Wednesday, February 29, 2012

Ustad Pkr Kawin Hutang...! Sedapnya Mendatangi Isteri Secara Percuma...

LG tertarik dengan pendedahan oleh portal Selangordaily.com

Bila ditengok betul2 rupa2nya dokumen yang menunjukkan rekod perkahwinan kedua Ustad Pkr terdapat satu rahsia... Double click kat imej diatas tu..! Nampak tak kat column Mas Kahwin..?

Hutang laaa... Nak kahwin dua tapi berhutang.... Hampehh..!!

Jauhilah Diri Anda & Keluarga Anda Dari Parti Pas...! Semakin Sesat....



Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang
dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, dalam Islam, terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah, contoh yang boleh berubah adalah perkara politik.

Menurutnya, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti.

Namun jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kata putus akhir hanya
akan ditentukan oleh Majlis Syura dan Muktamar Pas.

“Itu kelebihan Islam kerana mampu menangani perubahan-perubahan zaman sehingga hari kiamat, maknanya Islam memberi izin kepada kita (untuk menerima Timbalan Presiden) dari bukan Islam,” katanya pada Wacana Sinar Siri Ke-11 di sini, hari ini.

Pada pilihan raya umum Mesir baru-baru ini, Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditubuhkan Ikhwanul Muslimin telah memenangi pilihan raya itu. Parti tersebut diterajui Dr Mohd Mursi yang juga Pimpinan Pusat Ikhwanul Muslimin.

Antara pimpinan tertinggi Parti Kebebasan dan Keadilan adalah seorang
Kristian, Dr Rafiq al-Habib yang memegang jawatan Timbalan Presiden II.

Ditanya adakah perubahan itu bermula dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas, Dzulkefly berkata, ia adalah salah satu transformasi yang sentiasa dibawa Pas.

“Dalam Islam, perkara urus tadbir amat terbuka, apapun kami bersedia menerima perubahan ini mengikut keperluan dan kepentingan,”
katanya.

- SINAR HARIAN

Parti Ikhwanul Muslimin berlainan dengan Pas, Ikhwanul Muslimin adalah hai'ah jaamiah iaitu sebuah organisasi menyeluruh dan bukan semata-mata parti politik. Bila terlibat sebagai parti politik seperti juga di Jordan, Ikhwanul Muslimin menubuhkan parti politik ie Freedom and Justice Party (FJP), dan melantik Coptic Christian intellectual Rafiq Habib sebagai naib president bukan timbalan presiden.

Strategi Ikhwanul Muslimin amat berbeza dengan Pas kerana Ikhwanul Muslimin adalah jamaah induk ummah, bergerak seluruh dunia, lebih dari 70 buah negara. Berbeza dengan Pas, terpaksa memikul dua peranan sekali gus tanpa menubuhkan sayap parti politk memandang keadaan dan suasana Mesir/Arab dan Malaysia adalah berlainan.

Tambahan pula, PAS bukan cabang Ikhwanul Muslimin, justeru Ikhwanul Muslimin mempunyai syarat keahlian sedang FJP terbuka.

Kemungkinan juga Dr Dzul ingin menjadikan Pas seperti Freedom and Justice Party (FJP), dan beliau berwala' dengan jamaah induknya IRC..???

Tetapi kami pewaris PAS akan jadi apa..???
Apakah kami terpaksa berintima' dengan tabligh..??? Ataupun Arqam.???

Ataupun kami kembali ke pondok dan berbincang semula penglibatan kami dengan jamaah islamiyyah yang mana satu atau perlu kami tubuh yang baru..??

PAS sudah jadi hanya wadah politik bukan jamaah islamiyyah...!!!

KL Boyz Channel

Tuesday, February 28, 2012

Bertuah Rakyat Selangor..! Penasihat Ekonomi & Penasihat Agama Kedua2nya Hampehh....!!

PENULIS ’buat-buat terkejut’ bila dimaklumkan bahawa suspek pengkhalwat bini orang, Badrulamin adalah juga merangkap Penasihat Agama Menteri Besar Selangor. Sekarang sudah tidak hairan kenapa pusat persundalan di Selangor ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, rupanya sebab Menteri Besar sendiri dinasihatkan oleh orang yang imannya senipis kulit bawang.

Walaupun banyak dikaitkan dengan Exco asal DAP sebagai punca, rupanya Menteri Besar pun ada ‘saham’ juga.

Penulis tambah bimbang bila Menteri Besar sekarang turut memikul portfolio agama Islam. Ditakuti, dengan penasihat agama yang macam ini punya rendah moral, pusat persundalan yang bersepah di Selangor akan dijenamakan semula sebagai ‘pusat kaunseling masalah suami isteri’ , tapi awal-awal subuh adam sahaja.

Siang-siang tak boleh, tak ‘berkat’.

Di samping itu, kes khalwat Badrulamin ini menjadikan Selangor sebagai negeri yang Menteri Besarnya paling ramai mempunyai penasihat dengan masalah moral. Dari penasihat agama sampailah penasihat ekonomi, semuanya tak bermoral belaka.

Ini masalah bila perintah negeri cara tangkap muat. Pandai cakap bunyi-bunyi Arab sikit dah diangkat jadi Penasihat Agama sedangkan ilmunya belum tentu sampai ke mana. Kalau terer sangat. takkan bini orang dengan janda pun tak boleh nak beza?

Let alone kaunseling isteri orang tentang masalah rumah tangga jam 2-3 pagi dalam bilik hotel sambil pakai tuala (taip dalam satu nafas ni tau).

Sebagai orang Islam, penulis malu dengan kejadian yang semacam ini. Nampaknya kejadian yang menimpa Mat Sabu lebih 17 tahun dulu masih lagi tidak cukup kuat untuk menginsafkan orang-orang politik sehingga sekarang. Mat Sabu pun macam itu juga, bini orang yang kemudian ‘dilantik’ menjadi bini no2nya.

Ini belum lagi memikirkan perasaan orang Selangor sekarang. Apa perasaannya mereka agaknya bila maruah negeri itu sebagai negeri termaju di Malaysia (dibawah pimpinan BN) dicalar begitu sahaja dengan perlakuan tidak bermoral pemimpin mereka.

Seorang rakan penulis pernah berkata, dahulu orang nampak Selangor lubuk kerja, sekarang Selangor nampak lubuk juga tapi lubuk dosa. Terima kasih kepada PKR sebab meletakkan Selangor serendah itu tarafnya.

Sudah sampai masanya rakyat Selangor melakukan perubahan kalau tidak mahu keadaan sekarang berlarutan. Apa yang penulis lihat, semua ramuan untuk Selangor ditimpa bala dari Tuhan sudah tersedia.

Tanah banyak yang dah berlubang (skandal pasir), longkang banyak yang dah tersumbat (sanpah tak kutip), tinggal rakyat sahaja. Kalau terus menerus bersengkongkol dengan kepimpinan yang macam ini, penulis tidak terkejut kalau Selangor ditimpa lebih banyak musibah dari Tuhan.

Macam yang berlaku di Kajang, akibat perlombongan pasir sungai tidak terkawal dan penyelenggaraan sampah yang tidak sempurna, bandar yang tak pernah-pernah kena banjir kilat, dilanda banjir kilat yang teruk pada Januari.

Undilah BN, insya allah kita selamat…

myKMU.net

Phewwiiitt...!! Saya Pergi Jumpa Ustaz Badrul Amin Atas Tujuan Mahu Melarikan Diri Daripada Suami....

Wanita yang didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan Pengarah Penerangan kerajaan negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, semalam.

Menurut akhbar Sinar Harian, hari ini, wanita itu juga membuat penafian bahawa beliau berkhalwat dengan pemimpin PKR berkenaan dan tidak berada dalam bilik yang sama.

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!

“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrulamin).Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!” katanya dipetik akhbar itu.

Semalam, wanita berusia 28 tahun itu dari Kolej Komuniti Rompin hadir di mahkamah bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.

Katanya, kerana tindakan khianat itu, Badrulamin bukan sahaja dikurung, malah dibelasah di biliknya oleh pihak yang mahu memerangkapnya.

“Saya pergi menemui ustaz Badrulamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini,” rintihnya kepada Sinar Harian.

Menurut wanita itu, beliau nekad mengemukakan tuntutan cerai kerana kemelut rumah tangganya gagal diselesaikan di sebalik pelbagai usaha.

“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Sebelum ini, Badrulamin juga menafikan dakwaan khalwat itu dan berkata beliau khuatir kes itu akan dijadikan permainan politik kotor oleh Umno.

Monday, February 27, 2012

GEMPAARR…!! Isteri Isteri Badrul Amin Redha Suami Mereka Wajar Dibelasah….?

Nampaknya skrip drama yang cuba didendangkan oleh Sahibul Samahah AL Fadil Ustaz Dr Badrul Amin PKR sudah membelit lehernya sendiri…!

“Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP (Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz) bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.

“Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya,” kata Badrul Amin yang cuba mencari alasan membuktikan beliau adalah mahkluk yang sangat suci bersih walaupun sudah terpalit dengan insiden KHALWAT bersama isteri orang pada jam 2 pagi di Swiss Garden Resort Kuantan Pahang….

Al kisah…..! Marilah kita dengar kisah versi Badrul Amin yang menceritakan dongengannya untuk dipercayai oleh juak juak murahan penjilat tegar Anwar Ibrahim…;

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya.

“Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga,” katanya.

Menurut Badrul Amin lagi, wanita berkenaan juga menyatakan hasratnya untuk meninggalkan suaminya tetapi beliau menasihatkannya supaya tidak berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu kemudian datang ke hotel penginapannya bersama anaknya. Badrulamin berkata atas rasa bertanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu mereka mendapatkan bilik penginapan.

Baca seterusnya...., klik sini

Lagi Bagus Dr Badrul Amin Berhenti Berdakwah Aje Lah Kalau Nak Berhujah Dengan Blogger Pun Boleh Kantoi....!!

Seperti biasa , apa sahaja yang kena atas batang hidung mereka semuanya, fitnah, jerat, perangkap , konspirasi dan yang lain-lain yang sewaktunya.

Bila kena atas batang hidung Umno walaupun terang-terangan fitnah mereka tetap kata itu benar dan fakta.

Ini pula kisah seorang blogger minuman kanak-kanak yang pro PKR.

Dalam usahanya untuk mempertahankan Badrulamin, blogger minuman kanak-kanak berkenaan melontarkan beberapa soalan untuk meragukan orang ramai.

SEJAK semalam, hampir semua pimpinan KEADILAN telah berkumpul di Kuantan Pahang untuk sama-sama menyertai Himpunan Anti Lynas, atau lebih dikenali sebagai Himpunan Hijau yang bakal diadakan Ahad ini.

Adakah Dr Badrul Amin memilih untuk berbuat jahat di kala beliau bersama-sama menginap dengan hampir semua pimpinan KEADILAN di Hotel yang sama?

Jika beliau ada niat berbuat jahat, mengapa beliau membawa isterinya bersama-sama ke Kuantan?

Mengapa Ust Badrul tidak dibawa ke balai Polis? Kerana pagi tadi beliau dilihat ada bersama-sama pimpinan yang lain.

Itu cerita dan soalan daripada blogger berkenaan.

Sekarang kita lihat pula apa yang Badrulamin kata seperti yang dilaporkan oleh malaysiakini

Menurut Badrulamin lagi, wanita berkenaan juga menyatakan hasratnya untuk meninggalkan suaminya tetapi beliau menasihatkannya supaya tidak berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu kemudian datang ke hotel penginapannya bersama anaknya. Badrulamin berkata atas rasa bertanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu mereka mendapatkan bilik penginapan.

“Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

“Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.

“Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai JAIP tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik,” katanya.

Badrulamin dilabelkan sebagai seorang ustaz oleh orang-orang PKR , PAS serta DAP. Sebagai seorang ustaz maka Badrul tahu hukum berdua-duaan dengan wanita bukan muhrim ditempat yang boleh menimbulkan syak wasangka yang buruk walau apa pun sekali alasannya. Melainkan dalam keadaan atau tempat yang boleh dikategorikan sebagai darurat.

Jika blogger minuman kanak-kanak berkata isteri Badrulamin ada bersamanya, mengapakah Badrulamin tidak mengajak isterinya bersama-sama untuk menguruskan masalah wanita berkenaan ?

Jika tidak mahu mengajak isterinya sekalipun , mengapakah Badrulamin tidak mengajak pimpinan-pimpinan wanita PKR untuk menemaninya bagi mengelakkan timbulnya fitnah ke atas dirinya ?

Badrulamin berkata lelaki-lelaki yang datang bersama suami wanita berkenaan memukulnya sehingga pihak keselamatan tiba.

Kenapa Badrulamin tidak buat laporan polis ?

Kalaulah kena atas diri kita, jika kita tangkap isteri kita bersama lelaki lain jam 2-3 pagi ditempat yang boleh menimbulkan syak wasangka buruk, adakah kita nak peluk cium lelaki berkenaan ?

Kredit to Blogger Rbf Online

Peniaga Terima Notis Palsu Arahkan Mereka Tutup Perniagaan Semasa Kunjungan Najib...!!

Sembilan peniaga di Jalan Kee Ann dan Jalan Bunga Raya di sini yang sepatutnya menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program walkabout sekitar kawasan itu esok, dikejutkan dengan notis mengarahkan mereka menutup perniagaan selama dua hari.

Notis mengggunakan logo Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu diterima peniaga terbabit pada Selasa lalu yang meminta mereka menutup perniagaan bermula hari ini dan esok.

Notis itu dipercayai diedarkan pihak tertentu dalam usaha mensabotaj program walkabout sempena lawatan Perdana Menteri ke negeri itu esok.

Datuk Bandar Melaka, Zainal Abu berkata, pihaknya hanya mengeluarkan surat meminta mereka menjaga kebersihan sempena lawatan Najib.

"Tidak masuk akal langsung jika kita mengeluarkan notis tersebut kerana program walkabout Perdana Menteri di situ ialah untuk bertemu dengan rakyat yang memerlukan penglibatan peniaga di kawasan itu.

"Ini mungkin kerja pihak-pihak tertentu yang cuba mensabotaj sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri sempena lawatan beliau," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, Zainal berkata, pihaknya telah mengedarkan sekeping surat kepada semua peniaga di kawasan itu meminta mereka mengabaikan notis tersebut.

"Kita edarkan surat ini bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan peniaga dan mahu mereka meneruskan perniagaan seperti biasa sempena lawatan Perdana Menteri esok," katanya.

Wednesday, February 22, 2012

Anwar Lebih Sesuai Debat Dengan Saiful - Tengku Adnan

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak cadangan pembangkang supaya beliau mengatur perbahasan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan tiada keperluan untuk itu.

Beliau berkata pakatan pembangkang sengaja mewujudkan provokasi berdasarkan perbahasan yang diadakan sebelum ini bagi mempolitikkan usaha kerajaan dan kemudian membuat fitnah terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak nampak sebarang keperluan untuk debat antara Datuk Seri Najib dan Anwar tetapi sekiranya Anwar mahu berdebat, saya boleh mengaturkan untuk beliau berbahas dengan bekas pembantunya sendiri iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan," katanya dalam satu temu bual yang disiarkan Umno-Online hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang memintanya mengatur perbahasan antara Perdana Menteri dengan Anwar.

"Apa yang mahu didebatkan antara Perdana Menteri dengan Anwar kerana pembangkang hanya akan menjadikan ia sebagai medan politik semata-mata dan bukannya membincangkan apa yang patut dibicarakan. Pakatan pembangkang sendiri tidak mempunyai tujuan atau sebab munasabah sehingga debat perlu diwujudkan," katanya.

Dalam temu bual itu, Tengku Adnan turut mengulas perbahasan antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Sabtu lepas, yang menurutnya dibuat bagi membincangkan permasalahan dalam masyarakat Cina di negara ini.

Tengku Adnan berkata perbahasan antara Dr Chua dan Lim itu juga telah membolehkan orang ramai menilai sandiwara pembangkang yang gemar mempolitikkan isu tertentu dan menyimpang daripada landasan perbincangan. BERNAMA

Tuesday, February 21, 2012

Anwar Kata Umno Laga-Lagakan Dia Dengan Nik Aziz...

Anwar Ibrahim mendakwa Umno sengaja melaga-lagakan hubungan beliau dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila mensensasikan kenyataan kontroversinya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Menurut Ketua Pembangkang itu, Umno menggunakan media arus perdana untuk menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan penyokong PAS dan umat Islam terhadapnya.

"Mereka hentam Anwar besar-besar dan sekarang mereka nak laga-lagkan saya dengan Tok Guru Nik (Abdul) Aziz.

"Mereja nak laga-lagakan saya buat apa? Saya pergi ke Johor, ada kain rentang tulis kononnya Anwar tak sokong Nik Aziz. Pemuda Umno kata begitu," katanya di sini Isnin malam.

Beliau berkata demikan dihadapan kira-kira 1,500 penyokong pembangkang pada ceramah penjelasan isu Israel-Palestin di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak, di sini.

Baru-baru ini Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menggesa Anwar menarik balik kenyataan menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan Israel dalam The Wall Street Journal (WSJ) atau mengambil tindakan undang-undang.

Bagaiman Anwar sekali lagi menegaskan pendiriannya berhubung isu Israel-Palestin adalah selari dengan suara rakyat Palestin mutakhir ini melalui Hamas dan Fatah dengan syarat tentera Israel perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

"Pendirian saya selari dengan pendirian Hamas dan Fatah. Kalau nak iktiraf Israel, saya katakan prasyaratnya berat. Adakah Israel nak undur, nak serah Baitulmuqaddis?

"Kalau tidak, tak boleh ada hubungan (dengan Israel)," katanya.

Don't Waste Our Time...!

Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak sebarang keperluan untuk mengadakan sesi perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, perdebatan itu hanya membuang masa dan tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat negara ini.

"Tiada faedah debat dengan Anwar kerana kita tahu pendiriannya dan dia seperti sesumpah yang boleh bertukar warna pada bila-bila masa saja.

"Apabila dia bersama kaum Cina dia akan menjadi segala-galanya, apabila bersama kaum India, dia akan menjadi seperti orang India dan apabila bersama orang Islam, dia akan bercakap mengenai Islam.

"Apa yang dia dan pengikutnya mahu ialah menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, jadi saya berpendapat tiada guna dan tak ada faedah (berdebat)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Perkasa Bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Beliau mengulas desakan pembangkang yang mahu Najib berdebat dengan Anwar seperti Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berdebat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Sabtu lalu.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Dalam pada itu, ditanya debat antara MCA-DAP itu, katanya, rakyat Malaysia belum bersedia untuk berdebat kerana masih diselubungi sentimen prejudis pada pemikiran masing-masing berbanding rasional sesuatu isu.

"Debat bolehlah seronok orang tengok, tetapi kesan tidak ada. Kalau lakukan tiada kesan ia hanya memburukkan lagi keadaan kerana masing-masing berpegang pada pendirian masing-masing.

"Rakyat Malaysia tidak matang seperti rakyat Amerika. Tetapi di Amerika sekali pun, apabila debat diadakan pada pemilihan Presiden ia hanya menunjukkan kebodohan calon itu," katanya.

Sementara itu, ketika mengulas pertemuan bersama Perkasa, beliau melahirkan rasa kesal dengan keadaan orang Melayu sekarang yang tidak boleh bercakap soal Melayu secara terang-terangan kerana khuatir dicap rasis.

"Jadi, kita kena buat perjumpaan secara rahsia apabila hanya mahu bercakap tentang masalah Melayu.

"Agak menyedihkan dalam negara yang bercakap mengenai kebebasan bersuara dan liberal, tetapi kita tidak boleh cakap langsung mengenai kita sendiri sebab rasis," katanya.

Ditanya kepentingan perbincangan di kalangan orang Melayu setelah berpecah kepada tiga parti, katanya, perkara tersebut sukar direalisasikan kerana ia akan dituduh sebagai rasis.

"Ada sesetengah kata pasal Islam mungkin tidak rasis tapi tidak boleh cakap satu subjek iaitu Melayu," katanya.

Monday, February 20, 2012

Saya Sentiasa Pelihara Akidah....!

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau sentiasa memelihara akidah sebagai seorang Islam ketika menghadiri upacara penganut agama lain, sesuai dengan tanggungjawab memimpin semua lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kepercayaan.

Perdana Menteri berkata, tanggungjawab menghormati agama lain perlu diamalkan oleh setiap individu terutama penganut Islam selagi ia tidak bercanggah dengan akidah.

"Kalau sedemikian rupa caranya, insya-Allah umat dan agama Islam akan lebih dihormati. Begitu juga dengan kepimpinannya akan membawa rahmat bukan saja kepada umat Islam tetapi juga yang bukan Islam sebagai rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada penutupan program Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.

Najib menyentuh perkara itu bagi menerangkan teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai kehadiran beliau ke sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves di sini, baru-baru ini.

Kata Perdana Menteri, beliau telah pun menerangkan kepada Harussani bahawa kehadiran beliau hanya melibatkan kawasan pekarangan dalam dewan sahaja.

Menurut Najib, ucapannya pada majlis itu pula hanya menyentuh mengenai pembangunan sosioekonomi masyarakat India dan beliau langsung tidak terlibat dengan upacara keagamaan Hindu.

"Jadi Harussani pun kata ia tidak bertentangan dengan hukum syarak dan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan saya berterima kasih kepada beliau," katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta supaya golongan ulama, cendekiawan Islam serta penulis maya bergabung sebagai satu benteng kukuh dalam mempertahankan kepentingan dan maruah Islam di Malaysia.

Menyedari kepentingan itu, Perdana Menteri berkata, tiga kumpulan berkenaan perlu lebih peka dan prihatin terhadap perkembangan semasa dan perubahan dasar kerajaan supaya setiap maklumat dapat disampaikan dengan tepat dan berkredibiliti.

"Justeru berjihad dalam menyebarkan kebenaran dan menegakkan syariah Islam sama ada melalui penulisan atau percakapan hendaklah dimulai dengan niat yang ikhlas, beramanah, maklumat yang jujur dan tepat, serta tidak mengelirukan pihak yang mendengarnya," katanya.

Perjuangan PKR Tidak Menguntungkan Kepentingan Islam....

Datuk Seri Najib Tun Razak meminta umat Islam memilih kerajaan yang mampu menjamin, memelihara serta memartabatkan kesucian agama Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Perdana Menteri berkata, perkara tersebut perlu diambil perhatian serius oleh setiap umat Islam kerana hanya melalui kuasa politik sahaja yang mampu melindungi agama suci itu.

Sehubungan itu, menurut beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang jelas perjuangan mereka tidak menguntungkan kepentingan Islam, sebaliknya lebih memberi faedah kepada DAP.

‘‘Politik amat penting kerana ia melibatkan kuasa. Kuasa boleh menentukan segala-galanya. Oleh itu, buatlah pilihan yang tepat apabila sampai masanya.

‘‘Kesimpulannya juga mereka yang mengundi pakatan pembangkang (Pas dan PKR) bukan menguntungkan parti yang diundi tetapi memberi manfaat kepada parti yang tidur sebantal dengan mereka. Saya fikir para penulis maya boleh menterjemahkan apa yang saya maksudkan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Program bertemakan ‘Bermuafakat Mentransformasikan Ummah’ itu dianjurkan oleh Kelab Sahabat Bina Negara (KSBN).

Turut hadir Presiden KSBN, Mohamad Khairudin Mohamad dan 300 peserta terdiri daripada para ulama, ahli gerakan Islam, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penulis-penulis maya.

Di dalam ucapannya itu, Najib turut menyatakan komitmennya untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam termasuk memastikan undang-undang yang memelihara kesucian Islam serta umatnya terus dikekalkan.

‘‘Kita sekarang menghadapi pelbagai cabaran yang getir. Kita juga sedang berhadapan dengan kenyataan-kenyataan oleh pemimpin tertentu sehari dua ini yang kita anggap sebagai suatu yang mungkin ‘pelik bin ajaib’, ‘ajaib bin pelik.’

‘‘Antaranya kenyataan beliau bahawa undang-undang seksual negara kita perlu dipinda kerana sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Persoalannya adakah undang-undang Allah yang diterjemahkan dalam bentuk undang-undang manusia (melarang hubungan sejenis) sudah lapuk ditelan zaman?’’ soalnya.

Beliau berkata, kenyataan seumpama itu sungguh pelik kerana Singapura yang bukan sebuah negara Islam turut mempunyai undang-undang sama.

‘‘Malah, dalam satu tinjauan dibuat dalam kalangan rakyat Singapura, mereka kata undang-undang tersebut tidak perlu dipinda. Di Singapura tidak perlu dipinda, tetapi ada pemimpin di sini yang hendak meminda undang-undang itu,’’ katanya.

Menurutnya, begitu juga dengan kenyataan pemimpin terbabit mengenai Israel dan perjuangan rakyat Palestin.

‘‘Sekiranya keselamatan rakyat Palestin duduk lebih rendah daripada keselamatan negara Israel, itu sudah menjadi sesuatu yang pelik,’’ katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, semua pihak harus bersedia untuk menghadapi PRU-13 pada bila-bila masa.

‘‘Kita akan menghadapi PRU-13 pada bila-bila masa. Ada orang kata tidak lama lagi, macam-macam ramalan. Sebab itu, kita perlu beritahu kepada orang Islam pilih parti dan pemimpin yang dapat menjamin dan boleh memartabatkan kesucian agama Islam,’’ ujar beliau.

Sunday, February 19, 2012

Sanggup Buat Ape Saje...!!


Pemimpin pembangkang lebih pentingkan parti daripada perjuangan Islam, malah sanggup menyokong tindakan kejam Israel untuk memastikan pakatan politik mereka tidak tergugat, kata bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau turut menyelar tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang bersetuju serta terpengaruh dengan kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong kewujudan Israel dan sebarang usaha melindungi keselamatan negara itu dalam akhbar antarabangsa The Wall Street Journal.

"Kalau terpaksa memihak kepada Yahudi pun, mereka (pembangkang) akan memihak kepada Yahudi, sedangkan orang ini dulunya begitu keras, kononnya berjuang demi Islam, khususnya Nik Aziz (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat),” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz semalam, yang menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai pendirian Parti Keadilan Rakyat.

“Saya katakan terus terang... dia (Nik Aziz) tak boleh nak kecam Anwar kerana membuat dakwaan tersebut, dan hari ini pulak, kita baca dalam akhbar dia (Nik Aziz) cuma nasihat sahaja, bukan dia arah.

"Ini tidak akan memecahkan Pakatan Rakyat, pasal yang lebih utama bukan Islam, tetapi pakatan yang lebih utama. Kalau terpaksa sokong Israel kerana nak kekal, Pakatan akan sokong Israel,” katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini hari ini. - BERNAMA

Saturday, February 18, 2012

Ibrahim Ali Akan Bertanding Pada PRU-13

Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini namun belum menetapkan kawasan yang akan ditandinginya.

Beliau berkata, sama ada dirinya akan mewakili mana-mana parti, atau terus kekal sebagai calon bebas juga akan ditentukan kemudian.

"Mungkin juga akan bertanding di Pasir Mas (untuk mempertahankan kerusi) dan itu nanti akan diumumkan kemudian," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina di sini, malam Jumaat.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon bebas menggunakan tiket PAS setelah menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Ahmad Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.

Ibrahim yakin sokongan masyarakat terhadapnya tidak susut, terutama bukanMelayu, walaupun beliau kini menerajui Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) yang dilihat sesetengah pihak sebagai mewakili satu bangsa sahaja.

"Anda boleh lihat sokongan masyarakat Cina di sini dan saya rasa faktor sokongan ini juga antara faktor untuk saya bertanding," katanya. - BERNAMA

Itu Dia Punya Pasal – Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yang dilihat tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

“Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan parti itu tidak berhasrat mengadakan rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Good Try Gurkha Gurkha Anwar Ibrahim... But Sorry To Say, U oLz GAGAL..!!

Ha....,haaa...., haaaaa!! Memang kantoi la cybertroppers Pakatan yang nak buat kerja gilerr nak fitnah Datuk Sri Najib.

Buat super impose tapi tak berjaya, kantoi lagi..!

Skandal Yb Suhaimi Adun Sri Muda...?

Kelihatan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim menemui jalan buntu untuk mengambil tindakan susulan berkenaan isu Penyelewengan pasir melibatkan Operasi perniagaan dan perlombongan pasir oleh syarikat milik kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB).

Malah desakan yang sama sewajarnya diambil segera agar menggantung atau menasihatkan 2 ADUN PKR Negeri yang didakwa terlibat dalam kes ini meletak jawatan mesti disegerakan lantas di bawa ke muka pengadilan. Ini yang acap kali menjadi teriakan anjing2 PKR tatkala membuat pertuduhan tanpa sebarang bukti terhadap pimpinan2 Kerajaan.

Akan tetapi, bezanya kali ini, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor ada bukti dan fakta jelas berbentuk dokumen penglibatan ADUN Seri Muda YB. Shuhaimi dan ADUN Batu Caves YB. Amiruddin terlibat secara terus dalam penyelewengan tersebut.

Lebih mengejutkan Khalid Ibrahim, Noh Omar turut mencadangkan dirinya diheret ke Mahkamah menerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) bagi mendedahkan bukti2 tersebut.

Jauh jika dibezakan dengan beberapa ekor Lembu PKR yang cuba membuat pertuduhan terhadap Pimpinan Kerajaan Pusat akan tetapi tiada bukti jelas dipaparkan bersama malah kecut teloq tatkala diasak mengemukakan ianya di Mahkamah. Hanya sekadar laporan polis yang mereka sendiri mendakwa tidak telus.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, mencadangkan kerajaan negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mengadakan "Mahkamah Rakyat" atau inkuiri berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor.

"Adakah Menteri Besar berani, adakah Menteri Besar akan letakkan jawatan, pecat EXCO atau pegawai yang bertanggungjawab atau tutup KKSB (jika terbukti melakukan penyelewengan)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noh memberikan saranan itu sebagai cadangan balas terhadap kenyataan Abdul Khalid semalam yang memintanya bertemu dengan dua Ahli Lembaga Pengarah Bebas KKSB daripada Transparency International untuk memberikan keterangan dan bukti mengenai dakwaan penyelewengan dan rasuah di dalam operasi KKSB.

Beliau yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani membicarakan soal yang menjadi salah satu jeritan mereka meletakkan MAHKAMAH RAKYAT sebagai gelanggang kebenaran dan sewajarnya Kerajaan pimpinan PKR menyahut cabaran membuktikan ketelusan mereka menerusi pertuduhan ini terlebih dahulu.

"Biarlah rakyat menjadi hakim dan mendengar hujah kedua-dua pihak secara langsung dan terbuka tanpa putar belit politik," katanya.

Sebelum ini, salah seorang Pemimpin PKR iaitu MP Kapar S.Manikavagasam yang didakwa telahpun dibawa ke peringkat inkuiri SELCAT.

Namun laporan mengesahkan bahawa inkuiri itu berlangsung pada 2 dan 3 Jun 2010 akan tetapi Manikavasagam tidak dibenarkan mengemukakan dua orang saksi utamanya.

Lantas secara drastik Pengerusi SELCAT, Datuk Teng Chang Khim dilihat menggunakan kuasanya membuat keputusan tiada penyelewengan berlaku. Dan sudah pasti keputusan akan sebaliknya berlaku apabila 2 saksi ini diterima mengemukakan fakta.

Blogger Gelombang Rakyat

Thursday, February 16, 2012

Datuk Syed Ali Pernah Gagal Mengurat Shahrizat Jalil...?

Datuk Syed Ali Alhabshee meminta semua ahli politik mengambil perhatian terhadap kredibiliti masing-masing sekiranya di kalangan mereka dibelenggu oleh sesuatu isu.

Ketua Umno Bahagian Cheras itu mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu yang menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar “jangan sayang kepada jawatan.”

Nasihat Dr Mahathir itu ekoran kemelut yang melanda Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang membabitkan suami dan anak-anak Shahrizat.

Syed Ali yang menjadikan Shahrizat sebagai contoh berkata, peletakan jawatan bukannya bermaksud diri seseorang anggota kabinet itu bersalah.

“Jika mengikut undang-undang, Shahrizat mungkin tidak bersalah dalam hal ini (PFN) tetapi jika dilihat secara dasar politik, ia melibatkan kabinet.

“Ini kerana beliau masih menjadi menteri dan PFN mempunyai kaitan dengan suami dan anak-anaknya. Beliau patutnya tahu bila perlu meninggalkannya (kabinet),” katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Syed Ali sebelum ini beberapa kali menggesa Shahrizat agar meletakkan jawatan sebagai menteri dan mempersoalkan kenapa Ketua Wanita Umno itu terlalu sayangkan jawatannya itu.

“Orang politik biasanya bila sudah ada jawatan, susah hendak lepaskan. (Sharizat) lepaskanlah jawatan (menteri) itu. Beliau masih ada jawatan sebagai Ketua Wanita Umno kerana masih mempunyai sokongan daripada ahli-ahlinya,” katanya.

Syed Ali bagaimanapun berkata, gesaan supaya Sharizat meletakkan jawatan sebagai menteri itu bukan disebabkan terdapat pihak yang hendak menjatuhkan Menteri itu.

Lamanyer Nik Aziz Tido.....!

Pas hari ini mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga meminta Anwar supaya menyaman WSJ sekiranya kenyataan tersebut telah diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam.

"Jawatankuasa Agung dan Majlis Syura membuat keputusan meminta saya mengirim surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataannya mengenai Israel sebagaimana yang disiarkan dalam WSJ.

"Sekiranya kenyataan WSJ tidak tepat, kita harap Anwar menyaman WSJ. Saya telah menandatangani surat di Kuala Lumpur semalam dan insya-Allah surat itu akan dihantar oleh Setiausaha Majlis Syura selepas ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis makan malam bersama Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan di Hotel GRV di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Anwar dalam wawancara dengan WSJ baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjaga keselamatan negara Israel.

Ia telah mencetuskan bantahan umat Islam, malah ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar itu termasuk diplomat negara-negara Islam antaranya Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Azeez Abughoush.

Menteri Besar itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai pendapat banyak pihak bahawa Anwar mengeluarkan kenyataan itu hanya untuk menarik sokongan dari negara asing.

"Bila kita bersahabat kewajipan kita adalah tegur-menegur, apa yang kita tengok kawan kita tidak betul kita tegur, apa yang kawan kita tengok kita tidak betul dia tegur kita, itu ajaran agama.

"Saya telah tunaikan tanggungjawab sebagai seorang kawan dan Mursyidul Am Pas supaya dia tarik balik kenyataannya mengenai Israel kerana Israel ini negara haram. Saya telah sebut kepada Duta Amerika Syarikat ketika dia datang ke pejabat saya dua tahun lepas, saya kata kalau selipar Jepun sekali pun tidak ada hak untuk ambil negara kita, inikan pula negara Palestin. Siapa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pandai-pandai bahagi dua bumi Palestin," katanya.

Monday, February 13, 2012

Sesiapa Sambut Valentine's Day Akan Ditangkap...!!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta semua Jabatan Agama Islam Negeri menguatkuasakan tindakan yang perlu diambil terhadap pasangan Islam bukan mahram pada Hari Kekasih yang disambut pada malam ini atau esok.

Beliau berkata ini kerana Hari Kekasih bukan amalan umat Islam.

"Kita bergerak serentak di seluruh negara untuk menguatkuasakan peraturan dan tindakan yang perlu bagi hal-hal yang berkaitan dengan memperingati kekasih ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada masjid Negeri Sembilan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di Seremban, hari ini.

Katanya pelbagai bentuk dakwah, nasihat, pandangan, kenyataan dan sebagainya telah disampaikan mengenai Hari Kekasih ini kerana ia bukan amalan umat Islam.

"Yang kita bimbang ialah bukan soal kekasih dalam pengertian suami isteri, tapi biasanya bukan suami isteri. Yang ini, selain daripada nasihat, tindakan juga perlu dibuat," katanya.

- Bernama

Yb Khalid Samad Tak Marah Ker Bila Anak Nik Aziz Belasah Karpal Singh...?

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz hari ini menyelar tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.

Sambil meminta Karpal belajar menghormati agama lain, Nik Abduh turut menegaskan peguam itu sepatutnya tidak memaksa pandangannya diterima oleh orang lain.

“Ia bukan hanya pendirian Pas, ia pendirian semua umat Islam. Semua pihak mesti terlibat mendidik dan menyeru umat Islam kepada kebaikan beragama.

“Mencegah kemungkaran adalah kebaikan yang dipromosi agama secara unggul. Dalam diri umat Islam ada agama. Ia hak tertinggi. Justeru, mendidik umat agar menghormati ajaran agama adalah hak asasi umat Islam.

“Karpal kena belajar walau sudah tua untuk menghormati agama lain, bukan memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain. Politik bukan mahkamah,” katanya menerusi status terkini di laman sosial Facebooknya hari ini.

Kenyataan Nik Abduh itu dipercayai berkait dengan tindakan Karpal yang menggesa Pas menarik balik pendirian membantah sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini kerana ia mempromosikan aktiviti tidak bermoral.

Karpal seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar hari ini dipetik berkata, pendirian Pas itu tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum dan disambut hampir di semua negara.

Menurut Karpal, DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih bukan satu langkah yang baik dan tindakan Pas juga bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.

Dewan Pemuda Pas pada 7 Februari lalu, menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih termasuk dengan menyiarkan iklan anti sambutan hari tersebut bagi mencegah umat Islam menyambutnya.

BN Akan Terus Kekal....

Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) mampu bertahan sebagai parti pemerintah dengan syarat semua pemimpinnya bersikap lebih bertanggungjawab membela nasib rakyat.

Hakikatnya, beliau berkata, kelangsungan BN amat bergantung kepada keupayaan pemimpinnya untuk memberi kebahagiaan kepada rakyat dan bukannya menjadikan kedudukan mereka batu loncatan untuk hidup mewah.

“Nanti kita tengok, kalau BN sedar dan betulkan diri, mungkin BN boleh kekal. Mereka harus sedar bahawa menjadi pemimpin tidak bermakna mereka boleh hidup senang-lenang.

“Mereka kena tentukan rakyat mendapat kebahagiaan hidup daripada kepimpinan, saya yakin BN akan survive,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa; Kepimpinan dan Perubahan Sosial Dalam Dunia Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pemerhati politik, Ong Kian Ming yang mengatakan BN tidak akan dapat mempertahankan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang disiarkan portal propembangkang, Malaysiakini.com.

Jelasnya, walaupun BN menunjukkan prestasi yang semakin baik, para pemimpin harus mengambil iktibar daripada kemerosotan sokongan pada PRU-12 lalu.

“Kita nampak macam mana prestasi mereka pada pilihan raya 2008. Sebelum itu UMNO mendapat 90 peratus sokongan daripada rakyat kerana rakyat masih mempunyai kepercayaan,” katanya.

Kemerosotan itu menurutnya, ada kaitan denganbeberapa perkara yang berlaku di dalam kerajaan antara 2004 dan 2008 sehingga rakyat tidak berpuas hati dengan BN dan parti-parti komponennya.

“Kita kena ingat seorang pemimpin yang terlalu mementingkan anak dan menentukan apa semua, orang itu tidak akan dipilih.

“Keadaan semakin baik sekarang, cuma agak susah nak perbaiki benda yang sudah rosak,” katanya.

Diminta mengulas kenyataan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berhubung dakwaan wujudnya rasuah politik di dalam UMNO, beliau tidak menafikan perkara itu wujud.

“Ini adalah beberapa perkara di dalam UMNO yang menimbulkan masalah kerana pemimpin tidak dipilih berdasarkan kemampuan tetapi kemampuan untuk membayar.

“Saya tidak bersetuju dengan Abdul Kadir, tetapi itu adalah fakta,” katanya.

Elizabeth Wong Lari Dari Kena Soal Wartawan Pasal Hilmi....


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mengelak untuk bertembung dengan wartawan yang menunggunya di luar pintu bilik Mesyuarat Exco yang terletak di tingkat 20, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini semalam.

Malah Elizabeth yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri itu dilihat tergesa-gesa meninggalkan bilik mesyuarat melalui pintu lain.

Ekoran itu, usaha wartawan menunggu selama lima jam untuk mendapat reaksi Elizabeth. 40, mengenai penahanan bekas teman lelakinya, Hilmi atau Azmin Helmi di Batam, Indonesia pada 3 Februari lalu kerana kesalahan menggunakan dokumen palsu berakhir dengan kehampaan. - Kosmo Online

Hilmi Malek Pakwe Elizabeth Wong Berawajah Baru.....


Hilmi Hazimin Malek yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth Wong sejak tiga tahun lalu dikesan mengubah penampilannya sepanjang berada di Indonesia.

Hilmi (gambar), 37, menyimpan jambang dan janggut serta tidak mempunyai misai ketika ditahan pihak Imigresen Indonesia di Pulau Batam.

Sumber berkata, Hilmi ketika berada republik tersebut juga mengubah cara pemakaian supaya kelihatan lebih matang.

Menurutnya, ketika disiasat Hilmi mengaku dia adalah Hilmi Hazimin dan bukan Azmin Helmi seperti dalam dokumen palsu.

"Hilmi turut mengaku dia orang yang dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana pengedaran gambar bogel Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam laporan sebuah portal dari negara jiran itu Sabtu lalu, rakyat Malaysia tersebut yang dikenali sebagai 'Azmin Helmi', 37, ditahan oleh pegawai Imigresen Indonesia di Batam sehari sebelum itu kerana memiliki dokumen palsu.

Lelaki tersebut yang dikesan mempunyai alamat di Ampang, Selangor dan dilahirkan pada 27 Mac 1975 dikatakan mempunyai kad pengenalan Indonesia dan kad keluarga palsu dan dikeluarkan di Batam selain kad kelahiran palsu daripada Karimun.