersebut dibeli oleh isteri Perdana Menteri - Datin Seri Rosmah Mansor.

Betullah Tu..!! Wanita Memang Tak Suka Lelaki Yang "Lemah..."

Dalam satu serangan yang berlapik tetapi menyengat terhadap Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, ketua Wanitanya, Datuk Tan Lian Hoe berkata sayap itu malu dengan kepimpinan parti itu yang lemah.

Katanya, mereka malu menjadi bahan teguran dan dipandang rendah kerananya.

Tan menegaskan demikian dalam ucapan dasarnya di persidangan perwakilan kebangsaan Gerakan hari ini.

Tanpa menamakan Koh (kanan), beliau berkata, "tulisan sudah terpampang di dinding" dan pucuk pimpinan tidak boleh menafikannya.

"Jika anda perlu berundur, maka berundurlah," katanya sambil menambah, sekiranya rakyat telah menolak seseorang pemimpin, maka akurlah dengan kehendak mereka.

Beliau yang juga ahli parlimen Grik turut membidas BN, yang disertai parti itu pada 1973, dengan mendakwa ia gagal belajar daripada pilihan raya umum lepas.

Katanya, kekalahan dalam pilihan raya umum ke-12 tidak menjadipengajaran kepada kepimpinan parti-parti komponen dalam BN.

Malah, tegasnya, semangat permuafakatan "hanya dibibir saja".

Ini, katanya, ialah kerana ahli gabungannya angkuh, begitu tamak hingga merebut kerusi sesama sendiri serta bergaduh dan mensabotaj antara satu sama lain.

Beliau kemudiannya menggesa kepimpinan semua parti komponen supaya membiarkan pucuk pimpinan BN membuat keputusan mengenai "calon yang mampu menang".

Saturday, October 15, 2011

Fitnah Terbaru...! Benarkah MIO (Perisik Tentera) Ugut Pengundi Cina ?

Pendedahan dari akhbar berbahasa cina

Kisah-kisah mengenai ahli-ahli politik BN menggunakan cara kasar untuk mendapatkan undi kaum Cina semakin terdengar di kala negara bersiap sedia untuk peperangan pilihanraya yang katanya adalah yang terbesar dalam sejarah.

ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh telah menulis pada Twitter mengenai satu insiden yang mencerminkan suasana tegang yang sedang meningkat di sekitar negara sewaktu parti-parti komponen BN seperti UMNO, MCA, Gerakan dan MIC berjuang hidup mati mereka terhadap Pakatan Rakyat yang dikepalai Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Hannah, seorang ahli DAP yang sedang cepat melonjak yang telah menang besar pada pilihanraya 2008, memberitahu bagaimana beliau menolong penduduk kawasannya untuk menghantar surat lanjutan kepada jabatan kerajaan persekutuan.

Beliau tidak menyatakan kandungan surat itu dank e jabatan mana ianya dihantar, tetapi penduduk itu telah dipanggil, dimarah dan diberi amaran untuk mengundi BN.

“Saya membantu seorang penduduk untuk menghantar surat lanjutan kepada sebuah jabatan persekutuan. Penduduk itu dipanggil, disoal kenapa dia meminta pertolongan daripada DAP dan bukan MCA. Orang MCA ada sewaktu dia dipanggil,” kata Hannah.

“Kata-kata yang digunakan “DAP #&$$@#”, penduduk menjadi susah hati. Dia diberi amaran oleh pekerja kerajaan itu untuk mengundi BN. Dia diberitahu ‘kalau kamu tak undi BN, kita boleh jejak kamu’.

Sementara itu, Sin Chew daily telah melaporkan bahawa pegawai Inteligen Askar (MIO) telah menemubual calon-calon MCA untuk pilihanraya akan datang, yang digembar-gemburkan akan berlangsung tahun hadapan.

Menurut laporan berita itu, MIO menemubual calon-calon MCA itu untuk mengukur kebolehan mereka untuk menang dalam kerusi parlimen dan negeri.

“Mereka ditaksir dalam empat bahagian iaitu latar belakang pendidikan, kemahiran ekonomi, pengalaman dan personality,” kata sumber kepada akhbar Cina itu.

Tetapi Setiausaha Agung MCA Kong Cho Ha telah menafikan dakwaan itu.

“Saya tidak tahu dari mana Sin Chew Daily mendapat maklumat itu. Setahu saya, MIO tidak menemubual orang. Saya sudah menjadi calon sebanyak tiga kali dan saya tidak pernah ditemubual oleh mana-mana pegawai inteligen,” Star melaporkan kata-katanya.

Friday, October 14, 2011

Datuk Sri Najib Mahu Malaysia-Indonesia Cari ‘PELESIT Rosak Hubungan Dua Hala’

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu Malaysia dan Indonesia mencari “pelesit” yang cuba merosakkan hubungan mesra dan rapat anatara kedua-dua negara itu.

Sambil menyatakan hubungan baiknya dengan pucuk pimpinan negara jiran itu, Najib berkata kedua-dua negara perlu rapatkan hubungan dan mesti bersatu.

“Rapatkan hubungan, jangan ikut emosi (dengan) kepung kedutaan kita, kita mesti bersatu, apa gunanya kalau ada dalang-dalang yang sanggup merosakkan hubungan yang begitu mesra,” katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Dunia Melayu, Dunia Islam (DMDI) Ke-12 di sini malam tadi.

Najib berkata jika kedua-dua negara saling membantu, beliau yakin hubungan antara Malaysia dan Indonesia dapat dijalinkan dengan lebih erat lagi.

Beliau turut berharap DMDI dapat memainkan peranan membantu menyelesaikan masalah yang timbul melibatkan kedua-dua negara.

Ucapannya merujuk kepada insiden Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menjadi sasaran demonstrasi oleh kumpulan penduduk Indonesia termasuk Laskar Merah Putih berhubung isu sempadan Malaysia-Indonesia.

Isu sempadan itu ditimbulkan Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin, minggu lepas yang mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan dan 800 meter garis pantai di Tanjung Datu kononnya diambil secara haram oleh Malaysia.

Bagaimanapun, empat menteri Indonesia termasuk Menteri Luar Marty Natalegawa dilaporkan menafikan dakwaan itu kerana ia tidak berasas.

Semalam adalah hari kedua berturut-turut demostrasi diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia berhubung itu selepas kumpulan Forum Betawi Rempug (FBR) berbuat demikian kelmarin.

TERKINI....!

Tentera Indonesia Sah Malaysia TAK Curi Tanah Indonesia

Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Laksamana Agus Suhartono hari ini memberitahu Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia bahawa tidak ada wilayah Indonesia di Camar Bulan dan Tanjung Datu, Kalimantan Barat, yang diambil oleh Malaysia.

Katanya para anggota TNI mengawal wilayah perbatasan di Kalimantan Barat sesuai dengan perjanjian Indonesia-Malaysia dan kesemua pos penjagaan di perbatasan dilengkapi data koordinat untuk setiap penanda sempadan.

“Kalau pada masa rondaan ditemui penanda pada kedudukan berbeza, secara bersama ia akan dikembalikan ke koordinatnya,” kata beliau pada satu sesi perjumpaan dengar pendapat dengan Suruhanjaya I DPR di sini hari ini.

Dipetik laporan Bernama online, katanya, penegasan itu adalah berdasarkan laporan dari Panglima Daerah Tentera XII Tanjungpura, Maj Jen TNI Geerhan Lantara, yang telah melakukan tinjauan di kawasan yang didakwa berlakunya perbuatan itu.

Isu sempadan Malaysia-Indonesia ditimbulkan oleh Timbalan Ketua Suruhanjaya I DPR, TB Hasanuddin dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), yang mendakwa kononnya wilayah Camar Bulan seluas hampir 1.500 hektar dan wilayah Tanjung Datu seluas 800m garis pantai telah diambil oleh Malaysia secara haram.

Suhartono juga berkata laporan oleh media tempatan mengenai pengambilan wilayah Indonesia oleh Malaysia di kawasan terbabit telah memberi kesan psikologi kepada anggota tentera Indonesia bertugas mengawal sempadan di kawasan itu.

“Laporan-laporan berita ini seolah-olahnya mengecilkan tugas dan menidakkan peranan prajurit TNI di kedua-dua kawasan itu. Prajurit gundah kerana seolah-olah mereka tidak menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa anggota TNI sering mengadakan rondaan bersama dengan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di wilayah perbatasan yang berkaitan.

Melayu Hilang Kuasa 10 Tahun Lagi...!!

Orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa.

Apabila itu terjadi, katanya, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi ‘berhutang’ dengan pemberi ‘bantuan’ berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.

Menurutnya, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar.

“Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam (serta Islam lain) walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya.

“Hidang tidak apa dan ini (berlaku) kerana ketiadaan kuasa (di kalangan Melayu),” katanya semasa berucap merasmikan Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Bangi, dekat sini hari ini.

Seterusnya, Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mengingatkan supaya masyarakat Islam merebut kekayaan negara serta menguruskan kekayaan itu kerana kekuatan ekonomi boleh menyelamatkan agama.

Sebagai contoh, katanya, banyak negara Arab yang mempunyai kekayaan hasil minyak tetapi gagal menjananya semula sehingga menyimpan wang dalam bentuk rizab bon di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun menurut beliau, AS yang kini mempunyai hutang terkumpul bernilai AS$14 trilion dikhuatiri tidak mampu membayar rizab bon negara-negara Arab berkenaan.

“Miskin itu kufur dan pegangan (agama) juga boleh jadi lemah,” ujarnya.

GT Puteri UMNO

Ha.. haaa..!! Kantoi..., Ahli Parlimen Pakatan Sebenarnya Dah Setuju Terima Kenaikan Elaun MP...

Isu pembatalan kenaikan gaji dan elaun ahli Parlimen merancakkan persidangan Dewan Rakyat apabila beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pembangkang bertikam lidah mengenai cadanganberkenaan.

Kekecohan berlaku apabila Datuk Baharom Mohamad (BN-Sekijang) menyifatkan ahli Parlimen pembangkang sebagai hipokrit kerana menolak cadangan kenaikan gaji dan elaun seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam Bajet 2012.

Menurut Baharom, sikap hipokrit pembangkang begitu ketara apabila wakil rakyat mereka yang menganggotai Jawatankuasa Mengkaji Gaji dan Elaun Ahli Parlimen terlebih dahulu menyokong mengenai cadangan berkenaan.

"Dua wakil pembangkang dalam jawatankuasa berkenaan adalah Ahli Parlimen PAS-Kubang Kerian (Salahuddin Ayub) dan PKR-Kuala Langat (Abdullah Sani Abdul Hamid)," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undangPerbekalan 2012 di sini, Khamis.

Kenyataan Baharom itu mengundang Abdullah Sani untuk bangun bagi mempertahankan pendiriannya bahawa kenaikan gaji dan elaun itu memang diperlukan namun pada masa yang sama menegaskan bahawa ia tidak sesuaidilaksanakan sekarang.

Kemudiannya Khalid Samad (PAS-Shah Alam) turut mencelah bagi menyokong kenyataan Abdullah Sani.

"Belum sesuai masanya, sekarang tak sesuai nak naikkan lagi... lagipun sekarang kerajaan BN menghadapi bajet defisit," katanya.

Namun kenyataan kedua-dua wakil rakyat pembangkang itu disangkal Baharom dan menegaskan bahawa kerajaan mempunyai bajet yang cukupuntuk melaksanakan cadangan tersebut.

"Dah beri kelulusan untuk kaji (gaji dan elaun) itu bermakna ada bajet la.

"Perdana Menteri dengar rintihan wakil rakyat kerana beliau tahukenaikan itu dapat digunakan untuk rakyat juga," katanya.

Mendengar penjelasan berkenaan, Khalid masih enggan mengaku kalah dan bingkas bangun sekali lagi dan berkata:

"Rintihan kami (pembangkang) adalah peruntukan RM1 juta seperti mana yang diperoleh Ahli Parlimen BN dan jika ia diberi tentu kami dapatmemberi khidmat yang baik kepada rakyat."

Jumaat lalu, Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012 di DewanRakyat mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula gaji dan elaunahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan penuh wakil rakyat kerajaan,pembangkang dan bebas.

Bagaimanapun, bantahan empat pemimpin utama pembangkang iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Salahuddinyang juga Naib Presiden PAS menyebabkan kerajaan menarik balik cadangan berkenaan.

Thursday, October 13, 2011

TERKANTOI....! Kubur Ibrahim Libya Disiram Dengan Minyak Atar...


Rahsia tentang pusara arwah Ibrahim Libya yang berbau wangi. Dihebahkan ibarat angin lalu membawa berita ke seluruh pelusuk, bahawasanya pusara arwah yang berbau wangi adalah tanda matinya seorang fisabillillah.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Pusara itu sebenarnya telah disiram dengan minyak wangi (minyak atar) bergred tinggi pada setiap hari selepas subuh sejak pengkebumian arwah oleh Ustaz Omar Khalid, seorang ulama PAS!!! Itulah yang menjadi punca, mengapa ramai yang ziarah pusara arwah pada awal kematiannya tercium bau harum!!!

Pengakuan ini dibuat sendiri oleh Ustaz Omar Khalid di depan YB Zul, kerana beliau enggan lagi berterus-terusan menanggung dosa akibat perbuatan sejijik itu demi meraih simpati dan undi orang Islam, dan Melayu. Ustaz Omar menafikan sebarang bentuk syahid, kerana tanda-tanda syahid itu adalah ciptaan PAS semata-mata....

Read more.., please click here

Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi Kena Siasat Berapa Jumlah Amaun Pas Bayar En Nasir & The Gang....



Wednesday, October 12, 2011

Lim Guan Eng Kena Halau....!!

Beratus penduduk Segamat yang berkumpul sejak petang tadi melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang dijangka akan mengadakan ceramah malam ini.

Pada lewat petang tadi dilaporkan juga kekecohan tercetus antara para penduduk Segamat dan juga unit Amal PAS yang turut dibantu AMK dan juga ahli DAP Segamat dan Muar dalam menghalang pendemo dari memasuki perkarangan lokasi ceramah.

Pihak Polis turut menghantar FRU bagi mengawal keadaan dan sehingga ke jam ini keadaan masih lagi terkawal walaupun terdapat beberapa insiden membaling batu diantara kedua dua pihak.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng dilaporkan masih lagi belum sampai ke lokasi ceramah yang dijadualkan bermula pada jam 8.30 malam ini.

Menurut pendemo yang berada dilokasi demo aman yang diadakan ini adalah bagi membantah kunjungan Lim Guang Eng dari menjejakkan kaki ke negeri Johor ekoran penghinaan yang dilakukan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang tersebar baru baru ini dalam memburuk burukkan negeri Johor dihadapan diplomat asing di Singapura.

Laporan dari KL Pos, please click here