Thursday, September 15, 2011

Psssst...! Betul Ker Pegawai Media DS Najib Melenting Sakan Bila Baca Kisah Nie...??


Dalam minggu-minggu yang lalu, Umno dikritik hebat apabila MAS dan Air-Asia bertukar saham.

Jelas sekali pertukaran itu adalah hal ehwal keluarga UMNO. Cuma persoalannya kini siapa bakal mendapat habuan yang lebih daripada perjanjian ini. Malah yang menguruskan penukaran ini tidak lain adalah keluarga sendiri- tidak lain tidak bukan Nazir Razak.

Syarikat beliau adalah penasihat bagi urus niaga yan penuh kontrovesi ini sebulan yang lalu apabila Khazanah Holdings Bhd meniagakan 20.5% saham Malaysia Airlines (MAS) untuk 10% saham AirAsia dan bersetuju untuk membeli 10% saham AirAsia X’s untuk harga yang belum ditentukan.

Air Asia yang kini sedang berhutang kelililng pinggang dan MAS yang telah lama ditubuhkan mempunyai banyak aset tetap.


Perjanjian ini dilihat sebagai tidak adil dan ramai pekerja MAS membantah namun dengan kawalan media BN, proses ini secara bijak ini disiafatkan sebagai “perjanjian kerjasama”.

Urus niaga antara MAS dan AirAsia menimbulkan musykil kerana ia tidak banyak diterima akal dalam arena perniagaan yang sebuah syarikat besar milik Kerajaan untuk membenarkan sebuah syarikat kecil menjadi watak utama dan menerima bahagian yang besar.

Dalam kata lain urus niaga antara MAS dan Air Asia adalah suatu pengambil alihan di mana Air Asia mempunyai kata muktamad dalam princip asset national.

Walaupun AirAsia adalah dari Malaysia dan ketuanya Tony Fernandes namun niat baik dari kerjaan persekutuan atau lebih tepat Menteri Kewangan yang diteraju oleh Najib menimbulkan banyak kemusykilan.

Walaubagaimanapun Najib telah membenarkan perkara sedemikian berlaku dan menyangkal fakta yang pemabayar cukai telah menyumbang berbillion wang ringgit tahun demi tahun untuk manyelamatkan MAS yang di ambang bankrupsi.

Bukan itu saja, beliau juga mangarahkan supaya GLC yang lain untuk berhenti mangambil tindakan undang-undang ke atas bekas pengerusi Tajudin Ramli yang memenag terkenal sebagai kroni bekas perdana menteri Mahatir Mohamad dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.

Bagi Nazir, berapakah keuntugan yang berjaya dikaut urus niaga ini?

Maklumat ini sudah semestinya sulit, akan tetapi ia telah membuka jalan untuk “ perjanjian kerjasama”- Sime Darby mengambil alih 30% saham dalam E&O untuk RM 766 juta.


Perjanjian Sime Darby-E&O sudah pun menimbulkan sangsi apabila pengerusi E&O Azizan Abdul Rahman yang merupakan suami Zainah Anwar, ketua pengawal industri pengawalan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Azizan juga mempunyai hubungan erat dengan usahawan UMNO Kalimullah Hassan, yang menpunyai saham saham dalam ECM Libra.

Empat bulan selepas perjanjian Sime-E&O, ECM Libra mengandakan saham mereka kepada 5.35% atau 41.41juta selepas berjaya mendapat keuntungan tambahan sebanyak 3.4 juta pada bulan Mei.

Perkara ini sudah semestinya diketahui oleh media perdagangan dan pakatan UMNO juga telah menyuarakan rasa tidak puas hati.

Adakah Azizan memberitahu Kalimullah tentang niat Sime Darby untuk membeli E&O?

Dalam UMNO Kalimullah- bekas ketua kumpulan NSTP-adalah penyokong setia bekas perdana menteri Abdullah Badawi dan anak mentuanya Khairy Jamaluddin.

Tidak boleh dinafikan yang politik dalam UMNO adalah rumit.

Ia dipenuhi pengkhianatan dan mempermainkan kesetiaan dan baru-baru ini elite UMNO dan kroni mereka sedang membuat urus niaga besar dan mangaut untungnnya.

Dan ada lagi yang akan datang….


Bagaimanakah Nazir Razak terlibat dalam dan apakah yang beliau berjaya raih daripada kedua-dua urus niaga ini?

Blogger UMNO Big Doglah yang pertama mendedahkan yang CIMB Nazir juga penasihat urus niaga antara Sime dan E&O.

Secara kebetulan Big Dog adalah antara blogger yang dipercayai setia kepada puak Mahatir dalam UMNO dan habuannya dirampas oleh rakan sejawatnya untuk menyerlahkan tanggungjawab Nazir dalam perjanjian ini.

Terus-terang dikatakan sebagai juru bank pelaburan, Nazir hanya mampu buat apa yang sepatutnya-iaitu memerhati perjanjian orang-orang kaya kepada broker.

Itulah sebabnya beliau mendapat gaji yang tinggi onleh pemegang-pemagang saham UMNO.

Samada perjanjian ini ini tdak berprinsip dan jika CIMB perlu menasihatkan atau menolak transaksi yang meninbulkan syak wasangka adalah satu isu yang berbeza, walaupun selapas itu telah dibuktikan yang mereka perlu menghadap kausa undang-undang.

Sejak beberapa bulan ini Nazir Abdul Razak anak bongsu kepada mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak sangat sibuk. Beliau yang juga adik kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak dilihat sebagai harapan apabila berurus niaga.

Walaupun masih diselubungi bayang ayah dan abangnya yang terkenal, beliau tidak pernah leka.

Beliau tidak boleh dikatakan pengurus bank yang berjaya sendiri kerana tidak perlu bermula dari bawah, namun pengetahuannya dalam dunia kewangan dan visi pengurusannya memang dicemburui ramai pengurus bank ternama dalam negara dan ada yang iri hati dengan penghormatan dan anugerah yang dimilikinya

Pada 2006, Nazir digelar tokoh Asia ke-50 yang paling berpengaruh bagi abad lalu oleh FinanceAsia.

Beliau juga dinamakan “ Execuitive Terbaik di Malaysia” oleh Asiamoney untuk dua tahun berturut-turut.

Beliau kemudian bekerja dalam jabatan penasihat korporat untuk Commerce International Merchant Bankers Berhad dalam tahun 1999 dan kini menjadi pengarah urusan dan ketua eksekutif CIMB Group, salah satu institusi kewangan terbesar di Malaysia.

Pengaruh Nazir dalam landscape ekonomi memang tidak disangkalkan, sama ada secara persendirian atau dikaitkan dengan abangnya.

Selepas menjadi perdana menteri, langkah pertama Najib adalah untuk meningkatkan charge service untuk pemegang kad kredit.

Ini telah mengakibatkan Najib dikecam oleh pengkiritic beliau yang mengatakan langkah ini untuk menguntungkan adiknya dan orang-orang ternama dalam dunia perbankan di mana dipercayai PM yang dipalit korupsi ini teringin berkenalan.

Dalam kata lain Nazir boleh dikatakan penasihat tidak rasmi Najib dalam urusan kewangan Malaysia.

Dalam masa ini, dua perjanjian besar yang mempunyai unsur-unsur politik telah dibuat dalam persediaan mananti pilihanraya umum ke-13. Ini telah menyadarkan ramai pihak seperti pembayar cukai, pemegang saham dan rakyat jelata untuk sedar dan meminta jawapan.

Elit UMNO telah pun mengambil kesempatan keatas kuasa mereka setelah berabad-abad lamanya untuk menguntungkan diri mereka sendiri kini tidak mencukupi oleh itu pluang ini dipercayai adalah peluang keemasan yang terakhir.

Ini mengatakan yang UMNO seddang mengambil peluang untuk menggunakan perjanjian-perjanjian ini ke atas satu sama yang lain.

Apabila perjanjian MAS-AirAsia diungkaikan, ramai yang memihak Badawi membangkang.

Pertalian antara Tajudin kepada Daim dan Mahatir dan kelemahan MAS didedahkan.

Tidak ada lagi perjanjian yang boleh membawa manfaat kepada BAdawi menerusi Kalimullah kerana blogger-blogger kini sibuk mengutuk perkara yang musykil dalam transasi ini dan ini disifatkan sebagai “ menjadi kejam demi kelembutan” dan negara sebelum puak.

Mungkin Nazir kurang disenangi kerana caranya uyang kurang sopan namun beliau bukanlah target sebenar. Untuk Sime-E&O yang kebetulaan melibatkan taikun yang mempunyai pertalian dengan Daim dam Mahathir, sasaran utama mereka adalah Najib dan Badawi

Najib yang diselubungi skandal sudah bersedia untuk keluar dan ia tidak penting yang beliau telah dibantu oleh adiknya seorang juru bank yang bijaksana yang juga dikecam sekali.

Ini juga untuk memastikan yang pilihan Mahathir mudah mendapat jawatan Ketua UMNO dan semua usaha penyokong Badawi untuk memebolehkan anak mentua Badawi yang bercita-cita tinggi itu mengambil alih.

Dalam hari-hari yang akan datang akan berlakunya lebih banyak pendedahan salah laku Najib dan puaknya, keluarga Badawi dan juga puak Mahatir yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bakal didedahkan.

Kini Anwar dan Pakatan Rakyat boleh berehat, musuh politik mereka bakal memusnahkan diri mereka sendiri.

Seperti Titanic, kapal lanun UMNO bakal tenggelam. Peperangan dalaman bakal menjadi hangat pada pusingan akhir.

Pandangan Blogger pro Pakatan - jalanpulang1978.blogspot

Wednesday, September 14, 2011

Huu..huuu...!! Jom Kita Enjoy Dengan Yb Elizabeth Wong....

Weii.., U oLz Percaya Ker Abg Mat Sabu Lambung Suka Membaca...?


Halamak Ai!!! Yang wartawan ni pun satu hal. Ada ke soalan itu yang ditanya kepada Si Mat Syabun Komunis Penipu ni.

Tanya dia pasal buku, dia mana la tau. Dia bukan tau membaca pun. Itu pasal la dia main ikut suka hati dia je sebut cerita pasal Komunis ni hari tu.

Kalau dia bagi ceramah mengikut fakta yang sebenar, tak de la dia nak mempertikaikan pasal tragedi Bukit Kepong dalam ceramah dia tempoh hari.

Tak mungkin dia akan angkat perjuang Komunis yang dah membunuh anggota - anggota Keselamatan serta keluarga mereka yang terkorban tu sebagai Hero.

Dan, jika Si Mat Syabun ni pandai baca buku, buat apa lagi Gerakan nak tawar dia biasiswa untuk bantu dia belajar pasal Sejarah.

Sebabkan dia tak pandai membaca jugak la yang dia boleh 'hentam' berkhalwat dengan bini orang ikut suka dia je dulu. Lepas tu, sekarang tak nak mengaku la pulak.

Sampaikan dia sendiri tak tau yang mana satu Land Rover dan yang mana satu kereta Waja sewaktu membuat dakwaan terhadap Polis dalam isu Bersih tempoh hari.

Apa yang Si Mat Syabun ni tau buat ialah bercakap dengan menggunakan Kepala Lutut dia je. Jadi tak heran sangat la kalau dia asyik lupa apa yang dia sendiri katakan sebelum ini!!!

Taken from
Blogger Semut Hitam

KOTA BHARU 13 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu 'gagal' untuk mengemukakan judul buku yang dirujuknya bagi membuktikan bahawa Muhamad Indera yang mengepalai serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu adalah pejuang kemerdekaan.

Mohamad atau Mat Sabu sebaliknya menyatakan secara umum buku-buku yang dibacanya sebelum membuat kesimpulan bahawa sejarah negara perlu ditulis semula dengan memasukkan tokoh-tokoh pejuang kiri ketika ditanya seorang lelaki yang mengaku ahli Pas dari Pasir Puteh pada Forum Rakyat di di Dataran Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di sini malam tadi.

"Saya baca banyak buku, tulisan Salman Rushdi, (Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Tunku Abdul
Rahman, Chin Peng dan Shamsiah Fakeh, semuanya saya baca dan kemudian kita timbang secara waras.

Jangan takut untuk membaca apa saja jenis buku kalau kita berpegang pada dasar Islam," katanya ketika menjawab soalan mengenai buku yang dirujuknya sehingga mencetuskan fenomena Mat Indera sebagai pejuang merdeka.

Tuesday, September 13, 2011

Wanita Nie Menangis Merayu2 Kat Pegawai Pencegah Maksiat....


Seorang wanita menangis sambil merayu supaya dibenarkan masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin.

Permintaan itu dipenuhi pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita terbabit dalam keadaan ‘mengghairahkan’ kerana hanya memakai seluar ketat nipis.

Wanita berusia 21 tahun dan kekasihnya 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan zina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit.

Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini.

Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu

Kalau Zaman Dulu Orang Melayu Senang Dibodohkan ...., Zaman Sekarang Pun Sama Jugak!


Orang Melayu ini ada berbanyak bentuk, ada yang serupa berok macam Mat Sabu, dan ada serupa muka orang jual minyak atar saperti Saudara Anwar Bin Ibrahim (SABI).

Mereka berdua ni melambangkan atau mengambarkan betapa sengit nya kedudukan Bangsa Melayu yang menyokong pemimpin yang serba sadikit nya yang memang tidak lengkap.

Mat Sabu menipu mengatakan kan Polis Melayu yang mati di Bukit Kepong tu bukan berhkidmat untuk Bangsa Melayu tetapi untuk Bangsa Orang Puteh, Mat Sabu tak ambil kira sensitiviti perasaan keturunan mangsa Bukit Kepong yang dibunuh oleh China Bintang Tiga.

Sekarang pulak banyak orang orang Melayu yang bodoh, makna nya mereka yang tak berkemampuan berfikir kerana otak dah bengap, yang percaya pulak pada Mat Sabu!

Kemudian keluar pulak video sek SABI, dan pakar pakar tertentu telah mengsahkan kan video seks tu video tulin yang bukan video tipu, maseh banyak orang Melayu yang masih percaya SABI ini sa orang yang warak dan alim.

Kesimpulan nya mereka berdua ini sebagai contoh, sudah di beli oleh keturunan Bintang Tiga, bagi menghuru harakan Bangsa Melayu yang masih mahu dan membiarkan diri mereka di perbodohkan lagi!

Memang lah bangsa Melayu ini bangsa yang malang! Saya harap bangsa Melayu akan bangun dan celik kan mata bahawasa nya jika mereka tidak, negeri ini akan di perintah oleh keturunan China Bintang Tiga dan jika Melayu tidak memerintah lagi, sebagai contohnya, Masjid Negara akan menjadi pusat parti DAP dan menara Masjid Negara akan di cat merah menjadi bentuk Roket!

Melayu hai Melayu bangun lah dari tidur mu…!!

Thanks to Blogger fren –
Barking Magpie

Monday, September 12, 2011

Zunar Kartunis Pakatan Pakar Fitnah Dapat International Award...!

Selepas menerima anugerah di Amerika melalui CRNI, kini kartunis Zulkifli Anuar ul Haq atau Zunar akan menerima anugerah dari badan hak asasi antarabangsa pula.

Beliau akan menerima anugerah Hellmann-Hammett award di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT), Bangkok Rabu, 14 September ini.

Selain Zunar, dua lagi penulis akan menerima anugerah Hellmann-Hammett ini iaitu Chiranuch “Jiew” Premchaiporn (Thailand) dan Hang Chakra (Cambodia).

Turut berucap di di majlis ini nanti adalah Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Wilayah Asia, Phil Robertson di samping Shawn Crispin, Wakil Asia Tenggara Committee to Protect Journalists (CPJ).

Tahun ini, 48 penulis dari 24 negara seluruh dunia akan menerima geran Hellman/Hammett sebagai satu pengiktirafan kepada kesungguhan mereka dalam memperjuangkan hak asasi manusia termasuk menghadapi pendakwaan.

Zunar terkenal dengan buku-buku kartunnya bermula dengan Harakah pada tahun 1998 ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dipenjarakan ketika itu.

Beliau telah menghasilkan kartun-kartun editorial yang sangat menarik dan telah menyumbang kemenangan besar PAS pada pilihan raya 1999.

Zunar selepas itu menjadi pengarang Warta Keadilan dan berjaya menaikkan edaran akhbar itu sehingga melebihi 100,000 naskah setiap keluaran.

Kini Zunar menerbitkan sendiri buku-buku kartunnya namun sentiasa sahaja mendapat sekatan dari pihak kerajaan di mana buku-buku terbitannya diharamkan oleh kerajan.

Gurkha2 Upahan Bersih GAGAL Ganggu Open House PM Di Permatang Pauh Sebab Rate Upah Murah Agaknya...


Full story.., please click here

Tan Sri Rahim Kata Abg Mat Sabu Lambung Seorang Yang "RAKUS...!"


Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak harus “rakus” sehingga hanya mahu menang lebih banyak kerusi dalam pilihan raya dan memperkukuhkan pengaruh politik.

Malah Rahim yang menjadi perhatian ekoran insiden mata lebam melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 berkata, beliau juga tidak mahu Mohamad menggunakan polis sebagai modal ataupun bahan politik sehingga menggambarkan mereka sebagai “satu jabatan daripada Umno.”

“Saya nasihatkan janganlah rakus nak menang, nak cari pengaruh, nak lebih kerusi dalam Parlimen sehingga polis menjadi bahan untuk anda hentam sehingga ke satu peringkat polis dikatakan satu jabatan daripada Umno,” kata beliau dalam wawancara dibawa akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

PAS, terutamanya Mohamad atau lebih mesra dikebali sebagai “Mat Sabu” diserang pemimpin-pemimpin Umno kerana didakwa mengagung-agungkan komunis sejak tiga minggu lalu.

Dalam ceramahnya, Mohamad didakwa berkata bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis pada 1950.

Beliau juga mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah itu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan.

Mengenai tragedi Bukit Kepong, kata Rahim, “dalam kes membaham Bukit Kepong, polis meluru untuk mempertahankan premis dan mempertahankan diri.”

“Bukan kerana membela kerajaan British, bukan juga kerana menjadi hamba abdi British. Tindakan itu adalah kerana undang-undang, jika mereka tidak mempertahankan keadaan siapa pula yang akan mengawal keselamatan di kawasan itu, hanya kerana ketika itu kita belum merdeka maka kerajaan yang ada adalah kerajaan British,” kata beliau.

Oleh itu kata Rahim, Mohamad tidak wajar bercakap benda-benda yang tidak benar.

“Kalau tak tahu jangan bercakap, memang bila anda bercakap orang akan tergelak tetapi adakah anda mahu orang tergelak apabila bercakap tentang nyawa polis yang terkorban?” katanya.

Rahim juga mendakwa “orang macam Mohamad Sabu, bila tengok polis tangkap seolah-olah kita anjing British.”

Sambil berkata beliau sendiri pernah dikatakan “bapa anjing”, kata Rahim, sedangkan tidakkah “anda semua tahu bahawa tugas polis amat universal tidak kira sama ada polis di negara komunis, atau di Amerika atau di Amerika Latin atau di Afrika.”

Hujah beliau, sumpah polis pada hari pertama bekerja amat ringkas iaitu untuk taat setia menegakkan undang-undang dan melaksanakannya demi keselamatan serta ketenteraman awam.

“Siapa pun pemerintah kalau guna undang-undang yang sama pasukan polis itu akan melaksanakan undang-undang itu termasuk kalau Menteri Dalam Negerinya ialah Mohamad Sabu.

“Kecuali Akta Polis 1967 dipinda menetapkan perkara-perkara lain, maka polis juga tertakluk kepada pindaan itu seperti misalnya ketua Polis Negara hendaklah timbalan presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS negeri menjadi ketua polis negeri, maka polis akan terima,” katanya sambil menambah, “polis tidak akan memberontak, polis tidak kudeta dan juga tidak mengkudeta walaupun kerajaan itu antirakyat atau diktator kerana sumpahnya untuk setia melaksanakan undang-undang demi keamanan rakyat.”

Sunday, September 11, 2011

Kris Dayanti Ceritakan Hal Dalam Kelambu...!!

BERAPA tahun lalu Kris Dayanti (KD) menulis sebuah buku biografinya. Buku itu bukan saja menceritakan perihal dunia nyanyian malah hal-hal yang sangat peribadi. KD mendedahkan hal-hal dalam kelambu bersama Anang ketika itu menjadi suaminya. Pendek kata, itu bukan buku biografi tapi buku seks KD.

Walaupun KD mendedahkan moralnya yang buruk dalam buku itu tapi dia terus dipuja. Peminat termasuk di negara ini tidak rasa jijik menyanjung makhluk perosak seperti ini. Ini memberi peluang KD mengaut kekayaan hasil menjual virus sosial. Banyak artis kita bermimpi mahu menjadi KD. Maka apabila KD berperangai buruk, apa salahnya kalau mereka juga berbuat begitu.

Maka apabila Siti terbaca KD mengandung anak luar nikah dengan Raul, Siti tak terkejut. Tapi Siti bimbang ini menjadi ikutan kepada artis kita dan juga peminat. KD berbangga mengandung anak luar nikah. Pandai pula kata anak dalam kandungan itu tak bersalah. Lalu semua orang (kecuali Siti) menerima gaya hidup yang dibawa KD. Dia sedikit pun tak rasa bersalah malah memperagakan anaknya kepada media.

Artis seperti KD yang berada dalam lingkungan agama, budaya dan sosial yang sama dengan kita. Dia bukan Elizabeth Taylor yang terpisah lingkaran agama, budaya dan sosial dengan kita. Kerana itu pelanggaran moral yang dilakukan amat menyinggung kita. Lalu sewajarnya KD dihukum.

Dia dikenakan hukuman sosial, salah satunya dengan memulaukan semua yang berkaitan dengan penyanyi ini. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. KD terus dipuja. Lalu, apa yang nak dihairankan anak luar nikah bertambah dengan mendadak, KD pun melahirkan anak luar nikah juga dan terus dipuja. Malah KD lebih popular selepas mengumumkan kandungannya anak luar nikah.

Peminat-peminat menjadi mangsa virus sosial yang dibawa KD. Siti belum terbaca satu pun kritikan terhadap KD, puji-pujian banyaklah. Minta maaflah kerana Siti tak nak bersekongkol dengan perosak seperti KD. Tapi ada kalangan artis kita kalau boleh berkepit dengan KD, rasa bangga sampai lupa dunia. Selepas ini bolehlah KD beritahu dunia tentang berkatnya anak luar nikah itu dan kita menerima sambil ternganga.

Tapi apa boleh buat, KD bersin di Timur Leste pun peminat sini dah bagai nak gila simpatinya. Sewajarnya makhluk perosak moral seperti ini diharamkan sama sekali untuk membuat persembahan di negara ini.

Tapi Siti pasti tak ada pihak yang berani berbuat begitu. Sebaliknya kita hamparkan permaidani merah untuk menyambut KD perosak moral ini. Tak percaya, tengoklah. Kecil tapak tangan, Stadium Nasional Bukit Jalil kita tadahkan.


Siti Jarum - Mingguan Malaysia

Mat Sabu Lambung Ketuai Misi Jejak Pengganas Komunis Hingga ke Liang Lahad

Apa dah tak ada kerja lain ke yang boleh dibuat oleh pemimpin atau orang Politik di Malaysia ni. Masih banyak lagi kerja berfaedah boleh dilakukan oleh pemimpinn seperti ini selain dari menziarahi kubur seorang pengganas komunis.

Alangkah bagus sekiranya lawatan atau kunjungan yang dilakukan ini, dibuat ke atas gologan rakyat yang mana hiudpnya masih lagi dalam serba kekurangan dan memerlukan perhatian yang lebih dari wakil-wakil pemimpin yang diundi demi membela nasib mereka.

Ini tidak..Demi untuk menegakkan benang yang basah, apa sahaja sanggup dilakukan sehingga terlupa tanggung jawab sebenar sebagai seorang pemimpin atau wakil rakyat. Apakah mereka-mereka yang bergelar PEMIMPIN ini tidak risau atau takut dengan azab yang bakal menimpanya bila tiba hari pembalasan kelak sekiranya lalai dalam melaksana amanah yang diberi.

Merujuk pada photo Mat sabu di atas. Sudah tentu membuatkan kita berfikir sebentar, apakah rasionalnya kubur usang yang tak bertanda itu dilawati. Tidak cukupkah dengan sumber-sumber rujukan mengenai sejarah tanah air yang ada di negara kita ini, sehinggakan terpaksa turun ke liang lahad semamta-mata ingin membela nasib seorang pengganas komunis yang bernama Mat Indera.

Inilah dia sebahagian daripada perangai hodoh pemimpin politik yang rakus lagi menjelikan yang ada di negara kita. Berpolitik tanpa mengira isu, masa dan tempat. Tak tahu macam mana manusia spesis ini boleh terpilih jadi pemimpin. Agaknya, sudah dibutakan mata hati dari melihat kebenaran kut...Ah! lantak la Syabu...

[taken from Blogger fren, Wak Jengkol]

Saturday, September 10, 2011

Dap Leaders Setuju Yb Khalid Samad Sombong Bodoh…..

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad disifatkan seorang pemimpin yang 'bodoh sombong' apabila menuduh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan UMNO mengadakan konspirasi setelah beliau disiasat mengadakan ceramah agama tanpa tauliah di sebuah surau di Klang, Ogos lalu.

Datuk Seri Noh Omar berkata, tuduhan Khalid itu tidak sepatutnya dikeluarkan sebagai seorang pemimpin politik kerana ia menunjukkan sikap tidak matang Ahli Parlimen itu dan tidak menghormati undang-undang.

Beliau berkata, Khalid tidak seharusnya menuding jari kepada pihak lain apatah lagi UMNO yang tidak ada kena mengena dalam kes tersebut kerana mengadakan ceramah agama tanpa tauliah di masjid dan surau di negeri ini merupakan satu kesalahan dan ia termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

"Beliau mahu mencari populariti murahan dengan membuat tuduhan sedemikian. Kenapa beliau dan pemimpin Pas lain mahu menggunakan masjid dan surau di Selangor untuk mengadakan ceramah, bercakap mengenai politik, dah tak ada tempat lain nak buat.

"Sultan Selangor sebelum ini telah menitahkan supaya masjid dan surau di negeri ini dijadikan gelanggang untuk berpolitik. Khalid adalah pemimpin politik di negeri ini, beliau sepatutnya menghormati titah Sultan Selangor, bukan menunjukkan sikap bodoh sombong dan tidak cerdik," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Khalid pada 7 September lalu yang menyerang pegawai JAIS setelah tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa agama itu mengambil tindakan kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang, bulan lalu.

Menurut Khalid, JAIS sebagai sebuah badan yang tidak bebas manakala para pegawai yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 itu mempunyai pemikiran jumud selain mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan UMNO.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut menempelak Khalid yang sebelum ini menyifatkan peraturan tauliah bagi mereka yang ingin mengajar, ceramah dan tazkirah mengenai agama Islam di surau dan masjid di negeri ini sebagai ketinggalan zaman.

Kata beliau, Ahli Parliman Shah Alam itu sepatutnya sedar bahawa parti yang diwakilinya, Pas adalah yang mentadbir kerajaan negeri ketika ini bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Beliau berkata, sekiranya Khalid mengatakan peraturan itu sudah lapk, beliau sepatutnya mengemukan pandangannya kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali sama ada ia perlu digubal atau tidak.

"Kenapa Khalid tidak beritahu kepada Menteri Besar atau Hasan Ali mengenai hal ini. Kenapa beliau nak main politik dengan menuduh dan menunding jari kepada orang lain. Adakah Khalid yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor takut kepada PKR dan DAP," tegasnya. Utusan Online

Thank You PM Sebab Tarik Hand Brake...!!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata, keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.

Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas daripada orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

"Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.

"Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini hari ini.

Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

"Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya.

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi semalam yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Dengan cukai perkhidmatan 6.0 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

Friday, September 9, 2011

Datuk Sri Najib "Tolong" Anwar Ibrahim Capai Cita2 Jadi PM Lepas PRU ke 13....


Persatuan-persatuan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar hari ini senada membantah pengenalan enam peratus cukai perkhidmatan bagi pembelian tambah nilai prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma‘amor Osman berkata, cukai itu dilihat membebankan pengguna apatah lagi caj panggilan yang dikenakan ketika ini sudah mahal.

“Keputusan itu tidak masuk akal dan kami membantah perlaksanaanya. Selama ini, jika kita membuat panggilan dan tidak berjawab, ia tetap dikenakan caj, inikan pula hendak perkenalkan cukai perkhidmatan.

“Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan membuat keputusan teliti dan jangan sewenang-wenangnya meluluskan permintaan syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat-syarikat telekomunikasi berhubung pengenalan cukai enam peratus itu termasuk pek atau kad SIM prabayar yang berkuatkuasa 15 September ini.

Mengulas lanjut, Maamor berkata,selama ini syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sentiasa mencatatkan keuntungan yang tinggi.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa) meminta kerajaan membekukan perlaksanaan langkah itu.

Presidennya, Datuk Dr. Jacob George berkata, pengenalan cukai itu tidak releven dengan situasi ekonomi semasa yang menyaksikan rakyat berpendapatan rendah masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos barangan yang lain.

“Kami sangat dukacita kerana industri itu hanya melihat dari satu pandangan sahaja iaitu meningkat keuntungan mereka tanpa mempedulikan nasib pengguna.

“Selama ini, syarikat-syarikat berkenaan sudah mengaut keuntungan lumayan bukan sahaja melalui 15 juta rakyat tempatan tetapi juga daripada lebih empat juta pekerja asing di negara ini yang menggunakan perkhidmatan mereka.

“Apakah semua itu tidak cukup lagi sehingga mahu menekan pengguna dan rakyat negara ini pula,” katanya.

Menurutnya, jika keputusan tersebut dikekalkan, Cassa akan bekerjasama dengan persatuan pengguna dan NGO lain untuk melancarkan kempen memboikot secara besar-besaran.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail berkata, cukai itu dilihat sebagai cekik darah dan tidak perlu sama sekali.

“Pengguna menggunakan kad prabayar kerana mereka tidak merasa beban berbanding menggunakan talian yang kadang-kala mencecah ratusan ringgit apabila membuat pembayaran.

“Malahan, ada kad prabayaran yang boleh ditambah nilai dengan hanya RM5 tetapi jika mereka kenakan cukai, ia dilihat seperti membuli pengguna dan ia tidak patut berlaku,” katanya.

Nak baca luahan hati rakyat yang rabak poket..., please
click here

Hmmm..., Kerja SPR Menjawab Ajelah...!!


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mencatatkan sejarah negara apabila seorang penduduk sementara pula disahkan boleh mengundi dalam negara ini.

Bukti manipulasi dalam pilihanraya itu boleh dirujuk kepada pengundi bernama Numi binti Syukri yang mempunyai kad pengenalan bernombor 880306114096 yang akan mengundi di Kg Bukit Payung, daerah mengindi Mukim Tenang, Dun Hulu Besut dan Parlimen Besut di Terengganu.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Maalaysia, Suhaizan Kaiat berkata, Numi binti Syukri yang mempunyai kad pengenalan 880306114096 itu ternyata seorang penduduk sementara yang boleh dibuktikan menerusi semakan JPN.

Menurut beliau, namun anehnya, Numi boleh mengundi di Dun Hulu Besut, Parlimen Besut di negeri Terengganu berdasarkan daftar pemilih terkini yang disediakan oleh SPR.

Katanya, bukti kedua pula boleh dirujuk kepada pengundi bernama Hasmidah binti Surahbil yang mempunyai kad pengenalan bernombor 820315126446, lokaliti Taman Baiduri Jaya, daerah mengundi Bandar Teknologi Kajang, Dun Semenyih, Parlimen Hulu Langat di negeri Selangor.

"Bukti ketiga pula melibatkan pengundi bernama Jamaluddin bin Tahir yang mempunyai kad pengenalan bernombor 840803125475, lokaliti Tmn Universiti/Tmn Tropika, daerah mengundi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dun Bangi, Parlimen Serdang di negeri Selangor," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Sebelum ini, menurut beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, Pemuda PAS Malaysia telah banyak membongkar isu-isu berkaitan dengan manipulasi pilihanraya di negara ini. - Hrkh.

Buktinya macam gambar kat bawah ni.