Thursday, January 31, 2013

PAS Memusuhi Penyatuan Ummah... Masya Allah..!!

Kunjungan Perdana Menteri ke Palestine baru-baru ini mendapat reaksi positif rakyat Malaysia. Ia juga mengukuhkan lagi pandangan luar terhadap Malaysia sebagai negara yang benar-benar serius dan tidak hanya beretorik dalam memperjuangkan keamanan dunia.  

Biarpun kunjungan tersebut disambut sinis oleh pihak pembangkang, iaitu kononnya sebagai publisiti atau modal politik pilihanraya, tetapi yang penting, satu usaha ke arah keamanan telah pun berjaya dimulakan.  

Mengambilkira penderitaan penduduk Palestin dan hakikat keganasan Israel yang berlarutan sehingga berdekad-dekad, menuduh kunjungan Perdana Menteri sebagai mencari publisiti murah membuktikan yang pihak pembangkang langsung tidak prihatin, malah lemas dalam politiking merebut kuasa. 

Ini kerana kunjungan tersebut merupakan satu langkah berani di pihak Perdana Menteri dan isteri, yang nekad berkunjung ke ‘medan perang’, mengambil risiko ke atas keselamatan diri dan nyawa, demi menerima jemputan pihak Palestine yang bersungguh-sungguh meminta bantuan Malaysia untuk mencari titik kefahaman antara Hamas dan Fatah.  

Hanya dengan perdamaian kedua pihak ini maka kekuatan akan dapat dicapai bagi mempertahankan negara dan rakyat Palestine dari keganasan dan pencerobohan rejim Israel.  

Oleh itu, komitmen Dato’ Seri Najib untuk membantu saudara seagama, tidak wajar dilihat dari sudut politik semata-mata.....

Ia seharusnya dilihat sebagai isu umat Islam sejagat, isu global dan isu agama oleh semua umat Islam tanpa mengira negara atau bangsa dan jauh sekali parti politik. 

Walaubagaimanapun, pandangan sinis pembangkang ke atas usaha menyatukan parti politik di Palestine sebenarnya tidaklah menghairankan.  Ini kerana PAS, iaitu salah satu parti di dalam Pakatan Rakyat yang kononnya memperjuangkan Islam, cukup sinonim dengan perpecahan. 

Bukan kita tidak tahu bahawa antara ‘kepantangan’ di dalam PAS ialah penyatuan ummah. Kita juga tahu ada penyokong PAS yang rela mati memerangi saudara seagama atas apa saja alasan demi untuk melihat partinya bertakhta di Putrajaya.  

Oleh yang demikian, kita tidak hairan apabila PAS langsung tidak berkongsi harapan dan kebanggaan yang dirasai oleh rakyat Malaysia yang lainnya, atas usaha Perdana Menteri untuk menyatukan umat Islam di Palestine. 

Sikap PAS yang amat memusuhi ‘penyatuan ummah’ ini terserlah dengan pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama yang diumumkan sejurus selepas beliau pulang dari Palestine mengiringi Perdana Menteri.   

Terbuktilah sudah buat kesekian kalinya, bahawa bagi PAS, segala-galanya adalah politik, dan tiada yang lain selain politik dan politik semata-mata - termasuk nasib umat Islam Palestine.

Justeru, tindakan Ustaz Nasha mengiringi Perdana Menteri ke Gaza, dianggap PAS sebagai tindakan membelot kepada parti.  

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Hadi Awang dalam Amanatnya yang melarang memisahkan agama dan politik iaitu; menyuruh umat Islam agar merangkumkan agama ke dalam politik sehingga politiklah yang menjadi panduan kepada agama, dan bukan sebaliknya. 

Atas pegangan inilah maka kita melihat ketika umat Islam di Palestine diserang, dan umat Islam di seluruh dunia mendoakan keselamatan mereka, PAS pula berdoa agar UMNO K.O. 

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa bukan Perdana Menteri, tetapi PASlah yang menjadikan Palestine sebagai alat politik untuk mencari publisiti semata-mata dengan menggembar-gemburkan kisah kononnya mereka turut membantu serta menyebarkan gambar-gambar bendera parti mereka yang berkibar di sana.

Namun, tiada pemimpin PAS yang berani ataupun mampu berbuat apa-apa untuk membantu Palestine secara bersungguh-sungguh.....  Manakala, apabila ada pemimpin mereka yang berpeluang bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk berbuat demikian, seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa pula, dianggap sebagai membelot. 

Apapun, kita bangga menjadi umat Islam warga Malaysia yang mana kerajaannya cukup kukuh untuk bersuara lantang dan negaranya cukup makmur untuk menghulurkan bantuan bagi memperjuangkan keamanan, terutama di negara Islam.

Lebih dari itu, kita juga bangga mempunyai pemimpin yang berani, bijak dan ikhlas yang tetap berjaya membawa Malaysia ke tahap ini walaupun masyarakat diancam perpecahan akibat ada di antara kita yang termakan hasutan syaitan....!!

p/s; foto paling atas hanyalah sebagai hiasan sahaja... 

Wednesday, January 30, 2013

KECOH....! Ahli PAS Kota Raja Protes Pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa....!!

Akhirnya PAS mengambil tindakan terhadap bekas Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa dengan menggugurkan beliau daripada keanggotaan Majlis Syura Ulama parti itu.

Keputusan itu sememangnya sudah dijangka dan tidak mengejutkan hanya persoalan mengapa PAS mengambil masa begitu lama untuk bertindak ke atas Ahli Parlimen Bachok itu.

Sejak Nasharuddin kalah kepada Mohamad Sabu untuk mempertahankan jawatannya dalam pemilihan semasa Muktamar Tahunan Pas ke 57 pada tahun 2011 dan sejak itu beliau telah banyak bermuhasabah diri mengenai isu perpaduan umat Melayu di negara ini.

Sikap Nasharuddin yang lunak dalam isu perpaduan dengan UMNO menjengkelkan malah menaikkan bulu kening pemimpin-pemimpin PAS terutamanya Murshidul Am, Nik Aziz Nik Mat.

Kepada Nik Aziz dan geng Anwarinas, Nasharruddin dilabel sebagai pengkhianat kerana berkawan dengan UMNO.

Malah heboh pada tahun 2009 isu kerajaan perpaduan yang dipelopori oleh kumpulan UG atau Unity Government yang mahukan kerjasama politik dengan UMNO demi kesatuan dan mengukuhkan posisi politik orang Melayu di Malaysia.

Nasharuddin adalah antara tokoh utama UG disamping Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tetapi malangnya Nik Aziz telah berjaya mempengaruhi pimpinan parti untuk menolah inisiatif UG.

Sejak itu Nasharuddin menggangap dirinya seperti melukut di tepi gantang, disisih oleh partinya sendiri.

Malah beliau sendiri sebagai Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS dikatakan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat ang diadakan.

Beliau sebaliknya menumpukan perhatian mengetuai sebuah badan swadaya yang dipanggil Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia.

Atas kapasiti itu Nasharuddin sering kelihatan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ini telah menaikkan darah Nik Aziz dan sekutu-sekutunya yang pro-Anwar atau Anwarinas.

Gambar beliau bersama Perdana Menteri di Mekah bertemu dengan ulama-ulama di kota suci itu telah menjadi heboh di kalangan ahli PAS.

Nik Aziz lebih sakit hati apabila melihat Nasharuddin menemani Datuk Seri Najib semasa lawatan sehari ke Semenanjung Gaza baru-baru ini.

Mungkin itu menjadi 'the straw that breaks the camel's back' atau penyudah kepada perbuatan 'khianat' Nasharuddin terhadap partinya, lantas beliau dikeluarkan daripada badan tertinggi penentu dasar dan halatuju parti itu.

Nik Aziz juga berang dengan Nasharuddin yang sebelum ini menggesa PAS mengkaji semula kerjasama parti itu dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga berlaga angin pendirian Pakatan Rakyat dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengenai isu hudud.

Tindakan ke atas Nasharuddin didakwa berlawanan dengan semangat 'jemaah' tetapi hakikatnya PAS adalah sebuah parti yang jumud dengan aliran pemikiran yang beku dan kaku.

Parti itu berlagak seperti hero Islam malah nama agama dipakai pada nama parti tetapi sebenarnya kepentingan politik Nik Aziz yang diperjuangan, bukan parti, ahli mahupun umat Islam.

PAS iri hati dan cemburu apabila melihat pemimpinnya seperti Nasharuddin bersikap bebas dan tidak terikat dengan budaya parti yang menjadikan UMNO sebagai musuh tradisi untuk selama-lamanya.

Inilah pemikiran yang dibawa oleh Nik Aziz dan dipaksa ke atas pas menjadikan parti iaitu sebuah organisasi siyasah yang statik dan progresif.

Nasharuddin seorang pemimpin PAS yang berfikiran terbuka serta mempunyai pandangan jauh berkaitan perpaduan Islam.

Bagi beliau perbezaan peendekatan politik yang diambil oleh UMNO dan PAS tidak bermakna perpaduan tidak boleh dicapai melalui kaedah lain.

Inilah yyang dilakukan olehnya apabila sanggup bersama-sama Perdana Menteri demi agenda memartabatkan kepentingan Islam.

Jika Nik Aziz berfikiran terbuka dan berlapang dada, apa salahnya Nasharuddin berganding bahu bersama pemimpin kerajaan Barisan Nasional demi perjuangan rakyat Palestin...?

Juga apa salahnya Nasharuddin menjadi perantara bagi Perdana Menteri dalam pertemuannya dengan ulama-ulama tersohor Mekah?

Tetapi bagi Nik Aziz dan kuncu-kuncunya perbuatan Nasharuddin adalah antara dosa paling besar, malah kalau berdasarkan 'Amanat Haji Hadi, sudah tentu beliau boleh dijatuhkan hukum kafir...!

Tuesday, January 29, 2013

Anwar Gagal Tangani Isu Kalimah Allah....!!

“Kalau UMNO ambil berat betul pandangan Majlis Syura (PAS), maka saya cadangkan Majlis Tertinggi Umno akan datang teliti semua keputusan Majlis Syura,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lantas dengan nada menyindir Umno BN, Anwar mencadangkan supaya Umno mengamal dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama PAS jika benar ia mengambil berat pandangan badan tertinggi PAS itu.

Demikian agresifnya pemikiran Anwar terhadap sebarang pandangan pihak yang tidak sealiran dengannya. Walhal yang lebih patut mengambil berat keputusan, pemikiran dan sensitiviti PAS (terutama Dewan Ulama PAS) ialah beliau sendiri dan PKR yang dipengaruhinya.

Jika diamati, Anwar jelas gelisah. Beliau resah sebab PAS kini mengambil keputusan yang agak bertentangan dengan pendiriannya. Bagi Anwar tidak mengapa jika orang Kristian Malaysia guna kalimah Allah dalam Bible. Itu hanya helah politik...

Sebab itu beliau mengulang-ulangi kenyataan bahawa Majlis Presiden Pakatan Rakyat “terikat” dengan kenyataan Presiden PAS pada 8 Januari 2013. Namun kini Dewan Syura Ulama PAS pula menetapkan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif muslimin sahaja.

Anwar menafikan laporan yang mengatakan beliau menolak keputusan Dewan Syura Ulama PAS pada 13 Januari 2013. Sebaliknya, beliau cuba mengalih perhatian umum dengan menuduh bahawa ia adalah permainan jahat dan fitnah media UMNO BN.

Soalan yang perlu Anwar jawab
Persoalan lebih penting dijawab oleh Anwar ialah apakah pendirian sebenar beliau terhadap keputusan Dewan Ulama PAS itu. Setuju atau tidak ..?

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sanggup dan secara ikhlas memperbetulkan pendiriannya dalam isu ini. Malah beliau sendiri mempengerusikan mesyuarat syura yang lalu.

Jika bersetuju mengapa sebagai pengerusi Majlis Presiden Pakatan Rakyat, Anwar tidak dengan secara ikhlas pula berusaha untuk memanggil mesyuarat khas bagi membincangkan kembali isu ini ?

Lebih-lebih lagi jika beliau benar ikhlas mengatakan menghormati keputusan Majlis Syura PAS, sudah tentu beliau faham bahawa inisiatif sebegitu adalah tanggungjawab pengerusi.

Bukankah Anwar orangnya yang memanggil mesyuarat majlis berkenaan pada 8 Januari lalu ? Ketika itu adalah jelas motif Anwar ialah untuk mempertegas pendirian Pakatan Rakyat yang diambil pada 2010 berhubung isu ini.

Namun apa yang tidak diduga oleh Anwar ialah Dewan Syura Ulama mempunyai iltizam dan istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Isu kalimah Allah ini dikupas menurut realiti atau waqi’ masyarakat majmuk Malaysia hari ini....


Undi Kristian Sabah Sarawak diidam PR
Kini apabila nyata PAS mempunyai keberanian politik dan pendirian yang syarie, Anwar khuatir ini akan menggencatkan skim politiknya sendiri....

Sebelum ini Anwar melihat isu kalimah Allah boleh melonjakkan kedudukannya sebagai wira yang memperjuangkan kepentingan rakyat Kristian Malaysia, terutama di Sabah dan Sarawak.

Sebab itu, Anwar segera memberikan reaksi pada gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya kerajaan mengizinkan kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.

Ini kerana, menurut analisis Anwar sendiri, pada pilihan raya umum ke-12, lima tahun lalu, gabungan DAP, PKR dan PAS sudah berjaya mengatasi majoriti kerusi Umno-BN di Semenanjung. Namun ia gagal meyakinkan pengundi di Sabah dan Sarawak hingga menyebabkan ia gagal menawan Putrajaya.

Maka naluri politik Anwar mengatakan jika beliau dapat menghangatkan impian penganut Kristian berhubung isu kalimah Allah, pasti peluang diterima sebagai jaguh pengundi Kristian Sabah dan Sarawak akan mendorong mereka memberi undi kepada Pakatan Rakyat.

Lantas keputusan Dewan Ulama PAS yang bertentangan dengan strategi ini dianggap sebagai “kacau daun”. Sebab itu, baginya cuma Umno sahaja yang layak melaksanakan keputusan dewan tertinggi PAS (walaupun ia dilakukan dengan tujuan menyindir)!

Maka persoalannya ialah, pada pandangan Anwar apakah sebenarnya nilai pendirian Ulama PAS ? Islami atau tidak ....?

Lebih tepat lagi ialah adakah keputusan itu betul atau tidak ? Anwar tidak patut berhujah secara retorik kononnya beliau tidak pernah mengatakan beliau menolak keputusan Dewan Ulama PAS itu.

Lebih buruk lagi ialah perangai Anwar yang cuba melempiaskan “kekecewaan” kepada media yang dituduhnya sebagai alat Umno BN yang cuba memfitnahnya. Fitnah apakah namanya jika beliau sendiri tidak menjawab persoalan asas — adakah beliau bersetuju dengan pendirian ulama PAS ...?


Anwar mahu Hadi buat pembetulan ?
Kini yang jelas ialah Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Awang yang cuba “ditekan” oleh Anwar. Ketua Pembangkang itu seolah-olah mengatakan bahawa Hadi yang patut membuat pembetulan jika pendirian PAS benar- benar sudah berubah. Bagi Anwar itu adalah prosedur....!

Persoalannya, ke manakah perginya jatidiri Anwar sebagai pemimpin Islam suatu ketika dahulu ? Jika beliau menghormati ulama, mengapa Hadi yang perlu “ditekan” dan diletakkan dalam keadaan serba salah kerana tidak ikut prosedur ?

Anwar tahu apakah akibatnya jika Hadi tidak melaksanakan keputusan Dewan Ulama Syura. Di segi politik Anwar seolah-olah mahu Hadi bersikap “malu-alah” kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Ia sebagai satu cabaran supaya Hadi bersikap tegas.

Maka jika Hadi memilih untuk kekal dengan pendirian 8 Januari, tentu ia akan mencetuskan ketidaksenangan di kalangan ulama. Kedudukan Hadi tentu tergugat sebagai Presiden PAS.

Sebaliknya, jika Hadi akur kepada keputusan ulama, tentu penyokong- penyokong Anwar dalam saf kepimpinan PAS sekarang ini akan tidak senang pula dengan Hadi. Jika itu berlaku, kedudukan Hadi juga kurang selamat.

Apakah Anwar sendiri sebenarnya kurang senang jika Hadi terus menjadi presiden PAS ? Adakah pemikiran Hadi tidak secocok dengan laras politik Pakatan Rakyat ?

Anwar lebih senang “menawarkan” Umno mengambil berat keputusan ulama PAS daripada menyatakan pendiriannya sendiri terhadap cara dan corak kepemimpinan PAS yang mahu mewakili kepentingan Islam di negara ini.

Sebenarnya, siapakah yang menggunakan isu agama, tidak kira Islam mahupun Kristian untuk kepentingan politik...?

Ditulis Oleh Abdul Rahman Malik

Harga Untuk PECAT Ustaz Nasharuddin Hanyalah Sebijik Kek....! Take Beer....

Apa nak jadilah parti PAS...?

Inilah dia harga yang dibayar oleh segala mala solat hajat yang sering diketua oleh PAS sepanjang tempoh mereka berpolitik ditanahair. Satu demi satu Allah tunjukkan depan mata kita untuk memberikan kesedaran khususnya umat islam berbangsa melayu dinegara kita ini...

Karpal Singh menentang sekeras-kerasnya perlaksanaan HUDUD yang cuba dibawa oleh PAS telah mendapat sanjungan pimpinan utama parti yang dipimpin oleh Ulamak Terompah Kelas Jamban, Nik Aziz.

Malah tekanan dari Majlis Presiden Pakatan yang mahu membenarkan Kalimah Allah tidak bermaya dilawan oleh Nik Aziz dan Haji Hadi yang masih mahu menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai memuatarbelitkan fakta kununnya....

Ustaz Nasharuddin yang melakukan kerja baik, menyertai rombongan Datuk Sri Najib ke bumi Gaza untuk proses perdamaian Hamas-Fatah dan juga menyatakan sokongan terhadap  perjuangan rakyat Palestine, malang sekali segala amal baik Ustaz  Nasharuddin itu menerima hukuman oleh PAS.

Cukup mudah untuk kita melihat dengan terang hati, Karpal Singh dan DAP mahu Kalimah Allah digadaikan telah mendapat junjungan pimpinan PAS, berbanding pula dengan nasib Ustaz Nasharuddin dihukum walaupun tidak membuat sebarang dosa ataupun tidak sekelumit pun tindak tanduk mantan Timbalan Presiden itu boleh menyesatkan ummah....

Inilah dia nilai dan value yang ada pada sebuah parti yang semakin sesat....!!

Monday, January 28, 2013

Jawatan Azmin Ali Lebih Tinggi Dari Majlis Syura PAS...? JOM Kita Tonton Video Klip Ini....

Dah macam buaya tak ada gigi melihatkan nasib melanda Majlis Syura PAS yang langsung tidak mendapat pengiktirafan dari mana mana pimpinan tertinggi PKR dan DAP....! Saksikan video klip ini,

PERRGHH..! Best Giler Beb... Pesanan Tun Dr M "Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU 13"

Syukur kehadrat Allah swt kerana kita masih berpeluang mendengar dan mendapat nasihat daripada seorang tokoh Negarawan yang terulung dinegara ini, Tun Dr Mahathir Mohamed....

Kalau dahulu kita akan berpeluang mendengar ucapan penuh nasihat beliau kerana ketika Tun M masih menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Iya, Blogger MIK masih ingat lagi bagaimana berjuta rakyat akan menonton ucapan dasar Tun M dan juga ucapan penggulungan beliau pada setiap Persidangan Agung UMNO.

Siapa berani nafikan ucapan Tun Dr M tanpa memerlukan teks boleh membawa kita sehingga tempoh masa lebih sejam..! Penuh dengan buah fikiran yang bernas, banyak kata kata nasihat beliau yang akan menyedarkan kita untuk bersatu.

JOM...!! Saksikan video klip dibawah ini, hayati segala pesanan Tun Dr M mengenai Masa Depan Melayu dan Islam selepas PRU ke 13... Memang TERBAEEKKK....!!


Sunday, January 27, 2013

Anwar Ibrahim TAK Yakin Najib Boleh Damaikan Fatah-Hamas....

Apakah Datuk Sri Najib boleh kita beri pengiktirafan sebagai Bapa Perdamaian Antarabangsa setelah seluruh dunia menyaksikan peristiwa bersejarah kunjungan hormat yang berlaku dibumi bertuah Palestine beberapa hari yang lepas....

Pada pertengahan bulan Oktober 2012, YAB Perdana Menteri kita ini memainkan peranan sangat penting apabila menjadi jambatan kepada perdamaian Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina.

Walaupun Malaysia belum lagi menjadi negara maju, tetapi negara ini berada di kelasnya yang tersendiri sebagai negara yang berpengaruh dan dihormati.  

Pendirian Malaysia yang konsisten dan tegas untuk tidak mencampuri urusan negara lain, tetapi menyokong dan membantu segala usaha ke arah keamanan membuatkan kita sering dipilih sebagai rujukan atau pengantara bagi memulihkan keamanan di negara-negara yang berkonflik.

Pendirian Malaysia adalah konsisten sejak era Tun Abdul Razak.  Pendirian ini mendapat kekuatan yang ampuh di era Tun Mahathir apabila beliau melonjakkan Malaysia sepuluh langkah ke hadapan sehingga dikenali sebagai Harimau Asia.

Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib jelas mewarisi kehebatan bapanya serta kebijaksanaan Tun Mahathir melalui pengalaman bekerja di era Negarawan tersebut, pantas memperbaharui, meneruskan dan meningkatkan kekuatan yang sedia ada.

Semangat kedua-dua tokoh tersebut jelas terserlah dalam kepimpinan Dato’ Seri Najib apabila beliau berjaya menggerakan perjanjian damai antara kerajaan Filipina - MILF pada Oktober 2012.   Dengan termeterainya perjanjian itu, konflik selama 40 tahun pun berakhir.

Kejayaan tersebut membawa Dato’ Seri Najib ke Gaza pula, di mana penindasan terhadap rakyat Palestin oleh rejim Israel berterusan.  Beliau dan anggota rombongannya termasuk Datin Seri Rosmah tiba di Semenanjung Gaza, Palestin pada 22 Januari bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.

Sebelum ini, Palestin telah beberapa kali menyuarakan harapan kepada Malaysia untuk turut membantu membawa keamanan kepada rakyatnya.

Menghentikan penindasan yang mana tercatat di dalam AlQuran dalam pesanan mengenai Yahudi, pastinya tidak mudah.  Langkah awal yang perlu dilakukan ialah meningkatkan kekuatan Palestin terlebih dahulu dengan menyatukan rakyatnya yang berpecah kepada dua, iaitu parti Hamas dan Fatah.

Konflik kedua-dua parti ini bermula pada 2005 selepas kematian Yasser Arafat pada November 11, 2004.  Punca konflik ini juga begitu ‘klasik’ atau terlalu biasa dan dijangka iaitu tuduhan atau hasutan kononnya berlaku nepotisme dan rasuah di dalam kerajaan.

Akibatnya, rakyat Palestin berpecah di mana kedua-dua parti menganggap parti mereka sebagai wakil sah rakyat Palestin dengan Fatah berkuasa di Palestinian National Authority dan Hamas di Gaza.  


Pertempuran juga sering berlaku antara kedua-dua pihak ini yang mana menggandakan lagi penderitaan rakyat yang telah sedia tertindas oleh rejim Israel. 

Beberapa perjanjian pernah diusahakan antara kedua-dua pihak, antaranya di Kaherah pada May 2011 tetapi tidak berjaya memastikan kedua-dua pihak menurutinya.

Perjanjian Doha kemudiannya ditandatangani oleh Mahmud Abbas (Fatah) dan Haled Mashaal (Hamas) pada 2012 tetapi dianggap sebagai tergendala dan tiada usaha dibuat ke arah pilihanraya bersama.

Kedua-dua parti saling tuduh menuduh dan pertelagahan pun berterusan.... 

Seperti mana-mana konflik yang melibatkan kepentingan Israel, kedua-dua pihak disyaki menerima bekalan senjata dari Amerika untuk memastikan mereka terus berpecah dan lemah. 

Justeru, harapan yang diletakkan di bahu Dato’ Seri Najib ialah untuk membantu kedua-dua pihak membantu diri mereka dengan pertama sekali, bersatu.  Apa yang pasti, harapan agar beliau mengulangi kejayaan di Filipina, di Gaza bukanlah harapan yang tidak berasas. 


Ini kerana, Dato’ Seri Najib terkenal sebagai pemimpin yang berani di mana beliau pernah melawat ke kawasan tegang di Selatan Thailand untuk mengusahakan gencatan senjata antara puak pemisah dengan kerajaan Thai.   

Beliau juga merupakan antara penggerak keamanan di Bosnia pada tahun 1993 dan juga Somalia. 

Di kala negara-negara lain mengalami kerosakan dan kemusnahan akibat perang saudara, perpecahan antara kaum dan pemberontakan menentang kerajaan akibat termakan hasutan, Malaysia yang mempunyai landskap yang rapuh, bermasyarakat majmuk dan telah berkali-kali menghadapi ‘ugutan’ pemberontakan dari pihak-pihak tertentu, kekal berdiri teguh, aman dan makmur.

Segala provokasi agama, prasangka kaum dan perbalahan sesama umat Islam yang tercetus dari hasutan secara berterusan dengan matlamat untuk mencetuskan kekacauan, telah tidak menjadi.    

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa kebijaksanaan kepimpinan Dato’ Seri Najib merupakan faktor utama kemampuan Malaysia untuk menepis ‘serangan’ pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Oleh itu, kita tidak ragu-ragu yang Dato’ Seri Najib juga akan dapat membantu Palestin untuk turut ‘menepis’ hasutan ke arah perpecahan dan melakukan yang terbaik untuk mencapai perpaduan.

Ini Kisahnya.... Kenapa Kaum Cina TETAP Mahukan Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) sekali lagi menjalankan kajiselidik mengenai pilihanraya pada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 yang melibatkan 1409 responden.

Sebelum ini, kajiselidik yang sama telah dilakukan pada 31 mac 2012 - 15 april 2012 yang melibatkan 2282 responden dan 1 september 2012 – 16 september 2012 yang melibatkan 1536 responden.

Penemuan kajiselidik UMCEDEL sebelum ini menunjukkan 50% peratus memilih BN dan 30% atas pagar, namun ianya telah disambut sinis oleh penyokong BN sendiri kerana menganggap UMCEDEL sebagai ‘menyambung tugas’ Merdeka Center, iaitu pusat kajiselidik yang didalangi pihak asing dan tidak boleh dipercayai. 

Apatah lagi dengan mengambil latar-belakang Pengarah UMCEDEL iaitu Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman yang merupakan bekas Presiden ABIM yang juga masih setia kepada Anwar Ibrahim serta bersifat ‘mesra’ dengan idea-idea liberalisasi.

Selain itu, Prof. Redzuan juga dipersoal mengenai kelayakannya untuk mengendalikan banci politik memandangkan beliau adalah dari Fakulti Sejarah dan Sastera. 

Justeru, apabila beliau mengumumkan penemuan kali ini menunjukkan penurunan sokongan terhadap BN, maka ia sebenarnya telahpun dijangka.  

Sudah menjadi strategi standard pihak Merdeka Center untuk menunjukkan  sokongan menurun di saat PRU semakin hampir bagi menjatuhkan moral BN, dan sudah menjadi ‘tugas’ UMCEDEL untuk mengikut langkah yang sama. 

Walaubagaimanapun, bagi berlaku adil, kita wajar mengambil sikap terbuka dan menerima penemuan yang dibentangkan oleh UMCEDEL, yang mana menunjukkan 78% daripada 1409 responden meragui BN atas isu integriti dan salahguna kuasa dan daripada 78% itu, 95% daripadanya ialah kaum Cina, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka.

Lebih menarik ialah, isu NFC, Lynas, dan Deepak juga dikatakan menjadi isu besar di kalangan rakyat dan mampu mengancam BN.  

Manakala di pihak pembangkang, isu yang menjadi keutamaan rakyat ialah perbahalan dalaman. 

Walaubagaimanapun, amatlah menghairankan kerana hanya 59% peratus yang menganggap ia sebagai isu utama, manakala 21% tidak pasti dan 20% lagi tidak peduli jika diperintah oleh kerajaan yang sering berbalah sesama sendiri. 

Isu-isu seperti PTPTN, tol percuma dan penurunan harga minyak pula menunjukkan yang 50% responden benar-benar percaya kepada janji-janji pembangkang yang mereka mampu menunaikannya.

Sekali gus menunjukkan bahawa rakyat Malaysia gagal memahami penjelasan dan logik urustadbir ekonomi negara dan juga dunia untuk mempercayai bahawa kerajaan mampu melakukan semua ini tanpa berhadapan dengan masalah kewangan dalam masa yang singkat. 

Apapun, sekiranya kita mengambilkira yang 1409 responden itu benar-benar mewakili suara rakyat Malaysia, maka satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah kecenderungan bangsa Cina untuk memilih PR atau menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Kita yakin yang kaum Cina tidak semudah itu untuk termasuk dalam 59% yang percaya bahawa PR mampu menunaikan janji-janji manis mereka yang tidak logik sama sekali. 

Sokongan kaum Cina kepada PR, atau Anwar Ibrahim jika benar, dilihat adalah lebih kepada faktor pendirian PR yang liberal dan bersedia untuk menghapuskan klausa ‘Negara Islam’ dalam perlembagaan serta menghapuskan hak keistimewaan Melayu.

Lebih dari itu, PR juga diketahui begitu kuat menyokong aktiviti Kristian sama ada secara langsung atau tidak langsung serta terbuka kepada kumpulan songsang LGBT. 

Walaupun PAS seharusnya menjadi ‘pengimbang’ kepada desakan liberalisasi di dalam PR, tetapi umum tahu bahawa suara PAS tidak laku iaitu tidak punya nilai walaupun satu sen di dalam pakatan itu.  PAS tidak mampu berbuat apa-apa selain menentang secara lisan, atau paling teruk memijak bendera DAP.  Itu saja. 

Ini kerana PAS cukup takut jika ditendang keluar dari PR dan tidak akan bertindak lebih dari sekadar membuat bising di akhbar bagi menunjukkan seolah-olah mereka tidak berdiam diri apabila Islam diperkotak-katikkan. 

Hakikatnya, PAS tidak boleh mengharapkan PKR untuk turut membela Islam walaupun parti itu diterajui oleh Anwar Ibrahim, seorang Melayu Islam.   

Anwar berfahaman plural, berjiwa liberal dan lebih selesa bersama DAP Kristian Evangelist-Liberal daripada PAS Islam Wahhabi-Syiah yang sekejap ekstrem sekejap terbuka.

Kekeliruan dan flip-flop PAS menghapuskan terus saki-baki maruah mereka yang tinggal selepas pertama kali Hadi memeluk Kit Siang. 

Dalam kata lain, kewujudan PAS di dalam PR selain dari penyumbang kepada tenaga demonstrasi dan ayam sabung untuk bertemu UMNO, parti itu bolehlah diabaikan saja. 

Justeru, kita tidak hairan kenapa kaum Cina memilih PR dan kita tidak hairan jika mereka sanggup menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.  

Memandangkan segala rahsia Anwar di dalam genggaman DAP, penemuan kajiselidik UMCEDEL bahawa kaum Cina lebih cenderung kepada PR mungkin mempunyai kredibiliti untuk dipercayai.  

Namun, yang mungkin perlu dipersoal ialah motif mereka menyokong PR kerana kita percaya bahawa integriti kerajaan bukan isunya.  Jika ini yang menjadi isu, maka integriti DAP dari segi rasuah dan menipu undi adalah lebih teruk lagi, begitu juga PKR dan PAS. 

Kesimpulannya, kaum Cina memilih PR kerana PR sanggup menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta hak istimewa Melayu.

Kaum Melayu pula memilih PR kerana konon ingin menghapuskan rasuah, walaupun ia bermakna menggadaikan Islam dan Melayu.

Saturday, January 26, 2013

Penceramah PAS Datang Berceramah Naik Kereta Mewah..., Tetapi Yang Datang Dengar Ceramah Rakyat Bawahan Naik Motosikal Hulurkan Derma Jihad...!

Kupasan yang sangat baik oleh pencaramah UMNO, Ustaz Kamal Saidin pada satu forum yang diadakan baru baru ini mengenai isitilah “ ibarat hujan dari bumi naik ke langit..".

Kununnya PAS kata derma untuk perjuangan mereka adalah Derma JIHAD.... Piiraahhh...!!

JOM kita saksikan video klip dibawah ini, tegas Ustaz Kamal, derma jihad PAS ibarat hujan naik ke langit di mana penyokong mereka memberi derma kepada golongan atasan yakni pemimpin.

Sebaliknya, pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak minta duit atau derma daripada rakyat tetapi mereka yang menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat.

“Penceramah PAS datang berceramah naik kereta mewah tetapi yang datang dan dengar ceramah adalah rakyat jelata yang naik motosikal. Golongan bawahan inilah yang tampil menghulurkan derma jihad dan ia ibarat hujan dari bumi naik ke langit. PAS lakukan semua ini semata-mata untuk mengumpul dana pilihan raya.

Friday, January 25, 2013

Mudah Mudahan Dr MAZA Diberikan Hidayah.... MASYA ALLAH...!!

Tolong berikan tumpuan anda pada minit ke 6;31;00 video klip dibawah ini...., kupasan yang sangat baik oleh Ustaz Rasul Dahari

Muhaa Haa Haaa..! Afdlin Shauki & Nabil Kata Abby Abadi Paling TONGONG Sibuk Nak Menunjuk Dia Sorang Jer Sembahyang....

Haa haaa haaa lawak giler la video klip ini, belasah Pakatan Pembangkang kaw kaaww...! Yang paling menarik ialah Abby Abadi dinobatkan sebagai Juara TONGONG


Thursday, January 24, 2013

Abby Abadi Kata "Berdosa Kalau Hafal Lagu UMNO...". Ostajah Biol Ini Bersungguh-sungguh Mahu Najib Jadi Ketua Pembangkang

Ceh waaah bukan main marah Ostazah 3/4 masak ini apabila ada seorang ostad PAS boleh hafal lagu UMNO seraya si Abby pun tegah "Kenapa hafal lagu UMNO..? Tak rasa berdosa hafal lagu UMNO..?".

Dalam video klip yang sama ini juga Abby dengan penuh kesungguhan menyatakan impiannya mahu rakyat tukar kerajaan...!!
 

Wednesday, January 23, 2013

AYOYO Acheee…, Ini Tanggachee Tak Boleh Tahaan Naik Pentas Nak Berjoget Dengan Anwar....

Penyakit tulang belakang, sakit belakang Anwar akan hilang serta merta dengan sendirinya jika dapat berpeluang untuk menari terlompat-lompat.....

Kali ini aksi aksi Anwar atas pentas menarik minat seorang Tanggachee yang join sekali, AMMAAHH

Saksikan video klip ini;

Korang Boleh Percayer Ker...??

Membaca kenyataan terbaru Nasrudin Hassan yang keras membidas Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung tuntutannya supaya PAS mengkaji semula keputusan Majlis Syura dalam isu kalimah Allah s.w.t tentunya ada yang terfikir betapa jantannya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu.

"Saya bersama Pemuda Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang diputuskan sebulat suara. Karpal Singh usah campur," tegas Nasrudin kepada Utusan Malaysia.

Dengan penegasan itu bermakna Dewan Pemuda PAS sebulat suara setekad hati untuk menjunjung keputusan rasmi Majlis Syura Ulama PAS yang bemesyuarat pada 13 Januari 2013 untuk menghalang penggunaan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Sepintas lalu dibaca berkemungkinan ramai penyokong PAS yang melihat dunia dari bawah tempurung akan meremang bulu roma bersemangat meluap-luap dalam jiwa. Mungkin ada yang terdetik dalam fikiran menyanjung keberanian Ketua Dewan Pemuda PAS itu menyanggah teguran 'lembut' dari Karpal Singh.

Itu satu kebiasaan dalam PAS dan sudah menjadi tabie penyokongnya mudah lupa perkara lama kerana jarang sangat dikalangan orang PAS yang berfikir guna akal sendiri sebaliknya lebih kerap menerima buta tuli saja segala yang keluar dari mulut pemimpin mereka.

Tapi bila ia dibaca oleh khalayak yang luas pemikirannya boleh jadi tersembur muntah keluar segala isi perut. Mana tidaknya kalau dah kenyataan oleh Nasrudin pada 21 Januari 2013 itu jelas bercanggah benar dengan pendiriannya yang dinyatakan dua minggu lalu.

Dalam kenyataan pada 10 Januari 2013 itu, Nasrudin secara terbuka menyokong ketetapan rasmi PAS yang dipersetujui melalui Presidennya, Abdul Hadi Awang untuk membenarkan orang Kristian mencetak kalimah Allah s.w.t ke dalam kitab Bible.

"Rasanya tidak perlu saya mengulas perkara itu kerana Presiden sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi. Kenyataan itu sudah menjadi pendirian parti dan kami Pemuda Pas menyokong pendirian tersebut," itu kata Nasrudin dua minggu lepas.

Maksudnya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu beriktikad sepenuh hatinya dengan keputusan Hadi Awang untuk membenarkan kesucian kalimah Allah s.w.t dinodai oleh pendakyah Kristian sebagaimana dituntut oleh DAP.

Disebabkan keputusan yang dipersetujui oleh Presiden PAS itu dan disokong pula oleh nasrudin selaku Ketua Dewan Pemuda PAS, maka berbondong-bondonglah pengikut parti itu mengelurkan hujah untuk menyokong ketetapan yang diambil.

Semuanya dilakukan kerana Presiden, Mursyidul Am dan Ketua Dewan Pemuda PAS seia sekata yang orang Kristian boleh guna kalimah Allah hatta sekalipun untuk dicetak dalam Bible versi Bahasa Melayu yang tujuan tersiratnya untuk memesongkan akidah umat Islam.

Persoalan sekarang kenapa kini Nasrudin berubah? Apa jenis jantannya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ini kalau dah sikap dan pendiriannya berubah-ubah dan tidak tetap?

Jika Nasrudin boleh berubah pendirian hanya kerana atas dasar wala' dan taat buta tuli pada keputusan pemimpin dan parti sedangkan sudah terbukti parti yang didukungnya memanjang saja flip flop, tak mustahil selepas ini PAS sekali lagi menukar pendirian dalam isu kalimah Allah, Nasrudin juga akan u-turn sama.

Lagi penting untuk dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS paling lemah kepimpinannya dalam sejarah parti itu ialah, sejauh mana beliau sanggup membuktikan kejantanannya dalam mendaulatkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS supaya ia menjadi dasar rasmi PR?

Sekarang PR bergerak hasil gabungan bersama DAP, PKR dan PAS, mana mungkin PAS kekal dengan pendirian baru yang bercanggah dengan ketetapan rasmi PR?

Seandainya PAS terus kekal bersama PR itu maksudnya PAS telah redha dengan dasar rasmi PR dalam isu kalimah Allah, jika demikian tiada gunanya kejantanan jadi-jadian yang dipersembahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, betul tak?

Tuesday, January 22, 2013

Taubat LAHOM...! Kami Dah TAK Percayakan Anwar Ibrahim Lagi Daaahh.....

Isu Kalimah Allah yang menggelegak di dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan sejuk.....

Sifat kiasu semulajadi DAP tidak memungkinkan parti tersebut berganjak walau seinci. Manakala, PAS pula terdesak ingin meyakinkan penyokong mereka bahawa mereka mampu mempertahan Islam.   

Sementara PKR  mengambil pendirian serupa dengan DAP atas alasan ianya telah dipersetujui lebih awal di dalam pakatan mereka termasuk oleh PAS.  

Justeru, U-turn yang dibuat PAS berdasarkan keputusan Majlis Syura adalah tidak boleh dipakai atas alasan kesilapan PAS tidak merujuk kepada Majlis Syura terlebih dahulu sebelum bersetuju, tidak harus dibebankan kepada PR.  

Akhirnya, yang perlu menanggung akibat dari kesilapan PAS tersebut adalah Islam dan umat Islam.  

Namun, sebagai umat Islam, kita telah diajar agar melihat hikmah di sebalik sesuatu.  Hikmahnya dari ‘tragedi’ ini ialah kita diperlihatkan dengan jelas gambaran corak pemerintahan Pakatan Rakyat yang haru biru.   Lihat saja bagaimana walaupun setelah beberapa minggu berlalu, isu ini masih juga belum selesai.  

DAP dan PKR sepakat berpegang kepada keputusan awal dan membakulsampahkan saja PAS dan Majlis Syuranya.  PAS pula masih ingin bertahan, mungkin sebahagiannya atas keinsafan dan sebahagian lagi atas keperluan kepada sokongan umat Melayu. 

Apa pun faktornya, kita tidak melihat kesungguhan dan kekuatan PAS kerana di dalam laporan media rasmi mereka seperti Harakah mahupun Harakahdaily, PAS masih menafikan yang keputusan Majlis Syura tersebut adalah U-turn, tetapi konon konsisten untuk tidak membenarkan Kalimah Allah diguna bukan Islam. 

Harakah menipu pembacanya bahawa U-turn itu hanyalah putar-belit media UMNO....  Sedangkan yang bangun menempelak pendirian U-turn PAS adalah DAP dan PKR dan bukan hanya UMNO.   Tetapi, malang sekali, Harakah terlalu takut untuk menempelak DAP atau PKR, dan hanya berani menempelak UMNO....!!   

Jelas di sini  bahawa kuasa tertinggi tidak wujud di dalam PR melainkan secara ilusi.  Jika tidak sudah tentu kuasa tertinggi akan meletakkan noktah kepada isu ini hanya dengan satu arahan. 

Tetapi ini tidak berlaku kerana Anwar Ibrahim, yang sepatutnya memainkan peranan sebagai Ketua Umum, hanyalah simbol kepimpinan Melayu semata-mata.  Sedangkan hakikatnya, kedudukan Anwar adalah jauh lebih rendah dari pegawai biasa parti DAP seperti Zairil yang memakai nama Melayu tetapi bukan Melayu.   Anwar hanya boleh membuat kenyataan, tetapi kenyataan Anwar samalah seperti kenyataan Majlis Syura, iaitu tiada bernilai walau satu sen jua. 

Di dalam Barisan Nasional, semua parti-parti komponen menerima Pengerusi BN sebagai Ketua di mana walaupun semua keputusan dibuat secara kolektif dan demokrasi tetapi kuasa tertinggi tetap berada di tangan Pengerusi.

Jika terjadi pertelagahan pendapat yang berlarutan, Pengerusi mampu mengarahkan pihak  yang terbabit agar menghentikannya dengan memberi kata pemutus kepada mereka.  Dengan itu, parti kekal stabil untuk membolehkan ia bergerak seiring dengan kerajaan dalam berkhidmat kepada rakyat serta menguruskan negara. 

Kesetiaan dan semangat setiakawan seperti yang diamalkan BN ini tidak wujud di dalam PR.  Kita sedia maklum bahawa DAP tidak akan sekali-kali akur dengan perintah Anwar atau perintah sesiapa jua.  Dan PAS pula sudah ‘tawar hati’ dengan Anwar tetapi takut kepada DAP.  

Apabila ketua tidak dihormati dan kuasanya tidak diiktiraf maka apa akan terjadi jika parti ini menjadi pemerintah...?  Apa akan terjadi kepada isu Kalimah Allah ini di bawah pemerintahan PR...? 

Kita dapat menggambarkan bagaimana sementara Karpal Singh melayan PAS bertekak di media, injil berbahasa Melayu dengan menggunakan Kalimah Allah secara syirik terus diedar kepada anak-anak sekolah.   Apabila UMNO mengkritik, PAS pula membela DAP sebagai tidak bersalah kerana tidak faham Islam. 

Maka, perselisihan semakin parah sedangkan ‘Perdana Menteri Anwar Ibrahim’ pula hanya memerhatikannya sahaja sambil menjegil-jegilkan mata kepada PAS sebagai isyarat untuk mengalah.   Mungkin akan ada seorang dua pemimpin PAS mengalah, tetapi dua tiga orang yang lain enggan pula mengalah.  

Lalu berterusanlah mereka bertekak sesama sendiri sedang Injil berbahasa Melayu sudah sampai ke seluruh pelusuk tanah air mengelirukan dan menggoyahkan akidah umat Islam. 

Justeru, bagi mereka yang berfikir, tentu dapat melihat bahawa isu kalimah Allah ini adalah sebenarnya petunjuk langsung dari Allah SWT berkenaan kedudukan Islam dan umat Islam di bawah Pakatan Rakyat.  

Gambarannya tampak begitu jelas bahawa kita akan berada sebuah neraka jika diperintah oleh syaitan berkepala tiga.... 

Hadi Nak Try Main Belakang Karpal...? Ada Berani...?


Akhbar melaporkan bahawa Presiden PAS sudah tersepit....

Menurut Utusan Online melaporkan seperti berikut;
Hadi Awang tidak akan tunduk dengan desakan DAP agar beliau mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika dihubungi di sini hari ini berkata, Abdul Hadi akan mempertahankan pendirian Majlis Syura itu walaupun jelas bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang.

Ahmad Samsuri menegaskan, beliau yakin Presiden Pas itu tetap dengan pendirian serta keputusan yang telah diambil oleh Majlis Syura Ulama Pas tempoh hari berhubung isu itu.

"Saya pasti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan keputusan rasmi yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Beliau tidak akan sekali-kali berganjak dengan desakan DAP itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Utusan Online

Inilah dia yang dikatakan Politik Suku Agama Suku...!

Jual agama semata mata kepentingan kuasa politik.... Kita jangan lupa bahawa Hadi Awang sendiri telah membacakan kenyataan rasmi dibuat oleh Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang yang membuat keputusan membenarkan Kalimah Allah digunakan untuk bukan Islam.

Semalam Karpal berdehem...! Dia desak Hadi pastikan bahawa pimpinan PAS akur dan jangan melawan keputusan Majlis Presiden Pakatan Pembangkang.

Kita cabar agar Haji Hadi tampil untuk membuat kenyataan rasmi, adakan satu sidang media nyatakan pendiriannya yang terbaru iaitu beliau tidak akan tunduk dengan desakan DAP, dan beliau sebaliknya akan pertahankan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang berpendirian Kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Hadi jangan cuba main wayang kulit dengan menggunakan Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkokok bagi pihak dirinya yang bacul dan kecut telor mendepani wajah bermisai Karpal Singh....

JOM! Kita saksikan semula apa yang berlaku pada 9 Januari 2013.

Saksikan sekali lagi bagaimana terkebil-kebil Hadi membaca teks kenyataan yang disediakan oleh Majlis Presiden Pakatan Pembangkang.

Video klip dibawah ini terpancar wajah terketar-ketar dan "muka tak puas hati" si Hadi Awang jadi kuda tunggangan kepada kehendak DAP apabila beliau membaca teks yang disediakan untuk menyatakan persetujuan bengong PAS membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada bukan islam..... Demi Kuasa, Demi Undi maka PAS sanggup melacurkan agama ISLAM..!!

Pada sesi soalan pihak media, Hadi terpaksa pandang muka Anwar dahulu seolah-olah mendapat "endorsement" jawapan...

Oh yaa..., jangan lupa perhatikan juga ekspresi memek muka Anwar dalam video klip ini


Boleh Menitiskan Airmata Setelah Mendapat Penjelasan Terbaeekk Tun Dr M


Tun Dr Mahathir Mohamad nampak relaks sahaja berdepan dengan gembar gembur pembangkang yang melabel beliau adalah pengkhianat kerana meluluskan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah semasa era pentabirannya dulu.

Bekas Perdana Menteri itu tanpa apologetik mengakui peranan kerajaan pimpinannya dulu tetapi menegaskan semua kelulusan berhubung pemberian kerakyatan tersebut dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang.

Dalam sidang media selepas wacana di Karang Kraf Shah Alam pada petang Khamis, Dr Mahathir berkata pembangkang boleh tuduh beliau apa saja termasuk pengkhianat tetapi semua yang dilakukan berdasarkan undang-undang. "itu tak jadi masalah kerana dituduh (pengkhianat) oleh ramai orang. Tapi ada juga yang puji,"ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Ramli Kamarudin bahawa kerajaan pada ketika itu terlibat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing (beragama Islam) di Sabah.

Ramli ketika menjadi saksi kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) berkenaan pendatang asing di Sabah mendakwa menerima arahan daripada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub agar mengeluarkan resit bagi membenarkan pendatang asing di Sabah mengundi pada pilihan raya negeri itu pada 1994.

Menurut Dr Mahathir, Malaysia sentiasa menerima orang asing untuk menjadi warga negara sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat tertentu. "Ramai yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu dua hari, satu dua tahun... ada 20, 30 tahun.

Mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu. Mereka berhak untuk menjadi rakyat. Yang menjadi masalah ialah ialah ada orang yang tidak senang kalau mereka jadi rakyat.

"Orang ini sebelum kita merdeka pun, mereka berulang alik daripada selatan Filipina ke Sabah kerana mereka tidak terima sempadan yang digaris oleh penjajah.

"Seperti juga di Sumatera dan Semenanjung. Kita terima sesiapa yang ada di sini sebagai rakyat, kenapa kita nak tolak mereka...? Kalau mereka lakukan jenayah, mereka terdedah kepada undang-undang kita juga. Tetapi mereka diperlukan oleh Sabah."

Walau diasak bertalu-talu oleh wartawan, Dr Mahathir relaks jawab satu persatu persoalan yang dilontarkan. Bahkan di satu peringkat, beliau memulangkan 'paku buah keras' kepada soalan seorang wartawan pro pembangkang yang mempersoalkan kenapa beliau beri kerakyatan kepada pendatang Islam warga asing di Sabah.

"Tunku Abdul Rahman lebih teruk dari saya, dia bagi kerakyatan kepada satu juta orang dahulu tanpa pemeriksaan teliti. Saya tidak nafikan pembabitan saya (di Sabah) tapi Tunku beri satu juta kerakyatan di Semenanjung selepas merdeka tiada siapa pertikai..."katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa kerajaan pimpinannya sengaja memberikan status kerakyatan kepada pendatang asing sebelum pilihan raya Sabah pada 1994 agar kumpulan berkenaan mengundi menyokong kerajaan, Dr Mahathir berkata ia mungkin berlaku secara kebetulan.

"Ia mungkin dilakukan sebelum pilihan raya negeri, tapi ia sama ada secara tak sengaja atau dirancang...saya tak pasti.

"Tapi ia dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang. Jika ia berlaku sebelum pilihan raya (negeri), ia tak bermakna bertentangan dengan undang-undang," katanya.

Berhubung sama pemberian status warga negara kepada pendatang asing di Sabah merupakan alasan politik agar UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa di negeri itu, Dr Mahathir berkata: "Tidak...ini adalah hak mereka (mendapat kerakyatan bagi yang layak). "Bila mereka menjadi warga negara, sama ada mereka sokong UMNO, BN atau siapa sahaja, itu hak mereka. "Ia adalah fakta bahawa bukan semua mereka menjadi penyokong BN," katanya.

Beliau bahkan turut mengatakan kesediaannya untuk menjadi saksi kepada Suruhanjaya Diraja tersebut jika keterangan beliau diperlukan. "Jika mereka minta saya hadir, saya akan pergi"ujarnya. Sebelum itu, Dr Mahathir yang berucap di dalam program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran akhbar Sinar Harian berkata masyarakat Islam perlu beranimenegakkan pendirian mengenai penggunaan kalimah Allah mengikut hujah dan pengetahuan yang luas, bukan hanya bersandarkan emosi dan kepentingan politik semata-mata.

Walaupun menerima pandangan penggunaan kalimah Allah yang digunakan dalam kitab Bible oleh penduduk Sabah dan Sarawak, namun beliau bertegas ia tidak boleh digunakan sewenangnya.

"Kalau ada pihak lain nak gunakan nama itu apa tujuan mereka selain daripada untuk menipu pemikiran supaya orang itu anggap agama ini (Islam) sama dengan agama lain.

"Unsur penipuan itu tetap ada sebab tu tak boleh terima penggunaan nama Allah...tapi yg kita tahu kita tak bersetuju," katanya. Menurutnya kerajaan kini dilihat agak bimbang kalau bertindak salah dalam menentukan isu demokrasi, mereka mungkin akan kalah lebih teruk dan hilang kuasa.

"Ini soal kuat dan lemah...Bila kita kuat orang tak berani cabar kita, bila kita kuat kita ada autoriti (dan) majoriti sokong kita . Tapi kerana kurang bijak mungkin kita sengaja melemahkan diri kita (dan) terpengaruh dengan pendapat orang nak liberal nak supaya dipuji baik," katanya.

Tambahnya lagi, situasi ini jelas dilihat semasa PRU tahun 2008 apabila ramai penyokong BN yang kecewa kerana berasa kurang yakin dengan kepimpinan yang ada.

"Kita membuka secara luas peluang untuk orang hentam kita dan kita bertindak menyambut hentaman dan kecaman orang dengan kita undur diri. Oleh itu penyokong kita berasa kecewa (tahun) 2008 mereka tak sokong lagi kerana kurang yakin dengan kepimpinan yg ada...ianya menjadi lemah," katanya.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Tan Sri Abdullah Ahmad menjadi moderator majlis tersebut yang dihadiri lebih 500 tetamu jemputan. - OLEH HELME HANAFI  [AGENDADAILY]