Sunday, March 31, 2013

Siapa Sebenarnya Ajar Kit Siang Jadi Pengecut...?

Penasihat DAP Lim Kit Siang yang sudah sah akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor pada PRU 13 nanti pastinya akan dikenang sebagai salah seorang pemimpin politik yang kerap berpindah-randah dari satu negeri ke negeri yang lain.

Sejak berkecimpung dalam dunia politik, pemimpin veteran DAP yang cukup dekat dengan gaya kepimpinan diktatorship dan kuat amalan nepotismenya itu sudah bertanding di empat negeri iaitu Melaka, Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

Johor yang kini menjadi tumpuannya untuk PRU 13 merupakan negeri yang kelima, sekaligus mencatatkan satu lagi rekod peribadi yang menjadi kebanggaannya. Ianya tentu sukar untuk ditandingi oleh mana-mana pemimpin BN.

Di kalangan pemimpin BN jarang sangat yang mempunyai tabii pindah-randah sedemikian kerana masing-masing tahu nawaitu utama mereka bertanding dalam pilihan raya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat setempat.

Tika ini PR sudah mempunyai watak Mr Mansuh yang dipelopori oleh Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dek kerana hobinya yang gemar menabur janji yang kemudian sering dimungkiri dan dicapati.

Justeru itu, memang elok sangat gelaran Mr Pindah pula dinobatkan kepada Kit Siang sesuai dengan kegemarannya berpindah-randah ke sana ke mari. Dengan wujudnya watak Mr Mansuh dan Mr Pindah, ia pasti menambah keunikan PR pada pandangan rakyat.

Mungkin bagi Kit Siang apabila dapat bertanding sana sini ia dianggap satu keseronokan baginya sedangkan sebagai pemimpin sepatutnya beliau perlu fokus untuk menunaikan harapan rakyat yang sebelumnya telah memilihnya sebagai wakil mereka.

Tiap kali bertanding pula tak pernah cukup sekadar mencuba nasib di kerusi Parlimen tapi diletakkan juga dirinya sebagai calon untuk bertanding di peringkat DUN. Dibuatnya gelanggang PRU ini semacam peluang untuk meningkatkan gaji dan elaun peribadinya pula.

Pemimpin muda dalam parti terus ternanti-nanti entah bila berpeluang maju ke hadapan, dah lah nak menggalas jawatan tinggi dalam parti terhalang dek anak menantu Kit Siang, nak bertanding mewakili parti dalam pilihan raya pun sayup-sayup saja kelihatan peluangnya.

Dunia politik PR yang sememangnya penuh warna-warni dan unik, tapi keunikan sebegini dengan wujudnya politikus berwatak Mr Pindah bernama Lim Kit Siang dan Mr Mansuh yang sinonim dengan Anwar Ibrahim, ia sebenarnya tidak memberi manfaat kepada khalayak.

Politikus seperti Mr Pindah dan Mr Mansuh hanya sekadar menambah kemeriahan politik, sedangkan realitinya rakyat lebih memerlukan lebih ramai pemimpin politik yang komited dalam menabur jasa dan bakti untuk kepentingan masyarakat dan negeri.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5 Tahun Bawah DAP Terbukti Pulau Pinang Semakin Hampehh

Setelah hampir lima tahun DAP mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di negeri Pulau Mutiara itu di lihat semakin bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, di tambah dengan keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.

Menurut analisis terkini kedudukan Pulau Pinag pada ketika ini telah merosot jatuh ke tangga ke-6 apabila gagal mengekalkan jumlah kemasukan pelabur yang hilang hampir dari separuh. Lebih membimbangkan negeri tersebut dikatakan bakal menghadapi masalah pengganguran yang serius menjelang 2-3 tahun lagi.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam tempoh empat bulan pertama bagi tahun 2012, ranking kemasukan pelabur asing jatuh ke tangga ke-6, manakala jumlah pelaburan domestik dan luar menjunam ke tangga 7.

Malah sebelum ini, negeri tersebut dilaporkan telah mengalami penurunan hampir 73 peratus dalam jumlah pelaburan keseluruhan dari RM 9.11 bilion pada 2011 kepada hanya RM 2.47 bilion tahun lalu. Sedar atau tidak, kerajaan Guan Eng juga telah mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut yang membuktikan kegagalan mereka dalam mengurus tadbir.

Kerajaan pimpinan Guan Eng juga menerima satu lagi tamparan hebat apabila Bosch Solar Energy Malaysia Sdn. Bhd. (Bosch Solar) dikatakan telah membatalkan rancangan membina kemudahan solar bernilai RM2.2 bilion di negeri itu.

Ia membuktikan kegagalan kerajaan pimpinan DAP itu, yang dilihat dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha mengekalkan kemasukan pelaburan asing ke negeri ini seperti yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

Malah pendekatan Guan Eng yang cuba menyembunyi fakta dan gemar dengan berdiam diri daripada menjawab segala persoalan mengenai perkembangan ekonomi negeri dikatakan antara punca kepada permasalahan ini.

Ini kerana secara tidak langsung telah menyebabkan para pelabur meragui dan was-was dengan ketelusan kerajaan negeri yang kononnya mempraktikkan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT).

Malah sebelum ini ramai yang telah terpedaya dengan kenyataan Guan Eng yang kononnya telah berjaya mengurangkan beban hutang negeri sedangkan pada hakikatnya ia dilakukan dengan bantuan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saturday, March 30, 2013

Undi 2000 Pun Tak Tahu Kira....

DAP  adalah parti yang tidak berkebolehan.  Noktah. 

Tajuk dan kenyataan di atas adalah lengkap dan padat.  Tetapi, dengan hanya menulis sedemikian, mungkin puak-puak DAP tidak akan dapat memahami maksudnya. 

Maksud yang perlu difahami di sini ialah, seseorang itu semestinya bersikap rasis tegar, tidak rasional dan tidak waras untuk menyokong sebuah parti yang tidak mampu mengira undi  yang tidak sampai 2000 pun, dalam pemilihan jawatankuasa pusat mereka yang lalu.

Sekiranya parti itu tidak mampu mengira walaupun sebanyak 2000, bagaimana kita boleh mengharapkan mereka mampu mengira sehingga berjuta atau berbilion ringgit?

Jika mereka tidak tahu mengira, bagaimana kita boleh memberi mandat untuk mereka menerajui negeri, apatah lagi negara?

Oleh kerana DAP tidak berkebolehan, maka kos untuk pembinaan terowong mega yang diumumkan pada jumlah RM4.08 billion pada tahun 2011, kini menunjukkan jumlah RM6.3 billion pula.

Nampaknya, segala cakap-cakap besar Lim Guan Eng tentang amalan tender terbuka yang mampu menurunkan kos dari jumlah asal RM8 billion, adalah tidak bermakna sama sekali. 

Mengimbas pemilihan CEC, DAP memberi alasan bahawa komputer telah mengsabotaj mereka sehingga beberapa ratus dari undi telah hilang.  Dan dalam mega projek ini, komputer dikatakan bermain silap mata pula dengan DAP sehingga menyebabkan pertambahan RM2.25 billion dari kos asal. 

Jika ini bukan masalah tidak cekap matematik, maka ia tentulah masalah tidak cekap komputer.  

Ini kerana DAP tidak seharusnya ‘tersalah taip’ kerana mereka sepatutnya tidak perlu pun menaip jumlah tersebut.  Jumlah itu akan dikira secara automatik oleh computer.  Jika mereka enggan menunjukkan keseluruhan jalan pengiraan di dalam ‘worksheet’ computer itu, maka ‘manusia’ hanya perlu memetik jumlah yang telah dikira secara automatik tersebut dan mengisikannya di dalam kertaskerja, kenyataan atau pembentangan yang perlu.  Itu saja.

Susah sangatkah untuk memetik dan menyalin semula jumlah tersebut? 

Jika benar ia merupakan masalah tersalah taip, maka mungkinkah nama-nama seperti ‘Annie and Party’, ‘Pinny’, ‘Davy’, ‘Jimmy’ dan ‘Terry’ yang muncul dalam kertaskerja mengenai projek tersebut yang telah didedahkan sebelum ini juga sebenarnya tersalah-taip? 

Selama ini DAP sering menuduh UMNO sebagai ketinggalan, Melayu lembab, bodoh dan malas tetapi akhirnya terbukti DAP lebih teruk lagi, malah bengap.  Namun, sekurang-kurangnya kita tidak perlu mendengar alasan yang memualkan dari mereka iaitu segala kesilapan adalah berpunca dari UMNO. 

Untuk rekod, Melayu UMNO yang dikatakan lembab, bodoh, malas dan rasis oleh DAP inilah yang menerajui negara tanpa melakukan kesilapan bodoh sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng itu.  Mungkin Guan Eng tidak menyedari bahawa UMNO yang sama juga yang membawa Malaysia ke tahap hari ini di mana kaum Cina dan lain-lain, bebas merebut peluang sehingga menjadi taukeh besar. 

Guan Eng tidak pula merasa malu atas  kesilapan ini, tetapi sebaliknya memanggil mereka yang menunjukkan kesilapannya sebagai tidak professional.  Oleh itu, penulis tertanya-tanya apakah DAP juga mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa. 

Semakin jelas bahawa Lim Guan Eng bukanlah seorang yang bijak.  Beliau wajar mengambil kursus komputer, mengulang pelajaran matematik atau akaun, serta memantapkan penguasaan bahasa sebelum bertanding dalam pilihanraya kali ini. 

Guan Eng seharusnya tahu bahawa kesilapan membentangkan kos untuk sebuah projek mega yang mampu memberi kesan kepada pembayar cukai adalah tidak boleh diterima sama sekali.

Perlu diingatkan bahawa Guan Eng bukannya mengurus sebuah kedai runcit kecil, tetapi sebuah negeri.  Beliau bukan bercakap tentang belanjawan rumahtangga – duit poket anaknya atau wang dapur isterinya.

Tetapi beliau bercakap tentang terowong mega yang kontroversi yang bernilai berbilion ringgit, kalaupun bukan berkenaan undi untuk memilih jawatankuasa yang akan membantunya menguruskan negeri. 

Ini hanyalah beberapa kesilapan yang dapat kita dedahkan.  Apakah agaknya yang akan kita jumpa jika meneliti secara terperinci angka-angka dalam pentadbiran Pulau Pinang.

Apalah agaknya yang ‘tersalah taip’ atau ‘masalah komputer’ yang kita akan temui jika melakukan yang sama terhadap keseluruhan pentadbiran DAP.

Thursday, March 28, 2013

Najib Terlalu Takut Nak Bubarkan Parlimen....?

Mengapa Najib Belum Membubarkan Parlimen?


Soalan ini agak sukar untuk dijawab. Hanya Allah dan Perdana Menteri sahaja yang mengetahui sebab sebenar.....

Namun berdasarkan kenyataan-kenyataan beliau sejak beberapa bulan lalu, nyata beliau mahu menggunakan masa yang ada untuk memastikan idea, falsafah dan pelan transformasinya dirasai oleh majoriti rakyat.


Saya fikir apa yang Mohd Najib mahukan sekarang ialah kemenangan 2/3. Untuk mendapat kemenangan 2/3 agak sukar berbanding sekadar untuk menang.

Sebab itu beliau mengambil masa yang lebih sedikit untuk membuktikan kebolehan beliau dan meyakinkan sebahagian rakyat yang masih mengambil sikap tunggu dan lihat.



Beliau dilihat seolah-olah tidak cukup masa untuk meyakinkan majoriti rakyat agar memberi kemenangan 2/3 kepada Barisan Nasional. Ini tidak menghairankan kerana hanya pada 3 April tahun ini genap empat tahun pentadbiran beliau. Ini bermakna beliau kekurangan setahun untuk penggal pentadbiran penuh.



Oleh kerana beliau mengambil alih pentadbiran dalam keadaan parti yang lemah dan berantakan, pentadbiran yang dikritik hebat dan hampir dinyahkan oleh rakyat dalam pilihan raya 2008, tugas Najib tidak semudah disangka.



Selain itu, keengganan Najib membubarkan Parlimen lebih awal mungkin beliau bimbang Pakatan akan cuba membuat tindakan tidak beretika seperti melewatkan pembubaran DUN Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.



Jika ini berlaku dan Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) mahu mengadakan pilihan raya serentak maka masa kerajaan Persekutuan sementara boleh mencecah sehingga dua bulan. Ini boleh memberi kesan serius kepada ekonomi dan pentadbiran Negara.

Malahan masa yang sedemikian panjang boleh mengancam keselamatan sekiranya kempen politik menjadi kian panas.



Justeru saya fikir Mohd Najib akan hanya membubarkan Parlimen seawalnya selepas ulang tahun keempat pentadbirannya pada awal April ini atau menunggu sehingga saat akhir, sekaligus mengelakkan Pakatan melakukan taktik memanjangkan masa pilihan raya untuk menimbulkan ketegangan kepada rakyat.


Tindakan Mohd Najib untuk memenuhi penggal yang ada harus dipuji bukannya dikritik. Ini merupakan catatan demokrasi yang penting kepada Negara ini. Perdana Menteri memilih untuk mengabaikan keistimewaannya untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut.

 

Bukankah selalunya pembangkang menuduh tidak mempunyai cukup masa berkempen dan menuduh Barisan Nasional tidak professional kerana mengumumkan pilihan raya mengejut?

Sekarang apabila semua orang sudah mengetahui bila pilihan raya akan diadakan, tiada unsur kejutan lagi, Pakatan masih tidak berpuas hati. Apa yang mereka mahukan sebenarnya...?

Baca seterusnya di SINI

Wednesday, March 27, 2013

Kantoi Beb...! Video Klip Saharudin Hamid Ketua Penerangan PKR Cabang Merbok BerONANI Depan Laptop

Jangan buang masa la u oLLz semuaaa..., Pkr dengan lucah mana boleh dipisahkan..! Cepatlah u oLLz klik SINI

Hancuss Beb...! Johor Dah Kena Lelong...?

Benarkah pembangkang boleh rampas kerajaan negeri Johor pada Pru 13 nanti...? Sila klik SINI

Tuesday, March 26, 2013

Muka Izzah Mencuka Macam Sial Sewaktu Menonton Bersama Kak Wan Video Anwar Liwat Mahasiswa Dalam HILTON KL Sentral

Cuba fikirkan sejak Pilihan Raya Umum 2008 apa yang Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak lakukan dalam usaha mereka untuk mencari pengaruh politik.

Kejayaan yang dicapai dalam pilihan raya umum berkenaan melalui pelbagai manipulasi termasuk menggunakan sentimen perkauman telah memungkinkan PKR menjadi 'besar kepala'.

PKR merasakan parti merekalah yang terbaik dan jauh daripada kesilapan dan kesalahan, apa pun yang berlaku ke atas parti atau pemimpin mereka akan dianggap fitnah dan konspirasi UMNO serta kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kebijaksanaan berhujah dan kepandaian mengalih isu telah memungkinkan segala keburukan PKR termasuklah melibatkan pemimpin-pemimpinnya berjaya diredakan.

Bagaimanapun PKR tidak boleh membohongi dan menipu rakyat melalui strategi politik licik dan songsang mereka selama-lamanya.

Kebenaran tetap kebenaran dan fakta tetap fakta, mungkin pada awalnya PKR akan berjaya menutupi semua itu melalui sandiwara, putar belit dan taktik mengalih isu.

Tetapi ia tidak akan bertahan lama dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah gelanggang terbaik kepada rakyat membuktikan kepada PKR bahawa mereka tidak akan selama-lamanya terpedaya dengan sandiwara parti itu.

Parti seperti PKR yang dilihat mengamalkan pendekatan politik matlamat menghalalkan cara tidak boleh dibiarkan terus wujud kerana mereka tidak menguntungkan negara sebaliknya hanya memporak-perandakan negara.

Peluang yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya umum lalu tidak digunakan sebaik-baiknya, sebaliknya apa yang kita saksikan dari semasa ke semasa PKR terus mengamalkan politik untuk menanam kebencian rakyat kepada segala usaha baik kerajaan.

Kajilah tidak ada satu pun perkara yang dilakukan oleh kerajaan BN yang tidak dipandang serong oleh PKR. Segala-galanya akan diperlekeh dan persendakan hatta soal keselamatan negara pun turut menjadi 'mangsa'.


PKR mengajar rakyat politik kebencian dan permusuhan bukannya bersama-sama berganding bahu melakukan pembaikan demi keselamatan negara.

Keadaan itu berlaku kerana PKR sudah kemaruk kuasa, mereka melihat PRU-13 ini adalah penentuan hidup mati parti tersebut dan usaha terakhir untuk memastikan pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri.

Sama ada janji yang ditaburkan boleh ditunaikan atau tidak, segala tindakan boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara atau tidak, ia bukanlah perhitungan utama.

Bagi PKR, apa yang penting mereka mahu memastikan pemerintahan BN berakhir dalam pilihan raya umum kali ini.

Sama ada pemimpin atau penyokong tegar mereka hendak mengakui atau tidak, PKR adalah parti yang penuh dengan konflik, masalah dan 'penyakit', parti seumpama ini kalau terus dibiarkan berada dalam pentas politik negara ia boleh mengakibatkan negara musnah.

PKR berasa kuat bukan kerana kekuatan sendiri tetapi atas bantuan DAP dan Pas. DAP digunakan untuk meraih sokongan masyarakat Cina manakala Pas untuk meraih undi orang Melayu.

PKR tidak ada apa-apa kekuatan selain bijak bercakap, menabur fitnah dan melemparkan serangan buruk kepada kerajaan BN...itu sahaja kepakaran mereka.

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada negeri yang dikuasai oleh mereka dan kemelut dalaman, segala-galanya 'haru-biru', lintang pukang dan berkecamuk.

Tetapi pemimpin-pemimpin utama PKR masih mahu mendabik dada kononnya mereka boleh mentadbir jauh lebih baik berbanding BN.

Sikap politik PKR ini terjadi kerana parti itu bukan ditubuhkan asas perjuangan bagi membela nasib rakyat atau membangunkan negara sebaliknya atas sikap dendam dan kebencian apabila pemimpin utama mereka dipecat daripada kerajaan pada tahun 1998.

Namun pemimpin-pemimpin PKR bijak bersandiwara dan mengambil kesempatan bagi meraih sokongan politik, ini termasuklah ketika pentadbiran kerajaan BN berada dalam kedudukan lemah.

Bagaimanapun situasi itu sudah berbeza sekarang, pekung yang ada kepada PKR tidak boleh ditutup dengan pelepah kelapa atau pun daun keladi.

PKR mungkin mahu terus bersandiwara kononnya mereka sebuah parti yang kukuh dan sentiasa mendapat sokongan rakyat tetapi apa yang berlaku sejak 2008 sudah melihat menyaksikan bagaimana PKR kini sedang menuju ke kuburan politik.

Perbalahan dalaman yang melibatkan pemimpin-pemimpin mereka sudah menjadi rahsia umum, khususnya melibatkan Presiden PKR, Datin Seri Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali.

Itulah belum lagi mengambil kira, bagaimana di Selangor, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan turut berhadapan dengan tekanan termasuklah wujud ura-ura bahawa Azmin akan menggantikan beliau selepas pilihan raya umum akan datang jika PKR masih memerintah.

Begitu juga, penulis difahamkan menjelang pilihan raya umum ini, perebutan menjadi calon-calon semakin hebat dan cantas mencantas semakin ketara.

Malangnya, di atas pentas-pentas ceramah, pemimpin-pemimpin PKR terus menggambarkan seolah-olah parti mereka semakin kuat, kukuh dan berwibawa.

Bagaimanapun, menurut satu sumber, PKR semakin memahami penolakan rakyat khususnya orang Melayu terhadap parti itu.

Mungkin menyedari hakikat inilah pemimpin-pemimpin PKR cuba sedaya-upaya memperalatkan Pas terutamanya untuk membantu mereka memenangi pilihan raya.

Pemimpin-pemimpin PKR tidak risau soal sokongan kaum Cina kerana DAP dikatakan mampu memainkan peranannya dengan berkesan dalam membantu parti itu.

Apa yang meresahkan PKR ialah sokongan orang Melayu yang dilihat kini berada di hujung tanduk.

Namun pemimpin-pemimpin PKR tetap yakin sebagai 'pak turut setia' dalam pakatan pembangkang Pas akan mampu memainkan peranan untuk memastikan semua calon PKR menang.

Sikap Pas inilah yang menyuburkan politik kebencian dan matlamat menghalalkan cara yang diperjuangkan oleh PKR.

PKR percaya apa pun yang dilakukan oleh mereka, ia pasti akan dibela, disokong dan dipersetujui oleh Pas.

Justeru walaupun PKR memahami bahawa sokongan mereka dalam pilihan raya umum nanti akan merudum namun mereka tidak khuatir kerana penyokong-penyokong Pas akan setia memberikan undi mereka kepada calon-calon PKR.

Penyokong Pas akan bertungkus-lumus memastikan calon-calon PKR menang dan bersedia memanjat pokok dan tiang-tiang bagi mengibarkan bendera PKR dan DAP di seluruh pelosok.

Namun PKR belum pasti akan mengenang jasa Pas kerana apa yang lebih penting bagi PKR ialah DAP bukannya Pas. Sebab itulah dalam banyak isu, PKR tidak pernah peduli apa pendirian Pas.

Malahan PKR sentiasa terang-terangan menyokong DAP contohnya dalam isu kalimah Allah dan menyatakan ia kesepakatan bersama.

Dan dalam banyak situasi PKR lebih menyebelahi DAP, namun Pas masih terus mahu bertahan. Justeru orang Melayu perlu memikirkan apakah wajar pakatan pembangkang perlu disokong kerana dengan sikap 'pak turut' Pas sudah pasti parti itu tidak akan berupaya melawan kehendak PKR dan DAP jika benar pakatan itu menang dalam pilihan raya umum nanti.

Ia memandangkan soal politik pakatan pembangkang hanya berkisar soal penguasaan PKR dan DAP bukannya PAS yang dilayan bagaikan 'melukut di tepi gantang'.

5 tahun DAP Tipu Rakyat Miskin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, March 25, 2013

Video Klip Azhar Idrus Mc Dee Senang Keluar Air Mazi...., Cepat Stim..! HAMPEHHH

Blog aku tak pernah sekalipun mengiktiraf natang Azhar Idrus sebagai Ustaz.....

Kerjanya hanyalah buat lawak..., itu sahaja yang dia tahu. Saksikan video klip dibawah ini, begitu terserlah Azhar Idrus menyebar dakyah...!

Ek eLLehh.... Standard Exco Pas Rasmi Jamban Jer...?

Songkok tinggi tapi orangnyer katek jer..., Exco Pas Yb Dun Meru Dr Rani, setakat rasmikan jamban jer laa wei...

ANWAR KECUT PERUT TUNGGU KES PENDAKWAAN PENGGANAS SULU

Ketua Pembangkang dan pimpinan Pakatan Rakyat hanya menyatakan sokongan mereka kepada usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu pada 20 Mach lalu, iaitu 15 hari setelah berlakunya pencerobahah ke atas kedaulatan negara.

Lima belas hari atau lebih daripada dua minggu untuk menunjukkan rasa prihatin dan simpati terhadap kematian 10 anggota keselamatan yang mengorbankan nyawa untuk mempertahankan ibu pertiwi bukan sahaja dilihat tidak ikhlas tetapi juga biadap dan tidak bermaruah.

Namun kebiadapan dan ketidak ikhlasan Anwar dan pimpinan pembangkang tidak mampu menutup agenda yang lebih licik dan jahat disebalik kelewatan tanda sokongan kepada pasukan pembangkang.

Anwar dan kuncu-kuncunya dari PKR, Pas dan Dap pada mulanya sudah yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 akan diadakan pada awal Mach namun jangkaan mereka meleset.

Atas andaian tersebut Anwar menyusun strategi bersama bekas pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro pemisah (MILF), Nur Misuari berkomplot agar serangan ke atas negeri Sabah dilancarkan seiring dengan PRU13.

Ini bertujuan untuk menimbulkan keadaan huru hara serta kacau bilau semasa kempen pilihan raya sedang berjalan supaya pihak pembangkang boleh menyalahkan kerajaan atas serangan puak pengganas Sulu itu.

Ini boleh dilihat daripada kenyataan segera yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa pencerobohan itu didalangi UMNO kononnya untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Jika dilihat kronologi apa yang berlaku bermula daripada pertemuan sulit Anwar dan Misuari pada November 2012 empat bulan lalu termasuk pertemuan bekas pemimpin PKR Dr Jeffrey Kitingan dengan wakil kesultanan Sulu terdahulu daripada itu, adalah jelas pertemuan-pertemuan rahsia tersebut adalah untuk menyusun strategi bagi pencerobohan 5 Mach lalu serentak dengan pengumuman PRU13.

Bagaimanapun semua perancangan jahat Anwar dengan koloborasi Misuari dan puak pengganas Sulu gagal menjadikan peristiwa serangan di Lahad Datu dan Semporna hasil kecekapan pasukan keselamatan negara dan respons pantas kerajaan untuk menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas sepanjang 1400 kilometer di pantai timur Sabah (ESSCOM).

Kini Anwar sudah amat tersepit dan menuduh pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengguna isu serangan pengganas Sulu di Sabah sebagai alasan untuk mendakwa.

Hakikatnya bukan kerajaan Malaysia yang mendedahkan pembabitan Anwar dengan puak pengganas Sulu tetapi sebaliknya ini dilakukan oleh badan perisikan Filipina di mana maklumat yang diperolehi telah digunakan oleh agensi berita antarabangsa seperti Reuters dan portal berita Philippine Daily Inquirer dan akhbar Manila Times.

Malah Anwar menerima tamparan hebat apabila pimpinan MILF menafikan dakwaan Misuari yang dipetik oleh Al-Jazeera yang menuduh Kerajaan Malaysia menggunakan organisasi itu bagi memperkukuh tuntutan ke atas Sabah dan bertanggungjawab mendorong perpecahan di kalangan rakyat Moro.

Luwaran News Centre memetik kenyataan Ketua Sekretariat MILF, Mohammad Ameen yang mempertahankan Kerajaan Malaysia sambil menganggap dakwaan Misuari itu sebagai 'dosa berat', pembohongan dan palsu semata-mata.

Anwar berpakat dengan Misuari untuk memburuk-buruk nama baik dan imej Kerajaan Malaysia di mata dunia serta anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Namun fakta sebenar dan hakikat tidak boleh dipadam sama sekali berhubung peranan pro-aktif Malaysia yang telah menggesa pembentukan Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC) pada 2002.

Malaysia mencadangkan pembentukan BSC dengan tujuan murni untuk menyatukan pelbagai puak dalam MNLF dan MILF serta menggalakkan pendirian bersama di kalangan mereka dalam berurusan dengan OIC.

Malah hujah Ameen Malaysia tidak pernah terbabit dalam sebarang usaha mengatur rundingan damai Kerajaan Filipina-MILF (GPH-MILF), tetapi Presiden Gloria Macapagal-Arroyo yang meminta bertindak sebagai pihak perantara pada 2001

Sekutu Anwar itu ditanya mengapa sangat kini giat
menyokong tuntutan Sabah sedangan selama 21 tahun rundingan damai dengan kerajaan Filipina tidak pernah beliau menimbulkan isu itu.

Malah fakta juga membuktikan Perjanjian Damai Muktamad Kerajaan Republik Filipina-MNLF (GRP-MNLF) pada 1996 tidak pernah merujuk kepada isu tuntutan Sabah.

Apabila dirinya terperangkap dalam permainan politik kotor dengan kerjasama Misuari dan kelompok kesultanan Sulu, Anwar kini cuba mengalih kesalahan ke atas bahu UMNO dan Barisan Nasional pula.

Sehingga kini beliau tidak mahu mengulas walau sedikit pun mengapa ia perlu bertemu Misuari secara rahsia tahun lalu dan apakah isu kandungan rundingan tersebut.

Mengapa Anwar takut untuk memberi penjelasan dengan sendirinya adalah jelas kerana ia menjurus kepada peranan kedua-dua individu untuk mencetuskan serta merancang serangan pengganas di Sabah.

Kali ini Anwar dan kuncu-kuncunya yang terlibat dalam menyerang Sabah tidak akan dapat lari daripada pengkhianatan yang mereka lakukan kerana Kertas Putih yang kini disediakan kerajaan akan mendedahkan segala butiran mengenai peranan mereka yang sebenar.

Malah kes pendakwaan terhadap penceroboh Sulu yang akan bermula pada 12 April sudah membuat Anwar menggeletar.

Seluruh rakyat Malaysia menunggu tarikh bersejarah itu kerana pada hari itu, permaianan Anwar sudah sampai ke penghujungnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Shopping Time... Anwar Tak Kisah Mau Berbelanja Besaaarr

Mungkin kerana tidak tahan dengan percubaan demi percubaan yang dilakukan, mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik Saban semalam sekali lagi tampil membuat kenyataan. Beliau semalam mendedahkan wujud usaha yang dijalankan oleh wakil pakatan pembangkang untuk membeli Dato Shazryl Eskay Abdullah salah seorang daripada 'Trio Datuk T' untuk membuat pusingan-U dalam kes video 'China Doll'.

Menurut Tan Sri Rahim, ekoran pendedahan rakaman video seks dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tidak berapa lama dahulu, Datuk Shazryl telah diekori dan dipujuk dengan sejumlah wang oleh pihak tertentu agar mengubah pendiriannya.

Tan Sri Rahim turut menegaskan, beliau (Datuk Shazryl) telah ditawarkan dengan wang yang 'TIADA HAD JUMLAHNYA' sebagai pampasan sekiranya bersetuju untuk menandatangani satu dokumen berkanun yang telah disiapkan.

Sungguh hebat, pendekatan yang diguna pakai oleh makhluk bernama Anwar Ibrahim ini yang suatu ketika dahulu diangkat sebagai pemimpin 'Anugerah Tuhan'. Motifnya hanya satu iaitu terus menipu rakyat Malaysia agar terpedaya dengan lakonannya semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri.

Lepas berjaya beli bapa Saiful Bukhari, Pakatan cuba keluarkan wang lagi untuk beli Dato' Eskay. Namun disebabkan ahli perniagaan itu mempunyai jati diri dan integriti yang tinggi, 'tawaran wang tanpa had' itu tidak mampu untuk membeli dirinya. Ini kerana, bukan calang-calang orang yang dapat menolak tawaran seperti itu.

Hanya disebabkan wang seorang bapa tergamak untuk mengkhianati anaknya sendiri apabila sanggup menjual maruah dirinya sekaligus menjadi pencacai dan alat kepada politik jijik pakatan pembangkang.

Sekiranya Datuk Eskay bersetuju untuk menerima tawaran yang diberikan oleh Anwar, maka sudah pasti dokumen tersebut akan digunakan sebagai modal kempen baru puak-puak pencacai untuk menyalahkan Umno.

Tambah menarik, modus operandi mengeluarkan dokumen berkanun yang telah disiapkan itu seakan-akan sama dengan tindakan PI Bala yang sebelum ini turut mengeluarkan surat akuan bersumpah. Dengan hanya bermodalkan RM2 akuan bersumpah itu terus dikatakan sebagai bukti untuk memfitnah dan mengaitkan pemimpin negara.

Begitu juga yang terjadi terhadap kes liwat Saiful Bukhari, kenyataan bapanya yang telah dibeli terus dijadikan asas untuk menolak dakwaan liwat berbandingkan kenyataan mangsa yang disertakan dengan lafaz sumpah.

Benarlah seperti yang dikatakan oleh Datuk Zulkifli Nordin sebelum ini yang mengatakan antara strategi Anwar untuk menghilangkan keyakinan rakyat ialah, mengunakan umpan dengan seribu satu tawaran bagi mempengaruhi mereka yang rapat dengan sesuatu kes itu agar tampil membuat kenyataan.

Dengan kenyataan itu, para pancacai Anwar akan mengunakan semua peluang dan ruang untuk menarik simpati rakyat, kononnya makhluk jijik bernama Anwar Ibrahim telah difitnah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar Ibrahim Pening... Chua Jui Meng Hampir Pasti Tinggalkan Pkr Setelah Kerusi Gelang Patah Dah Patah

Umum amat maklum yang Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sudah lama mengidam untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah kerana ia dianggap sebagai kerusi selamat untuknya memandangkan lebih 50% pengundi di kawasan itu adalah keturunan Cina.

Lagi pun, sejak PRU 12 2008 kawasan tersebut sememangnya di tandingi calon PKR sekalipun dalam PRU itu ia dimenangi calon BN, Tan Ah Eng dengan kelebihan kurang 9,000 undi majoriti. Atas faktor itu, maka Chua Jui Meng adalah calon yang betul dan layak untuk mewakili PR di situ.

Bagaimana pun baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah disahkan sebagai calon rasmi mewakili PR di Parlimen Gelang Patah setelah diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Ia mengejutkan ramai pihak dan langsung di luar dugaan pemimpin dan penyokong PKR sendiri.
Perkembangan itu nyata agak mengecewakan Chua Jui Meng yang baru 4 tahun terjun ke kapal PKR dan turut menyebabkan ramai penyokongnya berpatah hati mengenangkan Anwar sendiri dilihat lebih mengutamakan DAP berbanding PKR.

Menurut sumber yang dipetik oleh akhbar Nanyang Siang Pau berkemungkinan besar Chua Jui Meng akan bertindak meletakkan jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes dan jika ia menjadi kenyataan, buruk kesannya terhadap prestasi PR kelak.

Pada perkiraan Anwar, tindakannya menyebelahi Lim Kit Siang dengan mengabaikan kehendak Chua Jui Meng mungkin dirasakan betul sementelah lagi kedudukan PKR di Johor jauh lebih lemah berbanding DAP.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau pastinya paling bergembira dengan keputusan yang menyebelahi DAP memandang sebelum ini Cheng Hau sudah acap kali bertelagah dengan Chua Jui Meng yang dianggapnya sebagai pengacau dan pernah mensabotaj kekuatan DAP di Johor.

Berikutan pertelingkahan itu, Cheng Hau telah meminta campur tangan pemimpin tertinggi DAP yang dipercayai membawa kepada pengumuman rasmi daripada Anwar yang mengesahkan Kit Siang sebagai calon di Gelang Patah.

Setakat ini belum ada pengesahan rasmi dari PKR berhubung peletakan jawatan Chua Jui Meng, tapi dilihat pada tanda-tanda yang menjurus ke arah itu, tidak mustahil PRU 13 yang berbaki sedikit masa lagi bakal menyaksikan PKR tampil dalam keadaan agak tempang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, March 23, 2013

Anwar Rendahkan Martabat Dia Laa, Calon PM Dok Bergaduh Dengan Blogger... Haa Haa

"Saya sudah melihat video itu, ianya spekulasi dan berniat jahat, dan tidak membuktikan seseorang itu bersalah. Ianya hanya satu andaian, beliau (Anwar Ibrahim) seorang yang mesra dan peramah dan semua orang boleh bercakap dengan beliau."

Ungkapan kata di atas dilafazkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dalam sidang akhbarnya di ibu pejabat PKR pada 22 Mac 2013 yang dipetik dari laman MalaysiaDigest.

Secara tersuratnya kenyataan itu bermaksud mempertahankan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tapi sedar tak sedar, ia seperti mengesahkan bahawa individu yang gaya cakapnya seperti seorang jantan gersang dalam video berdurasi 1.20 minit yang disiarkan oleh blogger PapaGomo sememangnya Anwar.

Ini sekaligus menafikan dakwaan penyokong pembangkang kononnya video itu telah diedit audionya (dubbing). Dengan pengakuan Rafizi ini berkemungkinan selepas ini para penyokong Anwar terpaksa mengolah alasan lain bagi menafikan video tersebut.

Bagaimana pun tulisan ini tidak berhasrat untuk membincangkan mengenai video itu tetapi lebih kepada mahu menarik perhatian pembaca untuk menganalisis sendiri tingkah laku Rafizi Ramli ketika sidang media tersebut. (http://www.youtube.com/watch?v=xc6kgHWWwIA)

Entah apa yang ditakutkan sangat olehnya apabila lebih banyak berdolak-dalik daripada menjadi secara berterus terangan soalan yang ditanyakan oleh wartawan ketika dalam Sidang Akhbar di Ibu Pejabat PKR.

Soalan yang ditanyakan oleh wartawan AgendaDaily cukup mudah "kenapa Anwar berani saman PapaGomo dalam isu ini tetapi dalam isu cinadoll kenapa tidak saman PapaGomo Datuk Trio?."

Untuk menjawab soalan yang sebegitu mudah pun sampai menggelabah dibuatnya Rafizi, jauh melencong jawapannya sehingga bila diulangi lagi soalan tersebut Pengarah Strategik PKR itu bagaikan naik angin pula mengugut akan memanggil guard (pengawal keselamatan).

Tanya soalan yang tidak kena dengan jiwa raga pun terpaksa berhadapan dengan pengawal keselamatan, gelabah betul langsung tak sesuai dengan jawatan sebagai pengarah Strategik PKR. Entah apa yang mahu disoroknya tak tahulah sehingga pengawal keselamatan pun dilibatkan sama.
Sebelum ini di lokasi yang sama pada 4 Mac 2013 yang lalu, Anwar Ibrahim juga naik angin bagaikan kerbau jantan apabila memarahi wartawan yang bertanyakan soalan mengenai pencerobohan di Sabah sehingga ungkapan "U Ulang I Saman" menjadi viral dan popular di media maya.

Barangkali selepas ini ungkapan, "U Ulang I Panggil Pengawal Keselamatan" pula akan mengikut jejak langkah yang sama menjadi viral dan popular disebut ramai.

Sudah ketentuan Ilahi barangkali bila mana ramai pemimpin utama PKR terdiri dari kalangan individu yang gemar berdolak-dalik ketika bersoal jawab, divert sana sini. Cukup luar tabii dan unik sekali kaedah mereka berdepan dengan media.

Agaknya inilah gambaran sebenar kebebasan bersuara yang bakal direalisasikan oleh PR sekiranya PRU 13 kelak mereka dapat membentuk Kerajaan

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pengganas Kiram Amal Ilmu Hitam Punca Mayat Cepat Reput

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 22, 2013

Mau Tanya Pun Tak Boleh Kah Pak Sheikh..?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar Cuba Nak "Beli" Datuk Eskay Pulak Dah....

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah ditawarkan "tanpa had" untuk menarik kembali dakwaan dan tuduhan yang mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai pelaku video seks melibatkan seorang wanita Cina.
 
Eskay, bersama Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Shuib Lazim, telah mendedahkan dan menyebarkan video seks tersebut pada tahun 2011.
 
Tan Sri Rahim Thamby Chik mengesahkan Anwar Ibrahim cuba beli Datuk Eskay dan tawaran tersebut dilakukan oleh orang tengah Anwar sendiri.
 
“Pertama beliau sering diikuti, dan Eskay dihubungi dan ditawarkan TANPA HAD. Beliau (eskay) hanya perlu menandatangani Akuan Bersumpah dan buat U-TURN ke atas tuduhan dan dakwaan sebelum ini.

Sebagai pulangan, beliau akan menerima sejumlah wang mengikut kemahuan Eskay sendiri' kata Rahim sewaktu sidang media.
 
Eskay bagaimanapun tidak hadir dalam sidang media atas alasan keselamatan.

Jackyln Victor Bersama Penerbit Dokumentari Teoh Beng Hock Yang Mendapat Tayangan Di DOHA....

Nampaknya usaha untuk memburukkan nama kerajaan Malaysia oleh juak juak murahan Pakatan Pembangkang tidak pernah reda..., tak akan surut...!

Tricia Yeoh [gambar atas, sebelah Haris Ibrahim Pengasas ABU], sebuah nama yang agak besar dikalangan pimpinan Pakatan Pembangkang. Baru baru ini pada 21 Februari 2013, wanita berusia 38 tahun ini telah dilantik sebagai Research Director untuk sebuah Badan Pemikir Bebas yang diberikan nama Institut Rakyat.

Kematian Teoh Beng Hock telah menjadi modal seumur hidup untuk juak juak Pakatan Pembangkang menyerang institusi kerajaan kita.

Tricia Yeoh telah bekerja keras untuk membawa kisah kematian Teoh Beng Hock ini mendapat tontonan negara luar... Untuk tujuan apa...?

Pagi tadi menerusi laman sosial facebook Tricica Yeoh, beliau memaklumkan bahawa video dokumentari hasil tangannya berjudul "The Rights of The Dead" kisah Teoh Beng Hock telah diterima ke peringkat akhir Al Jazeera International Documentary Film Festival yang akan diadakan di Doha, Qatar sekitar bulan April 2013.

[Tricia yang kini sedang dirawat di hospital memberitahu beliau terpaksa menggunakan tangan kiri untuk update status tersebut..., mungkin tidak sabar untuk menyampaikan khabar berita gembira buat dirinya itu]

Apakah masih belum selesai lagi kisah kematian Teoh Beng Hock ini...? 

Pakatan Pembangkang tidak boleh terima hakikat bahawa mendiang Setiausaha Politik kepada Adun Seri Kembangan iaitu Ean Yong Hian Wah sebenarnya telah terjun bangunan kerana bunuh diri...? Bunuh diri kerana terlalu tertekan, terlampau banyak perkara yang perlu dirahsiakan....

JOM tonton dokumentari ini yang berjaya layak ke peringkat akhir International Documentary Film Festival;

AJK DAP Klang Kena Cekup Lindungi GRO Myanmar Tanpa Dokumen Yang Sah...

Sehingga ke hari ini, memang agak sukar untuk kita menemui mana-mana penyokong PAS yang dengan bangganya bercerita panjang mengenai Manifesto PR sekali pun sudah hampir sebulan Manifesto Pakatan Harapan Rakyat itu diperkenalkan kepada umum.

Sebaliknya menjadi satu perkara biasa apabila kita melihat ada ahli dan penyokong PAS yang hanya membaca isi kandungan Manifesto PR sekadar seimbas lalu, malah tidak pelik bila ramai pula yang hanya melihat kulit depan tanpa teruja untuk melihat isi dalamnya.

Manifesto PR yang dilancarkan pada 25 Februari lepas itu benar-benar mengakibatkan penyokong PAS mengalami kejatuhan moral dan semangat masing-masing gara-gara isu perlaksanaan hudud tidak mendapat tempat dalam manifesto tersebut.

Mereka terkedu, sedih dan segala macam perasaan berkecamuk dalam diri masing-masing, mungkin kerana itulah dalam kebanyakan aktiviti ceramah dan kempen politik PR termasuk PAS semakin suram dan hambar sejak akhir-akhir ini.

Selama ini dalam tempoh lebih dua dekad lalu para pemimpin dan penyokong PAS gah mengusung isu hudud sehingga tergamak memandang rendah keIslaman orang UMNO, akhirnya kini mereka terkebil-kebil tak keruan ibarat tertelan kahak sendiri lagaknya.

Hingga saat ini para pemimpin PAS terpaksa mendiamkan diri dan membisu dari menjawab persoalan kenapa isu hudud di tolak oleh PR, tersilap memberi jawapan bimbang diterjah gertakan si abang besar DAP, tersasul memberi alasan risau hubungan PAS dengan PKR semakin renggang.

Jika dijawab secara retorik sambil menjual temberang, mereka takut menyebabkan ahli dan penyokong PAS tiba-tiba naik berang kerana diberi pengharapan dan janji bulan bintang yang tak kesampaian.

Alih-alih ramai pemimpin PAS berpendapat lebih baik diam menjadi si bisu sekalipun tindakan tersebut sebenarnya tambah memburukkan keadaan dan menimbulkan lebih banyak keraguan berputik dalam hati orang bawahan.

Akhirnya dalam keadaan ini, DAP dan PKR yang terus tersenyum sinis kerana berjaya membuktikan kepada pengikut masing-masing bahawa hala tuju PR ditentukan oleh mereka dan pemimpin PAS pula akan kekal sebagai balaci yang setia menurut perintah.

Mungkin dalam hari-hari terakhir menjelang PRU 13 akan ada segelintir pemimpin PAS yang masih cuba menjadi penjual ubat di jalanan sesekali mencanangkan semula isu perlaksanaan hukum hudud untuk menarik semula perhatian penyokong bawahan, tapi apa lagi gunanya?

Hakikat kebenarannya PAS telah gagal mempengaruhi PR untuk menerima hudud sebagai dasar bersama PR dan selagi itu ketetapan rasmi PR maka selama itulah hudud yang di canang oleh PAS akan kekal sebagai angan-angan dan umpan politik kepartian sahaja.

Tuesday, March 19, 2013

LATEST...!! CONMAN Di Abu Dhabi Mengaku Video Homoseks Anwar Tersebaarr Disana....

Nampaknya Anwar bersama juak juak penjilat tegarnya sudah kena check-mate...! JOM kita lihat sesuatu yang menarik di SINI.

[Video Inside] Wan Ajijah Mohon Anwar Bertaubat Cepat...! Kematian PI Bala Peringatan Tuhan Untuk Anwar

P Balasubramaniam (PI Bala) yang menjadi antara watak utama dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu diberitakan telah meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung kedua.

Serangan pertama adalah pada 5 Mac lalu iaitu sehari sebelum beliau dijadual berucap dalam ceramah di Parit Sulong, Johor dan dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) selama empat hari.

Beliau kemudian dirujuk ke Institut Jantung Negara dan dijadualkan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.

Sebelum itu, ketika progam di Bachok, Kelantan beliau dikatakan telah mengadu sakit dada dan gastrik.

PI Bala baru saja ‘dipulangkan’ dari luar negara oleh pihak PR bagi membantu dalam PRU-13.  Beliau sebelum ini telah melarikan diri keluar negara kononnya kerana ‘diancam’ oleh pihak yang bertanggungjawab membunuh Altantuya.

PR yang terkenal dengan sikap suka mempolitikkan nyawa orang, nampaknya tidak sabar-sabar untuk mempolitikkan kematian Bala.  Ini terbukti apabila sejurus selepas serangan jantung pertama, pihak PR telah pun membuat kenyataan yang membayangkan Bala telah disihir.

Kredibiliti Bala menjadi persoalan penting dalam kes Altantuya memandangkan beliau bukan sahaja telah membuat dua Akuan Bersumpah yang bertentangan tetapi juga didapati mempunyai rekod jenayah ketika bertugas sebagai polis.   

Antara jenayah yang dilakukannya turut tertakluk di bawah Akta Penculikan.  Beliau telah diarahkan meletakkan dalam masa jawatan 24 jam.

Bala menggambarkan dirinya sebagai orang tengah dalam kedua-dua Akuan Bersumpah tetapi mengubah ‘watak penting’ iaitu yang menyampaikan arahan kepadanya.

Satu-satunya kisah yang masuk akal dan kekal dalam kedua-dua Akuan Bersumpah Bala ialah hubungan Razak Baginda dengan Altantuya serta wang yang diminta oleh Altantuya.


Bala dikhabarkan telah menerima amanah dari Razak Baginda untuk menyampaikan sejumlah wang RM50,000 kepada Altantuya.   Versi yang lain pula mengkhabarkan jumlah USD500,000 iaitu komisen pembelian scorpene.

Memandangkan kes scorpene telah terbukti tidak wujud dan Altantuya juga bukan seorang penterjemah dan tidak pernah ke Perancis dalam waktu urusniaga berjalan maka secara automatik kisah komisen tersebut tidak boleh digunapakai lagi.

Justeru, kita kini berpegang kepada kisah RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.  Jika benar Altantuya menerima wang tersebut, kenapakah beliau perlu membuat kecoh di pejabat dan rumah Razak....?

Ia hanya masuk akal jika Altantuya sebenarnya tidak menerima wang tersebut.  Jika ini benar, maka hanya Bala yang mampu mengesahkannya.

Maka tidak mustahil, inilah yang menyebabkan cerita Bala berpusing-pusing dan berbelit-belit.  Maka, tidak mustahil ini juga yang menyebabkan Bala diserang sakit jantung setelah dipanggil pulang ke Malaysia bagi membantu PR.

Ini kerana, Bala tahu apa yang benar apa yang tidak.  Dan kita tahu bukan senang untuk menyorok kebenaran dan menyebarkan penipuan secara berterusan, terutama apabila melibatkan nyawa..... Lebih dahsyat lagi jika diri sendiri yang melakukan kesalahan tersebut.

Seluruh dunia tahu bahawa Bala tinggal di luar negara atas saraan pihak yang memusuhi kerajaan.  Ini kerana, Raja Petra yang turut lari ke luar negara telah memuatnaik gambarnya bersama Bala, bergembira bersama peguam-peguam mereka sambil mengutuk dan mengetawakan kerajaan.  

Jika benar Bala diancam oleh pihak di dalam kerajaan, dan jika benar kerajaan begitu korup lagi berkuasa dan kejam sehingga mampu mengawal keputusan mahkamah serta membunuh, bukankah lebih logik jika Bala juga menerima nasib yang sama dengan Altantuya..?  Kenapa beliau berani pulang ke Malaysia dan berkempen untuk PR....?

Malah, ketika meninggal dunia, beliau berada di rumah bersama isteri, dan bukannya bersembunyi kerana bimbangkan ancaman pihak berkuasa yang korup dan kejam seperti yang dituduhnya..?

Jelaslah, bahawa kerajaan tidak terlibat dalam apa jua mainan atau drama yang diceritakan oleh Bala. Tidak mustahil Bala sendiri yang menjadi kunci semua kekusutan ini. Altantuya mungkin tidak akan mati jika benar RM50,000 itu sampai ke tangannya. 

Apapun, Raja Petra telah membuat pengakuan bahawa semuanya hanyalah rekaan. Saksikan video klip dibawah ini, Zulkefli Noordin yang membela tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya juga telah membuat pengakuan bahawa beliau telah diarahkan oleh Anwar untuk memaksa pelanggannya itu mengaitkan nama Perdana Menteri sedangkan ia tidak benar.




Penipuan SUARAM mengenai scorpene dan Altantuya yang telah terkantoi menguatkan lagi bahawa semua ini hanyalah rekaan semata-mata.

Paling menarik, bapa Altantuya sendiri telah membuat kenyataan bahawa satu-satunya pihak yang berhubung dan cuba membelinya ialah pihak pembangkang, bukan kerajaan.

4 pihak telah mengesahkan penglibatan Anwar dan PR, maka apakah ini belum cukup untuk kita melihat kebenaran...? Patutlah Bala tidak mampu menghadapi dunia lagi.

Kita ucapkan Takziah kepada keluarga Bala.  Harapan kita agar PR tidak mempolitikkan kematiannya pula. Biarlah dia tenang menerangkan kepada Altantuya ke mana perginya RM50,000 yang diamanahkan melaluinya.

Semoga mereka yang terlibat dalam fitnah ini insaf, bahawa ajal maut boleh tiba pada bila-bila masa dan tidak semestinya menunggu keputusan Pilihanraya.

Friday, March 15, 2013

PI Bala Dah Mampos

EKSKLUSIF Campur tangan Ilahi dan malaikat pelindung telah menyelamatkannya daripada kematian yang dekat.

Begitu bekas penyiasat persendirian kontroversi P Balasubramaniam menyifatkan kejadian pada 3 Mac lalu di wad jantung di sebuah hospital swasta selepas dia disahkan mempunyai penyakit saluran koronori tersumbat.

Balasubramaniam, 53, percaya beliau boleh mati akibat serangan jantung pada bila-bila masa selepas meninggalkan India untuk pulang ke kampung halaman, justeru terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat dan pelbagai program pertemuan dengan orang ramai.

Lebih dikenali sebagai PI Bala, kepercayaannya kuat untuk menyakini bahawa "pihak di atas" dan semangat wanita Mongolia yang terbunuh Altantuya Shaariibuu masih memerlukan dia dan perjuangannya.

"Tiap tahun, pada 19 Oktober, saya bersembahyang untuk dia (Altantuya). Saya harap suatu hari keadilan akan ditegakkan," kata Bala kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif pada Isnin lalu.

AYOYO Kada Valey apa sudah jadi laaa...? Lu kata tak boley mati, adey ini petang sudah mampos..!!

Thursday, March 14, 2013

UPDATES Lahad Datu - Tontoni Video Klip Tali Barut Bersama Lanun Sulu Kiram Tajaan Anwar...

Berikut adalah klip memperlihatkan secara lengkap pertemuan lelaki tempatan yang menjadi tali barut dan pengkhianat dengan Jeneral Musa, orang nombor dua lanun pengganas di lahad Datu.

Dikatakan lelaki tersebut adalah antara mereka yang bertemu Jeneral Musa sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak jauh dari Kampung Tanjung Batu.

Namun tidak diketahui nasibnya sehingga sekarang, sama ada telah terbunuh atau masih lagi bersembunyi di sekitar kampung tersebut.

JOM saksikan video klip ini  [SINI]