Saturday, December 11, 2010

Wei Azmin..! Suami Apa Kau Nie..? Bini Kau Dah Kena Kata Macam Macam Masih Nak Diam..??

Pagi nie bila baca Utusan Malaysia page 9, ade news lagi pasal rumahtangga Azmin Ali. Kali nie, Dato Nalla dah cabar Shamsidar untuk tell the truth about Anwar & Azmin... Memang dah sah Dato Nalla tak boleh tahan nak diam lagi. Banyak kali dah Dato Nalla cabar Anwar, Azmin, Wan Azizah tapi semua diam...

Bijak Dato Nalla perangkap Azmin Ali, kena check mate!

Kalau Azmin betul betul jantan, dia tak boleh biarkan orang lain buat sesuka hati kat bini dia macam Dato Nalla sekarang dah babitkan Shamsidar secara openly, siar kat surat khabar plak tu..

Azmin mesti jawab, jangan diam lagi! Orang lain dah "sentuh" bini dia, tak kan nak diam lagi...


KUALA LUMPUR 10 Dis. - Isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsidar Taharin dicabar menjelaskan perlakuan sebenar suaminya serta ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu.

Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan berkata, beliau membuat cabaran itu kerana bosan terhadap kuasa 3A (Anwar, Azmin Ali dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) yang sehingga kini belum menjawab setiap cabaran dilakukannya kepada mereka agar menceritakan perkara sebenar.

Beliau amat yakin Shamsidar mempunyai pengetahuan luas mengenai Anwar kerana kedua-duanya mempunyai hubungan amat rapat suatu ketika dahulu.

"Shamsidar bukan saja arif mengenai suaminya, malah turut mengenali siapa Anwar sebenar"

"Dia tidak sepatutnya hanya memikirkan tentang suami tetapi perlu juga memikirkan kepentingan rakyat dan negara agar tidak terus ditipu dengan membongkarkan segalanya," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Read more..., click here

Hari Keputeraan Baginda Sultan Selangor Ke 65 - AMPUN TUANKU BERIBU RIBU AMPUN.., SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN


11 Disember 2010 – Sabtu

05 Muharam 1432H


DIRGAHAYU Ke Bawah DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ Sultan Selangor Darul Ehsan sempena hari keputeraan baginda yang ke 65.

Patik ingin merafak sembah dan menjunjung kasih berdoa semoga Tuanku dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan diberikan kesejahteraan, agar dapat terus berada diatas tahta singgahsana memimpin rakyat di negeri bertuah ini, AMIN…

Patik turut ingin mempersembahkan bahawa Tuanku merupakan sumber aspirasi seluruh rakyat Negeri Selangor. Titah dan nasihat Tuanku akan sentiasa dijunjung dan disanjung menjadi pedoman rakyat di negeri ini.Semoga negeri yang dicintai ini senantiasa diberikan keamanan, kesejahteraan, dijauhi dari sebarang musibah, bencana dan juga gangguan daripada golongan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Patik dan seluruh rakyat akan terus mempertahankan Institusi Raja Berpelembagaan sebagai sumber perpaduan dan kekuatan orang melayu khususnya dan rakyat Negeri Selangor amnya


DAULAT TUANKU...!

DAULAT TUANKU...!

DAULAT TUANKU...!

Friday, December 10, 2010

Kenaper ler Nazri Aziz Carik Pasal Dengan Bloggers Pro Kerajaan…??

Nampaknyer cerita pasal Namewee dapat respond panas dari blogger frenz, yang jadi lagi panas bila Menteri melayu sendiri Datuk Nazri Aziz boleh terima Namewee sebagai tetamu kat Parlimen.

Banyak jugak our bloggers frenz yang buat story pasal nie kat blog masing masing, Parpukari, Neutral Daily, Medan Info Kita, Mahaguru 58, Ipoh Malay. Kesian plak tengok pak menteri kena sound, tapi mungkin dia tak kesah kot…

Datuk Nazri tak tahu ker, apa yang dia buat nie boleh jadi isu panas..? Namewee dah buat ramai orang melayu marah.., dulu pun pernah Perkasa cuba kejar budka nie mase dia buat show kat Chinese Assembly Hall.

Namewe pernah hina melayu, islam, dah tu ade jugak persendakan pasal azan. Tak kan semua nie Datuk Nazri boleh lupa..? Dah la no action taken against this young man, lepas tu boleh jadi gust of honour pak menteri kat parlimen plak…..

SELCAT Kenapa Tak Siasat Ahli Majlis Ini..???

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) digesa menyiasat dakwaan mengenai seorang Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) terlibat dalam pelbagai kes penipuan dan tidak diambil tindakan.

Anggota Parlimen bebas Wangsa Maju Wee Choo Keong berkata Selcat perlu mengambil tindakan ke atas anggota DAP itu sebagai membuktikan ketelusan yang dilaungkan oleh kerajaan pakatan pembangkang di Selangor selama ini.

Anggota DAP itu didakwa begitu berkuasa dan berpengaruh di Selangor sehingga tiada tindakan diambil terhadapnya walaupun pelbagai aduan telah dibuat, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Beliau percaya ahli MPKJ itu terlibat dalam banyak kes penipuan membabitkan pemberian beberapa projek tetapi dilindungi oleh pemimpin atasan parti sehingga Jawatankuasa Disiplin DAP serta kerajaan pakatan pembangkang Selangor gagal mengambil tindakan terhadapnya.

"Pakatan pembangkang di Selangor sering memperjuangkan soal keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan tetapi projek banyak diberikan kepada kroni sendiri.

"Saya tahu individu terbabit mempunyai sokongan padu daripada seorang pemimpin kanan DAP, mungkin sebab itu tiada tindakan dapat diambil ke atasnya," katanya yang turut menggesa pihak berkuasa, terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk menyiasat perkara itu.

Blog Lawyer Garang ; Kalau semua salah silap BN bukan main laju lagi DAP, PKR, dengan PAS buat kecoh! Sibuk nak table dalam Parlimen, kalau tak dilayan protes pulak...

Kenaper pengundi kat Selangor susah nak percaye leaders dari Pakatan pun boleh makan rasuah, mereka pun manusia biaser jugak ade nafsu, especially kalau dah ade kuasa dalam tangan..!


Thursday, December 9, 2010

Yb PAS Berzina Dengan Isteri Orang Kenapa Tak Saman Bloggers..?


Soalan nie penting untuk top leaders PAS especially yang dari Kelantan kena jawab… Nak kenalah jawab berita nie betul ker atau fitnah..?? Kenapa senyap. Bloggers yang main cerita nie siap tunjuk foto muka Yb tu, ade nombor talipon, complete! Jawablah…

Tak boleh diam jer cerita macam nie sebab babitkan wanita isteri orang, maruah wanita..!!

Semalam story nie blog Lawyer Garang relate dengan sumber berita, blog Papa GOMO.

Wednesday, December 8, 2010

ADUN Mana Nie Kena Tangkap Berzina Dengan Bini Orang…..?

Peliklah bila dah ade publish strory sorang YB PAS Kelantan kena tangkap berzina dengan bini orang, lagi best dan menarik yang tangkap husband sendiri plak tue..! Tapi tuan punya badan Yb tu tak nak saman blogger yang publish story nie, leaders PAS pun diam semua….

Maknenyer story panas nie betul ker..? Blog yang publish story nie siap tujuk gambar, nama penuh, nombor handphone sekali, complete!

Story published at one of our blogger fren, Papa Gomo, klik kat sini

Aduuhh..! Blogger Pakatan Kata “ Noh Omar Gaduh Dengan Khir Toyo, Ezam Yang Untung..”

Kes Mahkamah yang kena kat Dr Khir Toyo nampaknya dah jadi bola tanggung pulak untuk Blogger pro Pakatan macam menangguk di air yang keruh…

Mereka dari dulu memang nak spin issue krisis antara Noh Omar & Khir dalam Umno Selangor. Bila kes Khir Toyo kecoh minggu lepas, dah ade satu Blogger Pakatan kata “Ezam yang untung, Ezam yang akan jadik MB Selangor kalau BN boleh rampas Selangor dari Pakatan…”

Baca blog Mother Of Three Mohd – klik sini

Tuesday, December 7, 2010

Khir Toyo Jadi Kambing Hitam..., Untuk Siaper..??

Panasnyer ceriter politik, headlines pasal former MB Sgor, Datuk Seri Khir Toyo kena dakwa kat court...

Nampak macam kerajaan kita serius nak clean sweep kes rasuah. Last month or maybe 2 months ago, former Boss MCA pun kena heret pegi SPRM... Pada satu sudut nampak baguslah sebab nanti opposition tak boleh kata government kita tak ambik tindakan kat BN leaders..
Tapi dalam kes Khir Toyo nie macam ade 'political game' dalam Umno leaders. Nampak macam nak kenakan Khir Toyo sebab banyak repot buat pasal curi pasir masih tak kena lagi, bestnyer jadi Yb Pakatan kat Selangor..! Pelik jugak sebab Khir Toyo yang banyak explode cerita curi pasir dia pulak yang kena...

Blog Lawyer Garang memang setuju dengan artkel, Blog Rbf.

Salam MAAL HIJRAH

Salam Maal Hijrah buat semua Blogger frenz, my loyal readers n followers....

Marilah kita semua doakan maal hijrah kali nie dapat mengubah keadaan hidup kita jadi lebih baik, begitu juga untuk semua.., lebih2 lagi untuk negara nie jadi lebih baik selamat dari bala.., insya allah.

Blog nie pun nak buat HIJRAH jugak..., nak lebih aktif publish komen dan artikel.

Monday, December 6, 2010

ADUN Sri Muda Kena Panggil SPRM Lagi…? Lepas Siar Berita Pasir Sgor Nak Seludup Ke Singapore

Semalam kat masjid negara, ade terdengar cerita budak budak Pkr kata Yb Sri Muda Selangor kena cekup SPRM gara gara dah keluar news pasal pasir Selangor nak seludup pergi Singapore….

Yb nie katanya misai dier dah buat ramai srikandi2 Pkr goyang iman tengok dier….. Yb nie pun baru jer Khalid MB lantik dier jadi Chairman satu lagi syarkiat urus pasir kat Selangor. Loaded.., banyak duit Yb nie, patut la ramai aweks srikandi pkr nak goda dier!

Nanti blog nie cuba carik foto Yb nie . Tak sempat nak google sebab nak rush pergi meeting kat Rawang jap.

Ikut strory katanya, Yb nie rajin pergi Penang sebab kroni company yang seludup pasir pergi Singapore tu jugak dapat banyak jobs DAP Penang…. Bila budak budak dier tanyer, dia kata pergi kempen sebab bertanding MPP Pkr bulan lepas…

Fuh! Tak serik serik penyamun pasir kat Selangor nie, tapi ade hati nak buat demo konon bela rakyat lah pasal isu air.!!

Human Trafficking….! Guna Kanak Kanak Jadi Perisai Demo Pakatan…

Dr Badrul Amin, cuba dukung sorang kanak kanak OKU…. Apa lah mak bapak budak nie…? Kanak kanak OKU knows nothing! Tapi kesian…, mak bapak budak OKU nie guna dier supaya nanti bila FRU atau polis nak bertindak tak boleh buat ape2….!

Tengok gambar atas skali tu! Sama gaks laa…, kalau nak pegi berdemo jangnlah bawak kanak kanak

Nanti kalau kanak kanak tu cedera kena ‘’tear gas”, mase tu bersusun susun lagi pegi buat demo kata polis jahatlah pulak…!

Tengok Mamat nie..! Dengar cerita dia jual bini kat boss dier…. “ sekarang anak orang pun dia nak jual ker..? Nak gimmick politik, buat ape saje…! “

GAPS Syok Sendiri..!! Hanya 150 Ahli Adakan Perhimpunan Semalam

“…. Tiada sambutan dan SYOK sendiri sahaja…! Kenapa hanya 150 orang (versi Berita Hairan la). Katanya GAPS ni adalah gabungan lebih 50 NGO termasuk Majlis Belia Selangor, Perkasa Selangor, Gerakan Belia 4B Selangor, GPMS Selangor, Kesatuaan Pelajar Melayu Selangor termasuk persatuan-persatuan dari kaum Cina dan India di negeri itu. WOW!!! Tak boleh ke mengatasi atau seramai demontrasi bantah penswastaan air anjuran Pakatan Rakyat….? “

Macam siot jer cara geng geng Pro Pakatan buat story…!

Baca kat sini, Blog Tok Kiyai Isu Semasa – kafe santai

Sebenarnya demo yang Pakatan nak buat pun gagal..! Tak dapat target 15,000 orang…. Jadi nak cover kemaluan mereka, sibuk nak kutuk program GAPS pulak…

Lepas tu kerja mereka menipu pulak tu, sebab yang dating demo kat masjid negara ade lebih kurang 2 – 3 ribu orang jer…, suruh Harakhdaily report ade 15,000 orang.

Tengok smart work by our famous Blogger fren punya artikel, Blog Rbf

Pakatan Leaders AJAR Rakyat HINA Syabas…? Kenapa Masih Guna Bekalan Air…?

Tengoklah nie, nak tunjuk kreatif kunun….!

Salah sorang peserta demo kat masjid negara semalam. Marah sangat kat Syabas..? Kalau betul2 nak hina Syabas, janglah guna bekalan air. Pergi guna air perigi atau air sungai ler…!

Friday, December 3, 2010

Akhbar SINAR Kantoi…! Faekah Ade “Saham” Dalam Sinar..??

Hari ini dah masuk dua minggu, tak ade statement dari Setpol MB Selangor, Faekah Husin. Tiba tiba senyap sepi jer…

Kalau dulu bila ade isu isu panas kat Selangor, bukannya MB Tan Sri Khalid yang jawab, tapi Setpol dia Faekah yang jawab…

Kenapa kita boleh katakan akhbar Sinar kantoi…?

Sebab bila ade blogger fren yang bantai Sinar kata terlalu banyak sangat bagi coverage kat Faekah. Blog Rbf, kat bawah nie kita baca snap shot dari artikelnya..;

“……Tetapi saya ada dua perkara yang nak dikatakan mengenai Sinar Harian.”

“ Pertama, keistimewaan yang dinikmati oleh Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin dalam Sinar Harian. Dalam Malaysia kita ada
36 orang setpol kepada menteri-menteri kabinet dan di Semenanjung Malaysia ada 11 orang setpol kepada MB dan KM termasuklah 4 negeri yang diperintah kerajaan pakatan. Untuk Sabah dan Sarawak saya tidak masukan kerana Sinar Harian tidak terdapat di sana…”

“…..Dalam seminggu boleh dikatakan 5-6 hari akan ada sahaja berita mengenai Faekah atau kenyataan akhbarnya. Malah ada masanya mendapat liputan muka depan Sinar Harian. Apa istimewanya Faekah dengan Sinar Harian ? adakah Faekah pemegang saham dalam Karangkraf ? atau ada 'deal' di belakang tabir ? Wallahualam , itu saya tak berani nak kata. Yang saya berani kata Faekah terlalu istimewa di mata Sinar Harian berbanding dengan setpol-setpol lain yang ada dalam Malaysia. Pasti ada sesuatu yang tidak kita ketahui.”

To read more….., click here

Selalunya, bila orang tegur silap kita, lepas tu kita langsung tak buat lagi, maknernyer.. betullah ape yang ditegurkan itu, tak gitu ker? Bila Sinar dah tak publish lagi statement Faekah, maknernyer ape yang blog Rbf tulis tu benar..?

Hari ni front page Sinar, ade statement Tan Sri Khalid respon pada gabungan Ngos yang gelar mereka GAPS hari ni nak serah memo kat istana Sultan. Tan Sri cabar GAPS tunjuk bukti. Mane pergi suara si Faekah..???