Wednesday, September 19, 2012

Cynthia Gabriel Sikit Pun Tak Gentar Dengan Ismail Sabri...!!


SUARAM bersedia untuk menghadapi “kemungkinan paling buruk” dalam tindakan kerajaan ke atasnya, termasuk kemungkinan diisytiharkan sebagai pertubuhan haram.

Anggota sekretariatnya, Cynthia Gabriel berkata SUARAM bersedia untuk menghadapi kemungkinan itu memandangkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa NGO berkenaan mungkin boleh dituduh atas beberapa dakwaan.

"Beliau juga membayangkan bahawa SUARAM merupakan sebuah pertubuhan haram, jadi kita bersedia untuk apa saja," katanya.

Tambahnya, NGO itu hanya akan mendedahkan rancangannya apabila tiba masanya.

Gabriel berkata, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sengaja menggambarkan SUARAM sebagai entiti berbeza daripada syarikat yang didaftarkan – Suara Inisiatif Sdn Bhd – untuk mengisytiharkannya sebagai pertubuhan haram.

"Kami percaya pihak berkuasa sebenarnya main kotor kerana mereka cuba bezakan SUARAM dan Suara Inisiatif, sedangkan (kedua-duanya) satu (entiti) sama," katanya.

Malaysiakini

Skandal Pengerusi Pembinaan Masjid Dengan Isteri Orang Terbongkar!

Satu lagi skandal memalukan melibatkan pemimpin kecil PAS didedahkan oleh orang PAS sendiri.

Kali ini, pendedahan berkenaan datangnya daripada beberapa orang AJK masjid yang tidak berkenan serta tidak boleh berdiam diri lagi dengan gelagat yang amat menjolok mata membabitkan kawasan mereka.

Kawasan yang dimaksudkan adalah Padang Serai. Jumaat lepas, kecoh tentang khutbah jemputan imam yang sangat cenderung kepada Anwar Ibrahim di Masjid An-Najah, Padang Serai, berkhutbah jumaat kononnya Mursyidul Ikhwanul Muslimin dan tok-tok guru ulama Ikhwanul Muslimin yang tidak boleh ditanya dan dipastikan dakwaan tersebut, bermimpi kononnya bertemu Rasulullah s.a.w pada tahun 1998 dan Rasulullah s.a.w dalam mimpi tersebut mengatakan Anwar Ibrahim adalah orang yang akan menyelamatkan Islam di Malaysia dan ASEAN.

Rupa-rupanya kekecohan tersebut kemudiannya membuka satu lagi skandal yang lebih memalukan melibatkan Pengerusi Pembinaan Masjid Taman Kenari, Padang Serai dengan isteri orang!

Individu yang dimaksudkan bernama Sulaiman dan disahkan sebagai AHLI PAS. Dia juga merupakan Ahli Majlis MDK di Bahagian Perlesenan. Skandal berkenaan dan penyalahgunaan serta penyelewengan yang dilakukannya, membuatkan dia telah ditukarkan ke bahagian lain.

Read more..., click here

Saturday, September 15, 2012

WOW..! TIBAI Kata SPRM Jadi Tali Barut Pakatan Pembangkang....!

Mursyidaul Am TIBAI percaya terdapat "jerung jerung besar" dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - SPRM yang menjadi tali barut, alat dan perkakas Pembangkang kerana tidak berjaya mengambil sebarang tindakan terhadap aduan yang dibuat dalam kes Azmin Ali Hidup Mewah, Saham Berjuta juta Ringgit Milik Shamsidar isteri Azmin..., kes Lim Guan Eng cuba sogok wang kepada Senator Tengku Abd Aziz..., salahguna kuasa Setpol Mb Selangor Faekah Husin...

TETAPI apabila Pembangkang buat sidang akhbar TANPA perlu membuat laporan SPRM, bergegas dan begitu cepat sekali pegawai pegawai SPRM menyerbu ke pejabat dan merampas fail fail sebuah syarikat yang mendapat projek MRT di Ampang, begitu juga dalam kes NFC yang melibatkan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

JOM kita saksikan video klip dibawah ini bagaimana Zahid Md Arip, seorang berpangkat Mursyidul Am telah TIBAI pihak SPRM...!! Baik punya tibai....

Sidang Media Cubaan MENGHALALKAN Tindakan Body Guard Anwar Acu Pistol Di Melaka.....!!

Anda berpeluang untuk saksikan sebentar lagi video klip sidang media oleh barua-barua Anwar yang cuba sedaya upaya memperbodohkan petugas media...!!

Diperingkat awal sidang media ini, dimaklumkan bahawa salah seorang body guard Anwar bernama Ahmad Fauzi terima panggilan telefon ugutan "Hello Bro.., sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol...!! "

Apakah dengan cara ini akan menghalalkan tindakan mana mana body guard Anwar untuk terus menakut-nakutkan orang awam dengan mengacukan pistol sekiranya nanti ada kumpulan yang protes tidak mahu Anwar mengotorkan tempat mereka...?

Dijadualkan Anwar bersama bas Jelajah Merdeka Rakyat akan ke Johor hujung minggu ini.

Manakala pada video klip dibawah ini juga pada babak babak akhir anda berpeluang menyaksikan dan mendengar sendiri bagaimana BAHALOL, TOLOL dan BODOHnya pegawai pegawai Anwar secara terang terangan MENIPU dalam sidang media...

Mereka kata sewaktu inisden di Jasin Melaka, Body Guard Anwar tidak mengacukan pistol kearah orang awam...!!



TAK ACUKAN PISTOL...??

SAKSIKAN SEMULA DIBAWAH INI BUKTI BUKTI YANG JELAS

Thursday, September 13, 2012

Abby Abadi Kata Malaysia Dalam BAHAYA Sebab UMNO Tak Ikut Syariat ISLAM

Best Video Klip dibawah ini....!! Wajib tonton untuk kita saksikan kebodohan seorang Ostazah Celop Celop ciptaan parti yang menjadi BARUA Karpal Singh....

Dah Lah SOMBONG..., BODOH Pulak Tu...!!

EXCO Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dalam kenyataannya pada Ahad lepas sekali lagi menegaskan kerajaan PKR Selangor tetap tidak akan membenarkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) dilaksanakan selagi Kerajaan Pusat tidak bersetuju dengan rancangan penstrukturan semula yang diingini oleh kerajaan negeri.

Nampak gayanya kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Khalid Ibrahim sudah nekad untuk mempertaruhkan kehidupan rakyat bawahan untuk memenuhi agenda peribadi puak mereka yang lebih mengutamakan kepentingan mengisi poket sendiri melalui idea penstrukturan semula pengurusan air.

Dalam isu Langat 2 yang semakin hangat diperkatakan sekarang, langkah songsang kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar PKR, Khalid Ibrahim yang terus menerus menolak pembinaan segera Langat 2 nyata satu keputusan yang tidak matang.

Hanya disebabkan adanya peluang mengaut keuntungan dari penstrukturan semula pengurusan air, mereka sanggup menggadai keselesaan hidup rakyat jelata sedangkan soal penstrukturan semula masih boleh dibincangkan kemudian.

Keutamaan sekarang sepatutnya menjurus pada bekerjasama bagi memudahkan laluan pembinaan segera Langat 2 demi memastikan kehidupan harian rakyat dan ekonomi negeri tidak terbantut.

Kajian para pakar bebas dan professional yang menjangkakan bekalan air bersih bakal berdepan cabaran yang memungkinkan berlakunya krisis air pada tahun 2014 di seluruh Lembah Klang termasuk Selangor sewajarnya dipandang serius oleh kerajaan negeri.

Malangnya kerajaan negeri Selangor yang sekarang didominasi oleh PKR dan DAP dengan bantuan keldainya dari PAS, bukan sahaja terlalu banyak berpolitiking malah ramai pemimpinnya terlalu cetek akal serta gagal memandang jauh ke depan.

Agaknya pimpinan negeri lebih rela melihat rakyatnya minum air mentah dari empangan dan sungai seandainya krisis air yang dijangkakan berlaku pada 2014 menjadi kenyataan.

Atau mungkin juga mereka akan berasa gembira bilamana kelak banyak kolam takungan dibina serta perigi digali oleh rakyat semata-mata untuk menghadapi krisis air itu nanti.

Wednesday, September 12, 2012

Masalah Pelajar UNISEL Semakin Parah...!!

Pertengahan tahun ini dunia pendidikan tanahair berkocak seketika apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menggesa para pelajar supaya tidak membayar hutang pinjaman pendidikan yang diberikan oleh PTPTN.

Beberapa bulan sebelumnya, pakatan pembangkang khususnya PKR telah mempropagandakan janji pendidikan percuma selain berhasrat menghapuskan PTPTN yang dianggapnya hanya membebankan pelajar dengan hutang.

Berikutan itu, PTPTN telah bertindak balas dengan menangguhkan sementara pemberian pinjaman kepada 1,000 orang pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) bagi memberi ruang kepada kerajaan PKR Selangor membuktikan janji pendidikan percuma bukanlah omong kosong semata-mata.

Menyedari kesilapannya mencetuskan kontroversi dengan memusuhi PTPTN tidak mendatangkan kesan baik terhadap imej PKR dan PR, akhirnya kerajaan negeri mengarahkan Naib Canselor UNISEL merayu kepada Menteri Pengajian Tinggi dan PTPTN supaya diberikan semula kemudahan pinjaman kepada para pelajar UNISEL.

Namun sebelum itu, khalayak umum didedahkan dengan perancangan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang mahu menjual aset UNISEL berupa sebidang tanah bernilai RM30 juta konon bertujuan untuk menampung kos pengajian dan sara hidup pelajar UNISEL.

Walaupun beberapa ketika kemudian penangguhan pinjaman PTPTN untuk pelajar UNISEL ditarik balas selepas menerima rayuan dari Naib Canselornya, tapi apabila Khalid masih bertegas untuk meneruskan hasratnya menjual tanah milik UNISEL ia menimbulkan tanda tanya di minda rakyat Selangor.

Timbul banyak andaian mengatakan kebarangkaliannya tujuan rancangan menjual aset UNISEL itu sebenarnya bermaksud untuk menutup kerugian berpuluh juta ringgit yang terpaksa ditanggung oleh UNISEL sejak negeri tersebut diperintah oleh pakatan pembangkang.

Ini kerana berdasarkan laporan audit kewangan UNISEL yang ditandatangani oleh Khalid pada 27 Ogos 2011, keseluruhan kerugian yang dialami oleh UNISEL bagi tempoh 3 tahun (2008 - 2010) agak besar sehingga mencecah RM54.86 juta.

Seandainya aset tanah tersebut yang dikatakan bernilai RM30 juta itu berjaya dijual bermakna, sebahagian besar hutang UNISEL dapat ditutup sekaligus diharapkan dapat menyembunyikan kelemahan urus tadbir pemimpin pembangkang.

Mengikut beberapa sumber dalaman pula, jumlah kerugian tersebut antaranya turut disebabkan oleh peningkatan kos pengurusan universiti berkenaan apabila banyak jawatan tinggi berasaskan kuota politik diperkenalkan sejak Selangor diperintah oleh PR.

Bagaimanapun kerugian RM54.86 itu dipercayai belum termasuk lagi tunggakan pembayaran RM15 juta yang ditanggung oleh UNISEL berikutan kegagalannya membayar kos penyelenggaraan dan pengurusan asrama sejak 17 bulan lalu dengan syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Sementara itu, apabila khalayak didedahkan dengan kerugian besar dan tanggungan hutang yang membebani UNISEL tika ini, banyak keraguan lain timbul mempersoalkan kemampuan pakatan pembangkang untuk menunaikan janji pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini.

Dalam keadaan janji pendidikan percuma pun belum bermula dan baru sekadar menguruskan satu dua IPT pun sudah tidak berupaya menangani masalah hutang sehingga menimbulkan keresahan pelajar dan golongan pendidik, mampukah PR mencari sumber lain untuk menampung kos pendidikan percuma yang mereka war-warkan?

Kalau setakat jual tanah dan gadai aset bangunan sana sini sekadar untuk tampung kos pendidikan percuma, tiada gunanya kerana lama-kelamaan aset-aset bernilai akan habis jua dan selepas itu dari mana pula mahu dicari sumber kewangan?

Atau sememangnya sudah ada dalam perancangan mereka untuk menaikkan cukai pendaptan individu dan korporat kemudian kecilkan pula jumlah kakitangan awam semata-mata untuk menjayakan janji pendidikan percuma?

Sehingga kini tiada tanda atau petunjuk jelas mana-mana kerajaan negeri pimpinan PR yang berupaya menyediakan pendidikan percuma walaupun kolej dan universiti yang berada di bawah kelolaan mereka cuma satu atau dua buah sahaja.

Dalam keadaan demikian pun sudah berpuluh juta kerugian terpaksa ditanggung oleh pihak UNISEL tanpa penyelesaian konkrit dari kerajaan negeri, tidak syak lagi sekiranya pengundi memberi peluang pembangkang memerintah di peringkat pusat mahunya satu demi satu aset dijual dan akhirnya negara muflis macam Greece.

Keputusan Majlis Syura' Pas Yang Sangat Sangaat Mengecewakan Anwar Ibrahim

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengumumkan bahawa bekas timbalannya, Nasharudin Mat Isa masih kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu.

Katanya, kedudukan Nasharuddin tidak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan, yang berlangsung selama dua jam bermula jam 9 malam sehingga lewat malam malam ini.

Sebaliknya, mesyuarat berkenaan adalah untuk membincangkan mengenai calon PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kata Abdul Hadi lagi kepada pemberita.

“Tidak ada dalam agenda (mesyuarat). Tak ada. Dan dia hadir dalam mesyuarat. Dia masih lagi jadi ahli Majlis Syura Ulama,” katanya menjawab soalan pemberita berhubung isu kedudukan bekas timbalan presiden itu.

Nampaknya, pelan dan strategi Anwar tidak menjadi. Kalau menurut skrip awal, Ustaz Nasha akan menerima nasib sama seperti Hasan Ali. Nampaknya, Majlis Syura masih lagi mempunyai integriti dan tidak mudah dijual beli oleh Anwar/PKR.

Namun, seperti yang dipersetujui, Nasha TIDAK AKAN termasuk dalam senarai calon PRU13. Confirmed. Anwar sudah memberikan ultimatum, jika Nasha diletakkan sebagai calon, PKR akan pastikan calon lain turut bertanding. Ini bahaya pada kesepakatan PR.

Tak kisahlah, buat ketika ini, Anwar terpukul dengan keputusan Majlis Syura.

Blog Gelagat Anwar

Nurul Izzah Hadir Majlis Tan Sri Muhyiddin Lancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dibentangkan hari ini menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.

Laporan awal pelan itu yang memaparkan visi sistem pendidikan dan pelajar yang Malaysia perlu dan berhak miliki, memperincikan anjakan yang diperlukan untuk mencapai objektif tersebut.

Laporan berkenaan dibentangkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merangkap Menteri Pelajaran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 itu telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:

1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;

2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;

3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;

4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;

5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;

6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;

7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;

8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;

10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;

11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.

Menurut dokumen itu, Kementerian Pelajaran berharap usaha tersebut akan memperjelaskan kepada masyarakat usaha mengubah sistem pendidikan negara dan akan mendapatkan maklum balas daripada komuniti mengenai laporan awal berkenaan sebelum pelan dimuktamadkan pada Disember ini.

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan itu menyasarkan hasil pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan.

Pelan turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.

Laporan itu juga menyatakan Kementerian Pelajaran melancarkan semakan menyeluruh sistem pendidikan pada Oktober 2011 bagi membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan baharu tersebut.

Menurut laporan itu, keputusan tersebut dibuat dalam konteks peningkatan standard pendidikan antarabangsa, aspirasi kerajaan untuk mempersiapkan kanak-kanak di Malaysia dalam menghadapi abad ke-21 serta harapan menggunung masyarakat serta ibu bapa terhadap dasar pendidikan.

Dalam tempoh setahun, lebih 50,000 pegawai kementerian, guru, pengetua, ibu bapa, pelajar dan orang ramai dilibatkan dalam pelbagai bentuk perbincangan.

Kementerian juga melantik panel 12 pakar tempatan dan sebuah panel empat pakar antarabangsa bagi memberi input mengenai hasil semakan.

Sementara itu, Najib turut menegaskan bahawa kementerian akan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kebangsaan agar sesuai dengan bahasa rasmi dan bahasa perpaduan nasional.

"Walaupun kita perlu mengukuhkan pengajaran Bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan), namun kita juga perlu memperkasakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang menjadi kunci kepada dunia dan kemajuan.

"Pelan yang komprehensif, inovatif dan kreatif perlu bagi memastikan anak - anak kita menguasai Bahasa Inggeris dan pelbagai aspek perlu diambilkira sama ada dari segi jangka masa ataupun kaedah pengajaran," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar kaedah pembelajaran menggunakan bahan kesusasteraan Inggeris sebagai salah satu cara bagi penambahbaikkan untuk menguasai Bahasa Inggeris.

Pada majlis tersebut, turut hadir ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Sumber - KL Pos

Tuesday, September 11, 2012

Kewangan Unisel Catat Kerugian

Laporan kewangan Universiti Selangor (Unisel) mencatatkan kerugian sejak 2008, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar semalam, selepas Kerajaan Negeri masih mendiamkan diri.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti laporan audit kewangan Unisel yang sudah ditandatangani Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 27 Ogos 2011 lalu mencatatkan kerugian selepas cukai berjumlah kira-kira RM 54.8 juta sejak Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor.

"Disebabkan Abdul Khalid masih berdiam diri berhubung isu kewangan Unisel, saya tampil membuat pendedahan berdasarkan pada salinan laporan audit bagi 2009-2010 menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM 1.63 juta pada 2008, RM 13.55 juta (2009) dan 39.68 juta pada 2010.

"Universiti ditadbir Kerajaan Negeri Selangor itu mencatatkan jumlah pendapatan RM 90.40 juta pada 2008, RM 93.51 juta (2009) dan jumlah itu menurun kepada RM 75.48 juta bagi 2010.

"Bagi 2008, jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM 93.97 juta dan jumlah itu meningkat kepada RM 106.13 juta pada 2009 dan RM 113.11 pada 2010.

"Mana hebatnya Menteri Besar yang dikatakan Tokoh korporat itu menyelesaikan krisis kerugian Unisel ini? Macam mana ekonomi negeri mahu ditingkatkan sedangkan ekonomi Unisel sendiri merudum," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Datuk Hormat disini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dan Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kegagalan Abdul Khalid menunaikan janjinya untuk mendedahkan laporan audit sebelum berakhir Ogos lalu menunjukkan sikap yang tidak boleh menepati janji.

"Apabila saya timbulkan isu kewangan Unisel dalam keadaan nazak dalam Sinar Harian Julai lalu, masa itu Meteri Besar begitu ego dan sombong sehingga meminta saya belajar akaun dengan dia.

"Sekarang sudah selesai Ogos, saya mahu tanya Menteri Besar adakah audit Unisel masih belum selesai? Sebenarnya audit itu sudah lama selesai," katanya yang turut meminta agar Menteri Besar dan PKR itu berhenti daripada terus menipu rakyat negeri itu.

Noh turut meminta menteri besar jangan cuba menyembunyikan fakta isu kewangan Unisel dan mencabar Abdul Khalid tampil dan menjawab dakwaan ini.

Dah Konfim Daaah...!! Pemimpin Pas Boleh Hentam Karpal Singh & The Gang

Akhirnya agenda jahat kumpulan Anwarinas telah gagal setidak-tidaknya untuk sementara waktu apabila Majlis Syura PAS mengambil langkah menyongsang arus dengan tidak membincangkan isu Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Dengan berbuat demikian, beliau yang juga adalah bekas Timbalan Presiden PAS terselamat dari menjadi korban seterusnya selepas Januari lalu Hasan Ali yang juga adalah bekas Naib Presiden PAS mencatat sejarah sebagai korban pertama kumpulan Anwarinas.

Majlis Syura yang bermesyurat pada malam 9 September itu dan dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din dipercayai mengambil langkah sedemikian untuk mengelakkan kesan buruk yang lebih besar terhadap pengaruh PAS sementelah lagi musim PRU 13 semakin dekat.

Tambahan pula sebahagian besar ahli jawatankuasa Majlis Syura itu tetap kukuh berdiri dibelakang Ustaz Nasharudin sekalipun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini telah turut sama bersekongkol dengan kumpulan Anwarinas mendesak bekas Timbalan Presiden PAS itu keluar dari parti.

Perkembangan ini nyata amat memalukan kumpulan Anwarinas selain menimbulkan persoalan besar sejauh mana lagi Nik Aziz mampu bertahan tatkala pengaruhnya semakin longgar dalam menentukan dasar dan arah tuju PAS.

Nik Aziz yang dilihat sugul telah meninggalkan mesyuarat seawal 30 minit selepas ianya bermula selain kerana keletihan ia juga dipercayai ada kaitan dengan protesnya setelah mengetahui agenda utama berkaitan isu Ustaz Nasharudin tidak dimasukkan dalam mesyuarat tersebut.

Kegagalan Majlis Syura membincangkan isu Nasharudin sekalipun isu tersebut diambil serius oleh Nik Aziz pastinya memberi kesan terhadap kedudukan PAS khususnya di Kelantan di mana pengaruh Nik Aziz dilihat masih kuat walau hakikatnya sedikit sebanyak sudah tergugat.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna selepas ini gerak geri Ustaz Nasharudin sudah terjamin kerana mengikut kenyataan Presidennya Hadi Awang, status Ahli parlimen Bachok itu sama ada dicalonkan atau tidak untuk PRU 13 nanti masih belum diketahui.

Sebelum ini ada sumber dalaman PAS menyebut sekiranya Ustaz Nasharudin terselamat dari menjadi mangsa pemecatan, kemungkinan nasibnya selepas itu tak ubah seperti di 'peti sejukkan' terus dari arena politik dan kepimpinan PAS.

Bagaimanapun soal tersebut bukannya satu halangan bagi Ustaz Nasharudin tambahan pula sejak dirinya diterajang dari jawatan Timbalan Presiden PAS pertengahan tahun lalu akibat konspirasi kumpulan Anwarinas, beliau sudah berpengalaman untuk berdepan dengan kekangan seterusnya kelak.

Kepada Ustaz Nasharudin kita ucapkan tahniah kerana berjaya mengharungi cabaran ini dan berjaya memalukan kumpulan Anwarinas sekaligus merencatkan sementara penguasaan Anwarinas dalam kepimpinan PAS..

Isu Nasharudin juga membuktikan pengaruh Nik Aziz tidaklah sehebat mana dan mampu untuk dineutralkan jika kena gayanya.

Bila di kalangan pemimpin PAS yang berpendidikan agama pun sudah mula berani mengabaikan 'arahan' Nik Aziz, tiada sebab lagi untuk pengundi PAS khususnya di Kelantan untuk takut memulakan perubahan dengan mengorak langkah menolak kepimpinan PAS dan Nik Aziz di negeri itu dalam PRU 13 kelak.

Monday, September 10, 2012

16 September 2008 Yang Dipertuan Agong Dikatakan "Sudah Merestui" Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Ke 6

Seminggu sahaja lagi..., akan tiba tanggal 16 September tarikh keramat dalam sejarah politik tanahair.

Terpahat sejarah kerana manusia seperti Nik Aziz, Haji Hadi, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan ramai lagi semuanya kena kencing dengan makhluk durjana yang lebih hina dari jin dan syaitan bernama ANWAR IBRAHIM...!!

Jom kita saksikan kedua dua video klip ini sebagai meraikan genap empat [4] tahun KLENTONG 16 SEPTEMBER ANWAR IBRAHIM



Kesian Cikgu Mala...!! Sekarang Dah Kurus, Merana Malah Kelihatan Tua

Gambar terbaru Cikgu Mala semasa menghadiri sambutan Aidilfitri PAS Alor Gajah beberapa hari sudah, jelas memperlihat dirinya kurus dan dimamah usia.

Nyata yang wajahnya berbeza dengan apa yang terpapar di banner majlis berkenaan.

Dua hari sebelum itu, Mala yang terlepas jawatannya gara-gara menjadi calon PAS di PRK Tenang, telah membuat rayuan memohon sumbangan untuk dana politiknya.

Apakah kini Malah sedang merana dan kantungnya pun kosong...?

PAS kini punya banyak ikon-ikon pencen (tak kira artis, polis, politikus dan penjawat awam) yang punya lebih tarikan daripada Mala.

Maksudnya, Mala masih dikira masih bernasib baik, apabila PAS Alor Gajah masih sudi untuk menjemputnya. Betapa tidaknya, kawasan-kawasan lain lebih suka menjemput Ustajah Abby.

Posted by Akar Umbi

Saturday, September 8, 2012

Fuyoo!! Body Guard Anwar Ibrahim Tunjuk Pistol Kearah Peserta Protes Anwar

Full story klik sini

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dr Haron Din TAK Mahu Ustaz Nasharuddin Dipecat....

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, beliau tidak pernah membayangkan bahawa Nasharudin Mat Isa akan dipecat daripada Pas ekoran gesaan bekas Timbalan Presiden tersebut supaya parti itu mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan pembangkang sebelum ini.

Sambil mengulangi pendiriannya sebelum ini yang mempertahankan tindakan Nasharudin itu, Haron berkata, apa yang disarankan oleh Ahli Parlimen Bachok itu dianggap sebagai bukan satu perkara besar sehingga boleh menyebabkan berlakunya pemecatan terhadap ahli parti itu.

"Seperti saya katakan dahulu, saya tidak nampak itu sebagai satu perkara besar sehingga boleh berlaku pemecatan semata-mata kerana adanya pandangan peribadi yang mungkin dilihat sebagai bertentangan dengan perjuangan parti

"Sepanjang pemerhatian saya terhadap isu ini, tiada apa yang mengatakan bahawa Nasharudin patut dipecat melainkan ia hanya cakap-cakap pihak luar semata-mata," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan satu sumber dalam Pas yang mengatakan bahawa Nasharudin dipercayai akan dipecat daripada parti itu pada Ahad ini sempena mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat dan mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas.

Menurut sumber itu, pemecatan Ahli Parlimen Bachok itu akan dipersetujui pada mesyuarat AJK Pas Pusat yang dikuasai oleh golongan 'Anwarinas' yang bersidang pada sebelah pagi 9 September ini.

Malah, golongan Anwarinas iu juga dikatakan akan mempengaruhi mesyuarat Majlis Syura Ulama yang akan diadakan pada sebelah malamnya bagi memastikan Nasharuddin dipecat.

Haron berkata, beliau sendiri tidak tahu sama ada isu berhubung Nasharudin akan dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada tarikh itu nanti.

Malahan, beliau sendiri tidak nampak isu berhubung kenyataan Nasharudin itu boleh sampai ke peringkat yang menjadi tajuk utama perbincangan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama nanti.

"Kalaupun nak sampai kepada apa yang dikatakan itu (pemecatan Nasharudin), itu akan bergantung kepada sejauh mana perkara itu serius atau tidak.

"Lebih-lebih lagi pemecatan ahli ini bukan kerja Syura (Majlis Syura Ulama). Kita ada sistem dalam parti kita. Kita ada Lajnah Disiplin dan ia sepatutnya dibincangkan di peringkat itu jika ada berlaku kesalahan. Kalau tidak, maka tidak perlu dibincangkan," katanya.

Tambah beliau, sebarang perselisihan faham yang berlaku di dalam parti adalah perkara biasa dan normal, namun apa yang berlaku itu tidak akan menjejaskan kerukunan Pas.

Teresa Kok & Elizabeth Wong TAK Mampu Saingi Kejayaan Rosmah Di Shanghai China

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kunjungannya ke Shanghai, China tidak melepaskan peluang untuk menyambut kemeriahan Syawal selain meraikan Hari Kemerdekaan bersama warga Malaysia di negara terbabit.

Dalam Majlis Perjumpaan Hari Raya yang dianjurkan sendiri oleh Rosmah, kira-kira 350 rakyat Malaysia termasuk di kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum menghadiri majlis berkenaan.

Ketika berucap di majlis itu, Rosmah berkata, tradisi ‘Rumah Terbuka’ yang kini menjadi trend di Malaysia semestinya boleh juga diaplikasikan di luar negara di mana kesemua rakyat pelbagai kaum dapat berkumpul bersama-sama bagi meraikan sesuatu perayaan.

“Seperti yang anda sedia maklum, perayaan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia akan mempertemukan serta mengumpulkan kita semua tanpa mengira latar belakang, bangsa, agama dan budaya.

“Ia adalah masa untuk kita mengenepikan segala perbezaan kita sebaliknya mengambil kira tentang persamaan kita iaitu sebagai rakyat Malaysia.

“Rumah terbuka sememangnya satu budaya yang menjadi kebanggaan kita kerana tidak ada tempat yang lebih istimewa yang mengaplikasikan tradisi rumah terbuka di negara-negara lain,” katanya.

Menurut Rosmah lagi, tradisi rumah terbuka ini membolehkan rakyat pelbagai kaum menilai selain memberi kenangan yang kuat akan bagaimana warga Malaysia menjaga dan memelihara sesuatu hubungan dan ukhwah.

Beliau menambah, sambutan Hari Raya di Shanghai yang begitu meriah telah mampu menzahirkan silaturahim sesama rakyat Malaysia.

“Semoga semangat 1Malaysia, bersatu hati, cintakan agama dan negara serta amalan positif tidak lekang dari budaya kita semua walau di mana kita berada,” katanya.

Dalam majlis itu, Rosmah turut memberikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir bagi menyemarakkan perasaan gembira menyambut Syawal di kalangan mereka.

Apa yang lebih menarik, kehadiran anaknya, Mohd Nor Ashman Najib yang seperti sedia maklum fasih berbahasa Mandarin mencuri perhatian tetamu yang hadir apabila beliau menyampaikan pesanan daripada ibunya dalam bahasa tersebut.

Sumber - Perak Today

Friday, September 7, 2012

FREE Sex Car Wash Di Sunway Mentari Selangorku....!!

Panaaasss…!

Dalam kawasan pemerintahan DAP di Sunway Mentari sudah ada sebuah rumah urut (atau rumah pelacuran) dan sebuah kedai mencuci kereta di sana telah memberikan erti baru kepada ‘Program Kesetiaan Pelanggan”.

Caranya begini…jika seorang pelanggan membasuh kereta sebanyak 9 kali, dia layak mendapat seks percuma di rumah urut berkenaan untuk cucian pada kali yang ke-10.

Persahabatan dan kerjasama antara rumah urut berkenaan dengan kedai cuci kereta itu telah berlangsung selama 3 bulan.

Kes itu diketahui melalui serbuan yang dilakukan pukul 9 malam, Isnin lalu oleh Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang diketuai ASP Emmi Shah Fadhi.

Tidak berapa lama selepas penahanan dilakukan, polis menjumpai beberapa kad kesetiaan pelanggan milik sebuah kedai mencuci kereta.

“Untuk mendapatkan ‘extra offer’ itu, pelanggan perlu menghantar kereta mereka untuk dibasuh sebanyak 9 kali dalam tempoh masa tertentu, untuk cucian kali ke-10 akan melayakan pelanggan itu mendapatkan khidmat seks percuma,” kata Emmi seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Malay Mail.

Kalau tidak mahu menghantar kereta dan hanya berminat untuk seks, maka perlu membayar antara RM130 hingga RM180.

Dalam serbuan itu, seramai sembilan pelacur dan pegawai khidmat pelanggan warga Vietnam antara umur 18 hingga 28 tahun ditahan.

Polis Selangor sudah melakukan 4,220 serbuah antara Januari hingga Ogos tahun ini di mana seramai 2,394 wanita yang terbabit dalam aktiviti maksiat dan pelacuran ditahan.
Daripada jumlah itu, 214 merupakan wanita warga tempatan manakala 2,090 warga asing.

Sumber – mynewshub.my


Dato Nalla Pesan..., Kalau Mau Tunjuk Punggong..., Tunjuk Dekat Anwar...!

Senator Dato'S. Nallakaruppan hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan biadap peserta Himpunan Janji Demokrasi yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Khamis lalu.

Nallakaruppan membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurut beliau, tindakan itu (memijak gambar) sangat biadap, tidak bertamadun serta terpesong dari prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

"Kita tidak boleh 'lepaskan' individu yang pijak gambar Perdana Menteri. Hari ini mereka pijak gambar Perdana Menteri, akan datang mereka nak pijak gambar siapa? Gambar Agong pun mereka nak pijak...?

"Kita tak boleh terima orang ini (biadap) dalam negara. Negara kita, negara yang aman, jangan cuba rosakkannya," tegasnya kepada pemberita di hadapan Balai Polis Dang Wangi hari ini.

Berhubung isu tayang punggung kepada gambar Perdana Menteri, beliau turut mengecam tindakan tersebut.

"Jika nak tunjuk belakang (punggung) tunjuk dekat Anwar," katanya.

Seramai 50 orang ahli daripada empat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan balai polis bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap tindakan yang di lakukan oleh Nallakaruppan.

Antara pertubuhan yang terlibat ialah Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Kelab D1 dan Sosial, Persatuan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (PERINNBAM) dan Pertubuhan Kebajikan Kuasa Keramat.

Beliau turut mengulas mengenai provokasi yang dilakukan oleh peserta Himpunan Janji Demokrasi yang ingin mengubah Jalur Gemilang kepada bendera lain.

"Jika Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berada di pihak Barisan Nasional, dia juga tidak akan setuju. Tetapi kini, dia cuba untuk menjadi batu api.

"Sudah 55 tahun kita merdeka, kita tidak mahu ubah bendera," katanya

Sumber - KL Pos

SERAH DIRI - Ah Moi Ditemani Pimpinan DAP..., Muhammad Ammar Tunjuk Bontot Seorang Diri....!

Padan muka kau setannn...!!

Mak bapak kau mengharap dengan segunung harapan agar kau, Muhammad Ammar dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran, belajar di kolej.

TETAPI, sayang seribu kali sayang..., otak kau minda kau sudah diliwat dengan fahaman jahat juak juak murahan Pembangkang. Hilang nilai sivik dan tidak ada pengertian patriotisme langsung, terjebak dengan aktiviti bodoh paling sial..!

Buat Ah Moi part time modelling dibawah ini kita tak perlu kaget dan heran dengan tindakannya memijak-mijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib..

Semangat kebencian kaumnya terhadap pimpinan kerajaan Barisan Nasional sedang ejakulasi...! Seperti seorang lelaki yang klimaks mahu memancutkan anunya...

HEBAAAT...! Wanita muda ini tak perlu gentar.., tak perlu tutup mukanya seperti yang dilakukan oleh Muhammad Ammar.

Rasa lega sebab mendapat perlindungan pimpinan DAP yang sememangnya chauvanist terhadap bangsa melayu.

Bagaimana pula nasib anak melayu dibawah ini...?


Mana pergi loyerr loyerr buruk penyapu buruk PAS..? Kenapa anak muda ini keseorangan sahaja..??

Bukankah tindakan menunjukkan bontot yang Muhammad Ammar lakukan itu ditujukan khas buat musuh ketat PKR dan PAS..?

Kenapa tidak ada mana mana juak juak murahan pimpinan PKR dan PAS khususnya orang melayu mahu memberikan sokongan kepada anak muda ini..?

Apakah pimpinan melayu PKR dan PAS kecut telor kerana akan dilabelkan sebagai tidak ada semangat patriotisme cintakan keamanan dan menghormati pemimpin...??

Yang nyata dan jelas ialah, anak muda bernama Muhammad Ammar ini sudah terkena beb! Terkena getah yang lekitnya seperti air mani Anwar Ibrahim bertakung dalam kondom sewaktu membalun China Doll sepertimana yang kita saksikan dalam video yang tersebar luas suatu ketika dulu.

Padan muka kau setaaaaannnnnnn @ Muhammad Ammar



Thursday, September 6, 2012

Penilaian Bengong Columnist Harakhdaily..! Abby Abadi Lebih Mulia Dari Ustaz Fathul Bahri


Penulisan Subky Latif

Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.

Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.

Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.

Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.

Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.

Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.

Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai.

Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato’ Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.


Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.

Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis.

Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.

Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.

Itulah kebesaran Allah.

KANTOI..! Kalau Khalid Jemput Sultan Selangor..., Tak Dapatlah Anwar Jadi TETAMU Utama

Menteri Besar Selangor Khalid Gagap pada mulanya menyatakan bukan amalan kerajaan negeri menjemput Tuanku Sultan ke acara sambutan kemerdekaan peringkat negeri...

Namun setelah menyedari kesilapannya, beliau dan konco-konconya menyalahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi, yang tidak menjemput Tuanku.

Alasan awal Khalid Gagap ini mendedahkan niat sebenar beliau untuk tidak menjemput Tuanku. Ini kerana kehadiran Tuanku akan menyebabkan Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar Ibrahim, tidak akan menjadi tetamu utama malam tersebut.

Saya mendapat maklumat bahawa kerajaan negeri mahukan Anwar Ibrahim sebagai tetamu utama...., baca seterusnya, klik SINI

Wednesday, September 5, 2012

Tan Sri Khalid Digesa Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menjadi 'anak jantan' dan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana mengetepikan baginda dan institusi diraja semata-mata untuk melayani pemimpin politik pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 peringkat negeri Selangor, Khamis lalu.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (gambar) berkata, Abdul Khalid perlu bertanggungjawab dan bukannya mencari jalan mudah dengan mengalihkan kesalahan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negerinya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan pegawai kerajaan negeri lain.

"Menteri Besar dan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin diminta berhenti menuding jari kepada orang lain dan mengaku kesilapan kerajaan negeri dalam isu mengetepi baginda semasa sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor itu.

"Abdul Khalid perlu menghadap baginda secepat mungkin dan memohon maaf atau beliau akan berisiko menghantar mesej salah kepada rakyat bahawa tiada masalah mengetepikan sultan," katanya.

Mohd. Zin mengulas tindakan kerajaan negeri Selangor yang mengetepikan sultan pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 peringkat negeri yang dipetik dalam portal The Malaysian Times hari ini.

Beliau berkata, pakatan pembangkang mendakwa sambutan peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan pada malam 30 Ogos lalu hanya sebagai ambang merdeka yang mana sultan tidak perlu dijemput.

"Bagaimanapun, pada malam itu terdapatnya perbarisan oleh 56 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan negeri. Jika dikatakan sebagai sambutan ambang merdeka, hanya pertunjukan bunga api tanpa sebarang perbarisan.

"Sehubungan itu, pendirian pakatan pembangkang bahawa tidak menjemput sultan kerana bukan sambutan Hari Kemerdekaan itu adalah tidak relevan.

"Keputusan Abdul Khalid mengelakkan dirinya daripada isu ini mencerminkan kelemahan pentadbiran beliau," katanya.

Menurut sumber, keputusan menjemput Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu terhormat pada sambutan itu adalah oleh Majlis Eksekutif negeri.

Amboii..! Semakin Intim Dan Mesra.., Abby Abadi & Yb Sri Muda Pkr Serah Beras, Kuih Raya Kepada Fakir Miskin Dan Ibu Tunggal

Pada 15 Ogos lalu, sekitar jam 6.30 petang, Adun Sri Muda Yb Shuhaimi bersama penyanyi dan pelakon terkenal yang baru-baru ini menyertai Pas, Abby Abadi telah menyerahkan beras dan kuih raya kepada keluarga fakir miskin dan ibu tunggal.

Mereka menyampaikan sumbangan beras dan kuih muih kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim di Madrasah At-Taqwa, Seksyen 25, Shah Alam.

Selepas majlis berbuka puasa bersama-sama semua penerima secara sederhana tapi meriah, mereka bersolat mahgrib berjemaah

Tuesday, September 4, 2012

Blogger Umno - Rbf Online Dibelasah 4 Lelaki...! Kisah Sebenar

Kisah benar yang diceritakan sendiri oleh Blogger Rbf Online..., klik SINI

Pelajar Tahfiz Tak Mahu Bersalaman Dengan Rosmah….? FITNAH Atau Fakta….?

Sudah menjadi darah daging juak juak murahan ahlol ahlol tolol Pakatan Pembangkang mereka hanya tahu menabur fitnah….

Terbaru…, sasaran masih tetap ditujukan kepada isteri YAB PM kita, Datin Seri Rosmah Mansor! Blog pro Pakatan Haram Jadah memaparkan gambar yang menunjukkan beberapa pelajar Tahfiz seolah-olah tidak mahu bersalam dengan Rosmah. Rakaman dalam majlis jamuan Hari Raya Datuk Seri Noh Omar di Dewan PKNS Kelana Jaya minggu lepas.

Sebenarnya itu hanyalah sebahagian daripada rakaman penuh ketika Rosmah bersalaman dengan tetamu yang hadir… Juak juak murahan blogger upahan Pakatan Haram Jadah tidak menyiarkan rakaman penuh!

Gambar di dibawah ini pula jelas menunjukkan situasi sebenar yang berlaku pada Majlis tersebut. Pelajar-pelajar tahfiz yang turut serta hadir di Rumah Terbuka Menteri berkenaan bersalaman dengan Isteri Perdana Menteri sebagai tanda menghormati status beliau selaku isteri Pemimpin Negara.

Oleh itu, adalah kurang tepat jika persepsi awal dikeluarkan dari mana-mana pihak tanpa sebarang rujukan dan fakta sebenar apatah lagi menggunakan sumber gambar dari pihak yang tidak berkaitan.

Harakahdaily mahupun tabloid Harakah merupakan portal PAS sama tidak bermoral dan corak pemberitaan yang tidak beretika sepertimana Malaysiakini dan media Pembangkang lain.

Malah mereka ini juga dilihat sebagai satu pasukan yang cukup berani melemparkan fitnah serta sambung menyambung laporan –laporan dusta dalam media mereka masing-masing.

Portal PAS ini barangkali berguru dengan `pemberita-pemberita bajingan’ dari portal Malaysiakini yang jelas menunjukkan wajah bahawa mereka adalah pendokong ataupun inspirasi kepada gerakan pembangkang dalam negara ini.

Sebagai sebuah akhbar ataupun portal milik parti PAS dan menjadi dasar parti itu sekarang untuk menyokong sebarang fitnah serta melestarikan fitnah-fitnah itu...!

Baca seterusnya..., klik sini