Saturday, December 31, 2011

Tahun 2012 Yang Malang Buat Anwar Ibrahim....

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang melancarkan kempen Bebas Anwar 901 boleh dianggap satu perbuatan melampau.Adalah jelas matlamat utama tindakan berkenaan ialah untuk menyeret rakyat sekali lagi terutamanya golongan mahasiswa yang masih mentah soal politik turun ke jalanan mengadakan demonstrasi pada 9 Januari ini.

Sememangnya tarikh berkenaan dianggap penting bagi puak pembangkang kerana ia penentu nasib kepada perjalanan kehidupan pemimpin sanjungan mereka iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penasihat PKR itu akan mengetahui nasibnya sama ada akan dibebaskan atau dihukum atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.PKR sengaja melancarkan kempen tersebut bagi memberi gambaran kononnya Anwar teraniaya dan dianiaya, oleh itu beliau perlu dibela.

Kita tidak perlu berhujah sama ada tindakan PKR itu wajar atau tidak kerana mereka tidak akan mempedulikan semua itu, apa yang ada dalam benak fikiran mereka ialah mencetuskan demonstrasi biar pun ia akan berakhir dengan huru-hara.

Adalah sesuatu yang malang apabila ketenteraman ibu negara akan digugat lagi oleh kelompok berkenaan, sebelum ini warga kota sudah cukup rimas apabila pada 9 Julai lalu, PKR juga turun ke jalanan menyertai perhimpunan haram Bersih.

Kenapakah perlu mengadakan demonstrasi? Bukankah Anwar telah diberi peluang membela diri dengan barisan peguam yang hebat-hebat belaka..?

Sepatutnya mereka menyerahkan kepada mahkamah sepenuhnya untuk mempertimbangkan segala hujah dan bukti yang dibentangkan.Golongan mahasiswa ini dikatakan akan bergabung pula dengan sekelompok penyokong pembangkang yang minda dan mata mereka sudah ditutup untuk melihat kebenaran.

Atas sebab itulah, perancangan melalui kempen Bebas Anwar 901 ini tidak harus dibiarkan. Tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa bermula daripada sekarang bagi memastikan tiada kejadian buruk berlaku pada 9 Januari ini.

Kita percaya kempen berkenaan bermotif politik dan sama sekali tiada kaitan dengan soal menegakkan keadilan. Kalau hendak bercakap soal keadilan Anwar sudah pun mendapat keadilan apabila beliau dibicarakan secara adil di mahkamah terbuka.

Justeru serah sahaja kepada mahkamah untuk membuat keputusan dan bukannya awal-awal lagi merancang sesuatu tindakan yang dianggap tidak bertamadun serta tidak bersesuaian dengan budaya rakyat negara ini.

Kredit to Blogger Mat Kilau Penang

Betul Ker Datuk Seri Reezal Merican Buat Hal...??

Anak kelahiran Pulau Pinang bernama Adam Adli Abdul Halim mengecam tindakan Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican kerana mengugut ibu bapanya demi memperbaiki imej Umno BN yang kian dipersoal oleh rakyat belakangan ini.

Ugutan itu, menurut mahasiswa tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkenaan gara-gara beliau menurunkan bendera muka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan PWTC pada 17 Disember lepas.

Beliau berkata Reezal bertindak demikian selepas gagal memujuk keluarganya untuk memberi tekanan psikologi kepadanya.

“Selepas saya menerima banyak ugutan daripada samseng-samseng Umno, tidak mungkin ibu bapa saya menerima ugutan Reezal Merican (supaya) saya minta maaf secara terbuka kepada Umno.

“Saya tak buat salah, buat apa saya minta maaf. Saya bukannya buat salah. Kalau nak anggap ini (turun bendera) biadap, mereka lebih biadap (kerana) fitnah saya guna (akhbar) Utusan (kononnya) saya koyak bendera (muka Najib) dan dedah (gambar) gay mirip muka saya di internet lebih biadap,” ujarnya semalam di Komtar, George Town.

Beliau yang juga anak kelahiran Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi kecewa kerana Reezal yang juga pemimpin Umno tempatan, di sini, sanggup mengugut beliau sekeluarga.

Pendedahan terbaru itu disuarakan selepas Solidariti Mahasiswa Untuk Kebebasan Akademik (Bebas) menyerahkan Memorandum 6 Tuntutan Mahasiswa kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. - Sumber

Apa Sudah Jadi Chua Soi Lek...?

Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

Eng berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.

Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.

Anwar Ibrahim...., You Tak Gentle Lah...!!

Anwar Ibrahim diingatkan supaya menghormati sistem perundangan negara dan tidak 'mengheret' rakyat untuk terlibat dalam kes-kes berkaitan peribadi beliau.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara berkaitan perundangan dan kehakiman tidak seharusnya menjadi bahan politik atau polemik.

"Biarlah mahkamah yang menentukan keputusan. Kita tak harus bawa rakyat untuk terlibat dalam kes-kes mahkamah. Ahli-ahli politik yang menjadi ahli Parlimen, sama ada anggota Dewan Rakyat atau Dewan Negara adalah pembuat dasar dari segi perundangan.

"Jadi undang-undang itu harus dihormati sebelum kita meminta orang lain menghormati undang-undang. Saya tidak fikir undang-undang itu harus dibawa ke tepi jalan atau demokrasi dijadikan demonstrasi," katanya.

Zahid mengulas rancangan Anwar untuk menggerakkan pengikutnya bagi menjayakan Kempen Bebaskan Anwar 901 di ibu negara pada 9 Januari depan.

Jelas beliau, mengheret rakyat dan berdemonstrasi untuk kepentingan peribadi seperti yang dilakukan Anwar tidak bersesuaian dengan suasana politik di negara ini.

"Kalau rakyat jadi hakim, ia seharusnya ketika pilihan raya umum nanti dan bukan semasa sesuatu keputusan mahkamah itu dilakukan. Kalau diheret semasa keputusan mahkamah, ia seperti mahu membawa rakyat menyanggah apa yang telah diputuskan atau akan diputuskan mahkamah," katanya.

Thursday, December 29, 2011

Setiausaha Agung Pas Dah Jadik Tukang Telek.....

PAS meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan Mac tahun depan dengan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan paling cepat selepas sambutan Hari Tahun Baru Cina pada 23 Januari.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata selepas dibubar, masih ada tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya dan secara kasarnya tarikh berkenaan akan jatuh pada bulan Mac.

Ini termasuk tempoh untuk penamaan calon dan persediaan-persediaan lain, katanya.

"Sebenarnya kita sudah bercakap mengenai perkara ini sudah lama iaitu dua atau tiga bulan lepas. Pilihan raya umum tak akan diadakan pada 2011," katanya kepada Bernama hari ini.

Mustafa berkata BN akan mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan masyarakat Cina pada sambutan Tahun Baru Cina nanti.

Beliau berkata pilihan raya juga perlu diadakan dalam tempoh itu kerana mendakwa kerajaan bimbang dengan krisis ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah akan memberi kesan kepada negara.

Sementara itu, dalam web rasmi PAS, Mustafa berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan laporan media dan ramalan awal tentang status ekonomi negara.

Beliau juga berkata PAS tidak mengharapkan masalah dalaman Umno dan BN untuk menang pilihan raya akan datang.

Tempoh penggal Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada Mac 2013.

Nik Aziz: Boleh Ambil BR1M, Tapi Undi 'Bulan'

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat Kelantan agar jangan menolak Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 yang diberikan oleh kerajaan persekutuan.

"Apa yang diumumkan oleh (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) (bantuan) sebanyak RM500 itu, saya minta rakyat terima.

"Yang gantung (kain rentang) tu mengarut sahaja...nak bagi berapa pun ambil tapi bila mengundi, undi bulan," katanya sambil menafikan beliau ada kaitan dengan tindakan pihak tertentu yang menggantung kain rentang yang tertera gambarnya dan kenyataan bahawa pemberian sebanyak RM500 itu adalah haram.

Pihak tidak bertanggungjawab yang mengantung kain rentang itu berbuat demikian kerana kecewa, katanya kepada pemberita semasa meninjau hakisan akibat ombak besar di kawasan pantai di Bachok, semalam.

Yang Mana Satu Karpal dan Yang Mana Satu Ramasamy...?


Mungkin foto di atas boleh diibaratkan seperti "pertelagahan" di antara Karpal Singh dan TKM2 Pulau Pinang Dr Ramasamy...

Persoalannya siapa buli siapa???

Kalau ditengokkan daripada segi "montel" kedua-dua pun montel...

Mungkin yang kuning tu "Karpal", sebab dia lebih gagah dan "perkasa" maklumlah Pengerusi DAP...

Blogger Bumi Yang

Tuesday, December 27, 2011

Betul Ker Pimpinan Pas Terkena Nasi Kangkang Dap...?


Korang pernah dengar nasi kangkang? Gambar diatas tu bukan cara-cara nak buat nasi kangkang, tapi gaya menggoreng nasi sambil terkangkang.

Nasi kangkang ataupun lebih dikenali dengan nama nasi tangas di sesetengah tempat adalah amalan khurafat segelintir masyarakat Melayu.

Orang kata, sapa yang terkena nasi ni akan jadi bangang dan ikut buta tuli je cakap si pemberi nasi tersebut. Dan sesapa yang terkena ilmu nih, dia tak tahu dah nak beza antara buruk dan baik..

Nampaknya sindrom tu amat sinonim dengan puak-puak pencacai Pakatan.. Gua syak penganut-penganut Pakatan semua mesti dah kena nasi kangkang Anwar.

Memang real beb dorang punya otak lemau tu...

Sebab tu lah kalau korang teliti, puak-puak Pakatan tu bertukar jadi tolol dan percaya apa saja cakap si AnuWar tak kira siang atau malam..

Ada bukti video pun still dorang kata Anwar tu mulia dan beriman.., itu tandanya memang power nasi kangkang Anwar beb..

Benarlah sesungguhnya Anwar tu manusia anugerah Tuhan.. Nasi kangkang dia saja mampu tundukkan berpuluh ribu rakyat Malaysia.. Ayah Pin pun surrender beb.

Blog MPP Online

Kisah Pisang Anwar Ibrahim...!! Penyokong Pakatan Kena Baca Nie..


Ramai mungkin tidak tahu bahawa ada beberapa pemimpin yang pernah menjadi tumpuan media kerana terlibat dengan gejala homoseksual.

Salah seorang daripadanya ialah bekas Presiden pertama Zimbabwe, Canaan Sodindo Banana. Dia yang memegang jawatan tersebut dari April 1980 hingga Disember 1987 merupakan seorang paderi Kristian terkenal....
[Di Malaysia, Anwar boleh membaca khutbah di mimbar masjid]

Rekod baik Banana musnah setelah didakwa meliwat pegawai peribadinya, Jeff Dube. [Di Malaysia, Anwar meliwat Azizan Abu Bakar dan Saiful Bukhari Azlan...]

Ketika era kegemilangannya, Banana bertanggungjawab menyatukan dua parti politik sekali gus membawa kestabilan politik selain mengetuai jabatan agama di sebuah universiti. [Di Malaysia, Anwar berjaya bodohkan PAS untuk menjadi tukang basuh berak pimpinan DAP]

Banana dituduh terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan kegiatan homoseksual pada 1998.

Beliau didapati bersalah atas 11 kesalahan meliwat, cubaan meliwat dan berkelakuan tidak senonoh. Banana dijatuhi hukuman penjara 10 tahun tetapi dipendekkan kepada enam bulan sebelum dibebaskan pada Januari 2001.

Dia akhirnya meninggal dunia akibat kanser. Sehingga akhir hayatnya Banana tetap tidak mengakui beliau terlibat dalam semua pertuduhan walaupun cukup bukti. Beliau asyik berterusan mendakwa itu semua cubaan untuk menjatuhkannya.

Ramai pemerhati melihat keengganan Banana untuk mengakui kesalahannya sebagai terlepas kesempatan terbaik untuk mendapat sedikit penghormatan daripada masyarakat.

Namun apa yang boleh dipuji, Banana tidak menghasut rakyat dan pengikutnya untuk berdemonstrasi di jalanan menentang kerajaan.

Awang sengaja paparkan kisah beliau untuk renungan kita. Ada banyak lagi lagi kisah benar bagaimana kerakusan kepada seks luar tabii dan hipokrasi berterusan, akhirnya membawa seseorang kepada penghinaan yang dahsyat di hujung hayatnya. Ambillah iktibar.

Bisik Bisik Mingguan [Awang Selamat]

Monday, December 26, 2011

Bebaskan Anwar 901 - Nasib Baik Dr Khir Toyo Tak Ikut Sama.....

PKR dan AMK akan mula menggerakkan gerakan Membebaskan Anwar Ibrahim 901. Berdasarkan maklumat yang diterima pada 28 Disember 2011, jam 11 pagi, bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu Kuala Lumpur, akan berlangsung pelancaran 'GERAKAN BEBASKAN ANWAR 901' bertemakan 'tolak fitnah' dan 'lawan konspirasi'.

Nampaknya, PKR dan AMK berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan Ketua Umum mereka daripada dijatuhi hukuman setelah perbicaraan liwat selama lebih tiga tahun berjalan, tidak menampakkan hasil yang baik untuk Anugerah Tuhan itu.

Segala peluang telah diberikan kepada Anwar Ibrahim untuk membuktikan yang dia tidak bersalah. Berbeza dengan Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor yang menghadapi pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa, perbicaraan Anwar Ibrahim merupakan perbicaraan terpanjang yang pernah dikendalikan oleh mahkamah Malaysia.

Khir Toyo telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Bekas Menteri Besar Selangor itu dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan, manakala banglo yang dipertikaikan itu telah disita dan dirampas oleh mahkamah.

Anehnya, Khir Toyo tidak pula menggerakkan sebarang gerakan BEBASKAN KHIR TOYO walaupun dia mampu berbuat begitu memandangkan dia juga mempunyai penyokong yang sangat ramai, terutama dari kalangan Pemuda UMNO.

Keputusan hakim dalam kes Anwar Ibrahim hanyalah pada 9 Januari, tetapi nampaknya puak-puak Anwar sudah kelam-kabut dan merancang lebih awal untuk membuat huru-hara agar menimbulkan tekanan kepada hakim supaya tidak menjatuhkan hukuman terhadap Ketua Umum PKR itu.

Sedap dia yang dapat, yang susah dan dapat sakit adalah orang lain... Jadi, betullah seperti yang dilabelkan oleh isterinya sendiri bahawa Anwar Ibrahim adalah Anugerah Tuhan...!!!

Blogger The Flying Kick

Life Goes On...! That's The Way Kak Ijat.... Mmmuaahhh...!!

Pergerakan Wanita UMNO diingatkan supaya tidak mengamalkan pilih kasih dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sikap 'pilih bulu' perlu dihindari dalam usaha UMNO memenangi hati rakyat.

Katanya, setiap aktiviti itu perlu diselaraskan dengan Wanita Barisan Nasional (BN) dalam memastikan setiap hasrat rakyat dipenuhi tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama.

"Wanita UMNO jangan hanya mendekati masyarakat Melayu sahaja malah perlu turun padang bertemu dengan kaum lain selaras hasrat kerajaan dalam gagasan 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pemantapan Gerak Kerja Pilihan Raya Wanita BN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Menurut Shahrizat, Wanita UMNO sama ada di cawangan atau bahagian juga diminta menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan yang boleh disertai semua lapisan masyarakat tidak kira kaum dan agama.

"Visi kita adalah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat tidak kira latar belakang kaum dan agama kerana setiap rakyat mempunyai hak untuk mendapat perkhidmatan yang terbaik," katanya

Sunday, December 25, 2011

Pas Is Dead...!!

Konterversi Hasan Ali - Mustafa semakin panas...!

Hasan Ali cuma membawa ketidak puasan hati ahli PAS mengenai konsep yang PAS bawa hari ini semakin tersasar dari perjuangan sebenar mereka.

Kasihan, PAS yang kononnya perjuangkan kebebasan bersuara hanyalah mainan politik semata-mata.

Tiada langsung 'demokrasi' dalam PAS hari ini. Suara Hasan Ali kini tidak lagi 'bebas'.

Berkenaan dakwaan Mustafa mengenai Hasan Ali yang menemui pemimpin UMNO juga adalah antara serangan politik untuk mematikan karier Hasan Ali.

Kasihan pemimpin bahagian Gombak ini, dikatakan pula sebagai agen UMNO.

Hasan Ali balun Harakah? Kenapa ya...?
Katanya Harakah ni main politik juga. Hanya menyiarkan cerita individu sahaja.

Masa Muktamar PAS baru-baru ni interview Harun Din bukan main lagi beriya iya tapi, tak disiarkan pun..!

Mungkin hanya buat koleksi peribadi agaknya...

Jelas dalam PAS, konflik ini menunjukkan bahawasanya, PAS tidak amal kebebasan bersuara dan demokrasi !

Blog Suara Lensa

Bob Lokman KENA HALAU dari Pahang.. Tahniah JAIP.

Bok Lokman, bekas pelakon yang kini aktif sebagai penceramah bebas dikalangan pembangkang, semalam diberi notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Beliau disyaki menyampaikan ceramah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat Maghrib. Ceramah itu bermula jam 8 malam dan tamat lebih sejam kemudian.

Sebaik sahaja selesai, Bob Lokman, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, didekati seorang kakitangan Jaip dan mereka dilihat berbincang di beranda masjid.

Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman, sementara jemaah menunaikan solat Isyak.

Bob Lokman dan beberapa rakannya meninggalkan masjid beberapa minit kemudian.

Sumber Jaip mengesahkan Bob Lokman diberi notis kerana disyaki menyampaikan kuliah Maghrib tanpa tauliah dan kebenaran Jaip.

Sumber itu juga memberitahu, Jaip akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang menetapkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.

“Kita akan siasat perkara ini di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya.

Bob Lokman pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor kerana tidak hadir beri keterangan berkaitan ceramah agama tanpa tauliah dua bulan lalu.

Blog MPP Online

Sebagai Seorang Muslim Kita Tak Boleh Ucap Merry Xmas.....?

Sempena Hari Natal yang disambut hari ini, CTS mengemukan persoalan umum dari saudara kita untuk pengetahuan bersama. Jawapan Dr MAZA amat adil dalam konsep masyarakat majmuk di Malaysia. Wallahualam.

Soalan: Dr MAZA, kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan?

Munif, Putrajaya.

Jawapan Dr MAZA: Saudara Munif, Alhamdulillah saudara prihatin dengan keadaan akidah saudara di kala ramai yang tidak mempedulikan lagi kebersihan akidah mereka. Akidah adalah pembeza utama antara seorang mukmin dan bukan mukmin. Seseorang bagaimana banyak amalannya pun, tetapi jika akidahnya rosak, maka amalannya ditolak. Maka penting untuk kita mempertahankan akidah dan kesuciannya. Mengenai soalan saudara, ada beberapa perkara yang wajar difahami:

1. Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir.

Firman Allah: (maksudnya)


“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.


(Surah al-Nahl, ayat 106).

2. Dalam masa yang sama, Islam tidak membenarkan kita menzalimi bukan muslim dan Islam menyuruh kita melakukan kebaikan kepada bukan muslim yang tidak memusuhi kita kerana agama kita.

Firman Allah (maksudnya):


“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.

(Surah al-Mumtahah, 8-9)

3. Juga, Islam menyuruh kita mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang mengucapkan ucapan yang baik kepada kita.

Firman Allah: (maksudnya):

“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”.

(Surah al-Nisa, 86).

Inilah adab Islami yang tinggi. Ia merangkumi sesama muslim atau kepada bukan muslim. Sehingga Ibn ‘Abbas r.a menyebut, “Jika Firaun berkata kepadaku ‘semoga Allah memberkatimu, nescaya aku menjawab ‘untuk engkau juga’”

(Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).


Maka sudah pasti mereka yang tidak sejahat Firaun dan tidak memusuhi Islam lebih layak untuk menerima ucapan balas.

4. Oleh kerana dalam masalah mengucapkan tahniah ataupun “congratulating” sempena perayaan agama lain mempunyai unsur seakan mengakui agama lain secara langsung atau tidak langsung, dan dalam masa yang sama ada juga nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama berkhilaf pendapat tentang hal ini. Bagi mereka yang melihat unsur mengiktiraf kekufuran, mereka mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara bagi mereka yang melihat ia bukan berunsur mengiktiraf kekufuran agama lain, sebaliknya sekadar melakukan barr ataupun kebaikan kepada penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama yang berpendapat sebegini mengharuskan ucapan tersebut dengan syarat-syarat tertentu.

5. Tidak boleh dinafikan bahawa selain nas-nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas, faktor keadaan, zaman dan persekitaran mempengaruhi para sarjana Islam dalam melihat kepada isu ini. Kitab-kitab yang ditulis pada persekitaran muslim begitu dominan dan tiada keperluan untuk melakukan ucapan tersebut kelihatan keras dan mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara, ramai juga sarjana terutama di zaman kini yang mempunyai persekitaran yang baru dan keperluan untuk memperlihatkan keharmonian Islam kepada bukan Islam, fatwa-fatwa mereka ini lebih lunak dan mengizinkannya dengan syarat-syarat tertentu.

6. Syeikh Islam Ibn Taimiyyah r.h. (meninggal 728H) dalam karyanya Iqtida al-Sirat al-Mustaqim dan muridnya al-Hafizd Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h (meninggal 751H) dalam karyanya Ahkam Ahl al-Zimmah dengan tegas mengharamkan hal ini. Mereka telah mengemukakan hujah dan alasan mereka dalam mengharamkannya. Teras kepada perbincangan mereka ialah perbuatan tersebut membawa erti menyerupai orang kafir dan meredhai agama mereka. Fokus mereka adalah penyertaan seorang muslim kepada upacara perayaan bukan muslim. Banyak pendapat-pendapat ulama silam yang mereka petik. Pandangan kedua imam agung itu diikuti oleh sesetengah para ulama terutama dari negara yang dominan penduduk muslim seperti Arab Saudi. Maka Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi mengharamkan ucapan selamat sempena perayaan agama lain.

7. Sementara Majlis Fatwa Eropah (The European Council For Fatwa and Research) yang dianggotai oleh ramai sarjana muslim membolehkan muslim memberikan ucapan tahniah atau selamat sempena perayaan mereka (Congratulating Non-Muslims on Their Festive Occasions). Ini lebih dituntut apabila mereka terlebih dahulu mengucapkannya semasa perayaan Islam. Ini berteras ayat dalam Surah al-Nisa, ayat 86 yang kita sebutkan tadi. Pun begitu, mereka tetap mengharamkan muslim menyertai perayaan agama lain. Hanya sekadar ucapan sempena perayaan.

8. Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi S.A.W.:

“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam). Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.

9. Dengan ini saya berpendapat, boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau ‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam
mereka mengucapkannya.

10. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.

11. Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita.


Written by Cucu Tok Selampit

Saturday, December 24, 2011

Asas Perjuangan Pas.....

Kepada mereka2 yg terang2 diberi signal bahwa PAS tak perlukan mereka..ada baiknya tinggalkan je.

Dalam perjuangan mertabatkan Islam, tak perlu pada PAS..hanya perlu pada Allah swt. Hampir kesemua ambiya’ as mulakan perjuangan seorang diri, tanpa bantuan sesapa melainkan Allah swt.

Hasil kesungguhan dan ketabahan mereka, Allah swt kemudiannya menghantar pembantu2 utk menguatkan lagi perjuangan mereka. Mereka tidak perlu mana2 badan NGO, parti2 politik dsb....
Mahfumnya Allah swt beritahu pada kita “ Carilah pertolongan ngan semayang dan sabor”..Tanpa brsandar ngan mana2 persatuan, parti, kaum..perjuangan lebih ikhlas dan tidak brpihak pada mana2 pihak..tiada bayangan bantuan dari sesapa, tiada harapan bantuan dari sesapa, tiada harap sokongan dari sesapa.

Tak der ler nak merayu2 minta undi dan sokongan..tak der ler menunduk2 spt babi kepada orang2 kapir..tak der ler menunduk2 spt babi kepada ahli2 korporat..

Allahyarham Tok Kenali, Tok Ku Paloh ..antara ulamak terbilang di Tanah Melayu..mereka disegani oleh semua lapisan masyarakat..malah digeruni oleh musuh2 Islam dan orang2 kapir.

Dihormati oleh pembesar2 negara yakni org2 istana dan Sultan sendiri. Nasihat2 dari mereka sangat sukar utk mereka nafikan.

Derhaka pada mereka sangatlah buruk akibatnya...ianya jelas, malah pegawai2 British sendiri tak berani.

Dikaborkan...., Tok Ku Paloh hanya sengetkan serbannya saja, maka sengetlah kapal British ( dalam satu pertemuan pihak Sultan dan British)..apabila pegawai British memandang ngan leceh!! Banyak lagi kisah2 mereka ni..

Mereka tiada parti, tiada pengikut2, tiada jawatan, tiada kekayaan..tapi mereka ada Allah swt!! Kekayaan, kemuliaan, kehebatan, kebesaran dll yg tiada tolok bandingnya ada bersama2 mereka!!!!!!!!!!

Tok guru hari ni..ulamak hari ni..terlalu banyak brsandar ngan sokongan manusia, undi manusia, parti dan persatuan..(ada persatuan ulamak yg ditubuhkan utk melindungi kepentingan ulamak)..secara tidak langsung SEOLAH-OLAH tak cukup ngan Allah swt, tak cukup perlindungan Allah swt, tak cukup ngan bantuan Allah swt..dsb.

Sebab tu bila dipeleceh, dihina dsb tiada apa2 yg berlaku..kerana apa? Kerana diri sendiri rela dan diri sendiri yg minta diperbuat begitu.Karpal Singh ngan selambanya, Kor Ming ngan selambanya, Kit Siang ngan selambanya, Teresa Kok ngan selambanya, peleceh..menghina..dan kemudian ketawa brdekah2.

Ustaz MB Kedah nak tutup pusat hiburan dalam bulan posa..Hj Hadi kena ketuk, Haji Hadi pun ketuk Ustad..Hj Hadi trtunduk, Ustad trtunduk!! Ustad trtunduk leh ler dimaapkan pasal tunduk pada Hj Hadi.

Jika ditanya sapa jemaah kamu..kabor ler, sekelian ummat Islam adalah jemaahku.
Jika ditanya sapa imam kamu..kabor ler, AQ dan sunnah
Jika ditanya sapa nabi kamu..kabor ler, Nabi saw
Jika ditanya sapa Robb kamu..kabor je ler, Allah swt
Ungkapan2 adalah ada pada lidah, zahir pada perbuatan, dan dibenarkan oleh hati..

Tidak layak aku nak kabor benda2..ni. rasanya mereka lebih arif.

Usah dituntut ummat menghormati dan memuliakan ulamak..jika ulamak tu sendiri yg menghina dirinya demi utk kepentingan dunia.
Ulamak, jika dimuliakan oleh Allah swt, maka segenap masyarakat dan makhluk akan muliakannya.

Ulamak, jika dihina oleh Allah swt, segenap makhluk dan manusia akan menghinanya.

Elok2 ler renung2kan kenapa ulamak dihina dan diperlekeh..bukan salah UMNO, bukan salah secular, bukan salah yahudi dan nasrani, bukan salah setan..

Blog The Flying Kick

Gambar LUCAH Anwar Ibrahim dan Saifuddin Abdullah di UITM..

Gempar beb!! Ada pihak-pihak yang tak bertanggung jawab menyebarkan gambar lucah Anwar dan Saifuddin didalam bentuk risalah di UITM.

Gua syak, perkara jijik ni dilakukan oleh puak-puak pro-Pakatan yang cuba nak mengapi-apikan mahasiswa supaya membenci kerajaan.

Modus operandi dorang ialah, sendiri reka, sendiri edar, sendiri buat-buat terkejut, dan tuduh pihak lain.. Alahhh.., benda ni selalu Milosuam dan PAS buat dalam cywar dorang..

So.., propaganda macam ni dah tak asing lagi dalam Pakatan. Cuma baru sekarang dorang nak aplikasikan dalam Universiti bagi meracun mahasiswa.

Memang harami sungguh puak-puak Pakatan tu semua.. Asyik nak timbulkan masalah je dorang tu. Tak boleh langsung tengok negara aman!!

Blog MPP Online

Pas Dah Rosak Dah.....

Perbalahan terbuka antara bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan beberapa pemimpin kanan parti itu khususnya mengenai dakwaan beliau bahawa Pas telah tergelincir daripada landasan perjuangannya, bukan satu isu kecil buat parti itu.

Ramai anggota Pas sebenarnya tidak menyukai dasar baru Pas untuk mewujudkan sebuah “negara berkebajikan” kerana ia menyimpang daripada perjuangan asalnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Suara Hasan dilihat bukan bersendirian, malahan mewakili sebahagian suara-suara penyokong akar umbi, yang melihat sejak kebelakangan ini parti itu lebih banyak tunduk kepada rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya mempunyai fakta dan bukti bahawa masyarakat yang selama ini menyokong Pas mula mempersoal dan bercadang menarik diri daripada memberi sokongan kepada Pas lantaran landasan utama perjuangan parti telah dikesampingkan,” demikian kata-kata Hasan yang menimbulkan rasa tidak senang pihak atasan parti itu.

Umum tahu Pas sudah terlalu banyak bertolak ansur dengan DAP seperti dalam isu rampasan arak di Shah Alam, isu murtad, larangan hiburan di Kedah dan isu himpunan sejuta umat.

Selepas dua minggu kontroversi itu tercetus, ia boleh diibaratkan seperti kata pepatah “Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang”.

Anggota Parlimen Bebas kawasan Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin juga pernah meminta masyarakat menolak Dasar Negara Berkebajikan yang dibawa Pas kerana parti itu tidak konsisten dalam perjuangannya.

Beliau berkata Pas pada tahun tahun 2003 pernah mengemukakan Dokumen Negara Islam bagi menentang konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Namun kini dokumen pada 2003 itu ditolak oleh Pas sendiri dan menggantikan dengan dasar baru, dengan Pas sendiri yang menolak, membuang dan “mentongsampahkan” Dokumen Negara Islam dan perjuangan negara Islam dengan alasan negara Islam tidak disebut di dalam al-Quran,” katanya.

Zulkifli berkata rekayasa kitab baru yang dilabel sebagai Dokumen Negara Kebajikan ialah hanya untuk mengatasi Konsep Islam Wasathiyah yang menjadi teras Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib tun Razak.

Beliau berkata persoalannya ialah sekiranya Pas boleh membuat pusingan mendadak 360 darjah membuang ‘Dokumen Negara Islam’ atas alasan tidak ada dalam al-Quran dan menggantikannya dengan ‘Dokumen Negara Kebajikan’, apakah yang akan menghalang mereka nanti untuk membuang ‘Dokumen Negara Kebajikan’ dan menggantikannya dengan yang lain.

Zulkifli berkata pendirian Pas itu juga berubah apabila mereka bersekongkol dengan DAP.

Pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata pendirian Pas sekarang sudah berbeza apabila mereka membuat pakatan dengan DAP dan juga PKR pasca pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata Pas pernah membuat pakatan dengan DAP pada pilihan raya 1999 menggunakan nama Barisan Alternatif, dan Angkatan Perpaduan Ummah pada 1990 dengan Parti Semangat 46, tetapi dasar parti masih tetap tidak berubah.

“Kenyataan yang dibuat oleh Dr Hasan bahawa ulama tidak lagi ramai di dalam parti itu hanya mengesahkan tanggapan umum sebelum ini dan juga maklumat dari dalam parti.

“Lihat pada pemilihan parti pada Muktamar Pas Jun lepas, kita boleh tengok bahawa bukan lagi ulama yang menguasai kepimpinan parti,” katanya kepada Bernama.

Ramlah berkata DAP dan PKR adalah lebih kuat dari Pas untuk menentukan hala tuju pakatan pembangkang.

“DAP dan Pas adalah dua parti lama yang wujud di tanah air tetapi Pas lemah untuk mengawal keadaan sekarang. Saya lihat mereka adalah parti ketiga yang dirujuk dalam pakatan pembangkang itu,” katanya.

Mengenai hala tuju Hasan sama ada beliau perlu meninggalkan Pas atau tidak, Ramlah berkata sukar untuk Hasan yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Gombak Setia, untuk keluar parti.

“DAP mungkin akan berunding supaya Dr Hasan tidak keluar parti kerana ia hanya akan menjejaskan pakatan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Abdul Ghapa Harun berkata adalah perkara biasa apabila anggota dan pemimpin dalam satu-satu parti politik mempunyai perbezaan pandangan.

“Kalaupun perbezaan pandangan berlaku, di dalam parti yang mengamalkan demokrasi ia perlu diuruskan dengan baik oleh pucuk pimpinan supaya ia tidak mencetuskan masalah kepada parti,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata dalam konteks isu yang dibangkitkan oleh Hasan, ia berkaitan dengan orientasi parti yang mana parti melaksanakan perubahan yang bukannya terletak pada tangan pemimpin tertentu tetapi sudah dibawa ke muktamar agung untuk dibahaskan.

“Ini boleh dikatakan keputusan parti jadi mana-mana anggota yang tidak senang dengan keputusan (perubahan dasar) mereka berhak untuk bersuara. Tapi dalam konteks parti, jemaah, kadangkala yang tak bersetuju, harus akur,” katanya.

Ditanya sama ada kemelut itu akan menjejaskan sokongan kepada Pas, Abdul Ghapa berpendapat sokongan kepada parti itu tidak akan berubah kerana sokongan kepada Hasan dilihat tidak begitu menonjol.

“Ini adalah kerana dasar parti itu sudah diperdebatkan secara berpanjangan dan bukannya keputusan yang diadakan dalam masa singkat,” katanya – Bernama

Friday, December 23, 2011

Nak Pastikan Anwar Ibrahim Didapati Bersalah, Datuk Seri Dr Khir Pulak Jadik Galang Gantinya..., Kesian Datin Seri Zaharah..!

Berkubur sudah karier politik mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo apabila pagi ini bertempat di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki memutuskan Dr Khir bersalah atas tuduhan rasuah melibatkan pembelian dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam pada Mei 2007.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit [rumah banglo tersebut] dilucutkan hak kepada kerajaan Malaysia...!

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.

Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

TWO IN ONE...? Dua Dalam Satu....?? Hukuman keatas mantan MB Selangor itu boleh diambil dari dua akta dan kanun yang berbeza...?

Nampaknya bersungguh sungguh hukuman yang mahu dijatuhkan kebahu Dr Khir Toyo....!

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Dr Khir berkata beliau akan merayu keputusan mahkamah hari ini yang menjatuhi hukuman penjara setahun ke atasnya seleas mendapatinya bersalah atas tuduhan rasuah.

Peguamnya, M Athimulan memberi gambaran bahawa notis rayuan itu akan difailkan petang ini. Baca semula ulasan asas pembelaan kes ini, klik sini.

Dr Khir Toyo berkata beliau akan membuat pengumuman berhubung masa depan politiknya pada 9 Januari depan, bagaimanapun tidak memberikan sebab beliau memilih tarikh berkenaan.

Tarikh 9 Januari dijadualkan untuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan perbicaraan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Blog MIK

Adam Adli Terima Notis Tatatertib UPSI

AIDCNews – 23/12/11 – Adam Adli, aktivis gerakan pelajar underground yang menurunkan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat UMNO di PWTC Sabtu lalu hari ini mengesahkan dia telah menerima notis pendengaran tatatertib dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Adam seperti dilaporkan FMT berkata seorang individu tidak dikenali menyerahkan notis terbabit, yang mengarahkannya hadir ke perbicaraan tatatertib pada 9 Januari depan.

Dia mengesahkan akan hadir menjalani perbicaraan tatatertib tersebut.

“Saya tidak faham kenapa anda takut dengan kami? Kami bukan ahli politik tetapi mahasiswa. Kalau anda musuhi kami, maknanya apa yang mahasiswa lakukan adalah betul,” katanya ketika ditemui membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Adam yang ditemani peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri, membuat laporan polis mendakwa menerima ugutan.

Fadiah yang merupakan peguam pilihan PKR dari LFL (lawyers for Liberty) menuduh individu yang mengugut Adam itu, bernama Ruslan Mokhtar adalah seorang anggota polis.

“Ruslan dipercayai seorang anggota polis kerana pegawai polis di luar pondok Bukit Aman seolah-olah mengenalinya”, katanya.

AIDC

Apa Dia Yang Sama Dan Serupa Tu...?

Datuk Dr Hasan Ali mengakui beliau ada perbincangan dengan Zulkifli Noordin dan mengakui ada persamaan antara mereka berdua.

"Ada tempat-tempat bersama, keseirasan ada tapi dari segi detail tidak perlu diulas, secara besar memang ada persamaan.

"Apa pun kalau perjuangan itu sama, maknanya ada nada, suara dan tempo yang sama, tidak fikir ada masalah untuk berbincang," kata Hasan Ali dalam Bual Bicara dengan Datuk Ahmad Talib, TV3 malam tadi.

Zulkifli adalah anggota Parlimen PKR Kulim Bandar dan telah meninggal parti menjadi anggota Bebas.

Beliau kini menjadi peluru utama Umno untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat.

Dalam sidang media sebelum ini, Hasan mempertikai konsep Negara Berkebajikan yang dikemukakan Presiden PAS dalam muktamar PAS yang lalu dan kini bakal menjadi panduan utama PAS.

Ekoran itu, beliau diserang oleh pemimpin PAS di samping Pemuda dan Muslimat.

Hasan dalam wawancara kali ini mempertikaikan komposisi kepimpinan PAS yang dikatakan lebih ramai profesional dari ulama tanpa menyebut badan tertinggi PAS adalah Majlis Syura Ulama yang semua anggotanya adalah ulamak.

"Dulu majoriti pemimpin PAS adalah ulamak, sekarang majoritinya orang profesional, keadaan ini boleh mengubah parti, ulama tidak akan membawa PAS lari dari perjuangan dibanding dengan profesional, ada perubahan (shift), sebahagian ahli parti mahu PAS sama seperti 20 ,30 dan 50 tahun dulu," katanya.

Bagi beliau, punca-punca yang menyebabkan anjakan berlaku dalam PAS, logiknya adalah orang nak kemenangan dan hanya boleh dicapai melalui bergabung.

Thursday, December 22, 2011

Apa Pandangan U oLz Semua...??

YB Datuk Dr. Hassan Ali (Exco Selangor) tampil dengan BERSONGKOK HITAM, kot hitam, BAJU KEMEJA PUTIH & BERTALI LEHER WARNA MERAH. Apa-apa tafsiran dari sini, buatlah sendiri, penulis taknak campur.

Pusingan Pertama (Pengenalan)

Puji diri sendiri, puji portfolio sendiri, puji Khalid Ibrahim (sebut gelaran penuh), promosi pembaharuan surau dan masjid dibawah seliannya, promosi identiti melayu yang dilaksanakan di Selangor. Tidak lupa menyebut hasil kejayaannya sepanjang memegang jawatan Exco.

Pusingan Kedua (Masuk Bab Gereja)

Portfolio sensitif (kerana jaga melayu dan Islam), kesukaran mencegah mungkar dari segi syariah dan akhlak dari segi penguatkuasaan, masalah di DUMC (Gereja Methodist Damansara Utama) berkenaan akidah kerana ada cubaan memurtad orang Islam, orang Islam dipanggil masuk gereja untuk berbuka puasa tapi lambat 1 jam, seluruh suasana semasa serbuan berkaitan kristian, Sultan Selangor kata ada cubaan memurtadkan orang Islam tapi pembuktian sukar, tidak kukuh dan takut tidak dapat dipertahan di mahkamah.

Tidak sulitnya Selangor ada enakmen syariah, Sultan Selangor beri sokongan dalam melaksanakan tanggungjawab. Sulitnya, permasalahan dari segi rakan Exco yang tidak dapat maklumat sebenar tapi beri kenyataan kepada media tanpa merujuk kepada Hassan Ali.


Dari segi individu, bila ambil keputusan untuk periksa gereja, Hassan Ali tidak ingat soal PAS tapi soal akidah dan tanggungjawab menjalankan perintah Sultan. Apa yang berlaku dalam DUMC salah tanggap, tidak ada elemen serbu (storm), mencadangkan dalam hal sensitif serahkan kepada Exco, Pengerusi Mais dan Pengarah Jais untuk menjawab.


Semua pihak perlu sokong tindakan DUMC, apa yang berlaku dalam DUMC sikit saja (drop in the Ocean). Kerana isu DUMC, Hassan Ali tidak dicalonkan dalam pilihanraya akan datang, tidak tahu soalan akan meloncat ke situ tapi dari segi peribadi soal pencalonan tidak menjadi kesan.


Mempertahankan institusi Islam, raja lebih penting. Cakap soal perpaduan melayu dan bangsa lain di Malaysia tidak ada masalah.


Pusingan Ketiga (Kalau bukan dalam politik bagaimana main peranan dalam NGO)

Nak pusing jam agak sukar, kalau tidak dicalonkan ruang lain terbentang luas (motivasi, masjid, kanak-kanak), politik untuk dapat audien lebih besar demi memartabatkan bangsa, agama dan raja.

Peranan dalam NGO masih berjalan tapi bottom linenya sama ada NGO selari dengan 3 perkara, Islam, bangsa melayu dan raja. Nyawa saja yang akan memisahkan dari menyertai NGO sedemikian.


Nak kata berseorangan dari segi sosial tidak tapi dari segi fungsi sebagai portfolio kelihatan berkeseorangan. Perjuangan mengenai melayu, Islam dan raja-raja begitu popular dikalangan rakyat, poll (undi) mengenai hassan ali dalam isu arak menunjukkan tidak berkeseorangan.


Akan buat roadshow perjuangan sebenar selama ini. Kenyataan Hasan Ali keluar parti, digugurkan agak keterlaluan, ditunjukkan jalan keluar bukan jawapan yang baik, tapi dalam soal perjuangan memang kasih pada parti, perlu lihat keadaan, perubahan berlaku dari masa ke semasa, hanya Allah swt yang boleh menentukan arah tuju kemana.


Perbincangan dengan Ahli Parlimen seperti Zulkifli Nordin ada tempat-tempat bersama, keseirasan ada tapi dari segi detail tidak perlu diulas, secara besar memang ada persamaan. Apa pun kalau perjuangan itu sama, maknanya ada nada, suara dan tempo yang sama, tidak fikir ada masalah untuk berbincang.


Manusia yang disebut adalah manusia intelekual, apa salah menggabung jalin, mengetuk pintu mempertahankan Islam, melayu dan raja. Sebagai orang sekular, tertawan perjuangan PAS mengenai negara Islam, kepimpinan ulama, moral dan akhlak bagus dari segi muka dan kehidupan. Antara elemen itu masih ada tapi dari keseluruhan landasan perjuangan ada yang suka dan tidak suka


Pusingan Terakhir

Dulu majoriti pemimpin PAS adalah ulamak, sekarang majoritinya orang profesional, keadaan ini boleh mengubah parti, ulama tidak akan membawa PAS lari dari perjuangan dibanding dengan profesional, ada perubahan (shitf), sebahagian ahli parti mahu PAS sama seperti 20.30 dan 50 tahun dulu.

PAS yang menjaga semangat dan syiar Islam. Merasakan dan harap sangat ahli-ahli parti renung nak dibawa kemana PAS ini, kalau nak PAS berjuang diatas landasan sebenarnya perlu dikekalkan oleh setiap ahli parti.


Punca-punca yang menyebabkan anjakan berlaku dalam PAS, logiknya orang nak kemenangan dan hanya boleh dicapai melalui bergabung, ada fikir kemenangan boleh dipanjang ke Putrajaya guna formula sama tapi dalam masa yang sama meminggirkan penyokong tegar PAS.


Menang di Gombak setia kerana sokongan bukan Islam tapi peranan penyokong tegar lebih penting. Gembira kalau mencatit kemenangan lebih besar dan menawan Putrajaya tapi kalau dalam kemenangan itu Islam, melayu dan raja entah kemana, pekikan dan kemenangan tidak ke mana.


Menyebut sepotong ayat al-Quran Perancangan Allah yang lebih tepat, tidak tunduk kepada telahan orang lain tapi telahan Allah swt. Maka sebab itu setakat yang mampu tetap bersama dengan apa jua gerakan politik/bukan politik yang dapat mempertahankan Islam, melayu dan raja.


Sanggup mengorbankan nyawa, misi Allah swt meletakkan Hasan Ali di mukabumi untuk perjuangan 3 perkara itu. Dibina dengan suasana itu, tidak mampu melangkah keluar dari suasana itu tapi akan tetap bersama dengan perjuangan melayu, raja dan Islam.


myKMU.net

Datuk Seri Dr Khir Toyo Akan Buat "Come Back" PRU ke 13...??

Kes perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo memasuki fasa terakhir apabila kedua-dua belah pihak Peguam Bela dan Pendakwaraya menutup hujahan kes mereka Isnin lalu.

Jumaat ini, bersamaan 23 Disember 2011, Hakim Datuk Wira Mokhtarudin akan membuat keputusan sama untuk menyabitkan Khir Toyo dengan pertuduhan tersebut atau membebaskannya...

Dr Mohamad Khir dituduh mendapatkan satu barangan berharga bagi dirinya dan isteri dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, yang beliau ketahui mempunyai hubungan rasmi dengannya, pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Pada hari Jumaat ini, Hakim Datuk Wira Mokhtarudin Baki akan membuat keputusan mengenai kes ini. Berdasarkan hujahan pendakwaraya dan peguam bela, Hakim mungkin perlu memutuskan beberapa perkara berikut:

1. Apakah nilaian sebenar hartanah berserta rumah yang tidak siap pada 2007 itu sama dengan harga pembelian pada 2004 sebanyak RM 6.5 juta. Ini kerana pertuduhan tersebut dengan jelas menyatakan Dr. Khir memberi balasan yang kurang berbanding harga RM 6.5 juta.

2. Yang mana satu pilihan hakim dalam menentukan harga hartanah tersebut pada 2007 sama ada nilai pembelian, nilai oleh Rahim and Co atau nilai oleh TransAsia.

3. Jika hakim menerima nilai pembelian tersebut sebagai nilai struktur rumah tidak siap yang dibeli oleh tertuduh pada 2007, Hakim perlu membuat keputusan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai harga hartanah tersebut bernilai RM 6.5 juta.

4. Untuk menentukan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan ini, Hakim perlu membuat keputusan sama ada untuk menerima atau tidak keterangan SP2 dan SP 3. Hakim juga perlu memutuskan apakah kenyataan-kenyataan SP2 dan SP3 boleh diterima sebagai satu saksi yang suci dan melampaui keraguan munasabah. Ini kerana pertuduhan terhadap Dr Mohamad Khir bergantung kepada kenyataan-kenyataan SP2. Jika kedua-dua ini diterima oleh Hakim, maka Dr. Mohamad Khir akan disabitkan kesalahan.

5. Jika hakim menerima penilaian Trans-Asia, Dr. Mohamad Khir mungkin dibebaskan berdasarkan kenyataan SP2 sendiri bahawa beliau tidak pernah memaklumkan kepada tertuduh mengenai laporan ini.

6. Jika Hakim menerima laporan Rahim and Co, bermakna tertuduh harus dibebaskan walaupun pendakwaraya mendakwa SP2 terpaksa menjual kepada tertuduh. Ini kerana tertuduh mendapat barangan tersebut dengan memberi balasan yang setimpal. Dakwaan SP2 terpaksa menjual juga tidak dapat diterima kerana SP2 mengaku di dalam Mahkamah bahawa beliau yang menawarkan untuk menjual kepada tertuduh.

Read more..., please click here

Wednesday, December 21, 2011

Zaiton Buat Kejutan Di Shah Alam....!!

Shah Alam....! Peace YO....

Sebelum kumpulan BP (Bawal Power) diumumkan tersingkir pada minggu ke-8 Maharaja Lawak Mega (MLM), penonton setia rancangan itu banyak memberikan perhatian kepada salah seorang ahli BP iaitu Bob Kuman.

Ini berikutan kerana ramai yang simpati dengan keadaan Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi yang mengalami sakit teruk tetapi masih lagi bertahan untuk berjuang di gelanggang MLM.

Kemunculan Sobri Anuar ketika ketiadaan Bob telah diperdebatkan dan dicemuh apabila dia dihukum bagaikan sengaja mempersendakan kreadibiliti penyanyi veteran Zaiton Sameon dalam lawak jenakanya.

Berikutan peristiwa itu, Sobri menjelaskan dia sedikitpun tidak merendahkan kredibiliti Zaiton Sameon, sebaliknya sebagai bahan jenaka semata-mata dan tidak lebih dari itu. Malah, Sobri meluahkan hasratnya ingin bersemuka dengan Zaiton dan memohon maaf secara terbuka.

Akhirnya, hasrat itu tertunai setelah Zaiton Sameon telah menghadirkan diri melihat persembahan BP di Royale Theatre Selangor, Shah Alam, Selangor pada pementasan MLM minggu lalu.

Malah, khabarnya Zaiton Sameon telah hadir lebih awal semata-mata untuk bertemu Sobri dan membincangkan hal berkaitan mereka berdua sebelum MLM bersiaran langsung.

"Syukur, saya dapat berjumpa dengan Kak Zaiton. Ketika isu saya dan Kak Zaiton hangat diperkatakan, saya memang pernah mencuba menghubungi beliau dengan mendapatkan nombor telefonnya dari kenalan saya. Namun, saya tidak sempat berjumpanya kerana komitmen saya dalam MLM.

"Saya terkejut, kerana Kak Zaiton sanggup datang sendiri berjumpa saya. Ketika bertemu, Kak Zaiton menjelaskan bahawa dia mendapat tahu kisah ini melalui liputan media. Dia faham keadaan saya dan sedikit pun tidak marah kepada saya.

"Kak Zaiton sempat berjenaka dengan menanyakan umur saya. Selepas mendapat tahu umur saya, dia mengatakan sekiranya arwah anaknya masih hidup, anaknya itu sebaya dengan saya. Oleh itu, dia anggap saya seperti anaknya sendiri," jelas Sobri.

Apa sekalipun, ketika nama BP diumumkan tersingkir pada minggu berkenaan, Sobri bagaimanapun tidak meluahkan rasa sedih sebaliknya berpuas hati kerana tersingkir bersama Adlin Aman Ramli.

Sumber Murai.com

TAKZIAH..! Wakil Rakyat DAP Adun Bukit Gasing Meninggal Dunia Sebentar Tadi....


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing dari DAP, Edward Lee Poh Lin meninggal dunia awal pagi ini kerana penyakit kanser, kata seorang pemimpin veteran akar umbi DAP.

Mendiang berusia 61 tahun.

"Disahkan Edward Lee telah meninggal dunia pagi ini,” kata pemimpin berkenaan apabila dihubungi. - BERNAMA

Amboi.., Amboii.., Amboi....!! Azwan Ali Syok Sendiri Ker..?

INI kes syok sendiri, pengacara Azwan Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tweet kata dia dapat sumber sah, abang dia akan bila-bila masa akan jadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Di laman sosial twitternya @azwanNur pada Ahad tulis begini "Slm. Ko MEROYAN lah 30 hari sebulan pun! Yg ptg (penting) ? AA dah dapat SUMBER SAH! @Azminali anytime New MB SGR! Yeayyyyyyyy! Ko hado?,"

Tweet tersebut bertarikh 18 Disember jam 8.24 pm.

Kawan pun mulanya tidak sedar, tapi bila timeline (garis masa) di twitter kawan asyik terbaca pasal Azwan buat self-proclamation abang dia hendak jadi MB, kawan pun tertarik juga hendak baca.

Bila buka saja akuan twitter Azwan, baca tweet-tweet dia, terasa alahai...syok sendiri punya kaki.

Ada kawan-kawan yang turut baca tweet-tweet dia bagi macam-macam komen lucu yang rasanya tak perlu disebut di sini.

Selain tweet merencam tersebut, ada macam-macam tweet lagi termasuk yang mempersendakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.

Kok ya pun nak sokong abang sendiri, tak payahlah guna bahasa bukan-bukan sampai menjatuhkan martabat sendiri sampai naik geli geleman orang membacanya.

Contoh tweetnya begini "Slm. MEDIA SOSIAL! Kata PM? IN DEMAND! Hellooo? Demand Satu Hal? Budaya BIADAP MAKI OWANG Direct mana mana Laman Owang? Ko buat Apa?"

Banyak lagi contoh, termasuk yang bahasanya kurang sopan.

Seorang kawan yang mulut lazer sikit kata mungkin Azwan dah 'miang politik' kot akhir-akhirnya pasal namanya sebagai pengacara makin tenggelam.

Ikut cakapnya dia cukup naik semak perut kalau tengok Azwan tampil di televisyen sebagai pengacara.

"Tah apa-apa melalut...",katanya.

Yang peliknya, abang dia tak malu ke tengok gelagat adik macam itu? atau abang pun syok juga sebab dicanang bakal MB baru oleh adik sendiri...

Tentu Tan Sri Khalid Ibrahim geli kena geletek.

Agendadaily