Saturday, June 30, 2012

Ini Dia Story Pasal Bakal MB Johor Selepas PRU Ke 13

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, keputusan meninggalkan Parlimen Kubang Kerian, yang dilihat sebagai kawasan selamat untuknya dan bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), bukan satu tindakan "membunuh diri."

Beliau menegaskan, keputusan itu adalah muktamad walaupun ada pihak yang menyifatkan tindakannya itu sebagai satu keputusan mahu membunuh diri.

“Saya tidak akan berpatah balik daripada keputusan untuk meninggalkan Kubang Kerian, seterusnya membawa balik apa yang saya belajar ke Johor walaupun ada yang mengatakan saya cuba membunuh diri.

“Kita akan lihat siapa yang akan dibunuh dan siapa akan terbunuh? Menang atau kalah dalam pilihan raya adalah adat bertanding dan kita akan tetap meneruskan perjuangan untuk memartabatkan Islam dan orang Melayu," katanya.

Salahuddin berkata demikian dalam ucapannya bersempena Jamuan Makan Bersama Tok Guru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas, Tampoi di sini, semalam.

Bagaimanapun Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak dapat hadir pada majlis itu.

Bukti Bukti Norish Karman Pernah Lahir Anak Luar Nikah Kini Dah Tersebar...


Relax sekejap dari berita politik, kita sembang pasal cerita panas mengenai seorang artis, aktress cun bernama Norish Karman. Klik SINI

Friday, June 29, 2012

MB Tan Sri Khalid Memang Tak Percayakan Azmin Ali...?


Setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Hussin menegaskan Tan Sri Khalid Ibrahim masih lagi memberikannya kepercayaan kepadanya menjalankan tugas-tugasnya.

"Saya bertemu MB semalam dan soal penamatan tugas (saya) langsung tidak disebutkan.

"Malah, saya diamanahkan dengan lebih banyak tanggungjawab," kata Faekah kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar New Straits Times (NST) yang memetik portal pro-Umno AgendaDaily bahawa bahawa Faekah dijangka meletak jawatan...

Berhati-hatilah.... Api Reformasi Indon Dah Menular Kat Sini Beb!!

Krisis kewangan yang melanda beberapa buah negara di benua Asia pada tahun 1997 meninggalkan banyak detik hitam yang hingga kini masih memberi kesan psikologi terhadap rakyat negara-negara tersebut.

Thailand, Filipina, Indonesia dan Malaysia adalah antara negara yang terawal dilanda krisis tersebut rentetan dari serangan spekulator kewangan antarabangsa, George Soros pada pertengahan tahun 1997.

Menjelang awal 1998, kesan kegawatan ekonomi mula terasa di kebanyakan negara yang terdedah pada serangan spekulator matawang. Suasana ekonomi makin tidak menentu berikutan kejatuhan berterusan nilai matawang masing-masing.

Di Indonesia, kehidupan rakyatnya kian terhimpit dengan kenaikan harga barangan keperluan yang juga dikenali sebagai sembako (sembilan bahan pokok – beras, minyak goreng, terigu, minyak tanah, gula, susu, ikan kering, telur dan garam).

Berikutan itu, protes-protes kecil oleh mahasiswa mula mengambil tempat di jalan-jalan raya yang kemudiannya menjadi besar menuntut perubahan dasar pemerintahan negara yang tika itu di terajui oleh Presiden Soeharto.

Pemimpin-pemimpin politik terkemuka Indonesia seperti Gus Dur, Megawati, Amien Rais dan Sri Sultan turut sama menyemarakkan kehangatan khalayak umum menuntut reformasi total dalam negara Indonesia.

Demonstrasi jalanan yang pada mulanya aman mula bertukar ganas dan tak terkawal apabila kelompok mahasiswa universiti bertembung dengan pasukan keselamatan Indonesia menyaksikan banyak korban dan kecederaan yang berlaku.

Di antara Mac hingga Mei 1998, beberapa rusuhan besar berlaku. Antaranya rusuhan di Medan dan Yogjakarta yang berlaku hampir serentak bermula 4 Mei hingga 8 Mei 1998. Beberapa korban nyawa melayang dan banyak harta benda musnah terbakar.

Hampir seminggu kemudian, Tragedi Trisakti pula berlaku hampir serentak dengan peristiwa pembunuhan besar-besaran terhadap kaum Tionghoa Indonesia pada tanggal 12 Mei hingga 15 Mei 1998.

Gedung beli belah, kedai dan kediaman kaum Tionghoa di ceroboh kemudian dibakar manakala gadis-gadis di perkosa dan dibunuh kejam. Dianggarkan lebih seribu nyawa melayang dan ribuan lagi cedera sewaktu konflik itu berlangsung.

Berpuluh ribu lagi kaum Tionghoa meninggalkan Indonesia menyelamatkan diri dari amukan dan keganasan tika itu. Pembaharuan dan perubahan politik yang dituntut secara gerakan jalanan nyata tidak seindah yang diangankan oleh ramai pihak.

Ramai yang lari ke Malaysia dan Singapura dengan membawa banyak barangan berharga di samping kisah-kisah sedih yang berlaku.

Mereka ini kemudiannya menyebarkan cerita yang berlaku secara lisan kepada orang Cina di Malaysia dan Singapura sehingga menimbulkan rasa gerun di kalangan penduduk negara jiran.

Walaupun demikian keributan yang berlaku, penggerak reformasi dari kalangan pemimpin politik dan mahasiswa Indonesia terus menerus mengadakan rapat umum besar-besaran di Surakarta, Medan, Bandung, Monas, Yogjakarta dan Jakarta mendesak Presiden Soeharto segera mengundur diri.

Pada tanggal 21 Mei 1998, Presiden Soeharto membuat pengumuman mengundurkan diri dari tampuk pemerintahan. Penggantinya, Prof. Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) akhirnya mengambil alih jawatan tersebut sekalipun menerima bantahan dari ramai kelompok mahasiswa.

Biarpun umumnya kejatuhan Soeharto dianggap kejayaan penting hasil gerakan reformasi jalanan yang dipelopori golongan mahasiswa, natijahnya selepas itu pucuk pimpinan bersilih ganti dan terpalit dengan pelbagai cabaran.

Pertembungan dan pergeseran antara etnik dan agama kian memuncak. Tunjuk perasaan dan gerakan jalanan masih berterusan, korban sengketa dan ledakan bom bertukar ganti saban bulan.

Kelihatannya, sinar kedamaian dan perubahan indah yang diimpikan kian jauh sayup mata memandang. Kini, 14 tahun berlalu rata-rata rakyat Indonesia seia sekata gerakan reformasi telah mengalami kegagalan total.

Dan ramai berpendapat, reformasi hanya indah dari rupa. Kerana kebodohan dan kerakusan pihak tertentu yang berkuasa, beribu nyawa melayang tanpa sebab dan ada antaranya di penggal kepala mereka hanya kerana perbazaan agama dan kaum.

Mahukah kita melihat api reformasi gila ini menyala di Malaysia?

sumber

Thursday, June 28, 2012

Anda Tahu Apa Yang Akan Berlaku Pada Hari PRU Ke 13...?

Tabik kepada Laman Suara PR kerana berani menegur Pakatan Rakyat. Selama ini, kita lihat laman-laman web dan blog-blog pro-PR lain tidak pernah menegur jauh sekali membongkar kesilapan pemimpin-pemimpinnya.

Semuanya mengambil sikap kipas dan ampu dan membela apa saja yang dibuat oleh pemimpin PR tidak kira sama ada salah dari segi moral, undang-undang, mahupun agama. Realitinya, di dalam PR itu, sesiapa sahaja yang menegur akan dipecat. Mungkin kerana itu, tiada siapa yang berani mengambil sikap telus dan kritis sepertimana yang dilakukan oleh laman tersebut.

Antara artikel terbaru laman Suara PR yang wajar diberi perhatian serius ialah mengenai rancangan menumbangkan kerajaan melalui kekerasan yang diminitkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.

Sebenarnya, apa yang didedahkan ini bukanlah mengejutkan kerana dari perbuatan dan percakapan harian para pemimpin PR kita sudah boleh membaca tujuan sebenar mereka. Para pemimpin PR cukup maklum bahawa mereka sukar untuk memenangi pilihanraya kerana tidak mendapat sepenuh sokongan dan kepercayaan rakyat.

Kerana itu, mereka perlu memburuk-burukkan sistem pilihanraya, membangkitkan kebencian terhadap pihak berkuasa dan menimbulkan ketidakpercayaan terhadap mahkamah supaya apabila kalah nanti, bolehlah mereka menyalahkan SPR, kerajaan dan mahkamah. Ia kemudiannya akan dijadikan alasan kukuh untuk memberontak dan merusuh sekali gus menumbangkan kerajaan melalui kekerasan.

Menurut laman tersebut lagi, “Sebab itu kalau kita lihat mutakhir ini, pemimpin Pakatan Rakyat memberi jaminan bahawa peralihan kerajaan akan berlaku secara aman, tapi tidak menjamin apa-apa jika keputusan sebaliknya berlaku. Yang dijamin ialah keamanan kalau berlaku peralihan, itu pasti.” Malah disebutkan juga dalam mesyuarat yang sama mengenai kebarangkalian pertumpahan darah - jika keadaan benar-benar mendesak.

Nampaknya, pemimpin-pemimpin PR sedang mengugut kita semua iaitu jika kita tidak memenangkan mereka melalui peti undi dalam pilihanraya nanti maka bersedialah untuk menghadapi huru-hara dan pertumpahan darah.

Sekali lagi, kita tidak terkejut jika Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang sanggup menggadai nyawa penyokong-penyokong mereka untuk mencetus keganasan dan memulakan pemberontakan berdarah di negara ini.

Anwar adalah manusia yang sanggup melakukan apa saja dan tiada apa lagi yang dilakukannya yang mampu mengejutkan kita. Bayangkan, jika dalam keadaan biasa juga Anwar sanggup melakukan apa saja, maka apatah lagi jika beliau berada dalam keadaan yang amat terdesak untuk berkuasa?

Kita juga tidak pernah lupa bagaimana Lim Kit Siang menjadi pencetus tragedi 13 Mei, berbekalkan kebencian mendalam terhadap kaum Melayu dan keangkuhan yang menebal, dengan sifat kejam semulajadi yang mengalir dalam darah komunisnya.

Begitu juga Hadi Awang yang membara di dalam dirinya sifat fanatik atau ekstrem. Sifat inilah yang diterapkannya ke dalam diri penyokong-penyokongnya yang membawa kepada tragedi Memali dan kemudiannya, Sauk.

Jelas, keganasan dan pertumpahan darah bukan sesuatu yang asing bagi pemimpin Pakatan Rakyat dan kita pasti, mereka tidak punya masalah untuk mengulangi semua keganasan ini untuk kesekian kalinya bagi mencapai matlamat mereka. Keinginan mereka untuk merampas Putrajaya sudah terlalu meluap-luap dan tidak dapat dibendung lagi.

Untuk itu, pemimpin PR melihat keganasan dan pemberontakan sebagai ‘trend’. Dan ‘trend’ inilah yang akan membantu membawa mereka ke puncak kuasa. Sebagai persediaan ke arah ini, mereka kerap memberi isyarat kepada media-media asing bahawa Malaysia juga berada dalam proses ke arah mengikut ‘trend’ tersebut.

Apa yang penulis dapat katakan di sini ialah adalah sesuatu yang amat bodoh jika rakyat sanggup memusnahkan segala nikmat dan menggadai nyawa mengikut telunjuk pemimpin PR semata-mata kerana ingin mengikut ‘trend’.

Benar, mengikut kata pemimpin PR bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara.

Justeru, ingatlah kita punya kuasa untuk menolak pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa kita semata-mata kerana mereka tidak tahan lagi untuk berkuasa.

Kita punya kuasa untuk menolak mereka melalui peti undi dan kita juga punya kuasa untuk menolak dari bersama-sama mereka menjahanamkan negara dan menggadaikan nyawa melalui jalanraya.

Tanpa kita memberi sokongan kepada mereka, pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini tidak akan ke mana…

Shuhaimi Kata "..Jika UMNO Hebat Sangat Memperjuangkan Hak Rakyat, Saya Cabar UMNO Selangor...."


Semenangnya itulah sikap UMNO, hanya menjadi juara 'menangguk di air yang keruh' demi cita cita politik mereka.

Seperti yang telah disebutkan KEADILAN Selangor minggu lepas, UMNO akan mengambil ruang dan akan menggunakan sepenuhnya peluang yang ada jika dapat menghidu sedikit perbezaan pandangan dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Parti Keadilan Rakyat untuk melaga lagakan pimpinan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan YAB. Tan Sri Khalid Ibrahim dan KEADILAN Negeri Selangor yang diketuai oleh YB Azmin Ali. Percayalah, usaha itu tidak akan berhasil!

Belanjawan Geran Selangorku yang 1/6 peruntukannya adalah untuk kerja kerja infrastruktur dituduh UMNO sebagai kononnya untuk kepentingan politik PR. Jawapan KEADILAN Selangor kepada Mohd Zin, apakah tujuan peruntukan 1Malaysia yang dijaja ke seluruh negara itu bukan untuk kepentingan politik UMNO BN? Apakah matlamat utamanya?

Siapakan yang membekal ikan Kepada kedai 1Malaysia? Bukankah Kedai Rakyat 1Malaysia itu memberi peluang kepada kroni UMNO? Geran selangorku, satu sen pun tidak masuk ke kantung KEADILAN Selangor!

Inilah UMNO, mereka buat sedikit bantuan kepada rakyat, tetapi berpuluh lagi bantuan, adalah kontrak kepada kroni UMNO! Berbeza dengan matlamat Geran Selangorku.

Jika Mohd Zin mendabik dada kononnya UMNO Selangor berhak bertanya dari mana Geran Selangorku bernilai RM300juta itu, maka KEADILAN Selangor juga ingin bertanya, kemana suara Mohd. Zin dan UMNO Selangor bila syarikat Talam berhutung dengan kerajaan negeri zaman kerajaan BN dahulu?

Siapakah yang 'berhasrat menyembunyikan' hutang tersebut untuk mendapat laba kemudiannya? Kemana Mohd Zin dan UMNO Selangor sembunyi muka bila kes NFC dibongkar? Duit pinjaman oleh seorang suami Menteri untuk tujuan ternak lembu dibuat pelaburan dalam pembelian hartanah! Apakah UMNO Selangor buta, pekak dan bisu?

Kepada UMNO Selangor, usahlah bersikap 'kuman di seberang laut jelas kelihatan, gajah di depan mata buat buat rabun, tidak nampak dan akhirnya buta!'

Saya cabar Mohd Zin, jika hebat sebagai bekas Menteri Kerjaraya dari UMNO, dapatkanlah hak rakyat negeri ini tambahan bajet pembaikan infrastruktur jalan persekutuan.

Lihat sendiri berapa banyak jalan jalan persekutuan tidak dibaiki di Selangor! Kenapa perlu sekat peruntukan ini? Nasib baik ada. Geran Selangorku yang sedikit sebanyak menampung kekurangannya.

Sengaja tidak memberi peruntukan agar kerajaan PR Selangor nampak buruk dimata rakyat dengan menyekat dana pembaikan jalan persekutuan di negeri Selangor, adalah tindakan yang sama zalimnya dengan menyekat kemudahan pinjaman PTPTN pelajar baru baru ini.

Ia tindakan orang yang bangkrap politik dan tidak diterima dalam masyarakat politik matang.

Dato Mohd Zin tidak perlu bersusah payah cuba mengajar, dalam PR kami semua tidak seperti pimpinan UMNO yang hanya angguk, jika ada keperluan memberi teguran pada pimpinan, hatta kepada Menteri Besar sekalipun, kami tidak malu malu bertanyakan terus kepadanya tanya sembunyi sembunyi seperti UMNO yang menikus bila jalan jalan persekutuan di Selangor tidak diberi dana selengara dengan sepenuhnya. Bahkan lebih memalukan, ada Menteri kabinet dari Selangor yang suka menyekat apa juga peruntukan dari persekutuan kepada rakyat di Selangor.

Sikap UMNO Selangor ini amat jijik, supaya matlamat untuk memburukkan kerajaan PR Selangor tercapai, mereka sanggup menyekat keperluan pendidikan mahupun kemudahan jalan supaya rakyat kembali menyokong UMNO. Mual sungguh tindakan ini.

Jika UMNO hebat sangat memperjuangkan hak rakyat, saya cabar UMNO Selangor bertanya kepimpinan kerajaan persekutuan kenapa hutang Tajudin Ramli RM480juta boleh dilupuskan? Tidakkah itu duit rakyat? Atau adakah ia duit UMNO yang dirompak dari rakyat? KEADILAN Selangor ingin sekali mendengar Mohd Zin bertanya di Dewan Rakyat, bila pinjaman yang disalah guna oleh suami bekas menteri akan dikembalikan? Beranikah Mohd Zin?

Kepada pimpinan UMNO Selangor, berhentilah untuk melagakan pimpinan KEADILAN Selangor dengan kerajaan negeri kerana ia tidak akan berjaya. KEADILAN Selangor dapat membezakan mana satu sahabat seperjuangan, siapa pula musuh politik yang sering bermain wayang kononnya berjuang untuk rakyat. UMNO lah juara penipunya!

Kepada Mohd Zin, KEADILAN Selangor ingin berpesan; bukan selalu 'menahan lukah di pergentingan dapat ikan, adakalanya juga dapat ular yang berbisa'. Silap haribulan, 'lukah yang di pasang UMNO, terkena pula pimpinan UMNO negeri yang lain seperti di Ampang'. Hati hati Dato..., tunggu sahaja sampai lukah itu penuh!


SHUHAIMI HAJI SHAFIEI
Adun Sri Muda
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor/Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

Wednesday, June 27, 2012

Lynas: Dr Rosli Takut Di Makan Sumpah 'Baiah'?

Ogos tahun lalu, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat Dr Rosli Che Mat pernah mengakui projek pembangunan kilang Lynas langsung tidak membahayakan kesihatan kerana ianya bukan seperti mana loji nuklear sebagaimana cuba digambarkan oleh propaganda pembangkang.

Malah beliau secara terbuka mengecam pendekatan propaganda pembangkang khususnya PKR yang memanipulasi isu Lynas sehingga memesongkan fakta sebenar kepada khalayak umum sekaligus mencetuskan kegusaran segelintir anggota masyarakat.

Namun, kini setelah hampir setahun berlalu tiba-tiba beliau dilaporkan berkata tidak menyokong Lynas dan projek tersebut belum tentu selamat sebagaimana disiarkan oleh lidah rasmi PAS dan beberapa portal lain.

Bukankah begitu kontradiks dengan kenyataan beliau pada 24 Ogos lalu...?

Antara kata-kata beliau yang masih tergiang-giang ditelinga kita termasuklah kenyataan berikut;-

"Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya".

"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah".

"Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin... Saya pun malu....! Saya orang PAS juga.
Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

Kenyataan tersebut yang diucapkan beliau pada 24 Ogos 2011 yang lalu telah disiarkan oleh TV3 dalam laporan ringkasnya berkaitan isu Lynas. Turut sama mengulas isu tersebut ialah seorang lagi saintis nuklear, Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli.

Selanjutnya menurut Dr Rosli lagi, "Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment".

Berikutan kenyataan beliau yang disiarkan oleh TV3 itu akhirnya menyebabkan Dr Rosli dipanggil beberapa kali oleh pucuk pimpinan PAS kerana kenyataan tersebut diklasifikasikan sebagai bertentangan dengan dasar PAS yang anti Lynas.

Pun demikian, bila kita baca bait demi bait kenyataan Dr Rosli itu jelas sekali beliau tidak bersetuju dengan manipulasi dan penyelewengan fakta oleh pembangkang dalam isu Lynas.

Dan beliau sendiri mengakui projek Lynas selamat dan tidak membahayakan kesihatan. Dalam erti kata lain, sebagai seorang saintis nuklear, beliau berkata benar demi mengelakkan orang ramai terus tertipu dengan pemesongan fakta yang di adu domba oleh pembangkang khasnya PKR.

Manakala pada Februari 2012 yang lepas pula ketika diminta mengulas mengenai Himpunan Hijau 2.0, sekali lagi beliau menegaskan Lynas adalah loji yang mengeluarkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear malah ia selamat dan tidak membahayakan selagi adanya pemantauan.

Persoalan sekarang, apakah kerana tekanan dari pimpinan PAS menyebabkan beliau kini terpaksa membuat kenyataan yang akhirnya membelit dirinya sendiri? Atau adakah kerana takut dimakan sumpah 'baiah' taat setia, maka kebenaran terpaksa dilacurkan demi mempertahankan dasar haru biru parti sendiri?

Biar Betull...? Abby Abadi Dapat "Offer" Dari Portal myKMU.net

Pelakon terkenal, Abby Abadi baru-baru ini melahirkan rasa kecewa atas tindakan beberapa pihak yang melemparkan kata-kata kurang manis kepadanya ekoran penglibatannya di dalam beberapa program anjuran PAS.

Kekecewaan Abby itu diluahkan melalui laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini. Kata Abby…

“Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul. Sampai kata saya dapat ‘hidayah sesat’? Apa tu?,”.

Apa yang mengharu-birukan, PAS melalui lidah rasminya, Harakahdaily, cuba menjadi “batu api” apabila cuba memutar belitkan kenyataan Abby dan seolah-olah cuba menjauhkan pelakon itu dari Barisan Nasional atau UMNO.

Sebenarnya, saya menyokong penuh langkah Abby Abadi yang berhijrah mengenakan tudung di kepala, yang menandakan perubahan positif dari selebriti itu ke arah yang lebih Islamik berbanding sebelumnya.

Sama ada Abby masih lagi mengenakan pakaian yang ketat, menampakkan susuk tubuh atau tidak menutup aurat sepenuhnya tidak timbul buat masa sekarang.

Pada masa ini, saya bersyukur kerana dia mula diberikan hidayah untuk menutup bahagian kepala dan lehernya yang sebelum ini terdedah. Itu adalah lebih baik dari imejnya sebelum ini yang langsung tidak bertudung kepala.

Namun pada saya, kenyataan Harakahdaily yang mengatakan bahawa Abby naik ke pentas ceramah PAS adalah tidak benar sama sekali.

Abby Abadi sebenarnya hanya memenuhi jemputan anjuran PAS yang rasanya kurang berbaur politik seperti “talk show” Malam Keinsafan Bersama Selebriti yang berlangsung di Dataran Kerdau baru-baru ini.

Program “talk show” setahu saya bukanlah ceramah politik yang menghentam UMNO mahupun BN sepertimana kebiasaan amalan PAS.

Sepatutnya, Abby tidak wajar dipersalahkan dalam hal ini kerana muncul pula beberapa pihak yang menghentam Abby yang baru saja mahu mengenal Islam dengan lebih dekat lagi.

Cuma pada pandangan saya, cara Abby mendekatkan diri kepada Islam melalui pendekatan politik adalah kurang tepat sama sekali. Apatah lagi jika Abby menganggap individu-individu seperti Nik Aziz Nik Mat dan Ustaz Azhar Idrus itu layak bergelar ulama.

Jika Abby nak tahu, Nik Aziz hanyalah boleh dianggap sebagai ustaz biasa yang mendapat pendidikan agama di India dan negara timur tengah, termasuk di universiti Al-Azhar. Namun ia belum boleh membuat Nik Aziz bergelar ulama.

Begitu juga dengan Ustaz Azhar Idrus. Dia hanyalah seorang ustaz yang mengajar dari masjid ke masjid. Saya kurang pasti sama ada dia ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam untuk berceramah di beberapa buah negeri.

Namun, untuk menetapkan gelaran ulama kepada dua individu itu adalah tidak tepat sama sekali kerana tidak semua lulusan Al-Azhar itu layak digelar ulama meskipun mereka aktif mengajar atau mendapat tauliah mengajar di masjid dari Majlis Agama Islam.

Sebagai contoh, Kamariah Ali juga lulusan dari Al-Azhar. Tapi Kamariah merupakan pengikut setia Ayah Pin. Jadi, apakah Abby rasa Kamariah wajar digelar sebagai ulama dan apa saja yang dilakukannya tidak boleh dikecam atau dikutuk?

Untuk pengetahuan Abby, Nik Aziz menolak perpaduan umat Islam di negara ini meskipun pada awalnya dipersetujui oleh Presiden PAS dan majoriti Majlis Syura Ulama PAS. Nik Aziz menggunakan kuasa “veto”nya sebagai Mursyidul Am untuk menafikan perpaduan umat Islam di Malaysia.

Nik Aziz juga menghalalkan budaya memaki hamun dan mencarut dengan memberi alasan bahawa Allah juga “mencarut” di dalam Al-Quran.

Persoalannya yang perlu Abby fikirkan, apakah seorang hamba wajar mencarut? Allah mungkin boleh mengutuk Abu Lahab di dalam firmanNya, tapi apakah Rasulullah SAW memaki hamun musyrikin dan kuffar yang melontar najis kepadanya?

Justeru, saya memohon agar Abby memperbaiki pendekatannya kepada Islam melalui cara atau uslub yang lebih diiktiraf. Pergilah berjumpa dan rapatkan diri dengan program-program JAKIM, Majlis-Majlis Agama Islam atau ulama-ulama muktabar.

Nak kenal ulama-ulama muktabar, sila hubungi urusetia Mykmu.net kerana laman portal ini sering menganjurkan konvensyen bersama ulama tersohor bertaraf antarabangsa. Kalau setakat ulama politik, rasanya tak payah berguru pun tak rugi…

myKMU.net

Tuesday, June 26, 2012

Akhirnyaa... Khir Toyo Berjaya Telanjangkan Faekah

Sangat menarik...! Blog MIK ini masih membicarakan mengenai DIVA kontrovesi PKR yang sangat fofular semenjak seminggu yang lalu. Ayuh, kita baca kisah menarik mengenai Setpol MB Selangor ini, klik SINI

'Nak Berdebat Ke Tak Nak....?' Tanya Anwar Pada Najib


Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim sekali lagi dengan sinis mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ingin berdebat dengannya atau tidak...?

Anwar berkata, kenyataan Najib sebelum ini yang mengatakan bahawa debat bukan satu budaya juga merupakan helah untuk mengelak daripada berdebat dengan beliau.

"Dia nak debat ke tak nak? Dia anjurkan debat-debat di seluruh sekolah. Hadiah (yang diperolehi ialah piala) perdana menteri. Debat-hadiah-perdana menteri. Di sekolah minta anak-anak untuk berdebat. Hadiahnya (piala) perdana menteri. Tapi perdana menteri kata bukan budaya. Habis yang diajar di sekolah itu apa?

"Itu cuma helah nak elak untuk berdebat," kata Anwar ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan pidato aspresiasi di majlis pelancaran dan diskusi buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat malam tadi.

Majlis pelancaran dan diskusi buku hasil tulisan Datuk Dr Siddiq Fadzil itu juga turut dihadiri Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya yang juga naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Jumaat lalu, Najib terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan Anwar untuk mengadakan debat.

Katanya, debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengatakan perbahasan di Parlimen ada unsur perdebatan, Anwar menafikan perkara tersebut.

"Debat... bila Datuk Najib datang? nak debat atau tidak. Bagi alasan Parlimen ada debat. Tak ada.

"Kedua ini bukan budaya Melayu. Maki orang, pukul orang, bunuh, hina itu budaya Melayu ke? Guna media untuk aibkan orang itu budaya Melayu?" soal Anwar.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kemenangan pemimpin baru Mesir, Mohamed Morsi, Anwar berkata, perkara tersebut membuktikan bahawa suara rakyat harus dihormati.

Menurut Anwar, presiden Mesir yang baru itu telah menghadapi pelbagai tuduhan tetapi masih ada kekuatan dan sambutan daripada rakyat negara itu.

"Rakyat Mesir dah buat keputusan. Ini tunjukkan bahawa suara rakyat harus dihormati. Beliau telah dipenjara dan dihina dengan pelbagai tuduhan tetapi masih lagi ada kekuatan dan mendapat sambutan rakyat," kata Anwar.

Ketika mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini, Anwar berkata, mantan perdana menteri itu masih mewakili zaman lampau.

Sambil menyifatkan bapa pemodenan itu mewakili pandangan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, Anwar berkata, Mahathir masih lagi merasai kehilangan Hosni.

"Mahathir mewakili zaman lampau dan mewakili pandangan Husni Mubarak. Jadi kawan kita Tun Mahathir masih rasa kehilangan Hosni sedangkan rakyat Mesir bergembira," kata Anwar.

Malaysiakini...

Monday, June 25, 2012

Sakit Kepala Migrane Wan Azizah Semakin Serius...!

Kian dekat tarikh PRU 13, makin parah penyakit gila kuasa bermaharajalela dalam kepimpinan pembangkang khususnya PKR. Itu baru menmguasai beberapa negeri sahaja, pun sudah kalut ribut seolah-olah kuasa dan harta mahu dibawa mati.

Tiada apa yang pelik sebenarnya, asal usul kejadian PKR itu sendiri terbentuk hasil acuan pemikiran seorang individu yang telah lama bergelumang dengan penyakit tersebut, maka terbawa-bawalah sekali dikalangan ahli dan pemimpin bawahannya.

Umum pun dah lama mengetahui ramai pemimpin PKR pro Azmin Ali makan hati dengan perangai besar kepala Setiausaha Politik MB Selangor, Faezah Husin namun taklah pula menjangkakan ianya sebegitu kronik sekali.

Rupa-rupanya segala ribut dan kalut selama ini segalanya berkisar pasal harta dan kuasa semata-mata. Masing-masing puak mahu meletakkan puak sendiri dalam kedudukan selesa dan kuat menjelang PRU akan datang.

Pendek kata baik puak Khalid Ibrahim mahupun puak Azmin Ali, sama-sama menyanyikan lagu mahu menjaga kebajikan rakyat namun realiti yang berlaku sebenarnya masing-masing lebih mengutamakan tembolok sendiri.

Satu dua bulan lepas kalut ribut berebut kuasa dan harta telah menggoncangkan negeri Kedah yang diperintah oleh PAS. Kuasa dan harta punya pasal, habis terbang semua slogan dan prinsip yang kononnya mengutamakan Islam berbanding yang lain.

Baru di beri nikmat memerintah beberapa negeri sudah ramai yang mabuk hanyut dalam gemilau kuasa dan harta, rumah kian besar dan kontrak tender di bahagi-bahagi sesama sendiri dan ramai pula yang berebut-rebut seakan tersilau dengan harta rampasan perang.

Dua contoh kegilaan kuasa yang berlaku dalam jangka masa yang dekat ini, jika kita pandang dari mata burung dan bukannya melihat macam katak bawah tempurung, akan ternampak jelas corak-corak pemerintahan pembangkang seandainya mereka di beri peluang menguasai negara kelak.

Cuma jangan nanti dek kerana pening dan mabuk dihimpit perebutan kuasa sesama sendiri itu kemudiannya dipalitkan pula pada orang lain untuk tanggung bebannya.

Bukan kita tak kenal perangai pemimpin pembangkang dari PAS, PKR mahupun DAP, pantang kalut terhimpit gara-gara sikap tamak dan mabuk yang sudah jadi tabie, jalan keluar yang mereka suka rintis ialah menyalahkan UMNO ataupun BN.

Samalah macam mentor mereka yang suka berdondang sayang sesama jantan dan sesekali bergomol sakan bersama chinadoll, bila nafsu serakah terdedah, balik-balik orang lain pula yang kena tanggung kesalahan moralnya.

Siapa Anwar Akan Pilih...?

Semua orang dalam inner circle PKR tahu yang Rafizi dan Anwar adalah 2 lelaki berlainan sama sekali. Selain berbeza generasi, mereka berdua juga tidak mempunyai talian persaudaraan tapi intimnya mengalahkan laki bini yang baru balik honeymoon.

Bak kata pepatah gay, “cubit punggung kanan, punggung kiri terasa juga tau”, begitulah.....

Justeru bila Rafizi meletakkan jawatan sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor semalam, ia agak mengejutkan ramai orang kerana memikirkan siapa yang berani beri masalah kepada Rafizi sehingga menyebabkannya mengambil keputusan sedrastik itu. Mengusik Rafizi sama seperti mengusik Anwar, mengusik Anwar, faham-faham sajalah....

Even Azmin pun difahamkan tak berani mengusik Rafizi, cakap-cakap belakang bolehlah – itupun bisik-bisik.

Justeru penulis yakin apa pun masalahnya yang menyebabkan Rafizi meletakkan jawatan, ia ada kaitan antara dia dengan Anwar. Samada Anwar sudah tidak mahu melayan dia lagi atau Anwar tidak menolongnya berhadapan dengan semakin ramai puak dalam PKR yang tidak senang dengan kehadirannya memotong jalan ramai di antara mereka yang lebih lama dalam parti tersebut.

Umum tahu, kerana Rafizi seorang, begitu banyak nama yang tenggelam, antaranya Shamsul Iskandar (Ketua AMK) dan Chegu Bard. Sedangkan inilah dia pun yang satu ketika dahulu menjadi hulubalang utama Anwar di zaman susah dan senangnya, sedangkan Rafizi bila saja munculnya...? Tau-tau sudah jadi Pengarah Strategik PKR.

Itu di peringkat parti, di peringkat kerajaan negeri lain pula ceritanya...!

Untuk makluman semua, pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sebenarnya terletak dibawah Pejabat Menteri Besar, di zaman pemerintahan BN, pejabat ini tidak wujud pun.

Sesuai dengan kedudkkannya dibawah Menteri Besar, pejabat ini sepatutnyalah perlu melapor segala aktivitinya kepada pejabat Menteri Besar Selangor.

Itu kalau nak dihujah dari segi logik. Tapi dengan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor itu dipegang oleh Anwar Ibrahim, tidak mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim (yang dilantik ke jawatan Menteri Besar oleh Anwar) ada kuasa ke atas pejabat tersebut, menjadikan semua kakitangan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri yang diketuai Rafizi, beraja di mata bersultan di hati.

Malah tidak keterlaluan dikatakan disini bahawa Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor adalah jauh lebih berkuasa daripada pejabat Menteri Besar sendiri!

Dengan ‘kekuasaan’ yang begitu besar, mustahil ada pihak lain terutama di kalangan kakitangan kerajaan Negeri yang berani menyentuh Rafizi, memikirkan kepada siapa dia melapor.

Itu yang penulis sebutkan di atas, apa pun masalahnya yang membawa kepada perletakkan jawatan Rafizi adalah antara dia dengan Anwar sahaja, tidak ada orang lain.

Tak tahulah kalau Azmin sudah main jarum lebih besar.....! Ini satu kemungkinan juga, sebab kebelakangan ini kelihatan Azmin bulldoze semua orang dalam PKR dan kerajaan negeri Selangor yang kelihatan tidak sebulu dengannya seperti Hasan Ali dan terbaru Faekah.

Mana-mana satu pun, penulis lihat ini bukan masalah yang besar mana pun. Apatah lagi memikirkan kehebatan Anwar sebagai pelakon dan pengarah yang hebat sebelum ini, lagilah penulis tak hairan mana.

Psikologi menawan hati lelaki lembut ni bukan susah sangat pun, maklum, dia bukan perempuan sejati, hajat-hajat nak jadi perempuan sahaja.

Nanti Anwar tepuk mana bahagian yang patut-patut, eloklah Rafizi tu...!!

Sunday, June 24, 2012

Tahniah PAS...!! Ceramah Israk Mikraj Oleh Ustazah DAP Pakai Skirt Dedah Aurat..... TAKE BEER.....!!

Di malam Israk dan Mikraj, umat Islam di surau dan masjid akan mendengar ceramah berkenaan perjalanan Nabi Muhamad S.A.W dari Mekah ke Baitulmaqdis. Setiap kali mendengar ceramah berkisar dengan kisah Nabi Muhamad S.A.W pastinya semua umat manusia akan insaf....

Pada malam yang penuh keberkatan itu, Wanita PKR Sarawak telah menjemput YB Violet Yong yang mewakili DAP bagi menyampaikan ceramah Israk Mikraj.

Intipati ceramah Violet Yong lebih kepada pembohongan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak telah membelanjakan wang berjumlah RM3 juta semasa berada bercuti di Amerika Syarikat. Isu ini sememangnya dirancang memandangkan ramai di kalangan mereka yang hadir adalah orang Melayu.

Menjadi harapan Violet Yong dan pemimpin Pakatan Pembangkang untuk merendah-rendahkan kreadibiliti Najib Razak yang sememangnya disegani rakyat Malaysia dengan pendekatan transformasi yang dibawanya. Hanya dengan taburan fitnah boleh menyebabkan mereka yang mendengarnya terpedaya biarpun itu adalah pembohongan.

Seperti sebelumnya, pemimpin Pakatan Pembangkang tidak akan lupa mengungkit dan menyebarluaskan isu NFC. Dengan nada berjenaka menyamakan Shahrizat Jalil dengan lembu, Violet Yong secara tegas mencerca pemimpin wanita Islam biarpun mahkamah belum lagi memutuskan sebarang kesalahan berkaitan NFC. Violet Yong itu seolah-olah seorang hakim yang telah memutuskan kesalahan yang sedang dalam perbicaraan.

Tidak cukup dengan itu, orang Melayu dan hadirin yang hadir pada malam itu dibawakan pula masalah bekas Pengerusi MAS, Datuk Tajuddin Ramli kononnya dibayar RM550 juta. Kes itu telah diselesaikan di luar mahkamah biarpun kerajaan telah bersedia berhadapan dengan Tajuddin berhubung isu itu.

Melihat kepada kekayaan dan ekonomi yang dikaut oleh orang Cina, Violet Yong mengajak rakyat melakukan perubahan khususnya kepada perubahan politik. Bersandarkan ekonomi sekarang yang banyak menguntungkan rakyat, Pakatan Pembangkang memanipulasi bahawa ekonomi Malaysia sekarang meleset. Hakikatnya..., Pakatan Pembangkang cemburu melihat keyakinan pelabur dalam dan luar negara untuk melabur di Malaysia dan memastikan ekonomi Malaysia terus maju.

Kredit - WIRA Kenyalang

Kesimpulannya; Intipati ceramah Israk Mikraj digunakan untuk memfitnah Najib, mengungkit kisah Shahrizat yang terbukti beliau tidak terlibat dengan isu NFC, mengungkit juga kisah lapuk Tajuddin Ramli dimana kesemua cerita ini TAK ada kena mengena langsung dengan kisah Rasulullah s.a.w dibawa menaiki Buraq bertemu dengan Allah swt...

Saturday, June 23, 2012

PM Datuk Sri Najib Mesti Kaji Semula Lantik Tan Sri Sidek Hassan Ke Petronas

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta mengkaji semula pelantikan bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusi Petronas.

Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee (kanan) berkata, jawatan itu Petronas sepatutnya dipegang golongan profesional dan tidak semestinya bekas pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara.

"Saya bimbang pelantikan tersebut akan menimbulkan rasa kecewa sesetengah pihak termasuk bekas pemimpin-pemimpin politik," ujarnya.

Langkah itu juga katanya, bagi mengelak timbul anggapan umum bahawa mana-mana pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara telah disediakan jawatan baru dengan pendapatan yang lebih lumayan.

"Semasa berkhidmat dengan kerajaan, mereka menerima gaji yang tinggi dan pencen yang sudah mencukupi, sepatutnya jawatan tersebut diagihkan pula kepada golongan profesional atau pun bekas-bekas pemimpin politik," tegasnya.

Bagaimanapun, katanya, gesaan itu tidak bermasuk mempertikaikan kewibawaan Mohd Sidek tetapi hanya mahu perdana menteri menimbang semula keputusan itu, menurut blog Umno Cheras.

Perdana menteri pada satu majlis makan malam penghargaan sempena persaraan Mohd Sidek di Kuala Lumpur malam tadi mengumumkan bekas KSN itu sebagai pengerusi baru Petronas, yang akan berkuatkuasa sebaik selesai beberapa urusan dalaman.

Suara akar umbi

Bercakap kepada media selepas merasmikan karnival NGO dan swasta parlimennya di Cheras pagi ini, umum akan melemparkan tuduhan bahawa kerajaan hanya menjaga kepentingan bekas pegawai tinggi kerjaan yang sudah bersara.

Sedangkan kata Syed Ali, banyak golongan profesional dan bekas pemimpin politik apabila bersara tidak mendapat kedudukan istimewa atau ditawarkan jawatan penting dalam mana-mana syarikat milik kerajaan.

"Saya hanya memberikan pandangan berdasarkan suara di bawah, kerana khuatir pelantikan tersebut boleh menimbulkan rasa kecewa dan marah rakyat kepada kerajaan," ujarnya.

Katanya, rakyat tidak akan melakukan protes secara terbuka tetapi apabila mereka 'marah dalam diam' sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Bagaimanapun kata beliau, terserah kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut.

Anwar Ibrahim Bertanding Di Selangor.... Lim Kit Siang Cuba Tawan Kerus Parlimen Segamat.

Menyedari bahawa beberapa kubu kuat tradisi Barisan Nasional perlu ditawan untuk mengambil alih kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang, adalah dipercayai bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat merancang untuk bergerak keluar dari kerusi selamat di kawasan-kawasan mereka dan bertanding di kerusi utama parlimen yang kini dipegang oleh BN.

Strategi ini adalah perlu jika Pakatan Rakyat mahu memenangi sekurang-kurangnya 110 kerusi untuk membentuk kerajaan persekutuan yang seterusnya seperti yang ditekankan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Sebagai langkah pertama strategi ini di seluruh negara, kerusi Parlimen Pandan di Selangor yang kini dipegang oleh bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat telah dikenal pasti dan pengarah strategik PKR Rafizi Ramli telah dinamakan sebagai calon Pakatan Rakyat, minggu lalu.

Satu lagi langkah strategik yang sedang dipertimbangkan adalah meletakkan supremo DAP, Lim Kit Siang di Segamat, Johor, yang dianggap selama ini sebagai kerusi yang selamat bagi BN.

Kerusi itu kini dipegang oleh MIC selama beberapa penggal dan kini ahli parlimennya adalah Dr S Subramaniam, Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Presiden MIC.

Segamat mempunyai 44873 pengundi Cina membentuk komposisi kaum iaitu 47%, Melayu 43% dan India 10%.

Ia adalah tempat duduk yang ideal untuk Kit Siang untuk merampasnya daripada BN.

DAP sentiasa bertanding di kerusi ini tetapi tidak pernah menang walaupun sekali.

Sekiranya bertanding, dijangkakan Kit Siang pasti dengan mudah akan meraih majoriti undi Cina dan dengan sokongan sedikit daripada PKR, PAS dan pengundi India dia akan mudah mencapai kemenangan.

Seorang pemimpin MIC dari Segamat berkata: "Untuk beberapa ketika terdapat desas desus bahawa naib presiden PKR Chua Jui Meng akan bertanding di Segamat dan akhir-akhir ini terdapat akhir-akhir ini cakap-cakap bahawa Kit Siang akan menentang Subramaniam."

"Hanya orang yang berkaliber seperti Kit Siang akan dapat memenangi Segamat. Ia akan menjadi satu tugas yang sukar bagi pemimpin DAP biasa untuk menang kerana Subramaniam adalah seorang menteri Kabinet. "

Pada tahun 2008, Subramaniam memenangi kerusi Segamat oleh majoriti hanya 2991 undi.

Oleh itu, ia tidak akan menjadi sukar untuk Kit Siang menambah undi yang akan menyokong DAP.

Sebagai perbandingan, bagi kerusi Ipoh Timur yang diwakilinya sekarang, kerusi majoriti Cina di Perak, dengan mudah boleh dimenangi oleh calon DAP mana-mana lain atau pendatang baru.

Pada tahun 2008, Kit Siang telah memenangi parlimen Ipoh Timur dengan majoriti yang sangat memberangsangkan iaitu 21,942 undi, bertambah sebanyak lebih 7000 undi daripada yang diperolehinya pada 2004.

Langkah Kit Siang juga sejajar dengan strategi Pakatan Rakyat mengisytiharkan Johor sebagai negeri barisan hadapan pembangkang (southern tsunami) dalam pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dijangka bertanding di Johor pada pilihan raya umum ke-13 kerana ia adalah negeri asalnya sendiri.

Pemimpin lain yang dijangka bertanding di Johor ialah Chua Jui Meng, bekas menteri kesihatan dan bekas Ahli Parlimen Bakri, Johor.

Secara tradisi, Bakri yang ditandingi oleh DAP, Chua berkata beliau sebenarnya mengintai parlimen Gelang Patah yang mempunyai 54% pengundi Cina.

PKR bertanding di kerusi itu pada tahun 2008 tetapi kalah di tangan Barisan Nasional.

Dengan langkah-langkah ini yang dijangkakan, Johor, yang sentiasa dianggap sebagai kubu kuat BN akan menjadi negeri tumpuan untuk Pakatan Rakyat dalam pilihan raya.

Anwar Bergerak Ke KL Atau Selangor?

Begitu juga pemimpin PKR juga dikatakan berkomplot secara rahsia untuk menggulingkan pemimpin-pemimpin utama Umno dengan bergerak keluar dari kerusi tradisional selamat.

Satu contoh klasik ialah anak perempuan Anwar, Nurul Izzah yang berjaya menewaskan Shahrizat Jalil di Lembah Pantai pada tahun 2008 dan menang sebagai 'giant killer' dengan majoriti 2895 undi.

Sejak Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat untuk PKR, Anwar sendiri boleh bergerak untuk bertanding di Kuala Lumpur atau Selangor, menurut sumber PKR.

Anwar boleh bertanding di Sepang atau Sabak Bernam di Selangor yang kini dipegang oleh BN dan yang dipertandingkan oleh PKR pada tahun 2008.

Nurul Nuha, anak perempuan kedua Anwar, mungkin bertanding di Permatang Pauh dan akan dibantu oleh ibunya yang juga Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dirinya adalah bekas ahli parlimennya.

Wan Azizah tidak dapat bertanding bagi kerusi Parlimen selama lima tahun sejak beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen pada tahun 2009 untuk membuka jalan kepada suaminya bertanding di Permatang Pauh.

Sumber-sumber Pakatan berkata salah satu sebab mengapa pemimpin utama pembangkang memilih untuk meninggalkan kerusi selamat mereka adalah bahawa mereka boleh bergerak di seluruh negara untuk berkempen bagi pihak masing-masing tanpa perlu bimbang mengenai kerusi yang mereka wakili sekarang.

Jika mereka memilih untuk kekal, maka mereka akan tenggelam di kawasan mereka sendiri dan tidak akan dapat memberi sumbangan kepada parti komponen mereka masing-masing di kawasan sengit yang lain.

Walau bagaimanapun, jika kubu utama tradisional BN tidak ditawan, maka Pakatan Rakyat tidak akan mampu untuk mendapatkan jumlah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Satu-satunya cara untuk melakukan ini adalah dengan meletakkan 'meriam besar' Pakatan Rakyat untuk bergerak keluar dari tempat selamat mereka untuk menumpaskan pemimpin-pemimpin BN di kubu kuat mereka selama ini.

Krisis ‘Keluarga 69’ PKR Selangor Bakal Meletup Menjelang PRU 13


Krisis ‘keluarga 69’ di Selangor antara Menteri Besar (MB), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengerusi PKR negeri itu, Azmin Ali dan Setiausaha Politik MB, Faekah Husin bakal menjadi satu drama yang bakal menggegarkan dunia politik dalam masa terdekat khususnya menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Bekas Setiausaha PKR Selangor Mohd Nazmi Rosli berkata sebelum bercerita lebih lanjut alangkah elok diimbau sepintas lalu asas pemilihan Faekah sebagai Setiausaha Politik Khalid bagi menggantikan Nik Nazmi pada waktu tersebut.

Menurut beliau tidak salah diperkatakan bahawa pemilihan Faekah adalah semata-mata untuk mengurangkan kuasa Azmin dalam parti sekaligus mengukuhkan cengkaman Khalid terhadap kerusi empuk yang didudukinya hari ini.

“Bayangan awal atau mesej perkara berkenaan saya dah nampak pada waktu itu. Ini kerana bukankah jawatan Setiausaha Politik adalah orang penting dalam mencaturkan pergerakan dan segala-galanya untuk ‘boss’ dia.

“Jadi dalam soal ini perkara tersebut tidak boleh diselindung lagi. Kenapa saya katakan begitu… ini kerana dalam struktur parti pun dah tak betul. Bukankah satu perkara yang pelik dan janggal MB adalah Khalid manakala Pengerusi PKR negeri adalah Azmin.

“Dan cuba kita bayangkan…ketika mesyuarat pentadbiran negeri, Khalid yang berkuasa manakala ketika mesyuarat parti pula, Azmin berkuasa. Ini tentunya menimbulkan konflik sekiranya masing-masing menggunakan ‘power’ yang ada di tangan. Sebab itulah saya gelarkan mereka ini keluarga 69,“ katanya kepada UMNO-Online di sini.

Kontroversi gerakan menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang bermula di laman sosial Twitter #kamisayangpkr dan #pecatfaekah kini semakin hangat apabila Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Shuhaimi Shafie mahu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan menyelesaikan isu tersebut.

Mohd Nazmi seterusnya menambah krisis dan pertembungan keluarga 69 itu dijangka akan beterusan dan mungkin kemuncaknya akan berlaku menjelangnya PRU ke-13 nanti.

“Apa yang saya nampak seolah-olah mereka ini antara Azmin, Khalid dan Faekah telah membuat persedian rapi dalam usaha mengukuhkan kedudukan masing-masing dan saya tidak menolak kemungkinan besar cantas-mencantas akan berlaku selepas ini.

“Seperti yang diperkatakan umum Azmin berhasrat untuk pergi ke kerusi empuk dan Khalid tentunya mahu mempertahankan kedudukan beliau. Jadi dalam perkara ini hanya Faekah yang jadi batu penghalang.

“Sebab itulah saya sebutkan diatas itu yang mana akan berterusan dan kepada rakyat nilailah dan lihatlah bagaimana perangai golongan ini yang dilihat bukannya untuk memperjuangkan rakyat tetapi adalah sebaliknya,” ujar beliau.

sumber - MediaUMNO

Friday, June 22, 2012

Video HOMOSeks Anwar Ada Di Tangan Perisikan Singapura

Kenyataan itu berdasarkan ‘perisikan teknikal’ iaitu kemungkinan besar dengan memintas talian komunikasi. Ia kemudiannya melaporkan bahawa ONA telah menyemaknya dan Singapura telah mengesahkannya bahawa “ia adalah satu perangkap dan Anwar mungkin tahu mengenainya tetapi tetap masuk ke dalamnya”.

Walaupun selera seks atau mungkin juga ‘ketagihan’ seks Anwar telah menjadi pengetahuan umum, Anwar bagaimanapun terlepas dari dakwaan meliwat Saiful Bukhari pada awal tahun ini.

Tetapi ini bukan bermakna Anwar boleh merasa lega. Baru-baru ini, kisah mengenai video yang berada dalam tangan Perisikan Singapura, yang menunjukkan beliau melakukan hubungan homoseksual dengan seorang lelaki kacak, telah dibangkitkan kembali dan rancak dibincangkan di internet. Benar, bahawa kisah ini dibangkitkan kembali mungkin kerana pilihanraya semakin hampir, tetapi itu tidak bermakna yang kisah ini telah ‘basi’ atau tidak benar sama sekali.

Sumber-sumber melaporkan bahawa pasukan Anwar semakin terdesak dan tertekan walaupun video tersebut belum lagi dimuatnaikkan ke internet.

Kita tidak perlu menjadi seorang genius untuk mengetahui bahawa video tersebut disimpan oleh Perisikan Singapura untuk kegunaan masa depan. Singapura adalah musuh azali Malaysia dan Lee Kwan Yew tidak mungkin dapat bersemadi dengan aman jika beliau meninggal dunia sebelum DAP atau saudara sebangsanya dapat memerintah Malaysia.

Anwar, dikatakan peluang terbaik untuk Singapura mencapai impian untuk meluaskan sempadannya di utara. Justeru, masuk akallah kenapa Singapura harus terlibat dalam demonstrasi BERSIH dan Anti-Lynas malah melatih rakyat mereka untuk campurtangan dalam pilihanraya Malaysia.
Singapura perlu meletakkan Anwar di atas takhta supaya mereka boleh melondehkan seluarnya dan mengikat tangannya. Anwar akan menjadi anjing paling patuh yang akan melepaskan takhta apabila masanya sesuai untuk DAP mengambil alih.

Tetapi, penulis melihat bahawa ia merupakan satu tindakan kurang bijak untuk Singapura dan DAP meneruskan strategi dan rancangan yang bukan lagi rahsia ini.

Video seks Anwar – sama ada secara biasa atau songsang, tidak lagi boleh dianggap sebagai alat yang mampu mengawalnya. Di Malaysia, penyokong Anwar akan menyokongnya walau apa pun yang terjadi dan akan mempersetankan saja segala gambaran negatif mengenai dirinya tanpa berfikir dua kali. Manakala yang tidak menyokongnya pula, tidak memerlukan tambahan bukti untuk meyakinkan mereka bahawa beliau memang benar-benar bersalah.

Lagipun, parti Anwar sedang nazak kerana kelemahan kepimpinan dan ketidakcekapan. Dengan perbalahan dalaman yang tidak pernah selesai, parti ini mungkin tidak dapat hidup lama untuk menghadapi pilihanraya.

Bagaimanapun, rakyat tetap berminat untuk menilai ‘keupayaan’ manusia Anugerah Tuhan ini. Di masa yang sama, kita juga tidak boleh menolak kewujudan pengundi atas pagar. Oleh itu, pendedahan video seks ini tetap akan menjadi bonus kepada Malaysia.

Untuk itu, mungkin rakyat Malaysia boleh menahan nafas menunggu dengan sabar dan Anwar pula boleh berhenti bernafas terus kerana kita mempunyai alasan untuk percaya bahawa video tersebut sedang terlepas dari genggaman Singapura dan mungkin akan jatuh terus ke internet pada masa yang tepat, sebelum pilihanraya.

Beruang Biru...

Artis Yang Pernah Kena Cekup KHALWAT Di Langkawi Dah Mula Berceramah Atas Pentas PAS….

Nampaknya lepas seorang demi seorang celebrity artis artis di Malaysia semakin berahi hendak menyertai Pakatan Pembangkang. Bukan sekadar menyatakan sokongan tetapi sudah mula menonjolkan diri sebagai penceramah berucap didepan ratusan pak lebai pak lebai berkopiah, ternganga-nganga tercengang-cenganglah para pak lebai mendengar “tazkirah” artis artis disambut dengan laungan ‘takbiiiiiir’.

Malam tadi di Batu Gajah Perak, seorang lagi pelakon yang tidak begitu fofular Hairie Othman telah berceramah diatas pentas PAS buat julung julng kalinya…. Tindakan ini adalah kesinambungan Hairie menyertai Bob Lokman, Aishah dan Abby Abadi.

Ceramah pertama Hairie itu menjawab segala teka teki setelah bekas pelakon yang membawa watak Leftenan Adnan itu pernah dilihat bersantai dengan Naib Presiden PAS lulusan LCE Tingakatan 3 sahaja iaitu Ahli Parlimen Pokok Sena seperti foto dibawah ini…

Beginilah rupanya PAS memancing minat dan tarikan pengundi muda dengan mengheret golongan artis untuk memberikan “tazkirah” mereka dihadapan ahlol ahlol bahalol PAS yang kebanyakkanya terdiri dari Ustad bertaraf nafus seks Badrol Amin…!

Mudah sahaja…! Walaupun zaman silam artis artis ini penuh dengan noda dan kehidupan bebas namun sekiranya memilih untuk menyertai PAS, maka segala dosa silam mereka terhapuslah dari ingatan, lebih menarik lagi artis artis ini diberikan “kelayakan khas” mentarbiyah hadirin yang berkopiah dan bertudug litup….

Berita tersebar sekitar bulan September 2006 yang dikaitkan dengan Hairie Othman,

Dua Pelakon Lelaki Ditahan Khalwat
ALOR STAR: Dua pelakon lelaki drama popular ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi kerana dipercayai berkhalwat dengan dua wanita di sebuah bilik hotel di Kelibang, dekat Kuah, Langkawi, awal pagi semalam.

Pasangan mereka tidak terbabit dalam lakonan dan menetap di Langkawi dan dipercayai sudah lama mengenali seorang daripada pelakon lelaki itu.

Dua pelakon itu masing-masing sudah beristeri dan mempunyai anak di Kuala Lumpur, manakala pasangan mereka berusia 24 tahun. Seorang daripadanya tidak bekerja dan seorang lagi pengurus sebuah butik kecantikan di pulau berkenaan.

Difahamkan, pelakon itu menyewa bilik berkenaan sejak 1 September lalu kerana sedang menjalani penggambaran drama di pulau itu.

Seorang daripada pelakon lelaki terbabit pernah memegang peranan utama dalam sebuah filem berunsur patriotik manakala seorang lagi lebih dikenali sebagai hero drama bersiri. Kedua-dua mereka sudah beristeri serta mempunyai anak.

" Katanya, kedua-dua wanita itu berusia 24 tahun dan seorang daripadanya adalah pengurus di sebuah butik kecantikan manakala seorang lagi ibu tunggal dan tidak terbabit dengan dunia lakonan.

“Pada mulanya, kedua-dua pelakon lelaki itu enggan bekerjasama apabila diminta menyerahkan kad pengenalan malah cuba melarikan diri tetapi berjaya dikawal lima penguat kuasa Padal yang mengepung bilik itu.

“Mereka akhirnya mengalah dan merayu supaya dibebaskan kerana bimbang perkara berkenaan akan diketahui isteri masing-masing dan periuk nasi mereka akan terjejas,” katanya.

Saiful Aswad berkata, dua pelakon itu turut mendakwa baru mengenali dua wanita terbabit tetapi dinafikan pasangan mereka yang mendakwa sudah lama mengenali kedua-dua pelakon berkenaan dan sering bertemu jika ada kelapangan."

Thursday, June 21, 2012

Yb Khalid Samad Ada Rakaman Video Pengerusi JMM Mahu Beli Wakil Rakyat Pakatan...

Pembangkang hari ini meneruskan siri pendedahan 'pembelian' wakil rakyat mereka apabila kali ini mengaitkan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah terlibat dalam proses rundingan berkenaan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menerusi sidang media di bangunan Parlimen menamakan Azwanddin sebagai ejen yang bertanggungjawab dalam proses tawar-menawar terhadap wakil rakyat pembangkang.

"Hari ini saya dedahkan bahawa Azwanddin adalah salah seorang ejen untuk membeli wakil rakyat pembangkang khususnya membabitkan wakil rakyat PKR.

"Kita mahu beliau keluarkan kenyataan sama ada untuk menafikan atau sebaliknya," katanya di sini.

Menerusi sidang media itu Khalid menayangkan klip video berdurasi hampir lima minit dirakamkan di sebuah restoran di Klang menunjukkan Azwanddin dan empat yang lain sedang berbincang mengenai proses pembelian itu.

Sebelum ini Khalid menamakan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kedah Zamil Ibrahim sebagai individu kedua selain Azwanddin terlibat dalam proses rundingan terbabit.

mstar online...

Yb Shuhaimi ADUN Sri Muda Akan Dilantik Sebagai Setiausaha Agung PKR Yang Baru....

Melihat kepada keadaan semasa yang kurang 'menyenangkan khayalak ramai' ekoran beberapa kenyataan berhubung isu Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor; Faekah Husin yang mempertikai kepimpinan Timbalan Presiden KEADILAN YB Azmin Ali sebagai Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (JPRP), saya berasa bertanggungjawap untuk menyatakan ketegasan parti bahawa semua kepimpinan di dalam organisasi negeri, baik dari kedudukan Menteri Besar, anggota Exco apatah lagi Setiausaha Politik hendaklah menghormati pendirian mahupun keputusan kepimpinan tertinggi parti.

Tiap perbezaan pendapat perlu diselesaikan dalam semangat organisasi parti yang dipimpin Majlis Pimpinan Pusat.

KEADILAN Selangor memandang serius jikalau benar adanya dakwaan terdapat individu tertentu mempertikai kepimpinan tertinggi parti secara terbuka dan tidak akan sekali kali berkompromi kerana dengan jelas ia melanggar etika parti.

Dalam keadaan saya menghormati kuasa prerogatif Menteri Besar untuk melantik Setiausaha Politik, pandangan dan keputusan pimpinan parti jangan sekali kali dipinggirkan kerana Kerajaan Negeri tertubuh atas penat lelah, jasa dan keringat akar umbi KEADILAN yang berjuang bersama sama rakyat lain untuk kemenangan rakyat.



Kenyataan twitter saya yang memohon supaya pihak tertentu yang mengecam Kerajaan Negeri Selangor di twitter #kamisayangpkr agar berhenti adalah sebagai satu langkah yang difikir perlu supaya isu ini dapat ditangani dengan berhemah dan tertutup sambil tidak membuka ruang kepada kejadian 'malang' yang berlaku di Kedah.

Kritikan membina dan pandangan kritis hendaklah dilahirkan dalam bilik mesyuarat dan diselesaikan mengikut saluran yang betul. Perbuatan 'menyerang' kepimpinan secara terbuka adalah satu tindakan amat tidak matang, tidak bijak dan penuh emosi.

Saya nyatakan bahawa saya sedia mengatur pertemuan semuka untuk mengenalpasti apakah masalah dan saranan akar umbi KEADILAN bagi memperbaiki lagi perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang mungkin tidak sesempurna pada pandangan mata kepimpinan parti.

Jika ada kekurangan dan perlukan pembaikan, hatta sehinga perlu melantik pegawai lain bagi membantu tugasan Dato Menteri Besar, maka kerajaan negeri yang tertubuh atas lingkaran parti, mestilah akur dan mengambil tindakan pembetulan dengan segera.

Jika benar ada satu dua pegawai parti yang jelas mengkhianati mandat dan tidak menghayati kehalusan perjuangan parti, tidakan keras wajar diambil bagi memelihara keutuhan parti.

Saya mengharap rakan-rakan perjuangan dalam KEADILAN dan Pakatan Rakyat umumnya berjiwa besar dalam mendepani percubaan UMNO yang senantiasa mengambil peluang dengan 'sedikit perbezaan pendapat' yang mungkin wujud di kalangan kita.

Setakat hari ini, visi ke Putrajaya di pandu dengan cukup baik oleh Pengarah JPRP Yb Azmin Ali dan acuan keikhlasan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam mentadbir negeri wajar digabungkan menjadi satu 'gerombolan meriam' ampuh untuk mara ke Putrajaya.

Namun jika dalam perjalanan ini, ada satu dua meriam yang dirasakan sudah uzur oleh kepimpinan, rosak dan hilang kekuatan semangat kebersamaan, elok sahaja digantikan dengan meriam baru supaya matlamat menakluki Putrajaya tidak tersadai di sempadan. Tiba masanya untuk Ketua Umum melihat perkara ini.

Kepada semua pihak saya seru agar memberikan tumpuan bagi menghadapi PRU 13 yang akan diadakan pada bila bila masa sahaja.

Ayoh, tekadkan semangat, bulatkan matlamat dan nampakkan muafakat dalam perjuangan kita untuk menumbangkan UMNO BN!

SHUHAIMI HAJI SHAFIEI
Adun Sri Muda
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor/Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

Wednesday, June 20, 2012

MELETOPP Sudaah..! " Saya Disuruh Reka Bukti Untuk Jatuhkan Datuk Sri Najib..."

Kenyataan yang dibuat Datuk Zulkifli Nordin di atas itu bukan kenyataan baru, ia pertama kali di bangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat pada Mac 2010 setelah beliau dipecat dari PKR tidak berapa lama sebelum itu.

Tapi bila kenyataan sama diulang semula baru baru ini, secara terbuka dalam TV, ia mengejutkan ramai orang, terutama kalangan pensimpati pembangkang yang tidak terdedah dengan maklumat seumpama itu sebelum ini.

Orang Pembangkang kita semua tahu, trauma tengok TV, lebih lagi TV3.... Tapi yang dianjur untuk diboikot itu setahu kita adalah Buletin Utama sahaja, rancangan Soal Jawab TV3 baru baru ini tidak termasuk dalam senarai kot!

Ini pun satu hal juga, dalam pada bercakap tentang kebebasan bersuara, boleh pulak boikot-boikot media tertentu. Kebebasan suara apa macam ini..?

Tapi tidak mengapalah, kita tinggalkan soal itu untuk perbincangan di lain masa. Yang penting sekarang ialah, apa akibatnya kalau tuduhan Zul Nordin itu benar, yang dia diarah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk mereka-reka cerita mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pembunuhan Altantunya?

Termasuk menyediakan Akuan Bersumpah (statutory declaration) palsu untuk mengaitkan Najib..?

Ini perkara serius....! Anwar bukan calang-calang orang, pernah diangkat sebagai pemimpin anugerah tuhan (oleh isterinya sendiri), dipandang tinggi sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia in the making, cakapnya, gayanya menjadi ikutan ramai anak muda dan anak tua. Malah kalau diikut-ikutkan Anwar adalah segala-galanya bagi sebahagian orang sehingga sanggup membuang ibu dan adik beradik sendiri.

Semasa demo Bersih 3.0 itu hari, kita lihat sendiri begitu ramai yang bangga, cukup dengan berdiri di sebelah bayang-bayang Anwar saja pun.

Penulis sendiri bangga dengan Anwar, terutama sejak melihat video seks yang didakwa melibatkannya – tak sangka rupanya ada orang Melayu yang punya ‘size’ seperti dia, ingat Mat Salleh saja....

Kebanggaan menjadi Melayu, bertambah kuat setelah menonton video itu. Ini sekadar nak menunjukkan betapa hebatnya Anwar.

Tapi siapa sangka, di antara semua yang hebat dan ‘baik-baik’ itu, rupanya Anwar juga tidak banyak beza dengan apa yang dia sering tuduh kepada musuh politiknya - guna politik kotor untuk jatuhkan imej pemimpin tertentu. Yang dedah bukan orang lain, tapi bekas peguam dia sendiri....

Setakat orang lain yang hanya mampu lihat Anwar dari jauh tapi pertahan Anwar mengalahkan pernah tidur sekatil, toksah mimpi nak disamakan dengan Zul Nordin yang susah senang bersama Anwar waima semasa Anwar bergelar banduan!!

Sudah tentu cakap Zul Nordin ada merit dan sebab yang kuat untuk dipercayai. Kalau ini salah, apa yang diungkapkan oleh Zul Nordin itu salah, macam biasalah, saman.

Tapi kalau tanya penulis, memang dari mula pun tak percaya Najib terlibat dalam pembunuhan Altantunya ini. Apa bukti yang ada, melainkan akuan bersumpah yang diketahui sekarang hanyalah rekaan semata-mata.

Apa yang hebat pasal Akuan Bersumpah...? Ramai tak tahu bahawa Akuan Bersumpah ini adalah adaptasi Sumpah Muhabalah dalam Islam. Dinamakan Akuan Bersumpah supaya ia boleh dimasukkan dalam sistem perundangan sivil negara ini, kalau Sumpah Muhabalah hanya terpakai di kalangan orang Islam sahaja.

Jangan kita lupa, Anwar tolak amalan Sumpah Muhabalah ini tapi dia nak pengikutnya percaya Akuan Bersumpah yang sebenarnya versi yang lebih kurang sama, sumpah juga...!

Sudah tentu tuduhan terlibat dalam pembunuhan bukan calang-calang tuduhan, kalau tidak, Raja Petra Kamarudin (RPK) tidak akan lari ke luar negara setelah Najib mengemukakan saman terhadapnya. Kita perlu lebih dari Akuan Bersumpah yang boleh direka dan dicipta untuk meyakinkan diri kita bahawa orang yang dituduh itu benar-benar terlibat.

Sebab itu akibat dari dakwaan Zul Nordin ini besar. Bukan sedikit orang yang dah termakan pembohongan Anwar bahawa Najib terlibat dalam membunuh Altantunya. Apa nak jadi dengan orang-orang ini kalau mati sebelum sempat minta maaf dengan Najib sebab tersilap percayakan Anwar dalam soal pembunuhan ini? Siapa nak tanggung dosa semua tu?

Ada yang jenis orang ini yang penulis kenal, bergelar pak Haji tau! Jangan silap saja penulis sebut pasal Anwar depan dia, cepat-cepat dia mintak 4 saksi, walaupun apa yang penulis sebut itu tidak ada kena mengena dengan hukum hudud dimana soal penyediaan 4 saksi ini adalah satu kewajiban.

Tapi bila sebut pasal silap Najib, terlupa dia soal 4 saksi, laju saja dia mengangguk, tak sempat penulis habis cakap pun – penulis cakap tentang Najib bin Yusof (jiran kampung), bukan Najib Razak.

Beruang Biru...

Abby Abadi Dah Offer Nak Cari Calon Suami Seorang Ustaz...! Azhar Idrus Ada Peluang Terbaik....

“Saya suka majlis macam ni dapat ilmu agama...” ujar Abby Abadi dramatis terkenal bekas pelakon utama siri Gerak Khas yang terkenal dengan watak Inspektor Aleeza. Abby menjelaskan, beliau sudah beberapa kali berada sepentas dengan kepimpinan Pemuda PAS.

“Saya sekarang ini selalu berdamping dengan ustaz-ustaz, jadi saya mengharapkan jodoh saya dengan ustaz jugak...Allahu Akbar...! Taklah...,main-main, iklan-iklan...!"

"Sapa ustaz kat sini....? Ramai...." ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.

Beliau menyatakan demikian pada program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau malam ini yang dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.

Turut menjadi ahli panel ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.

Abby yang hadir dijemput PAS Pahang di salah satu programnya di Kerdau, Talk Show Malam Keinsafan, selamba memberitahu “pak-pak lebai kulup” yang “meleleh air liur” bahawa dia yakin semua peserta Himpunan Hijau Ke Putrajaya tidak menerima sebarang bayaran.

Dia memberi alasan bahawa dia melihat “pak-pak lebai” di majlis talk show itu menghulurkan derma di dalam karung PAS di Kompleks PAS Pahang itu dan begitu “confident” bahawa mereka tidak menerima “habuan” dan hanya memberi “habuan” kepada parti mereka.

“Jadi saya yakin mereka tidak dibayar seperti yang diperkatakan dalam media sebelum ini,” kata Abby Abadi di depan para peminatnya yang dipercayai mungkin memasang angan-angan menjadikan bekas isteri Norman Hakim itu sebagai “cawangan baru”.

Malah, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi turut tidak melepaskan peluang untuk “mengusik” Abby Abadi dengan berterus terang bahawa “pak-pak lebai” PAS itu hadir bukan untuk melihatnya, tapi untuk melihat Abby sahaja.

Nampaknya Nasrudin yang serban sebakul pun mahu mencuba nasib, apatah lagi “pak-pak lebai kulup” PAS yang lain? Makin “melelehlah” mereka tengok janda Norman Hakim tu. Namun itu hanya gosip sampingan…

Berbalik kepada kenyataan Abby mengenai puak-puak PAS yang tidak menerima bayaran ketika menghadiri Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu.

Saya ingin bertanya Abby Abadi, berapa lama dia kenal PAS dan para penganutnya? Setahun? Dua tahun? Tiga tahun? Sepuluh tahun? 20 tahun? Atau baru sebulan dua?

Dan apakah dia hadir ketika himpunan itu berlangsung di Kedah? Setahu saya, hanya Aishah saja yang dijemput dan PAS tidak menjemput “Inspektor Aleeza” ketika itu. Mungkin PAS takut Aishah rasa terancam dengan kecantikan Abby…

Untuk pengetahuan Abby, saya orang Kedah dan sudah lebih 30 tahun bergelumang, berkawan baik dan hidup bersama puak-puak PAS. Saya tahulah bagaimana perangainya puak-puak PAS tu…

Dan untuk pengetahuan Abby juga, saya juga hadir pada himpunan itu di Stadium Darul Aman bersama beberapa rakan. Saya juga seharian memakai baju hijau ketika itu dan duduk bersembang bersama orang-orang PAS sambil “pekena” bihun sup “Bershit 3.0”. Abby nak cuba?

Dari perbualan saya dengan beberapa pakcik-pakcik dari Kelantan, mereka sendiri seronok bercerita bagaimana mereka diberikan wang poket untuk datang ke himpunan tersebut. Khabarnya, duit poket itu datangnya dari pemimpin PAS Kelantan…

Bagitu juga dengan beberapa pak-pak lebai lain yang datang dari Terengganu, Perak, Selangor dan Johor. Katanya mereka diberikan sedikit wang untuk makan minum ketika di Kedah…

Sebenarnya Abby, maklumat kami memberitahu sesuatu yang bertentangan dengan apa yang dikatakan Abby itu. Dan maafkan saya jika saya katakan bahawa kenyataan yang Abby keluarkan itu sangat salah dan tidak tepat langsung.

Abby, memang mereka terima wang poket. Biasalah begitu. Mana-mana parti pun begitu. Iyalah, bukan senang nak ajak orang ke program anjuran parti. Kadang-kadang ramai penyokong nak hadir, tapi tak mampu sebab masalah tak cukup duit. Sebab itu mereka dibantu sedikit…

Apa yang Abby nampak berkenaan derma itu memang benar. Itu perkara yang berbeza. Memang mereka menderma walaupun seringgit atau lima puluh sen. Itu memang tabiat PAS dari dulu. Ada yang hulur derma banyak dan ada yang sedikit.

Tapi itu dari sudut “derma karung”. Ada di kalangan mereka yang berkata, “malu la kalau aku tak derma, nanti semua orang kata aku Haji Bakl pulak”.

Namun dari sudut terima duit poket pula, memang mereka ada terima pun. Lagipun Mursyidul Am mereka sudah ajar awal-awal lagi, “kalau beri ambil sajalah”. Dan sebab itu mereka ambil duit poket itu kerana ada “fatwa” yang membenarkannya. Cuma mungkin mereka malu nak beritahu Abby…

Jadi, saya harap Abby berhati-hati dan tidak tertipu dengan “pak-pak lebai” PAS. Nampak saja berlebai dan warak, tapi dalam poket mereka ramai yang ada “ubat kuat”.

Saya puji Abby bertudung dan mendekati Islam. Tapi mendekati PAS bukanlah bermakna mendekati Islam sebenar kerana PAS punya Tuhan yang suka mencarut dan membenarkan penganut-penganutnya mencarut. Jika tak percaya, sila tanya pada “nabi”nya…

myKMU.net

Pendatang Asing Indonesia Akan Mengundi BN PRU Ke 13

Semua percaya beribu-ribu pendatang dari Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi, malah ia telah disampai ke pengetahuan Pembangkang sudah dimulakan dalam PRU sebelum ini

Justeru PRU 13 ini adalah paling mencabar bagi BN, maka gerakan memberi Mykad bagi menjadi pengundi itu diperhebat. Tiada pendekatan itu dibuat kepada pendatang Cina kerana dibimbangi mereka menyokong DAP.

Tiada reaksi kerajaan hendak membersihkan daftar pengundi seperti yang dituntut oleh Bersih 3.0 meskipun Senator John McCain dan rakannya dari Amerika yang melawat Malaysia baru-baru ini menyeru perlunya ada sistem pilihan raya yang adil dan bersih di Malaysia.

Maka pengundi hantu warga Indonesia itu dipercayai terus berada dalam daftar pengundi dan mereka akan mengundi.

Itu adalah perancangan jahat BN bagi mengekalkan kemenangan. Tetapi ia tidak berjaya menyekat tsunami politik dalam PRU 2008 dulu. Itulah perancangan Allah. BN merancang, Allah juga merancang. Rancangan Allahlah yang betul.

Chua Jui Meng, pemimpin PKR Johor bukan Islam tetapi dia percaya perancangan Allah seperti yang berlaku kepada keputusan mahkamah liwat dua Anwar Ibrahim. Semua merasakan Anwar akan dihukum dan dipenjarakan, tetapi mahkamah membebaskannya.

Telah ada di kalangan pengundi Indonesia itu berbincang sama sendiri siapa hendak disokong dalam PRU nanti?

Walau pun mereka diupah bagi menjadi pengundi tetapi ia tidak menjamin kehidupan yang selesa selepas pilihan raya itu. Dengan kebebasan mengundi yang ada maka mereka boleh memikir siapa patut diundi antara BN dan PR?

Seorang penulis Cina membuat tinjauan menyatakan belum tentu pengundi Indonesia itu akan mengundi BN. Mereka mengikuti perkembangan betapa kemenangan semula BN tidak menjamin harga barang yang tidak stabil itu dapat dipertahankan seperti sebelum pilihan raya.

Harga minyak dan gas dan lain-lain yang cuba dipertahankan sekarang adalah bagi menghadapi pilihan raya. BN tidak dapat mengawal kenaikan itu selepas pilihan raya.

Tetapi mereka mendapati PR membuat tawaran yang baik. Harga runcit minyak akan diturunkan. Jika minyak dapat diturunkan, maka ia memberi kesan kepada harga lain-lain barang. Harga barang mungkin dapat dikawal.

Mereka tahu sangat akan kesan rasuah yang dihadapi di negara mereka. Keponcangan hidup di sana adalah gara-gara rasuah yang tidak terkawal. Tidak ada yang tidak rasuah.

Jika rasuah tidak dibendung di Malaysia, kesannya ikut dirasa oleh pendatang dari Indonesia itu. Mereka melihat PR menawarkan untuk memerangi rasuah. Bila rasuah dapat dibendung, ia memberi banyak kebaikan kepada penduduk termasuk pendatang baik dari mana saja.

Keadaan harga barang yang mahal sekarang menjejaskan kehidapan pendatang Indonesia, Bangladesh dan lain-lain. Pendapatan mereka tidak banyak bertambah. Apabila mereka terpaksa menampung keperluan hidup yang tinggi, lalu mereka tidak dapat menghantar belanja secukupnya untuk keluarga di negara masing-masing.

Mereka tidak nampak nasib mereka akan berubah kiranya BN mengekalkan kuasa. Tetapi jika PR berkuasa, apabila harga barang dapat dikawal, maka akan ada lebihan dari perbelanjaan harian. Mereka boleh menghantar pulang wang yang lebih untuk keluarga masing-masing.

Kuat kerja mereka akan berbaloi.

Mereka juga tahu bahawa Anwar Ibrahim mempunyai rakan yang ramai di Indonesia yang terdiri dari orang-orang yang berpengaruh. Hubungannya semasa dalam kerajaan dulu lebih menarik dari rakan-rakannya yang lain. Rakan-rakan di Indonesia itu memang hendak melihat dia berjaya dalam politik.

Semua perkembangan ini mempengaruhi orang-orang Indonesia yang sudah menjadi pengundi itu.

Jika mereka mengadakan kempen senyap, belum tentu BN dapat meraih keuntungan dari gerakan menjadi pendatang Indenesia sebagai pengundi.

Yakinlah kepada perancangan Allah....!

sumber

Abby Abadi Teruja Beb..! Penyokong Pas TAK Pernah Dibayar....

Selebriti terkenal Abby Abadi menyatakan beliau kini sedar tuduhan bahawa orang-orang PAS dibayar untuk ke Perhimpunan Hijau di Alor Setar, Kedah baru-baru ini oleh orang-orang tertentu rupa-rupanya tidak benar.

Beliau yang terkenal dengan watak Inspektor Aleeza dalam siri drama Gerak Khas, berkata ini disebabkan beliau perhatikan sendiri dalam ceramah-ceramah PAS ahli-ahlinya yang menyumbangkan derma dan mereka tidak dibayar untuk hadir seperti diamalkan oleh sesetengah parti politik.

“Jadi saya yakin mereka tidak dibayar seperti yang diperkatakan dalam media sebelum ini,” katanya dalam program Talk Show Malam Keinsafan di Dataran Kompleks PAS Pahang, Kerdau malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan pengerusi majlis Ustaz Kamal Ashaari yang mengumumkan pelancarkan kutipan derma.

Turut menjadi ahli panel dalam program anjuran Pemuda PAS itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.

Menceritakan tentang pengalamannya, Abby berkata beliau pada mulanya hanya melihat Islam itu hanya sebagai rutin umpamanya ramai-ramai pergi solat Jumaat dan acara-acara keagamaan tetapi tidak melibatkan kehidupan sosial.

“Tetapi setelah menunaikan ibadah haji ke Mekah barulah terbit rasa insaf dan mahu melakukan penghijrahan daripada hidup sebagai artis.

“Tak sangka pula penghijrahan saya mendapat perhatian ramai orang sehingga boleh dipanggil untuk berada di pentas PAS.

“Tapi saya seronok sangat dengan pengalaman baru ini, seronok dapat berkongsi sedikit sebanyak cara hidup Islam sebab tak pernah didedahkan dengan suasana seperti ini dulu,” ujarnya.

Ini merupakan kali kedua beliau berada di pentas PAS di Pahang. Kali pertama beliau dipanggil untuk majlis yang serupa di Kuala Lipis.

Abby yang kini berstatus ibu tunggal, berkata pada mulanya tidak ambil tahu sangat tentang politik. Setelah didedahkan kefahaman Islam dan banyak membaca barulah beliau faham kenapa perlunya perjuangan Islam.

Mengenai dunia artis, beliau berkata jika tak pandai membodek atau tak pandai melobi memang susah untuk dapat job.

“Sekarang saya rasa lebih lapang tidak kalut untuk mendapatkan peluang berlakon. Saya seronok dengan suasana baru ini,” jelasnya.

Beliau sempat menasihatkan generasi muda agar tidak leka sangat dengan dunia hiburan dan turut kesal masih ada filem yang memaparkan adegan-adegan ghairah sedangkan itu semua tidak menyumbang langsung kepada pendidikan generasi muda.

Sementara itu, kira-kira 5,000 yang hadir memberi tumpuan kepada Abby turut mendapat ‘usikan’ Nasruddin.

"Saya sedar siapa diri saya, orang datang bukan nak tengok saya,” katanya berseloroh.

Himpunan Hijau Mahu Berhimpun Di Depan Loji Lynas


Penganjur acara protes anti-Lynas, Himpunan Hijau berkata peserta 'Occupy Balok-Gebeng 24 jam' akan berkumpul di hadapan pintu pagar loji tersebut di acara kemuncak kempen berkenaan.

Menurut risalah publisiti kempen berkenaan, Himpunan Hijau akan menganjurkan konvoi sejauh 11 kilometer bermula daripada pantai Balok yang menjadi lokasi acara, sehinggalah ke loji berkenaan.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack dalam satu kenyataan berkata, masyarakat kini amat marah dengan Lunyas dan membuat keputusan untuk menggagalkan projek tersebut walau apa jua yang berlaku.

Ketika dihubungi selepas itu, Wong berkata, Himpunan Hijau tidak akan memohon kepada pihak berkuasa untuk mengadakan konvoi berkenaan.

"Mereka sepatutnya tahu apa yang kita buat daripada laporan akhbar," katanya, merujuk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012.

Konvoi berkenan dijadualkan bermula pada 10 pagi pada Ahad bermula dengan acara di pantai Balok selama dua hari.