Wednesday, October 31, 2012
GEMPAARR..!! AMK PKR Shah Alam Kena Cekup Khalwat Di Hotel Bajet Seksyen 7 Shah Alam....
Cerita tengah panaass nih...! Klik kat SINI
Tuesday, October 30, 2012
Isu Selangor: Kerja Gila Putar Duit..., REFINANCE Bangunan PKNS Untuk Dana PRU Pakatan Haram
Kupasan Cucu Tok Selampit
MB Khalid Gagap cuba memperbodohkan Rakyat Selangor sekali lagi. Beliau cuba bermain dengan "creative accounting" dengan cuba memanupulasikan agenda tersembunyi dalam isu penjualan aset-aset PKNS yang sedang hangat diperkatakan oleh Rakyat Selangor ketika ini.
MB Khalid Gagap bukan sahaja tidak memberi penjelasan mengenai cabaran DSNoh Omar baru-baru ini tetapi cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai istilah korporat yang direka cipta untuk menutup isu cadangan penjualan bangunan milik PKNS yang sedang di peringkat akhir perjanjian jual beli.
Draft perjanjian jual beli yang belum ditandatagani ada di tangan kami dan akan didedahkan sedikit masa lagi. Beberapa buah bangunan milik PKNS yang bernilai RM321 juta kini di dalam proses untuk dijual ("refinance") kepada anak syarikat milik Kerjaan Negeri.
Kalau benar tujuan "pemindahan" atau penstrukturan semula adalah untuk penyusunan semula aset-aset PKNS, kenapa perlu ada transaksi kewangan berlaku....?
Kenapa perlu ada perjanjian korporat dibuat dan dibayar kepada PKNS...?
Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Pakatan Haram Selangor semakin terdesak dan memerlukan wang untuk kegiatan politik mereka serta dana PRU13 sehingga terpaksa mengarahkan PKNS menjual bangunan milik mereka.
Rakyat Selangor mengetahui bangunan dan premis ini semua adalah simbol kejayaan PKNS dalam konteks untuk membantu usahawan dan peniaga melayu di selangor.
PKNS telah dicadangkan penubuhannya oleh Dato Haron Idris yang ketika itu menjadi Menteri Besar Selangor bertujuan untuk mempertingkatkan ekonomi peniaga Melayu di Selangor.
Apabila Kerajaan Pakatan Haram memerintah, mereka telah menimbulkan kontroversi tentang penjualan aset PKNS ini dengan sewenang-wenangnya menggunakan istilah urustadbir korporat yang mengelirukan.
Sudah pasti yang akan menanggung kerugian daripada tindakan ini adalah peniaga dan Rakyat Selangor sendiri. Kesan mendalam yang akan dialami hasil daripada penjualan ini akan melibatkan peniaga di Kompleks PKNS dan Wisma Yakin yang 80% daripadanya adalah peniaga melayu.
Kenaikan sewa yang tinggi pasti akan berlaku dan ini secara tidak langsung akan "menghalau" peniaga-peniaga Melayu yang sudah bertahun berniaga di situ. Inikah dia yang disebut sebagai sebuah kerajaan yang perihatin dan janji sebuah Negeri Berkebajikan....?
Kenyataan Akhbar Isu Penjualan Aset Milik PKNS
Dato Sohaimi Shahadan menyelar sikap berdolak dalik dan putar belit kerajaan selangor serta menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar lidah bercabang dan mempunyai agenda tersembunyi dalam isu penjualan aset-aset PKNS yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat selangor ketika ini.
Beliau bukan sahaja tidak memberi penjelasan mengenai cabaran Dato Seri Noh Omar baru-baru ini tetapi cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai istilah korporat yang direka cipta untuk menutup isu cadangan penjualan bangunan milik PKNS yang sedang di peringkat akhir perjanjian jual beli .
Beberapa buah bangunan milik PKNS yang bernilai RM321 juta kini di dalam proses untuk dijual.
Kalau benar tujuannya untuk penyusunan semula aset-aset PKNS kenapa perlu ada transaksi kewangan berlaku ?
Kenapa perlu ada perjanjian korporat dibuat dan dibayar kepada PKNS ?
Dari pemerhatian, kami melihat Menteri Besar dan kerajaan negeri semakin terdesak dan memerlukan wang untuk kegiatan politik mereka sehingga terpaksa mengarahkan PKNS menjual bangunan milik mereka.
Yang mana bangunan dan premis ini semua adalah simbol kejayaan PKNS dalam konteks untuk membantu usahawan dan peniaga melayu di selangor.
PKNS telah dicadangkan penubuhannya oleh oleh Dato Haron Idris yang ketika itu menjadi menteri besar selangor. Tujuannya untuk mempertingkatkan ekonomi peniaga melayu di Selangor.
Tetapi bila sampai ke tangan Tan Sri Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya dan dianggap pula Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar terbaik selangor oleh Anwar Ibrahim , lain pula jadinya.
Beliau sekali lagi menimbulkan kontroversi tentang penjualan aset PKNS ini dengan sewenang-wenangnya menggunakan istilah urustadbir korporat yang mengelirukan. Sudah pasti yang akan menanggung kerugian daripada tindakan ini adalah peniaga dan rakyat Selangor sendiri.
Kesan mendalam yang akan dialami hasil daripada penjualan ini akan melibatkan peniaga di Kompleks PKNS dan Wisma Yakin yang 80% daripadanya adalah peniaga melayu.
Kerajaan negeri selangor dan PKNS kini bukan lagi tempat untuk orang melayu mengadu nasib lantas berjaya dalam kehidupan terutamanya dalam bidang perniagaan yang seba serbinya mencabar.
Inikah dia yang disebut sebagai sebuah kerajaan kerajaan yang perihatin dan janji sebuah negeri berkebajikan ?
Di mana pula perjuang hak asasi dan pro rakyat yang selama ini nampak jagohnya dalam memperjuangkan isu rakyat ?
Bukankah tindakan penjualan aset milik PKNS ini secara tak langsung akan memberikan kesan langsung terhadap nasib peniaga yang juga 'rakyat' di Selangor ?
Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada hari ini mendesak agar penjualan ini dibatalkan dengan serta merta atau kerajaan negeri akan berhadapan dengan beberapa tindakan protes secara besar-besaran oleh peniaga dan rakyat di seluruh Selangor.
Kami menuntut agar kerajaan negeri berhenti mengelirukan rakyat dengan pelbagai helah dan istilah urustadbir korporat yang memualkan.
Kerajaan negeri juga didesak menghentikan stail politik yang suka mengkambing hitamkan PKNS demi memenuhi selera politik mereka yang secara keseluruhannya cukup merugikan peniaga dan rakyat Selangor.
Pengerusi Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Bukti Sudah Ada Dalam Tangan.... Nurul Izzah Akan BONGKAR Penyelewengan Rosmah....?
Jangan buang masa, cerita panas yang cuba dimainkan oleh juak juak murahan Pakatan Pembangkang, anda wajib baca...! Klik SINI
Monday, October 29, 2012
Video Klip Bukti Mat Sabu Penyokong Tegar SYIAH Di Syria....
Video berdurasi 2 minit 54 saat itu melaporkan kehadiran dan lawatan rasmi mat sabu selaku Timbalan Presiden pas terhadap Menteri Wakaf (Menteri Agama) Syria.
Mengikut laporan berita itu, katanya mendakwa Mat Sabu MAHU TAHU situasi sebenar apa yang berlaku di Syria.
PERSOALAN UTAMA ?
1) Mat Sabu jumpa Menteri Agama Syria yang berfahaman syiah. Sudah pasti berita yang disampaikan kepada Mat Sabu oleh Menteri Syiah itu akan lebih positif dalam menggambarkan situasi sebenar yang akan pro kepada Syiah .
2) Apa bodohnya Mat Sabu perlu berjumpa dengan Menteri Syiah Syria untuk mendapatkan penjelasan, sedangkan di dalam internet terdapat puluhan Youtube pembunuhan kejam tentera syria pimpinan Syiah membunuh tanpa belas ikhsan umat islam Sunnah....!!
3) Apakah Mat Sabu tak baca laporan Human Right watch mengenai pembunuhan skala besar-besaran yang dilakukan oleh tentera Syria terhadap penduduk Sunnah ?
4) Kedatangan Mat Sabu "SECARA RASMI MENGADAP PEMIMPIN SYIAH DI SYRIA" semakin melambangkan yang beliau ini memang penganut sesat Syiah...
Pertama, mengapa di kala berlakukanya pergolakan di Mesir di mana pemberontaknya adalah Syiah, Mat Sabu tak buat kunjungan hormat kepada pemimpin Mesir sebaliknya menyokong gerakan kebangkitan Syiah di Mesir ?
Kedua, mengapa mat sabu TAK PERGI MENGADAP PEMIMPIN SUNNAH DI BAHRAIN sedangkan pada waktu itu penganut Syiah sedang galak membuat huru hara menumbangkan kerajaan Bahrain yang SAH......??
APA SUDAH JADI KEPADA PAS.....?
Selanjutnya, bukti bukti panasss, klik SINI.
Sunday, October 28, 2012
Najib KANTOI Lagi...? Pakatan Pembangkang DEDAH Bukti Rosmah Miliki PERMATA Bernilai RM1 BILLION
Rosmah Mansor dikatakan memiliki PERMATA bernilai RM1 Billion....! Benarkah PERMATA mendapat peruntukan sebanyak RM1 bilion sebagaimana yang ditohmahkan?
Sama ada mereka faham atau tidak, peruntukan RM1 bilion yang dikatakan
'milik' Rosmah Mansor itu sebenarnya adalah peruntukan untuk
PRA-SEKOLAH, bukannya untuk PROGRAM PERMATA NEGARA (PERMATA).
Pra-sekolah dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran, KEMAS dan Jabatan
Perpaduan. Usia kanak-kanak yang berada di PRA-SEKOLAH adalah antara 5
sehingga 8 tahun. Manakala PERMATA pula berada dalam kelompok ECEC
(Early Childhood Education and Care) di mana kanak-kanak yang
menyertainya adalah berusia setahun sehingga 4 tahun.
Betapa bangsatnya juak juak murahan Pakatan Pembangkang cuba memutarbelitkan fakta dan memperbodohkan rakyat....
Teori bahalol dan tidak berasas dengan bertujuan kebodohan
dakyah niat jahat mereka dalam isu PERMATA ini.
Pecahan peruntukan RM1 bilion tersebut adalah seperti berikut:
(1) Pra-Sekolah Kementerian Pelajaran terima peruntukan sebanyak RM587.5 juta
(2) Tadika KEMAS (KKLW) menerima peruntukan sebanyak RM532 juta
(3) Tadika PERPADUAN (JPNIN) menerima peruntukan sebanyak RM68.7 juta
(4) PERMATA Negara menerima peruntukan sebanyak....?
Rujukan di SINI.
(1) Pra-Sekolah Kementerian Pelajaran terima peruntukan sebanyak RM587.5 juta
(2) Tadika KEMAS (KKLW) menerima peruntukan sebanyak RM532 juta
(3) Tadika PERPADUAN (JPNIN) menerima peruntukan sebanyak RM68.7 juta
(4) PERMATA Negara menerima peruntukan sebanyak....?
Rujukan di SINI.
Sebagai kupasan untuk lebih kita fahami, mari kita buka minda dan otak
benak Pakatan Pembangkang menjelaskan proses perbelanjaan peruntukan bajet PERMATA yang diluluskan.
Dana tersebut diturunkan sepenuhnya ke Jabatan Perdana Menteri sebagai jabatan
yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan program-program PERMATA dan bukan masuk poket Rosmah Mansor....
Pengurusan kewangan pula dilaksanakan oleh
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) mengikut segala peraturan
kewangan yang sedang berkuat-kuasa sebagai mana diarahkan oleh Kementerian
Kewangan.
Pengurusan Kewangan di Bahagian PERMATA juga diaudit oleh Unit Audit Dalam, Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan kepatuhan kepada semua peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.
Sebagai contoh,Program PERMATA telah diluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi I pada tahun 2009 di mana sebanyak RM130 juta telah dibelanjakan dan bakinya telahpun dikembalikan ke Kementerian Kewangan.
Peruntukan RM130 juta digunakan untuk memperluaskan pelaksanaan Program PERMATA Negara ke seluruh negara dengan hampir RM77 juta telah disalurkan ke KEMAS,
RM16 juta ke Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional,
RM8 juta ke Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
bakinya diagihkan ke TASKA Tempat Kerja/TASKA Komuniti di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat, National Children Development Research Centre di
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Peruntukan RM100 juta pula yang diluluskan pada tahun 2010 juga telah disalurkan mengikut kaedah yang sama seperti di atas manakala anda baca seterusnya, klik SINI.
Kenapa Masih Ada Ahli UMNO Tidak Yakin Anwar Seorang BISEKSUAL..?
Cuti panjang sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha memberikan kesempatan buat kita untuk bersua wajah bersembang dengan sanak saudara...
Sepertimana senario sewaktu cuti Hari Raya Aidil Fitri, sembang bual lebih hangat apabila membicarakan mengenai isu politik semasa. Tajuk dan persoalan bilakah akan diadakan Pilihanraya Umum PRU ke 13 menjadi topik hangat.
Sebagai rakyat dinegara ini, sudah pastilah teka teki ini sangat dinanti-nantikan jawapannya. Keinginan rakyat menyaksikan siapakah bakal menjadi pilihan diantara dua nama, dua pimpinan..., Najib ataupun Anwar..?
Kalau kita bertanya kepada masyarakat komposisi kaum bukan melayu, agak berat berat untuk menerima jawapan yang begitu cenderung mengatakan UMNO-BN akan menang mudah, apatah lagi untuk kembalikan 2/3 majoriti.
Berbeza pula jika bertanya dan cuba mendapat reaksi serta maklum balas dari kaum melayu, nampaknya sudah semakin yakin bahawa aura Datuk Seri Najib meyakinkan mereka...
Antara elemen elemen kecenderungan ini dilihat atas kesungguhan PAS membiarkan parti mereka menjadi kuda tunggangan DAP kerana tawaduk dengan 'kemahuan' Anwar Ibrahim!!
Pengundi melayu nampaknya semakin mual dan jelek dengan hala tuju perjuangan PAS. Tentangan suara lantang mantan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang menyerang Presiden DAP Karpal Singh membuka mata kaum melayu melihat sendiri tiada kerjasama dikalangan Pakatan Pembangkang.
Tatkala ada dikalangan pimpinan PAS yang sanggup menjadi tukang basuh pimpinan DAP, tindakan Nasharuddin seolah-olah menebus sedikit maruah PAS yang "tersilap langkah" menghukum Dr Hasan Ali kerana mengkritik Anwar sewaktu mengajak rakyat terlibat dengan isu peribadinya kes liwat Saiful Bukhari Azlan.
Tragedi 901 menyaksikan pemecatan Dr Hasan Ali.. Mantan Pesuruhjaya PAS itu dipecat sehari sebelum hari keputusan perbicaraan kes liwat Anwar. PAS tunduk dengan desakan PKR dan DAP apabila Dr Hasan tidak setuju dengan keputusan menyeru ahli ahli PAS sertai protes 901 pada 9 Januari demo di Mahkamah kerana mahu membantah sekiranya Anwar dijatuhi hukuman penjara...
Lihat perbezaannya, kritik Anwar kena pecat, tetapi kritik Karpal Singh tiada dikenakan sebarang tindakan apa apa.
Kekuasaan Anwar seolah-olah mencengkam keatas apa sahaja yang dia mahukan. Meliwatlah.., berzinalah..., berbohonglah..., buatlah sebesar mana pun onar dan dosa oleh makhluk bernama Anwar, namun buat bagi pimpinan PAS mereka akan tetap tawaduk "Na'am.., Na'am.."
Inilah yang sedang disaksikan oleh pengundi kaum melayu. Mereka sudah lihat sendiri sandiawara politik Pakatan Pembangkang.
Menyedari tanggungjawab dan tidak tergamak mahu menggadaikan bangsa dan agama, maka sudah pasti PRU ke 13 nanti mana mana calon PAS dan calon melayu PKR tidak akan mendapat kemenangan mudah...
Semoga Anwar dan PAS teruskanlah langkah sumbang mereka
Saturday, October 27, 2012
Anda Boleh Ikuti Laporan Haji Yang TERKINI.....
Ketika ini berjuta juta umat islam sedang menjalankan ibadah haji dan diberitakan keadaan di Arafah semakin sesak...
Rakaman foto diatas menunjukkan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong juga berada di kota suci Mekah untuk menjalankan ibadah Haji. Anda boleh mengikuti Laporan Haji oleh seorang petugas media yang memberikan berita terkini menerusi laman blog, klik SINI
Friday, October 26, 2012
Filem TANDA PUTERA Sudah Kena Sembelih Jadi Mangsa QURBAN Aidil Adha...! Tahniah Lim Kit Siang
Nampaknya filem Tanda Putera yang menceritakan tentang nilai perjuangan seorang tokoh negarawan Allahyarham Tun Abdul Razak tidak berjaya menemui penonton sepertimana yang dijadualkan pada 15 November 2012.
Filem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba ini telah menjadi KORBAN menjelang sambutan Hari Raya Aidil Adha yang disambut esok pagi.....
Berikuta adalah Kenyatan Media dari Shuhaimi Baba;
Kami telah diberitahu bahawa tayangan umum filem Tanda Putera yang dijadualkan mulai pada 15 November 2012 kini dibatalkan. Tarikh tayangan baru belum lagi diterima. Kenyataan ini ekoran kekeliruan berikutan laporan berita berkenaan soal jawab di Parlimen berkenaan filem ini semalam.Tarikh tayangan baru akan kami umumkan sebaik saja diterima. Kami lihat kemungkinan Tanda Putera akan ditayangkan pada tahun hadapan. Kami juga telah dimaklumkan Perunding Media bahawa selepas titik potong (Cut-off point) 23 Oktober 2012, agak lewat bagi sebarang urusan promosi dan pengedaran untuk slot Wajib Tayang 15 November.Kami amat menghargai dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan menyatakan minat terhadap filem ini dan berharap mereka akan terus memberi sokongan apabila filem ini ditayangkan kelak.Kami mohon maaf andainya penundaan tarikh tayangan filem ini menyusahkan atau menghampakan mana-mana pihak.Terima kasih.
Datin Paduka Shuhaimi Baba
Blog LG secara ikhlas merasakan tersangat kecewa dengan keputusan sebegini rupa...!
Pelik dengan keputusan yang lebih cenderung kepada tekanan juak juak Pakatan Pembangkang yang terlalu takut bangsa melayu akan bersatu semula setelah filem ini berjaya ditayangkan.
Filem Tanda Putera ini juga menceritakan bagaimana dua pemimpin utama
negara iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail berkorban nyawa demi memastikan keamanan dan keharmonian yang kita
warisi dan ambil mudah pada hari ini.
Bersusah payah kedua-duanya Tun Razak bersama Tun Dr Ismail membina semula negara ini setelah peristiwa berdarah Tragedi 13 Mei 1969... Mereka meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi.
Setelah hidup dalam
keharmonian buat sekian lama di negara yang tercinta ini, tanpa
pergolakan atau bencana besar seperti yang menimpa mereka yang kurang
bernasib baik di luar negara, agak mudah kita terlupa pada hadiah yang
tidak ternilai daripada kedua-dua pemimpin ini. …
JOM baca semula kupasan yang jelas mengenai filem ini dan anda akan faham kenapa spesis seperti Lim Kit Siang menjadi panas sekiranya filem ini menemui penonton...
Siapa Sebenarnya Yang BUNUH Altantuya....
Setelah tidak mampu menangkis kebenaran, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian kapal selam scorpene di Perancis, SUARAM tidak mampu lagi meneruskan penipuan yang sama. Sekali gus, Cynthia Gabriel terpaksa mengakui bahawa berita yang disebarnya termasuk senarai nama individu yang akan disapina hanyalah rekaan semata-mata. Atau dalam ertikata lain, Cynthia Gabriel terpaksa mengaku yang dia telah menipu seluruh dunia.
Walaupun begitu, tidak bermakna si pengkhianat ini merasa malu atau bersalah kerana menipu kerana sifat itu sudah tidak lagi ada dalam dirinya. Sebaliknya, Cynthia dan SUARAM bertekad untuk terus menipu tetapi dengan menukar sedikit haluannya sahaja.
Lagipun, penipuan perlu diteruskan untuk memastikan segala usaha dan dana yang dilabur pihak asing selama ini tidak sia-sia begitu saja.
Dalam menipu, SUARAM tidak segan silu menggunakan nama sesiapa sahaja termasuk Kerajaan dan Hakim Perancis, isteri Perdana Menteri, Jasbir Singh Chahl untuk mengukuhkan cerita dongeng mereka.
Dan nampaknya, walaupun setelah penipuan mereka terdedah, SUARAM masih lagi tidak tahu malu dengan menggunakan Modus Operandi yang sama dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan BN, iaitu menipu dengan mempergunakan nama seseorang lain pula.
Kali ini, nama yang dipilih ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Menurut SUARAM, Tan Sri Musa akan bercakap dengan wartawan di Bangkok berkenaan pembunuhan Altantuya. Tajuk program tersebut ialah ‘Pendedahan baru dalam pembunuhan Altantuya’.
Tan Sri Musa yang terkejut dengan berita tersebut, pantas menafikannya. Beliau tidak faham kenapa ada yang suka-suka menipu dengan menggunakan namanya. Beliau menegaskan yang beliau berada di sini, di Malaysia dan tidak terlibat dengan program di Bangkok itu.
Nampaknya, muka Cynthia Gabriel ini kalau diukur pastinya setebal dinding kalis radioaktif, kerana langsung tidak tahu malu menipu secara terang-terangan.
Hakikatnya, jika pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya, maka secara automatik segala-gala kes atau kejadian yang dikaitkan dengan perbicaraan pembelian kapal selam yang dijaja SUARAM adalah juga satu pembohongan.
Ini termasuklah mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi atau kerajaan Malaysia dalam pembunuhan Altantuya.
SUARAM mendakwa bahawa pembunuhan Altantuya adalah didalangi kepimpinan tertinggi dan kemudiannya dilaksanakan atau disaksikan sendiri oleh atau Datin Seri Rosmah. Pembunuhan itu kononnya bertitik tolak dari penglibatan mereka dalam rasuah pembelian kapal selam.
Justeru, jika mahkamah Perancis telah mendapati bahawa aduan SUARAM berkenaan kerajaan Malaysia dan kepimpinan tertinggi terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam tersebut adalah tidak berasas serta menolaknya mentah-mentah, maka ia sekali gus bermakna bahawa kisah berkenaan penglibatan mereka dalam pembunuhan Altantuya juga adalah rekaan SUARAM semata-mata.
Memandangkan telah terbutki bahawa SUARAM sengaja mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kerajaan dalam rasuah, dan SUARAM juga mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi dalam pembunuhan, maka persoalan yang timbul kini ialah “berapa jauhkan SUARAM sanggup lakukan untuk mengada-adakan kaitan pemimpin kerajaan dalam rasuah dan satu pembunuhan?”
Atau, dalam bahasa mudah di kalangan rakyat, sanggupkah SUARAM membunuh bagi mengada-adakan pembohongan ini semata-mata untuk memastikan kerajaan Malaysia tumbang?
Ini adalah antara isu yang menjadi bualan rakyat Malaysia hari ini. Dan isu ini jugalah yang akan menghantui pembangkang menjelang pilihanraya akan datang kerana umum tahu bahawa SUARAM itu adalah topeng pembangkang.
Selamat Hari Raya QURBAN....!
Blog LG ingin mengucapkan Selamat Hari Raya QURBAN kepada semua umat islam dan geng2 otai bloggers semua...! Kepada yang sedang mengerjakan Haji di tanah suci Mekah, semoga mendapat Haji Mabrur...
Thursday, October 25, 2012
Mangsa Terbaru Anwar.... Bila Nak Buat Laporan Polis...??
Panaasss....! Memang panas untuk dibaca, cepatlah klik kat SINI
Kerja Gila Nak Hancurkan Nama Baik DYMM Sultan Johor....!!
LG tertarik dengan story panas pasal kerja giler nak burukkan nama Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar
Al-Haj. Modus Operandi yang nampak memang "All Out" habis2an....!! Baca kat SINI
Khir Toyo Bukan Lagi Pemimpin UMNO..., Biarlah Dia Dengan Keputusannya
Dr Mohamad Khir
Toyo percaya permohonan maaf yang beliau lakukan kelmarin kepada Yb Ronnie Liu
tidak memberi kesan kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana beliau bukan lagi
pemimpin UMNO negeri.
Apa pun
pendapat kita, perbuatan memohon maaf dan mencari penyelesaian dalam pertikaian
amat digalakkan dalam agama Islam.....
Lagipun
semenjak Khir Toyo turun naik Mahkamah untuk mendepani perbicaraan kes beliau
setelah didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah di Shah Alam PADA 23
Disember 2004 bernilai RM6.5 juta hanya dengan harga RM3.5 juta daripada
Ditamas, hampir kesemua pimpinan UMNO meminggirkan beliau....
Seperti yang diketahui umum kelmarin Dr Khir mengambil keputusan untuk
menyelesaikan di luar mahkamah berhubung tindakan saman yang diambil
oleh Ronnie Liu terhadap beliau pada tahun 2008.
Tindakan Khir itu mungkin menimbulkan
rasa terkejut dan tidak puas hati daripada segelintir orang-orang UMNO
atau penyokong-penyokong BN.
Baca penjelasan sepenuhnya oleh Dr Khir di sini.
Namun begitu ramai yang sebenarnya tidak tahu bahwa tindakan Khir memohon maaf kepada Ronnie tidak bermakna Adun DAP itu tidak bersalah....!!
Mantan Menteri Besar Selangor itu menuduh Ronnie Liu menjadi penghalang
untuk menghalang pihak berkuasa dan polis daripada menguatkuasa
undang-undang yang membabitkan aktiviti pelacuran di sebuah hotel di
Puchong, Selangor pada tahun 2007.
Lihatlah sendiri bahan bukti yang dpamerkan dibawah ini sebagai bukti tindakan Khir Toyo bukan tuduhan melulu tetapi apa yang dikatakan olehnya adalah benar....
Laporan polis
yang dibuat
oleh Pegawai Penguatkuasa MPSJ pada 02.11.2007 menunjukkan tindakan
Ronnie Liu menghalang pihak berkuasa dari menjalankan tugas dimana ahirnya wakil rakyat DAP itu telah ditahan oleh pihak berkuasa dan dibawa ke Balai Polis Puchong Jaya.
[sumber]
Wednesday, October 24, 2012
Aku Dah Serik..!! Nafsu Orang PAS Kuat Sangat TAK Pernah Puas....
Nampaknya tekanan agar Nik Aziz bersara semakin menjadi-jadi. Ramai di kalangan akar umbi PAS sendiri semakin resah dengan kesungguhan Tok Guru mereka untuk kekal berkuasa walaupun mereka enggan mengakuinya kerana terlalu taksub dengan ‘kewalian’ Tok Guru.
PAS sendiri nampaknya ‘malu alah’ dengan kedegilan Nik Aziz untuk memahami kehendak rakyat Kelantan yang sudah tidak lagi yakin dengan kepimpinannya.
Namun, sudah menjadi budaya orang Melayu itu untuk tidak berterus terang tetapi lebih senang mengata di belakang kononnya atas alasan hormat dan menjaga hati orang, terutama orang yang lebih tua, apatah lagi pemimpin bertaraf Ulama. Akibatnya, Nik Aziz mula kelihatan seperti seorang yang gila kuasa kerana enggan berundur walaupun telah tiba masa....
Sedangkan, orang yang paling hebat dikritik PAS sebagai ‘gila kuasa’ suatu ketika dahulu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad telah pun berundur, walaupun sehingga ke hari ini, fizikal dan mental beliau masih kuat dan jauh melangkaui kemampuan manusia di usianya.
Tetapi, Nik Aziz yang kononnya tawaduk lagi warak ini, tidak sanggup pula melepaskan jawatan walaupun sudah tidak mampu dari segala segi.
Dalam ucapan tahniah oleh Presiden PAS atas ulangtahun 22 tahun kepimpinan Nik Aziz di Kelantan semalam, telah menyebut tentang bagaimana Nik Aziz pada ketika hendak dilantik sebagai MB telah telah menolak jawatan tersebut.
Mungkinkah beliau sebenarnya ingin menyindir Nik Aziz, dengan harapan agar Nik Aziz kembali terfikir akan perubahan dirinya sehingga menjadi manusia yang gila kuasa dan sayangkan jawatan...?
Nik Aziz telah menceburi politik sejak tahun 1967 iaitu 45 tahun dahulu. Dari jangkamasa itu, beliau telah pun menjadi Menteri Besar selama 22 tahun. Tidak mungkin beliau belum puas berpolitik lagi. Jika nak dikatakan yang beliau masih punya perancangan untuk Kelantan yang perlu dilaksanakan, adalah tidak logik kerana tempoh itu sepatutnya sudah lebih dari cukup untuk beliau melaksanakan apa jua rancangannya.
Sedangkan dalam tempoh yang sama, Tun Mahathir berjaya membangunkan sebuah negara dari negara ketiga menjadi Harimau Asia yang dicontohi dan dikagumi serata dunia.
Maka, jelaslah tidak ada alasan yang konkrit bagi Nik Aziz untuk terus kekal berkuasa selain dari, gila kuasa. Jika benar beliau seorang yang tawaduk sebagaimana 22 tahun lepas di mana beliau menolak jawatan Menteri Besar, maka beliau pasti akan berundur dengan sendirinya, tanpa perlu disindir, disuruh atau dipaksa memandangkan keadaan fizikal dan mental beliau yang semakin hari semakin kronik.....
Jawapan yang diberi Nik Aziz ketika ditanya mengenai sama ada beliau akan bertanding lagi membuktikan yang beliau enggan berundur. Katanya, beliau menyerahkan ‘nasibnya’ kepada kepimpinan tertinggi untuk membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak dalam pilihanraya kali ini.
Sedangkan ‘kepimpinan tertinggi’ itu adalah beliau sendiri iaitu sebagai Mursyidul Am, satu jawatan yang mengatasi Presiden, yang terletak dalam kategorinya yang tersendiri, yang berhak mengampun dan menghukum manusia lain, tidak boleh dikritik atau disentuh hatta maksum, mengikut pemikirannya.
Berdasarkan hakikat ini, beliau cukup maklum yang tiada siapa di dalam PAS yang sanggup untuk menyatakan secara terus terang yang beliau tidak lagi diperlukan oleh rakyat Kelantan dan perlu berundur.
Jelas, jawapan yang diberikan hanyalah jawapan politik yang berniat untuk memperdaya rakyat. Nik Aziz tidak ada niat langsung untuk berundur selagi hayat masih ada. Beliau yakin jika rakyat Kelantan sanggup berada di bawah pemerintahannya yang tidak membawa apa-apa perubahan kepada mereka selama 22 tahun, maka apakah yang menghalang mereka untuk terus berada di bawahnya bagi beberapa tahun lagi....?
Jika air berkarat, kotor dan tidak cukup bekalan tidak pernah menjadi masalah selama hidup mereka, kenapa ia perlu menjadi masalah sekarang...? Jika rakyat tidak kisah berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki selama ini, maka kenapa pula mereka akan kisah mengenai perkara itu sekarang..?
Belum ada rakyat Kelantan yang mati kerana bekalan air kotor atau tidak cukup. Nik Aziz pula tidak pernah menghalang rakyat miskin untuk mencari rezeki di negeri lain, jadi apa masalahnya...? Rakyat hidup seperti biasa, dan beliau akan terus menjadi MB, seperti biasa juga.
Apapun, jika benar Nik Aziz ingin bertanding lagi, maka nasib beliau akan ditentukan oleh rakyat Kelantan sendiri, sama ada beliau akan terus menjadi MB atau bekas MB selepas PRU nanti.
“Malaysia Belongs To Jesus”. JAKIM Siasat Lagu Bahasa Melayu Jaclyn Victor
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang menyiasat dakwaan lagu
‘Harapan Bangsa’ nyanyian Jaclyn Victor menyentuh sensitiviti penganut
agama lain di negara ini.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha memberitahu mStar Online bahawa Jabatan itu mengambil perhatian terhadap gesaan segelintir pihak yang meminta siasatan dibuat berhubung perkara itu.
“JAKIM sedang menyiasat mengenai dakwaan itu sama ada ia benar atau
tidak dikatakan menyentuh sensitiviti penganut agama lain di negara ini.
“Kami juga akan membuat penelitian secara telus mengenai sumber, sasaran dan tujuan lagu berkenaan sewajarnya,” katanya.
Beliau mengulas mengenai gesaan Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi yang menggesa Jakim
supaya menyiasat lagu ‘Harapan Bangsa’ nyanyian Jaclyn Victor itu.
Othman menambah, siasatan yang dilakukan oleh Jakim bertujuan untuk
memperoleh pengesahan sebenar bagi mengelak kekeliruan masyarakat
terutama umat Islam di negara ini.
Dr Mohd Puad
dipetik sebagai berkata lagu berkenaan tidak sesuai disiarkan kerana
bimbang akan menimbulkan keresahan dalam kalangan penganut agama lain
yang mungkin menganggapnya sensitif.
"Setelah meneliti lirik lagu ini, pada rangkap korusnya ada menyebut
`setiap suku, setiap kaum dan setiap bangsa kan menyembah di tahtah
(takhta) mu' memberi gambaran seolah-olah orang Melayu Islam juga
begitu.
"Dia (Jaclyn) kena sensitif, dalam lirik itu juga jelas menunjukkan
`Yesus (Jesus) adalah tuhanku'. Kalau dia sebut setiap penganutmu, orang
faham penganut agamanya (Kristian) saja tetapi jangan sebut setiap
suku, kaum dan bangsa di negara ini yang turut meliputi orang Melayu,”
katanya.
Selain Jakim, Dr Mohd Puad turut mengesa siasatan yang sama dilakukan
oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan.
Ulasan dan kupasan mengenai isu kontrovesi ini boleh dibaca di SINI
Pengurus Safee Sali Tengah Carik Participants Sertai Bengkel Social Media PKR Kat Sarawak....
Dengar dengar ceriter Pengurus Peribadi striker pujaanku Safee Sali, si Zakaria tu bukan main tegar lagi dengan perjuangan Pkr...!
Zakaria tengah cari peserta untuk participate Bengkel Social Media untuk persiapan PRU yang akan diadakan kat Sibu 4th November lepas tu buat jugak kat Kuching pada 18th November 2012. Kat bawah nie ade rekod bukti Zakaria nie memang orang kuat Pkr...
Tuesday, October 23, 2012
Blog LG Nightline....
We are well aware that Kedah's 2011 Audit Report showed such surprising result.
Few of the 'greatest' findings would be how five housing contractors whom were not registered and owned by an individual who has family ties was appointed, and their financial records for their project was not complete, filled with doubt and not precise, which brings to the question of corruption when same claims were made while a few of those claims were made on houses which never existed.
The state government in the other hand clearly seemed to have lost control when a few high risk projects such as the 99 East Project in Langkawi which suffered loss due to carelessness in breaking the agreement and Logging and Farming project in Papua New Guinea which was continued without observation which enabled a Managing Director to take a loan worth millions of USD from a foreign company without any complete loan agreement as well as not having any approval from the Board of Directors.
The state government even ignored their responsibility as an Islamic government as they did not even run any meeting in awarding Halal Certificate for products in 2011 and all of the halal certificate which were issued by the Chairman without giving any presentation to the Committee, following the procedure.
However, this audit finding should not a surprise for us if we are to consider the administration in Kedah which has always been hit by argument among themselves.
We are well aware how PAS Kedah has never been in peace with open clashes between their leaders who simply crave for power. And with GE coming, each of them became even vicious to ensure that they would be protected.
Utusan Malaysia recently revealed how PAS pushed Secretary of the Government, Datuk Rasli Bin Basir who was accused of being 'UMNO'. It all began when he decided to transfer Ahmad Fisol Md Nor, Kubang Pasu's District Officer to Kuala Muda.
Ahmad Fisol has been famous for being a loyal PAS follower ever since BN was in power. His excitement when PAS managed to rule Kedah was never a secret, he even held multiple programs with PAS.
Ahmad Fisol felt like the post of SUK fits him best due to his 'loyalty' towards PAS. Thus, his influence in PAS was fully used to pressure Datuk Rasli.
Datuk Rasli has been in service with Kedah's state government since 1976 as Assistant Collector of Land Revenue at Kota Setar District Land Department. With background education from Universiti Malaya as well as Ohio University, Athens, America, he has been in various services within the government.
He was a District Officer, Project Officer, Project Director, Land Administrator, Financial Officer until he was appointed as a Board Member of Kedah State Development Corporation in 2006 before he was appointed as Secretary of the State.
That is why his performance towards Kedah should not be questioned. He is a very responsible and professional officer who do not mix between politics with administration.
And that is probably one of the biggest problem is PAS where he does not consider any interest in any political parties, including PAS in making decisions.
Kedah's Chief Minister, Dato’ Seri Azizan Razak seemed uninterested in providing any reactions regarding Kedah Audit Report. Instead, it was rumored that he is supporting Ahmad Fisol to keep on pressuring Datuk Rasli.
It is clear that PAS puts politics in front of rakyat where they are only interested with 'who' has the post rather than caring about 'what is happening' to the state, even though there was strong evidence showing weaknesses in financial management for the state, no serious statements were made by their leaders to solve the issue.
We need to remember that the audit found that the financial surplus for 2011 was only recorded at around RM2 million, RM20 million decrease within a year with 'great projects' recording illogical losses.
Thus, if this continues, just imagine what would happen to the state if PAS were to rule for another term, or even just for a year?
Selepas Bebas Dari Penjara 2004 Saya Mula Kesan Perubahan Anwar Pasal Perjuangan Islam....
Saya mula mengesan perubahan pola pemikiran Anwar bercakap dengan media
asing di Munich, sejurus selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh
pada September 2004.
Satu rakaman wawancara Anwar dengan Evan Williams dari Foreign
Correspondent pada 14 September 2004 di Munich membuktikan perubahan
pola pemikiran itu.
Dalam wawancara itu Anwar berkata usaha membendung keganasan dalam
Islam hanya dapat dibendung melalui penyertaan bersama dengan kumpulan
Islam yang kredibel.
“Bagaimana anda berhadapan dengan isu keganasan, pelampau dan
fanatik, sekiranya anda tidak terlibat dengan kumpulan Islam yang boleh
dipercayai ?,”kata Anwar.
Kata-kata Anwar itu menimbulkan mula mencetus keraguan apakah
penyertaannya dalam PKPIM, ABIM dan sekarang ini berasimilasi dengan PAS
bukan berasaskan keikhlasan kepercayaan, tetapi berasaskan matlamat
tertentu yang senada dengan polisi Barat.
Ketika Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat (AS, perkembangan
tentangnya jarang diperkatakan di Malaysia), kecuali di kalangan
pengikut-pengikut setianya dari PKR.
Sekitar tahun 2005, saya menjumpai satu rakaman video ucapan Anwar di New York Democracy Forum anjuran National Endowment for Democracy (NED) yang dipaparkan di laman PUM (Persatuan Ulama Malaysia).
Saya tidak pasti kenapakah PUM berminat dan memaparkan kepada ahli-ahlinya ucapan Anwar yang bertajuk “TThe Future of Muslim Democracy” itu.
Baca selanjutnya..., klik SINI
Monday, October 22, 2012
Malang Sungguh Nasib Rakyat Kelantan Yang Menjulang PAS....
Sudah beberapa hari berlalu sejak Laporan Ketua Audit negara bagi Tahun 2011 selesai dibentangkan, malah ramai yang telah maklum perihal Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) tanpa mengikut prosedur yang betul di Lembah Sireh, Kota Bharu.
Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri dan tanah milik penduduk, telahpun ditukar hak miliknya kepada Syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd untuk tujuan projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) yang membabitkan keseluruhan nilai pelaburan berjumlah RM2 bilion.
Sebagai balasan, sepatutnya syarikat swasta tersebut perlu memberi sumbangan kepada negeri dalam bentuk menyiapkan keseluruhan projek pembangunan termasuklah sebuah masjid, 130 buah gerai, dua buah jambatan serta banyak lagi projek lain.
Berdasarkan laporan Audit 2011, jelas sekali terlampau banyak kelemahan dalam penganugerahan tender projek ini malah banyak lagi projek yang belum dilaksanakan. Sedangkan segala projek-projek di PTSK Lembah Sireh itu sepatutnya sudah siap sejak bertahun-tahun lalu.
Persoalannya, bagaimana mungkin kerajaan negeri sewenang-wenangnya melepaskan hak milik tanah kepada syarikat pemaju tersebut tanpa meminta jaminan yang sepatutnya? Kenapa Kerajaan PAS Kelantan tidak mengambil tindakan susulan terhadap syarikat swasta terbabit berikutan kelewatan dan kegagalannya menyiapkan projek PTSK?
Tanah kerajaan negeri dan rakyat sepatutnya hanya boleh ditukar milik kepada syarikat swasta yang terlibat dalam projek pembangunan di atas tanah tersebut, sebaik sahaja keseluruhan projek siap dilaksanakan.
Tapi dalam kes PTSK, Kerajaan PAS Kelantan dan Liziz Standaco Sdn Bhd, prosedur tersebut diabaikan, malah tiada jaminan bon diterima pihak kerajaan negeri. Jelas wujud penyelewengan atau salah laku dalam urusan pindah milik tanah-tanah ini.
Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri dan tanah milik penduduk, telahpun ditukar hak miliknya kepada Syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd untuk tujuan projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) yang membabitkan keseluruhan nilai pelaburan berjumlah RM2 bilion.
Sebagai balasan, sepatutnya syarikat swasta tersebut perlu memberi sumbangan kepada negeri dalam bentuk menyiapkan keseluruhan projek pembangunan termasuklah sebuah masjid, 130 buah gerai, dua buah jambatan serta banyak lagi projek lain.
Berdasarkan laporan Audit 2011, jelas sekali terlampau banyak kelemahan dalam penganugerahan tender projek ini malah banyak lagi projek yang belum dilaksanakan. Sedangkan segala projek-projek di PTSK Lembah Sireh itu sepatutnya sudah siap sejak bertahun-tahun lalu.
Persoalannya, bagaimana mungkin kerajaan negeri sewenang-wenangnya melepaskan hak milik tanah kepada syarikat pemaju tersebut tanpa meminta jaminan yang sepatutnya? Kenapa Kerajaan PAS Kelantan tidak mengambil tindakan susulan terhadap syarikat swasta terbabit berikutan kelewatan dan kegagalannya menyiapkan projek PTSK?
Tanah kerajaan negeri dan rakyat sepatutnya hanya boleh ditukar milik kepada syarikat swasta yang terlibat dalam projek pembangunan di atas tanah tersebut, sebaik sahaja keseluruhan projek siap dilaksanakan.
Tapi dalam kes PTSK, Kerajaan PAS Kelantan dan Liziz Standaco Sdn Bhd, prosedur tersebut diabaikan, malah tiada jaminan bon diterima pihak kerajaan negeri. Jelas wujud penyelewengan atau salah laku dalam urusan pindah milik tanah-tanah ini.
Apabila hak milik tanah dipindah sesuka hati tanpa melalui saluran dan prosedur yang betul, siapa sebenarnya yang untung? Tentu sahaja, syarikat swasta itu dan mungkin sahaja ada gerombolan penyangak yang lain dalam kerajaan negeri yang turut senyum lebar melihat poketnya penuh berisi.
Dalam konteks lain pula, sekiranya ada antara projek tersebut telah dibuat oleh pihak kerajaan negeri atau kerajaan pusat, maka syarikat swasta itu perlu membayar sejumlah wang yang setara dengan projek yang telah disiapkan.
Berikutan itu, memandangkan tanggungjawab membina Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang sepatutnya dibina oleh syarikat swasta itu gagal ditepati, sebaliknya tanggungjawab tersebut diambil alih pula oleh Kerajaan Pusat dan mula dibina sejak Jun 2007, bermakna, syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd perlu membayar wang minima sejumlah RM90 juta kepada Kerajaan PAS Kelantan.
Bayaran setara RM90 juta ini juga hingga sekarang gagal dilakukan. Apakah wang RM90 juta itu juga sudah dibelanjakan oleh segelintir pihak dari kalangan pemimpin negeri?
Atau syarikat tersebut mendapat pelepasan dan pengecualian dari membayarnya disebabkan mempunyai hubungan baik dengan mana-mana pemimpin PAS negeri?
Sehingga saat ini belum ada satu pun reaksi balas daripada wakil Kerajaan PAS Kelantan bersabit isu ini. masing-masing sedang menikus bersembunyi disebalik jubah dan serban barangkali.
Berdasarkan jaminan dari Kerajaan PAS Kelantan pada Februari lalu ketika isu ini pernah hangat menjadi bualan ramai, Timbalan Menteri Besarnya mengikrarkan pada umum akan memberi jawapan kepada semua persoalan berkaitan PTSK sebaik sahaja Laporan Audit dikeluarkan.
Kini Laporan Audit sudah terbentang depan apa mata, mana tindakan susulan dari pihak Kerajaan PAS Kelantan....? Masihkah sedang merangka jawapan berbelit tapi bunyinya indah semata-mata untuk menyembunyikan sesuatu...?
Saturday, October 20, 2012
Wei..! Dah Ramai Dah Mek Kelate Nak BN Menang Di Kelantan
Suka atau tidak, pemimpin PAS Kelantan perlu menerima hakikat sudah sampai masanya untuk mereka mempersiapkan diri menerima penghukuman rakyat dalam PRU 13 kelak berikutan pelbagai kelemahan urus tadbir sejak 22 tahun negeri ini diperintah oleh PAS.
Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di lembah Sireh, Kota Bharu sebagai mana disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011, pastinya bakal menambah kemarahan rakyat negeri.
Bertahun-tahun sebelum ini, sudah ramai penduduk setempat yang bangkit membantah projek berkenaan kerana meragui keberkesanannya dalam menaik tarafkan kehidupan mereka selain isu pengambilan tanah pada harga pampasan yang tidak munasabah.
Kini apabila Laporan Audit sendiri pula mengesahkan projek pembangunan PTSK tersebut bukan sahaja masih gagal disempurnakan, malah tanah negeri seluas 716.8 ekar yang bernilai RM318.29 juta juga telah dipindah milik kepada syarikat Liziz standaco Sdn Bhd tanpa melalui prosedur yang betul.
Ini sekaligus mengesahkan desas desus sebelum ini berkaitan wujudnya salah laku, penyelewengan dan rasuah dalam urusan tender dan kontrak projek tersebut yang melibatkan beberapa orang pemimpin negeri dalam Kerajaan PAS Kelantan.
Sudahlah begitu, janji manis Kerajaan PAS Kelantan konon rakyat negeri bakal menerima sebuah masjid baru yang indah dan besar bernilai RM20 juta juga langsung tidak nampak bayangnya walaupun tanah negeri sudah bertukar milik sejak bertahun lamanya.
Tambah menyemarakkan orang ramai apabila Laporan Audit juga mengesahkan projek Ladang Rakyat yang terbentang luas di Selatan Kelantan hingga kini hanya menguntungkan segelintir pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin PAS Kelantan.
Janji dividen RM200.00 sebulan serta peluang bekerja di Ladang rakyat sebagai peserta dengan gaji RM700.00 sebulan hanya tinggal janji. Segelintir yang bernasib baik dapat meraih habuan dividen dan gaji itupun disebabkan adanya hubungan kepartian dengan PAS negeri sahaja.
Lebih 80,000 ekar tanah kerajaan dan tanah milik rakyat termasuk tanah adat Orang Asli kini dikuasai syarikat milik Cina Singapura serta Taiwan.
Berulang kali rakyat bangkit membantah dan menyerahkan memorandum, Menteri Besar kelantan, Nik Aziz Nik Mat hanya memekakan telinga kononnya semua bantahan itu hanya bermotifkan politik.
Walhal, hak rakyat ditindas dan nasib rakyat terumbang ambing dek kerana kerakusan pemimpin PAS merampas hasil negeri untuk kepentingan diri dan kroni.
Sebelum ladang dibuka, segala pokok balak serta konsesi pembalakan hanya dirasai oleh tauke Cina Singapura yang turut dikongsi bersama dengan beberapa pihak yang berkepentingan dalam PAS dan kerajaan negeri. Inilah sebenarnya sasaran utama pemimpin PAS negeri yakni hasil kayu balak dan komisyen.
Bila segala isi perut hutan belukar habis diratah meninggalkan tanah-tanah bukit sahaja kemudian membawa kepada pencemaran sumber air, barulah ladang dibuka namun hasil dari pembukaan Ladang Rakyat itu pun tak terjangkau oleh majoriti rakyat negeri.
Kononnya tujuan pembangunan Ladang Rakyat itu akan dapat menandingi kejayaan tanah rancangan FELDA, ternyata hanyalah omong kosong pemimpin PAS sahaja.
Itupun pemimpin PAS masih mahu tunjuk lagak konon mahu membela nasib peneroka FELDA sedangkan sejak sekian lama peneroka FELDA memang sudah terbela hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional.
Patutnya pemimpin PAS perlu berani membela nasib rakyat Kelantan terutama penduduk di Selatan Kelantan yang sudah bertahun-tahun tertindas dek kerana kegagalan Ladang Rakyat yang diluluskan oleh MB dan Exconya.
Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) kelak, usahlah PAS berharap untuk kekal di Kelantan, majoriti rakyat sudah muak dan mual dengan sikap hipokrit dan kuat mentekederah harta benda negeri oleh pemimpin PAS.
PRK DUN Galas tahun 2010 dulu hanyalah tanda awal bahawa kebangkitan rakyat Kelantan bermula dari Selatan kemudian bergabung bersama kekuatan rakyat di pusat bandar untuk sama-sama menumbangkan rejim pemerintahan diktator Nik Aziz Mulut Berus dan gerombolan PAS Kelantan.
PAS pasti tersungkur menyembah bumi sama seperti pokok balak yang jatuh menghempap tanah selepas digergaji dan ditarah sesuka hati.