Sunday, July 31, 2011

Semoga Amal Ibadat LG Di Bulan Ramadhan Tahun Nie Lebih Baik Dari Yang Dulu2...

Kepada semua blogger fren, LG nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan sama2lah kita penuhi malam2nya dengan amal ibadah yg berlipat ganda....

Saturday, July 30, 2011

Menarik...! Cincin 24 Juta Rosmah, Video Sex Anwar.., & Kes Khalwat Norman – Memey...

Apabila membaca akhbar hari ini bahawa pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat, yang dihadapi sejak tiga tahun lalu blog MR terpanggil untuk memberi sedikit komen ringkas.

"Alhamdulillah, saya tidak mampu untuk berkata-kata. Tiga tahun kami berdepan dengan situasi ini dan hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang kami rasakan," kata Norman. (mStar)

Hakikatnya hukuman emosional lebih parah dari hukuman penjara atau denda. Persepsi dan tangapan masyarakat selama tiga tahun sebenarnya sukar digambarkan bagaimana bahu yang memikul dari mata yang melihat.

Ini tidak tidak diambil kira kejejasan pendapatan kerana tidak diambil berlakon oleh penerbit yang takut drama atau filem mereka kerugian.

Apapun itulah ‘behavior’ masyarakat Melayu yang mudah dihiburkan dengan gossip dan persepsi negatif. Mereka mudah ditanamkan persepsi-persepsi negatif ini sehingga terlekat di dalam ‘memory file’ otak mereka perkara-perkara yang tidak benar menjadi benar dan perkara-perkara benar menjadi tidak benar.

Menyedari kelemahan ini ramai politikus-politikus yang bijak dengan ‘psywar’ mengambil strategi ini untuk memutar belitkan fakta yang sebenar.

Daripada video sex yang benar berlaku menjadi tidak benar dan daripada cerita cincin berlian RM24.4 juta kononnya milik DS Rosmah yang tidak benar diasak seperti benar.

Berbalik kepada Norman dan Memey MR mengambil kesempatan ini untuk berdoa kebahagian Norman dan Memey yang akan diijabkabulkan pada 24 September ini.

Pelakon Abby Abadi sudah mengesahkan tidak akan hadir ke majlis resepsi persandingan bekas suaminya, kerana enggan merosakkan hari bahagia mereka. [Mummy Rokiah]

Friday, July 29, 2011

Pakatan Dah Berangan...,! Lepas Praya ke 13 Nanti Rakyat Malaysia Dapat PM Pertama Dari Kelantan....

Pembangkang terus berhelah untuk memecahbelahkan kepercayaan di kalangan ahli UMNO.

Pendekatan Pakatan yang cuba “menjemput” Ku Li untuk menyertai mereka adalah strategi serampang dua mata. Ia bertitik tolak dari kemungkinan bahawa Anwar akan dipenjarakan atas kes liwatnya, yang sememang ramai percaya itulah tempat paling afdhal bagi Anwar.

Pertama, Pakatan cuba mencari seorang yang boleh menggantikan tempat Anwar yang boleh meneutralisasikan PAS, atau dalam kata lain, dapat mengekalkan status PAS sebagai “pecacai” Pakatan.

Sekaligus, ia membuka rahsia betapa “rapuhnya” ikatan ukhwah sesama mereka, sehinggakan salah satu pemimpin dari tiga parti utamanya tidak boleh dipercayai antara satu sama lain. Hadi Awang, andai dilantik sebagai ketua pembangkang akan menyebabkan ahli PAS rasa terhina, begitu juga dengan DAP yang tidak mungkin menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan mereka. PKR pula dilihat paling lemah dalam soal lapis kepimpinan, yang selama ini bergantung harap kepada temberang politik Anwar untuk kelangsungan “survival” mereka.

Kedua, strategi ini juga bertujuan untuk memecahbelahkan dalaman UMNO sendiri, terutamanya di Kelantan, yang dilihat begitu aktif menarik keahlian baru yang rata-ratanya terdiri dari ahli PAS. Pastinya pelawaan terhadap Ku Li memberikan persepsi “sumbang” kepada Ku Li yang merupakan tokoh penting dalam UMNO di peringkat pusat, dan di Kelantan.

Antara faktor penting pelawaan ini oleh kerana beberapa “pendirian” Ku Li sendiri yang dilihat sehaluan dengan pendirian pembangkang. Dan bukanlah rahsia tentang cita-cita politik Ku Li yang mahukan “lebih”, kerana sejarah sendiri menunjukkan betapa Ku Li tetap meletakkan dirinya sebagai salah seorang yang bercita-cita besar di setiap kali Perhimpunan Agong UMNO.

Seandainya Ku Li menerima pelawaan ini, maka orang Melayu akan semakin berpecah belah dari segi politiknya, dan keadaan ini pastinya memberikan keuntungan kepada DAP yang bijak memainkan peranan dalam erti kata “pecah dan perintah”. Strategi halus dengan mengumpan jawatan, namun mereka masih mendominasi Pakatan dengan wakil rakyat mereka sendiri, dan beberapa proksi mereka di dalam PKR. Inilah cara DAP yang melihat kelemahan orang Melayu, di mana strategi ini telah berjaya di Pulau Pinang. Hanya kerana 2 – 3 ratus ringgit, habis tanah digadaikan kepada DAP!

Segalanya sekarang terpulang kepada Ku Li. Andai benar sayangnya kepada agama Islam dan bangsa Melayu, beliau tahu apa yang harus dilakukan.

Andai cita-citanya pula diutamakan, maka bersiap sedialah untuk Islam dan Melayu
hilang sinarnya di bumi bertuah ini!

Taken from Selangordaily...

DAP Dah Jumpe Calon PM Baru...! Yes, Its NOT Anwar Ibrahim


Parti pembangkang didakwa mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendedahkan perkara itu, berkata tindakan terdesak memilih Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu juga sebagai persiapan parti pembangkang itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

“Pagi tadi (semalam) saya mendapat maklumat daripada rakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bimbang apabila mendapat tahu mengenai adanya beberapa pemimpin tertinggi parti itu, DAP dan PAS sudah mengadakan perjumpaan dan berbincang dengan Ku Li berhubung perkara itu.

“Saya terkejut mendengarnya kerana kenapa perlu memilih Ku Li untuk dijadikan kuda tunggangan seolah-olah PKR ‘dijual’ kepada Ku Li dan kenapa tidak lantik Lim Kit Siang atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Ini permainan politik yang aneh dan luar biasa yang didalangi DAP untuk memecahbelahkan Melayu di negara ini, dan bukan semata-mata isu untuk melantik Ku Li sebagai ketua pembangkang saja,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Zahrain berkata, sebagai pemimpin politik veteran negara, Ku Li seharusnya memikirkan kesan terhadap masyarakat Melayu jika beliau menerima pelawaan parti pembangkang itu.

“Jika Ku Li tidak waras beliau akan terima pelawaan itu dan ini satu keadaan di mana ahli PKR diperkotakkatikkan.

“Oleh itu, jika Ku Li seorang pemimpin yang berpendirian dan membela kepentingan Melayu, beliau perlu tampil memberi penjelasan dan tidak berkelakuan seperti Anwar,” katanya.

Thursday, July 28, 2011

Bersih Bayar Upah Mintak Anak2 Muda Berlakon.., Nak Butikan Polis Ganas Tak Bagi Rakyat Jumpa PM..!


Dalam sejarah Malaysia belum ada lagi berlaku peristiwa cubaan ‘menyerang’ seorang Perdana Menteri. Tapi puak AMK dari parti PKR pimpinan Anwar Ibrahim cuba memecah sejarah itu dalam satu kejadian di KL Sentral semalam….

Kononnya nak menyampaikan petisyen tapi jenis bodoh apa nak sampai petisyen di tengah-tengah keriuhan orang ramai? Itu nasib baik dia bawak kertas, kalau dia bawak pisau?

Modus operandi yang sama digunakan dalam hal nak menyampaikan memorandum kepada YDPA itu hari, berbaju kuning dan berarak atas jalan raya walaupun Ambigay sebelum itu berjanji tidak akan meneruskan demonstrasi jalanan setelah berjumpa dengan YDPA di Istana Negara. Malah Ambiga boleh saja menyerahkan memorandum semasa pertemuan dengan YDPA, tak perlu nak berarak di atas jalan.

Budak AMK yang biadap inipun berpakaian baju kuning juga.

Kebetulan atau apa, puak Pakatan Rakyat dari sejak kegagalan perhimpunan Bersih 9 Julai 2011 cuba menimbulkan tanggapan bahawa kerajaan dan polis fobia dengan orang yang berbaju kuning.Walhal puak depa yang takut nak berbaju kuning kerana tidak mahu ditangkap polis.

Dengan ‘serangan’ AMK hari ini ke atas Perdana Menteri sambil berbaju kuning, hanya akan menjadikan pasukan pegawal peribadi Perdana Menteri lebih berwaspada dengan individu berbaju kuning dalam setiap acara bertemu rakyat yang dihadiri Perdana Menteri.

Nanti bolehlah mereka kata polis dan Perdana Menteri fobia orang baju kuning, walhal puak Pakatan Rakyat sendiri yang cuba menimbulkan rasa tidak selamat ke atas orang yang berbaju kuning, bukanya polis atau apa.

Itu matlamat yang pertama, matlamat yang kedua ialah menghalang Perdana Menteri dari meneruskan acara bertemu dengan rakyat di tempat-tempat terbuka kerana takut diserang seperti tadi.

Logik yang sama dalam perhimpunan Bersih 2 yang gagal, kalau nak sampaikan memo, petisyen atau apa, perlukah menyerbu pemimpin negara di tempat-tempat terbuka seperti itu? Bukan tak boleh nak ke balai polis atau pejabat SPR untuk menyampaikan apa-apa petisyen berkaitan, kenapa mesti nak serbu Perdana Menteri?

Secara tak langsung juga tuduhan yang mengatakan pertubuhan haram Bersih ini didalangi Pakatan Rakyat adalah tuduhan yang benar. Cuma samseng-samseng AMK ini tidak mahu memburuk burukkan parti yang mereka sertai, sebab itu mereka berpakaian baju kuning, bukan biru seperti yang sepatutnya.

Dalang disebalik semua ini sudah tentulah Anwar Ibrahim. Bukan budak-budak AMK ni ada otak nak berfikir sendiri, mereka hanya dipergunakan Anwar Ibrahim untuk kepentingan politik sempitnya lantaran dari mabuk nak jadi Perdana Menteri.

Skrip drama mengenai ‘keganasan polis’ yang disediakan bagi menghadapi perhimpunan Bersih 2 juga boleh digunakan dalam kejadian hari ini. Apa yang ganas? mana-mana pasukan keselamatan Perdana Menteri atau Presiden negara mana pun akan bertindak dengan cara yang sama yang dilakukan Pasukan Keselamatan Perdana Menteri hari ini.

Anwar kalau jeles dengan Perdana Menteri sebab sanggup turun padang bertemu rakyat, toksahlah merancang tindakan bodoh macam ini bagi menghalang Perdana Menteri dari meneruskan tradisi bertemu rakyat. Penulis pun tak rasa Perdana Menteri akan mengurangkan aktiviti bertemu rakyat ditempat terbuka hanya kerana tindakan bodoh budak-budak AMK.

Dalam hal ini, penulis ingin ucapkan rasa ribuan terima kasih kepada pasukan elit polis yang ditugaskan dalam pasukan pengawal Perdana Menteri kerana berjaya mengelakkan Perdana Menteri dari diapa-apakan puak tak berapa cukup akal ini. Walaupun jarang teruji tapi pasukan ini berjaya memastikan keselamatan Perdana Menteri, membuktikan tahap kesiap siagaan yang tinggi dan latihan berterusan.

Semoga Allah swt terus melindungi keselamatan Perdana Menteri dari cubaan-cubaan sedemikian di masa hadapan. Amin… [
myKMU.net]

LG Dah Dapat Tiket Bola Malam Nie…! Stadium Bukit Jalil Here I Come…


Jom sokong team Harimau Malaya..!

LG dah dapat tiket, petang nie nak pergi awal sket tak nak sangkut dengan jamm sebab tiket dah sold out gerenti jalan jamm..

Wednesday, July 27, 2011

Barua2 Gurkha Upahan Ambiga Diserang Penyakit Gila Babi Di KL Sentral….


10 orang temasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur siang tadi dibebaskan kira-kira jam 5.50 petang selepas diambil keterangan.

Kesemua mereka yang ditahan di Balai Polis Travers itu sebelum ini disoal siasat dibawah Seksyen 105, Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu, mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini.

Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy, Chegu Sekar dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan.

Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri itu.

Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.

Najib juga dilihat sempat melihat ke arah Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya.

Tuesday, July 26, 2011

Alhamdulillah…, 20 Ahli Pas Sempat Bertaubat!!


Kecewa dengan prinsip perjuangan dan perubahan dalam pucuk pimpinan, 20 anggota PAS termasuk seorang bekas penghulu di sini bertindak keluar parti dan menyertai Umno pada Isnin.

Bekas penghulu mukim Gong Nangka Zakaria Mat Husin berkata PAS sekarang sudah berubah dan seolah-olah tidak lagi yakin dengan perjuangannya.

"PAS sekarang lebih pentingkan kroni daripada kehendak agama," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis "Selamat Tinggal PAS, Kami Kecewa PAS Sokong Ambiga", di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh Kelantan.

Zakaria juga berazam untuk menarik kira-kira 1,400 pengundi PAS di kawasannya menyokong Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Ketua Pemuda PAS cawangan Alor Pasir Mohd Jizi Omar pula berkata beliau memutuskan keluar parti selepas kecewa dengan kegagalan PAS menunaikan janji pilihan raya umum lepas.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman yang hadir pada majlis tersebut, berkata setakat ini kira-kira 3,000 anggota PAS bertindak keluar parti dan menyertai Umno.

Ini katanya memberi keyakinan kepada Barisan Nasional untuk merampas kerusi Parlimen Pasir Puteh serta empat kerusi Dewan Undangan Negeri di bawahnya iaitu Limbongan, Selising, Gaal dan Semerak pada pilihan raya umum kelak.

Abang Mat Dapat Offer Pelakon Utama Filem “ Mat Lambong..”


Pembohongan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, mengenai insiden kononnya beliau dilanggar kenderaan pacuan empat roda polis pada 9 Julai lalu, membuktikan parti itu kini cukup profesional dalam membohongi rakyat demi meraih simpati.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Mohamad Sabu kerana berjaya muncul sebagai pelakon politik terbaik, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, begitulah rupa bentuk pemimpin masa hadapan Pas, yang sanggup menghalalkan apa sahaja demi kuasa.

"Saya ucapkan tahniah kepada Mat Sabu (Mohamad) kerana muncul sebagai pelakon terbaik politik sehingga beliau mendapat simpati daripada penulis-penulis media maya yang percaya dengan lakonan itu. Inilah rupa bentuk pemimpin masa depan sebuah parti kebajikan.

"Beliau tokoh profesional yang diketengah untuk berkombinasi dengan ulama. Ternyata profesionalisme Mat Sabu (dalam berbohong) adalah contoh terbaik mengenai kepimpinan Pas sekarang," katanya kepada pemberita di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Mohamad yang secara tiba-tiba mengubah pendirian selepas polis mendedahkan rakaman sebenar mengenai insiden 'langgar' ketika Timbalan Presiden Pas itu menyertai demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai lalu.

Beliau yang mulanya mendakwa dilanggar kenderaan pacuan empat roda kemudian menukar dakwaan dilanggar kereta peronda jenis Proton Waja, selepas rakaman mendedahkan Timbalan Presiden Pas itu terjatuh daripada motosikal akibat terlanggar pembahagi jalan.

Ditanya mengenai tindakan Mohamad menukar pendirian itu bererti dia mempercayai bukti dari rakaman video, sekali gus berbeza pandangan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hanya menganggap video sekadar besi, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mahu campur dalam soal itu.

"Soal antara Mat Sabu dan Hadi Awang saya tidak mahu campur, itu urusan parti berkenaan. Apa yang penting, saya minta masyarakat menilai siapa yang bercakap benar dalam isu ini dan berilah sokongan kepada parti yang terbukti memerintah dengan baik," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga mempunyai rakaman video mengenai pelbagai bentuk lakonan oleh pemimpin politik pembangkang ketika mereka menyertai demonstrasi Bersih dan berjanji akan mendedahkan pada masa yang sesuai.

Bagaimanapun, ketika ditanya apakah ia bermakna Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai rakaman video tersebut, beliau sekadar berkata: "Saya tidak kata ATM, saya kata kita juga mempunyai video berkenaan, ia diserahkan oleh rakan-rakan dan orang awam." Utusan Online

Suhaila Dedahkan…! Rupa2nyer Jimmy Kaki Pukul Isteri…, Hampehh..!!


Jimmy seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.

"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.

Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.

"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.

"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.

Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.


"Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.

"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.

Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.

Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.

"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.

Read more…, please
click here

Monday, July 25, 2011

HOT n SPICY…! Waheeda Sekarang Mengkaji Bible….

Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab, 32, ketika diajukan soalan mengenai kehidupannya, berkata dia kini menjadi suri rumah sepenuh masa selain turut menghasilkan lagu untuk suaminya.

"Sepanjang berada di rumah saya menghabiskan masa mengkaji al-Quran dan Bible dan membaca karya pendakwah, Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat," katanya

Waheeda terus komited dengan pendiriannya untuk tidak mahu kembali dengan alasan hukum menyanyi pada asalnya adalah harus tetapi ‘sebab-sebab tertentu’ menjadikan karier yang pernah diceburinya adalah haram.

Kata Waheeda, kesukaran menjaga solat dan keadaan persekitaran dalam dunia hiburan yang ‘merimaskan’ memaksanya membuat keputusan meninggalkan kerjaya itu selama-lamanya.

Itu dinyatakan ketika Waheeda menjadi ahli panel satu program bual bicara berjudul Komplikasi Islam dan Iman Membawa Ketenangan anjuran pengurusan masjid al-Azim, Pandan Indah, di sini, Jumaat lalu disaksikan kira-kira 400 jemaah.

Difahamkan, program bual bicara terbabit adalah ceramah pertama berbentuk serius disampaikan bekas selebriti berkenaan mengikuti jejak suaminya, Akhil Hayy.

Dalam program itu, antara yang memberikan ceramah adalah pensyarah British Malaysia Institut (BMI) yang juga penceramah, Ustaz Farhan Sudduq dan bekas gitaris, Sham Kamikaze.

Menurut Waheeda, biarpun menerima saranan kembali ke dunia hiburan dengan kemunculan semulanya membawakan watak yang menyampaikan kesenian Islam namun dia bertekad tidak mahu kembali lagi ke dunia itu dengan memberikan alasannya.

"Saya serik dengan dunia hiburan, amat sukar untuk berwuduk dan menjaga solat. Kita tahu artis rindukan Allah SWT namun persekitaran merimaskan membuatkan kita leka menunaikan tanggungjawab sebagai hamba.

"Punca sukar menunaikan solat adalah kesibukan di set penggambaran. Saya berhadapan masalah untuk bersolat dan berwuduk kerana penggambaran yang melalaikan.

"Saya pernah mahu mengekalkan wuduk untuk bersolat lima waktu namun apabila pengarah produksi tahu saya berwuduk dia sewenang-wenangnya memegang tangan saya.

"Malah, dia (pengarah) turut ketawakan saya sesudah wuduk saya terbatal. Siapa dia untuk memainkan agama Allah!” katanya sambil menitiskan air mata.

Menurutnya, walaupun sempurna berwuduk kadang kala wuduknya terbatal sesudah terlanggar rakannya seorang lelaki yang berimej wanita.

"Saya rimas dengan dunia hiburan, saya bertekad meninggalkan dunia itu kerana dunia hiburan tidak menghormati Allah SWT," katanya. Kata Waheeda, dia juga tidak mahu menyanyi lagi walaupun nasyid dengan alasan haram seorang wanita melunakkan suara di khalayak ramai.

Bar Council Nak Bising Ape Lagi..? Teoh Beng Hock Bunuh Diri.., Kes Sosilawati Pulak Kenapa Diam..??

Perhatikan bagaimana reaksi yang ditunjukkan oleh Majlis Peguam terhadap kematian Teoh Beng Hock yang dirumuskan sebagai membunuh diri. Perhatikan juga bagaimana Majlis Peguam bertindak bagi pihak DAP untuk menyalahkan SPRM dan Kerajaan Malaysia atas tindakan Teoh Beng Hock membunuh diri.

Dan akhir sekali perhatikan juga bagaimana LAYANAN YANG DIBERIKAN oleh Majlis Peguam kepada kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiyah bersama tiga orang rakannya yang lain oleh bekas ahli Majlis Peguam sendiri!!!

Dari awal kewujudan kes pembunuhan kejam melibatkan perbuatan ahli Majlis Peguam itu, sehinggalah sekarang, Majlis Peguam kurang memberikan respons. Barangkali salah satu sebab mengapa Majlis Peguam kurang memberikan respons adalah kerana yang tertuduh sekarang adalah bekas ahli mereka sendiri manakala yang dibunuh dengan kejam sehingga mayat mereka dilupuskan tanpa sebarang kesan, bukannya ahli DAP.

Kalau hendak dikatakan Majlis Peguam bertindak rasional kerana enggan mencampuri urusan perundangan yang sedang berlangsung bagi kes tersebut, Majlis Peguam telah berulang-ulang kali mencampuri kes perundangan yang melibatkan Teoh Beng Hock dan yang paling ketara adalah kes Anwar Ibrahim.

Majlis Peguam sibuk membicarakan tentang ketelusan dan keadilan, tetapi Majlis Peguam sendiri tidak pernah mengamalkan ketelusan serta keadilan dalam kes-kes yang melibatkan ahli-ahli mereka. Paling lebih pun, Majlis Peguam hanya mampu mengutarakan jumlah ahli yang telah dibuang dan dipecat daripada menjadi ahli kerana terlibat dalam kesalahan undang-undang.

Sangat berlawanan dengan perjuangan Majlis Peguam menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang telah membunuh diri, berbanding Sosilawati Lawiyah yang dibunuh oleh seorang bekas peguam yang pada ketika melakukan jenayah kejamnya, masih lagi merupakan salah seorang ahli Majlis Peguam.

Kalau pemidang digantung di bangunan Majlis Peguam, mengapa tiada pula tuntutan atau perbuatan yang serupa yang boleh dikaitkan dengan keadilan terhadap Sosilawati dan ketiga-tiga orang kawannya yang dibunuh serta mayat mereka dilupuskan oleh suspek?

Hanya kerana yang menjadi mangsa bukan ahli DAP? [taken from blogger fren,
The Flying Kick]

Wahai Mat Sabu Lambong..., Ade Berani Kerr..???


Pergerakan Puteri Umno hari ini meminta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu agar tampil untuk menafikan pendedahan video oleh polis berhubung kemalangan yang dialaminya pada 9 Julai lepas.

Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata tindakan Mohamad Sabu yang mendakwa beliau dirempuh polis ketika berlangsung perhimpunan haram di ibukota itu perlu diberi penjelasan yang sebenar.

"Adalah penting untuk beliau (Mohamad Sabu) membuat kenyataan sama ada beliau tetap dengan dakwaannya sebelum ini atau menafikan pendedahan video itu atau mengiyakan apa yang didedahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

"Puteri UMNO yakin bahawa tayangan itu adalah sahih, dan Mohamad Sabu mesti meminta maaf kepada PDRM dan rakyat Malaysia jika apa yang didedahkan oleh PDRM menerusi tayangan video itu adalah benar," katanya.

Pada Khamis lepas, PDRM telah menayangkan video perhimpunan haram 9 Julai kepada wakil media dan awam di Ibupejabat Polis Bukit Aman yang turut menunjukkan rakaman video Mohamad Sabu tidak dilanggar Pajero polis seperti yang didakwanya.

Tan Sri Khalid Is Too Busy...!! Banyak Hal Lain Lebih Penting....


MCA Selangor membidas kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang sehingga kini gagal membina rumah kos rendah di negeri itu sepanjang tiga tahun pakatan pembangkang memerintah.

Pengerusinya, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, sedangkan di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan sahaja, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membina lebih 6,000 unit rumah kos rendah sepanjang 10 tahun lalu.

"Namun dalam tempoh tiga tahun memerintah, satu rumah kos rendah pun kerajaan PKR Selangor tidak bina untuk rakyat.

"Itu pun dipercayai berpunca daripada tindakan mereka menaikkan premium tanah yang mengakibatkan harga rumah semakin mahal.

"Justeru, saya harap rakyat Selangor akan mula menyedari mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita MCA Selangor di sini hari ini.

Sementara itu, Siang Chai yang juga Naib Presiden MCA turut membidas kegagalan DAP dalam mendapatkan tapak untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Selangor.

Sunday, July 24, 2011

Saki Baki Agen Agen Bersih Yang Dah Berani Derhaka Kebawah DYMM Agong...!

Lim Chee Wee, Presiden Majlis Peguam Malaysia..Menghina Suruhanjaya Di Raja. Tindakan ini nyata tidak selari dengan hasrat Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. Dia TIDAK menghormati sistem.

Jelaslah di mata rakyat Malaysia bahawa penyokong Pembangkang di negara ini tidak menghormati sistem pentadbiran dan perundangan di negara kita tercinta ini, Malaysia. Jika dikatakan mereka tak faham undang-undang, presiden Majlis Peguam sendiri, Lim Chee Wee, nyata menhina Suruhanjaya Di Raja Bagi menyiasat kematian Teo Beng Hock. Sedangkan dia seorang peguam. Kenapa dia memihak DAP dan tidak neutral?

Adalah jelas bagi Majlis Peguam bahawa tanggungjawab sepenuhnya kematian Teoh Beng Hock terletak di pihak SPRM dan tindakan segera mesti diambil ke atas pegawainya yang perlu bertanggungjawab ke atas kelakuan mereka,” kata Lim.

Jika ramai seperi Lim ini dalam Majlis Peguam, Majlis itu kehilangan fungsi asalnya. Majlis itu sekadar layak menjadi "kuda tungangan" Pembangkang!

Rakyat Malaysia sudah pasti dapat menilai bahawa corak kepimpinan yang dikehendaki Majlis Peguam ini adalah menjurus kepada tabiee "suka bangkang" sahaja tanpa melihat jauh akan kepentingan negara. Kenapa tidak menghormati system yang wujud, yang awal-awal lagi diminta oleh Majlis Peguam dan Pembangkang sendiri iaitu "SURUHANJAYA DI RAJA".

Apabila Suruhanjaya itu membuat keputusan, keputusan itu pula diremeh, dipersoal dan dijadikan momokan dan isu politik.. Sudahlahhhhh.

Tindakan Presiden Majlsi Peguam ini ternyata "menghina Suruhanjaya Di Raja itu". Perbuatan menghina ini tidak boleh dibiarkan berterusan.. Di pihak Rakyat Malaysia mereka akan hukum pengamal tabiee seperti Lim ini...... Lenyapkan Pembangkang dan kuncu-kuncunya dalam PRU13... Tindak tanduk mereka ternyata jelas ..., amat survatif..... [taken from blogger fren, BLOG Senja Liza)

Safiq Rahim Janji Lawan Habis2an..!

Setinggi mana jangkaan yang diletakkan peminat kepada skuad bola sepak negara, kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim mengakui bersedia menggalas harapan itu.

Tidak wujud perasaan tertekan atau bimbang, sebaliknya Safiq berjanji akan berjuang habis-habisan menggempur kubu tuan rumah, Singapura di Stadium Jalan Besar, hari ini.

"Tekanan daripada peminat untuk melihat kami mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan memang tinggi dan ia tidak boleh dinafikan.

"Namun, kami pernah hadapi situasi yang sama sebelum ini dan ia ternyata bukan satu perkara yang asing buat saya serta rakan-rakan.

"Apa yang saya boleh berikan hanyalah komitmen sepenuhnya menjelang perlawanan penting berdepan Singapura pada malam esok (hari ini) dan membawa Malaysia mampu melangkah jauh dalam saingan kelayakan kali ini," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Turut berada pada sidang akhbar itu adalah jurulatih skuad negara, Datuk K. Rajagobal, jurulatih Singapura, Radojka Avramovic serta Shahril Ishak, kapten pasukan Singapura.

Jelas Safiq, dia menganggap perhitungan dengan Singapura antara detik paling penting dalam kariernya sepanjang menyarung jersi skuad kebangsaan.

"Saya mahu membawa Malaysia mara ke peringkat seterusnya, itu sasaran peribadi saya pada kali ini dengan mengatasi pasukan Singapura," ujarnya penuh bersemangat.

Pemain tengah Selangor ini juga mahu rakan sepasukan sentiasa positif sebagaimana mereka mampu bangkit selepas kalah besar 5-1 kepada Indonesia pada perlawanan sulung di Piala AFF 2010 sebelum bangkit bergelar juara.

"Kami semua pernah hilang keyakinan pada satu ketika tetapi atas semangat berpasukan, kami berazam tidak mahu perkara itu berulang lagi," katanya.

Friday, July 22, 2011

Wei Takut Laa...! Abang Mat Lambong Nak Saman Polis, Adoyaii...


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu enggan mengulas kenyataan polis yang mendakwa beliau membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu.

"Saya tidak mahu menjawab apa-apa... Tunggu kita saman di mahkamah," katanya melalui satu kiriman SMS lewat petang ini.

Ditanya bila tindakan itu akan diambil, Mohamad menjawab: "Kena tanya peguam Hanipa Maidin".

Polis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, dilaporkan berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan,” katanya sewaktu tayangan video berhubung perhimpunan itu.

Mohamad mengalami kecederaan dengan ligamen lutut kanannya terkoyak sehingga memerlukan menjalani pembedahan.

Berikutan itu, doktor telah memasukkan skru sepanjang 2.5 inci di bahagian pelipat lututnya.

Mohamad juga menafikan bahawa beliau berlakon untuk meraih simpati di atas kejadian yang menimpanya. Malaysiakini

Takut Nak Mengadap Muka Kit Siang…, Teoh Beng Hock Pun Terjun Bangunan…?

Kit Siang tahu, laporan RCI tentang kematian Teoh Beng Hock, sukar untuk ditentang. Walaupun Karpal Singh menyatakan dia akan membuat 'penyelidikan' sebaris demi sebaris sebelum memutuskan untuk membuat sebarang keputusan bagi menyanggah laporan berkenaan, namun hakikatnya ia sukar dilakukan.

Dan akhirnya Kit Siang mengakui bahawa Teoh Beng Hock bunuh diri. Bagaimanapun, bagi orang yang mengenali corak berpolitik Kit Siang, pastinya sangat tahu bahawa Kit Siang tidak akan mudah untuk membuat pengakuan melainkan disertai dengan helah-helah tertentu.

Kata Kit Siang, paksa sampai Teoh Beng Hock bunuh diri, samalah seperti Teoh Beng Hock membunuh diri tanpa sebarang alasan. Oleh kerana itu, SPRM perlu bertanggungjawab sebab memaksa Teoh Beng Hock mengambil keputusan untuk bunuh diri.

Ibu Teoh Beng Hock pula pada masa yang sama, tidak dapat menerima hakikat bahawa anak lelakinya telah membunuh diri. Dan seperti biasa, bagi setiap perkara yang ditentang, tentulah alasan yang tersendiri.

Walau apa pun yang diperkatakan, dan walau apa pun alasannya, yang penting, Kit Siang dah mengaku, Teoh Beng Hock bunuh diri. Dan Teoh Beng Hock bunuh diri kerana penyelewengan serta rasuah yang dilakukan oleh pembesar-pembesar DAP Selangor! Full Stop..!!!

Taken from Blogger fren,
The Flying Kick

Mat Sabu Macam Mail Lambong...! Adoyaii...


Haa haa haa..! Adoyai der.. Mat Sabu udah kantoi la plak.

Nak menipu pun tak pandai, buat ceriter konon polis langgar dia la, hampehh..! Nampaknyer, Pas punyer leaders pun dah sinonim dengan dosa menipu, terang2 punyer klentong. LG cabar Mat Sabu saman pihak polis kalau video klip kat bawah nie tak betul;

Thursday, July 21, 2011

Who Let The DOG Out…??



Sikap besar kepala dan angkuh DAP semakin hari semakin menjadi-jadi. Semuanya kerana mereka telah terlalu yakin yang mereka akan berjaya merampas pemerintahan negara ini dalam PRU 13 kelak.

Akhbar Nanyang Siang Pau 18 Julai 2011 melaporkan kenyataan seorang pemimpin DAP yang mengatakan parti itu akan menang pada PRU 13 walaupun mereka meletakkan seekor anjing menjadi calon mereka.

Kenyataan yang mereka keluarkan itu begitu angkuh sekali dan dalam masa yang sama ianya menghina rakyat Malaysia yang menjadi pengundi. Ianya menggambarkan rakyat Malaysia hanya perlukan anjing sahaja untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Begitulah angkuhnya DAP....

Mereka menyondol bagaikan babi hutan yang gila mengatakan pilihanraya di Malaysia tidak bersih, tetapi dalam masa yang sama mereka kata anjing pun boleh menang.[Blogger fren,
Rbf]

Adoyaii..! Lebih2 La Pulak Nie...



Majlis Peguam bagi nasihat kepada SPR agar menyertakan NGO ke dalam Suruhanjaya tersebut bagi memastikan SPR lebih telus dan lebih adil. Sekaligus semakin jelas menunjukkan badan tersebut sudah sampai ke tahap matang untuk didaftarkan sebagai PARTI LOYA MALAYSIA.

Kecenderungan berpolitik Majlis Peguam sememangnya sangat ketara. Majlis Peguam sudah hilang kebebasan dan tema untuk menjaga kepentingan ahli yang terlibat dalam bidang guaman. Sebaliknya Majlis Peguam menjadi salah satu entiti yang bercakap bagi pihak Pakatan Rakyat.

Justeru, apa kasta Majlis Peguam untuk memberikan nasihat kepada SPR untuk kelihatan lebih adil dan telus, jikalau Majlis Peguam sendiri sudah dicemari dengan taik-taik Pakatan Rakyat yang bukan sahaja cirit dan melekit, bahkan kohong dan masam bacin!!!

Cadangan Majlis Peguam itu ialah merujuk desakan agar BERSIH menjadi sebahagian daripada SPR. Agak aneh, BERSIH yang merupakan pertubuhan haram dan didalangi oleh ahli-ahli politik dari Pakatan Rakyat, dikatakan dapat menjadikan SPR lebih telus dan lebih bersih? Para pemimpin politik dalam BERSIH itu sendiri sedang mencari-cari kaedah untuk mendapatkan kemenangan dalam PRU13 nanti dengan cara mudah, Majlis Peguam kata, penyertaan BERSIH akan menjadikan SPR lebih bersih?

Dan dalam BERSIH itu sendiri terdapat 62 NGO yang mendukungnya selain Pakatan Rakyat. Daripada 62 NGO tersebut, hanya 2 NGO yang dikaitkan dengan Islam iaitu JIM dan IKRAM. BERSIH 2.0 dikuasai oleh NGO Kristian dan Hindu!

Itu sahaja sudah cukup untuk menimbulkan kontroversi dan seribu satu macam pertanyaan.

Dah sememangnya Majlis Peguam layak sangat-sangat untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik dan menjadi komponen keempat Pakatan Rakyat menggantikan SNAP yang dah keluar dari gabungan PKR-DAP-PAS itu dalam tempoh tidak sampai tiga bulan bergabung untuk PRN Sarawak!

Lagipun Pakatan Rakyat sendiri adalah parti peguam-peguam hebat... Karpal Singh, anak-anak lelakinya, Sivarasa, Sankaran, N.Surendran dan nama-nama yang lain... sudah tentu apabila Majlis Peguam menjadi parti politik, lebih ramai peguam yang boleh digabungkan untuk memutarbelitkan pelbagai isu.

Bukankah KEPAKARAN PEGUAM adalah memutarbelitkan fakta bagi memastikan kemenangan anak guamnya? Dan bukankah motif utama peguam dalam berkerjaya mereka adalah wang? Kalau bukan kerana wang, takkanlah peguam-peguam yang berjaya mengalahkan FELDA, dapat bahagian lebih banyak berbanding peserta-peserta FELDA yang menyaman FELDA selepas peguam-peguam FELDA tidak datang untuk mempertahankan majikan mereka?

Memang elok benarlah Majlis Peguam jadi parti politik... dan tidak layak langsung untuk Majlis Peguam memberi nasihat kepada SPR atau mana-mana pihak untuk berlaku adil serta telus kerana tindakan sebegitu, ibarat mengajar lembu mengiau, dan mengajar babi menyalak!

Taken from blogger fren..,
The Flying Kick

Projek Batas Pulak Dah…..


Norman Hakim berkata dia tetap akan menjaga batasan mengenai hubungannya dengan pelakon Memey Suhaiza…

Ia termasuklah ketika diajak bergambar bersama kerana tidak mahu ada pihak pihak yang kurang senang dengan aksi mereka berikan.

Baru baru ini, Memey mahupun Norman tidak menolak untuk merakamkan gambar mereka berdua yang penuh mesra bagaikan pasangan suami isteri.


"Saya rasa tak salah bergambar kerana aksi kami bukan sengaja dilakukan sebaliknya atas permintaan pihak media.

"Kami tahu yang sepatutnya kami tidak perlu menunjuk-nunjuk lemesraan itu. Bagaimanapun, kami masih menjaga batasan antara satu sama lain kerana banyak hati yang perlu dijaga," beritahunya sambil tertawa kecil.

Samada tingkah laku mereka itu akan meninggalkan kesan buruk atau tidak, Memey mahu menganggap semua itu sebagai suatu yang positif.

Wednesday, July 20, 2011

Mahfuz Omar Tengah Slow Talk Nak Tak Over Jadi Mb Kedah…?


Pas khususnya kerajaan negeri Kedah di bawah Menteri Besar, Datuk Azizan Razak kini berada dalam “sindrom penafian” apabila satu demi satu kepincangan pentabiran mereka makin kian terdedah.

Selain kegagalan membentangkan bukti serta fakta berkenaan melunaskan janji-janji yang terkandung dalam manifesto parti itu pada pilihanraya umum lalu, pentadbiran “flip flop” kerajaan pimpinan Pas juga semakin menjadi bualan umum.

Terbaru tindakan kerajaan Pas Kedah berdolak dalih dalam isu larangan operasi pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

“Samaada soal karaoke, soal judi atau segala-galanya, jika satu masa dulu mereka hentam kerajaan BN kononnya kita mengalakkan maksiat dan sebagainya, hari ini cakap-cakap sebegitu sudah tidak timbul lagi.

“Cuma mereka tidak mahu mengakui dalam masyarakat majmuk ini, apa yang BN buat adalah perkara yang betul. Contohnya apabila mereka nak melaksakan apa yang mereka laungkan dahulu sebelum mereka memerintah, berhubung pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan, hari ini berbalik kepada kebiasaannya juga, tiada penutupan sepanjang Ramadhan ini,”, demikian menurut Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Haji Tajul Urus Haji Mat Zain.

Ini tegasnya membuktikan pembangkang khususnya Pas hanya bersandiwara dan perjuangan Islam yang dilaungkan selama ini hanya retorik kosong.

“Bila sudah terjerat mereka mereka mula berdolak dalih. Banyak keputusan yang mereka buat flip flop… kejap boleh kejap tak boleh. Mereka sekarang berada dalam sindrom penafian”, katanya kepada UMNO-Online.

Kerajaan Pas kata beliau lagi sebenarnya cuba menonjolkan pentadbiran Islam tetapi apabila didesak dan ditekan rakan pakatan mereka terutama DAP, Pas terpaksa buat pusingan U kononya pentabiran mereka bersifat tolaransi.

“Apa yang harus direnungi oleh rakyat terutama di negeri ini sebenarnya ialah Pas selama ini telah membuat pembohongan yang nyata khususnya soal negara Islam tapi sekarang tiada negara Islam.

“Pas awal-awal lagi bercakap soal hudud, tetapi hari ini Pas sudah tidak berani lagi bercakap soal hudud,” ujarnya lagi.

Tambahnya, apa yang dibuat oleh Pas hari ini sebenarnya menuruti apa yang telah dilakukan BN sebelum ini cuma mereka sekarang malu untuk mengakui.

”Jadi ternyata dasar pentadbiran BN selama ini yang paling sesuai dan adil untuk seluruh rakyat yang mempunyai masyarakat majmuk. Pas tidak perlu lagi bersandiwara dan putar belit,” katanya. – MediaUMNO

Bagus Kalau Pakatan Lantik Dap Jadik Penasihat Semua MB Pas…!!

Nak kata diorang tak sedar, macam mustahil. Nak kata bodoh, semua belajar tinggi - tinggi. Tapi perangai masing - masing macam budak tak sekolah.

Bukan la niat Semut nak memanjang - manjangkan isu ni. Cuma sekadar meluahkan pandanga yang diberikan oleh sahabat Semut semalam.

Diorang pelik bila bercerita pasal isu larangan pusat hiburan beroperasi di Kedah ni. Bukan sebab keputusan PAS terpaksa tunduk kepada desakan DAPigs tu.

Alasan tu diorang semua tau. Rasanya seluruh rakyat Malaysia memang dah sedia maklum dengan kedudukan PAS sebagai Pak Angguk Saja bila dibentak DAPigs.

Tapi, persoalan mereka, kenapa baru sekarang diorang nak melaksanakan enakmen tu? Kenapa selepas 3 tahun memerintah baru Kerajaan PAS Kedah sibuk nak melaksanakannya?

Takkan diorang tak tau tentang kewujudan perkara tersebut sebelum ini? Kalau nak kata diorang tak tau, mustahil sebab diorang jugak yang pegang tampuk pemerintahan.

Itu satu persoalan. Kenapa sewaktu mula - mula enakmen tu digubal dulu, diorang tak de cerita pun pasal perlaksanaannya.

Kenapa diorang tak desak Kerajaan Negeri waktu tu untuk melaksanakan enakmen tersebut? Mustahil diorang tak tau mengenai perkara tersebut?

Persoalan - persoalan ini yang menjadi spekulasi kepada rakan - rakan Semut malam tadi. Kata diorang, tindakan PAS Kedah ni hanya satu 'Political Stunt' untuk memulihkan imej PAS sahaja.

Sebab, bagi mereka, imej PAS sebagai sebuah parti yang KONONnya memperjuangkan Islam sudah rosak teruk dan tidak mampu diperbaiki lagi.

Mereka beranggapan, PAS sudah tidak segagah seperti dulu. Mereka sudah semakin lemah. Jadi, untuk memulihkan kepercayaan rakyat, terutamanya umat Islam, mereka perlu lakukan sesuatu.

Dengan menimbulkan isu ini, maka rakyat akan melihat mereka tetap berpegang kepada perjuangan Islam sedangkan semua orang dah sedar bahawa ianya hanya satu sandiwara.

Sedar la sikit. Rakyat Malaysia ni bukan la bodoh sangat. Bukan mudah bagi mereka nak percaya perkara yang cuba dilakukan seperti ini. Jadi, tak payah la diorang nak buang masa dengan menipu orang!!! [Taken from Blogger fren,
Semut Hitam]

Biar Betul..? Khalid Ibrahim Akan Bantu Blogger Fitnah Datuk Seri Rais Yatim…?


Korang mesti ingat lagi betapa murninya hati Khalid Gagap apabila dia mengarahkan kerajaan negeri Selangor supaya menanggung semua kos guaman terhadap kes Penderhaka Sultan Selangor.

Kenyataan Khalid Gagap ketika itu ialah “Dalam kes Shuhaimi, kerajaan negeri tidak akan membiarkan beliau berseorangan dalam menghadapi tuduhan tidak berasas ini. “Kerajaan negeri akan membantu beliau dengan membiayai kos perundangan dan menyokong usaha beliau untuk menegakkan keadilan,”

Itu cerita Penderhaka Sultan Selangor. Terbaru ada Blogger daripada AMK dikenakan denda sebanyak 400 ribu atas kesalahan menfitnah Rais Yatim dengan mengatakan beliau merogol.

Kalau ikutkan jumlah tersebut, Rais Yatim pandang sebelah mata sahaja bukan sebab dia kaya tetapi keputusan tersebut mengesahkan 2 perkara:

1- Fitnah adalah satu modes operandi mereka untuk memburukkan pemimpin BN.
2- Maruah Rais Yatim kembali ke tahap yang sebenarnya di kalangan rakyat selepas beliau tertekan sehingga membawa kes tersebut ke mahkamah.

Persoalan sekarang Blogger tersebut ada ke duit sebanyak itu?

Disinilah letaknya kemurnian hati Khalid Gagap untuk membantu membayar saman tersebut kerana blogger ini bekerja untuk menegakkan keadilan. Darjat seorang blogger pembangkang kita boleh lihat dengan cara mereka membantu Sharpshooter. Adakah beliau akan dibiarkan bersendiri untuk menyelesaikan saman tersebut?

Kerajaan Selangor sepatutnya tampil awal-awal lagi mengeluarkan kenyataan mereka akan membiayai kos guaman dan saman tersebut sama seperti mereka membiayai semua perbelanjaan kes Adun Seri Muda. Jangan lupa slogan Kerajaan Kebajikan. Inilah masanya untuk menjaga kebajikan seorang yang berjuang untuk Pakatan Rakyat.

Adakah adil seorang blogger daripada AMK yang berjuang untuk masa depan Pakatan Rakyat dibiarkan berseorangan dalam hal ini? Sama-sama kita tunggu kenyataan Ketua AMK Sam Ketot.

Ini baru saman yang blogger kene bayar. Bagaimana dengan kos perundangan barua-barua Ambabiga yang berdemo BerSHIT? Sapa nak bayar? Khalid Gagap? Al Juburi atau Mat Sabun yang akan keluarkan belanja? Atau mungkin akan ada dana daripada luar yang akan sampai untuk membiayai semua kos. Ada kemungkinan.

Aku cadangkan Ambabiga yang juga seorang peguam mewakili semua kes yang terlibat dan sekiranya terpaksa membayar denda, buatlah satu ceramah perdana di kawasan orang-orang PAS dan jangan lupa kutip derma. Orang PAS murah hati untuk menderma sama juga mereka murah hati untuk menjadi barua kepada Ambabiga walaupun Anak Hindu ini seorang yang Anti Islam dan menyokong MURTAD!!

Taken from KitaGempur.com, please
click here

Tuesday, July 19, 2011

Pusat Hiburan Makin Banyak Di Selangor…! Dangdut Baru Dibuka Pun Ade Jugak….


Pas jangan nak sibuk kata nak ajar BN ikut macam mana kerajaan Kedah buat, Pas pun janganlah nak sibuk kata kat Melaka dah bagi tambah masa untuk pusat hiburan..

Kat Klang rupa2nyer ade bukak Dangdut baru! Entertainment jenis dangdut nie bukannyer untuk orang bukan melayu, tapi tokeinyer konfom bukan melayu lagi ramai… Kat dalam dangdut pun dah tentulah ade jual arak…

Our blogger fren Akar Umbi ade story, please
click here

YAHOO..! Tayangan Perdana KL Gangster Versi Bersih Tak Lama Lagi....

Jom kita tengok sape yang kena...!

Pas, Dap, Pkr sibuk kata Polis ganas..? Ok lah, tak lama lagi rakyat Malaysia boleh tengok sendiri tayangan perdana, kita tengok sendirilah sape yang ganas..!!

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan rakaman polis mengenai keganasan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan haram pada 9 Julai lepas.

Beliau berkata, polis tidak seharusnya menyimpan rakaman video yang memaparkan kekasaran yang dilakukan oleh peserta perhimpunan haram itu terlalu lama sehingga menjadi satu “elemen kontra” kepada pasukan itu.

"Pandangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya polis mendedahkan rakaman video mereka mengenai salah laku peserta perhimpunan haram itu perlu disambut baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perkampungan Budaya Orang Asli Kaum Mah Meri Pulau Carey dekat sini hari ini.

Rais berkata, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sanggup menyiarkan rakaman video itu demi kesahihan dan keadilan. – Bernama

Monday, July 18, 2011

Kerajaan BN Datuk Sri Najib Akan Tumbang Dalam Pilihanraya ke 13 Nanti...! huu.., huuu, huuuu...!!


BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir.

"Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

"Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

"Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Pada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

"Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

"Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog," kata Marina.

Kalau Di Indon.., Soalannyer “Sampai Kapan ?”. Dalam Kes Pas Kedah.., Jawapannya Depa Dah Kena Kain Kapan Dap Laa….

Nak kata lawak pun boleh.., nak kata bengong pun boleh jugak laa…!

Flip flop cara Pas tadbir parti nie dah semakin nampak ketara, very clear! Nampak sangat dah Pas jadik macai, jadi barua Dap. Sampaikan blogger pro Pas yang selama nie dok kata Pas Islamic pun dah naik angin dengan Pas, please
click here.

Kalau kat Indon, bila they oLz nak bertanya satu soalan bunyinyer, “sampai kapan..?”, maksud soalan tu, “sampai bila..?”.

Kita jugak mesti tanyer dengan Pas ‘sampai bila’ nak ikut telunjuk Dap..? Dulu masa debat Khairy Jamaluddin dengan Husam Musa, KJ berjaya check mate Husam suruh buat pengakuan pasal nak buat negara islam.., tetapi malang sungguh nasib orang Pas bila Lim Guan Eng mengamuk, bila Lim Kit Siang menjerit, kelam kabut Pas kata tak jadi…!

Memanglah Pas dah kena kain kapan Dap….

Student IPTA Yang Kena Tangkap Demo Haram Bersih Akan Dibuang….

Ape nak tunggu lagi…?

Janganlah Menteri Pengajian Tinggi kita Datuk Seri Khalid Nordin pun nak jadik macam Menteri Amaran, asyik nak bagi warning jer, buang Karen laa..!

Kata dah identified senarai nama nama student yang ikut demo haram buat KL jadik kucar kacir. Kita kena ajar anak anak muda yang sibuk sangat nak serang kerajaan nie..


Seramai 500 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dikenal pasti menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu bakal berdepan tindakan tegas daripada pentadbiran universiti masing-masing.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bentuk tindakan sama ada ringan mahupun berat bergantung mengikut keputusan pihak universiti terbabit berdasarkan bentuk kesalahan yang dilakukan.

Menurutnya, hukuman itu bukan ditentukan oleh kementerian namun difahamkan hukuman membuang dan menggantung pelajar boleh dilakukan oleh pengurusan sesebuah IPT di negara ini.

"Terpulang kepada pihak universiti, tindakan ke atas pelajar ikut mereka. bukan kementerian tentukan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Latihan 1Malaysia bersama Komuniti 1Hulu Langat di Kolej Komuniti Hulu Langat di sini semalam.

Menurut Mohamed Khaled, pihaknya telah menerima kira-kira 500 nama daripada pihak polis dan kini sedang menyiasat sama ada nama tersebut merupakan pelajar universiti atau sebaliknya.

"Kita belum tahu 500 nama itu pelajar universiti dan universiti mana. Ia sedang diperiksa kerana jika dilihat dari sudut umur bagi nama-nama tersebut, mereka tergolong dalam kategori pelajar.

"Setelah kita tahu institusi pengajian mereka, nama pelajar itu akan diserahkan kepada pihak universiti untuk tindakan selanjutnya," jelasnya. - Kosmo.

Cayalah..! Bolasepak Wanita Jepun Menang World Cup…!!



FRANKFURT, Germany (AP) - Amid the sorrow that lingers throughout Japan, perhaps a little joy -- courtesy of the determined women on its World Cup team.

They beat the Americans for the title in a riveting final Sunday night, 3-1 on penalty kicks, after coming from behind twice in a 2-2 tie. The star of the shootout was feisty goalkeeper Ayumi Kaihori, who made two brilliant saves in the shootout.

All tournament long the teammates poignantly reminded the world they were playing for their battered country, still reeling from the devastation of the March 11 earthquake and tsunami.

"Before we went to the match tonight we had some commentary on television and we heard comments on the situation in Japan," coach Norio Sasaki said. "We wanted to use this opportunity to thank the people back home for the support that has been given."


"We lost to a great team, we really did," U.S. goalkeeper Hope Solo told ESPN, which broadcast the game. "I truly believe that something bigger was pulling for this team."

Japanese residents were also glued to their televisions, despite the game starting around 4 a.m. local time. In one Tokyo eatery, for instances, scores adorned in the team's colors burst out in joy once their team beat the U.S. squad for the first time in 25 tries.

This was Japan's first appearance in the final of a major tournament, and they had not beaten the Americans in their first 25 meetings, including a pair of 2-0 losses in warm-up games a month before the World Cup.

Al fatihah Buat Dr Lo'Lo' Ghazali


Ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada jam 10.13 malam tadi di Hospital Selayang Hospital di Kuala Lumpur.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 dengan golongan orang yang beriman.., amin!

Sunday, July 17, 2011

Pembangkang KANTOI Sudah..!! Cincin Bukan Untuk Rosmah.., Tapi Untuk Exhibition..!

Apalah kerja pembangkang nie..? Tak habis2 buat fitnah jer la...

Rupa2nyer, cincin berlian yang masuk kat Malaysia lalu Kastam untuk satu Exhibition VVIP. Ade bukti cincin berlian tu masuk tapi DAH dihantar balik kat owner cincin tu, Jacob & Co New York...

Memang bangsat betullah pembangkang nie.., cuma cerita part of the story and hide the other part of story... Kureng ajar betol..!

Read more.., please click here

Saturday, July 16, 2011

Jeti Roboh..! Adun Melaka Jatuh Sungai.....

JASIN, 15 Julai -- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Datuk R.Perumal (kanan) melepaskan benih anak ikan Lampam ke dalam Sungai Tehel, di sini, hari ini. Turut serta Anggota Dewan Undangan Negeri Bemban Chua Kheng Hua (kiri).

TERJATUH... Beberapa petugas Jabatan Perikanan Melaka membantu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Datuk R.Perumal (dua kanan) naik ke tebing selepas terjatuh ke dalam sungai bersama beberapa jemputan ketika melepaskan benih anak ikan Lampam ke dalam Sungai Tehel, di sini, hari ini. Sebanyak 20, 000 ekor benih ikan dilepaskan pada program tersebut. [Bernama]

AMK PKR Kedah Kena Tangkap Khalwat Dengan Kakak Ipar Sendiri...??

ALOR SETAR: Helah seorang lelaki konon dia bersama isterinya menyewa bilik sebuah motel di Jalan Suka Menanti, di sini, bagi mengelak dicekup berkhalwat tidak menjadi apabila wanita itu sebenarnya adalah kakak iparnya.

Lelaki berusia 30 tahun itu mulanya memberi alasan mereka mempunyai surat nikah, namun selepas siasatan terhadap wanita berusia 32 tahun itu mendapati kenyataan mereka bercanggah dan cuba menipu anggota penguat kuasa.

Dalam serbuan jam 4.45 petang kelmarin, sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) menyerbu premis berkenaan selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.

Lelaki berasal dari Myanmar dan beragama Islam itu memberi alasan membawa wanita itu menyewa bilik itu hanya untuk mandi sebelum pergi melawat isterinya yang baru melahirkan bayi lelaki di Hospital Jitra (HJ).

Pegawai Penguat kuasa Jaik, Mohd Khairil Naim Johari berkata, sepasukan anggota Jaik yang tiba di motel itu kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati sebuah bilik di tingkat bawah motel itu berkunci daripada dalam.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya bertuala membuka pintu kira-kira 10 minit kemudian dan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa di luar bilik disewanya.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita yang menyorok dalam bilik dan tergesa-gesa memakai pakaian dalam keadaan ketakutan.

“Hasil soal siasat, wanita itu mendakwa dibawa lelaki berkenaan ke motel itu untuk melihat adik perempuannya yang juga isteri lelaki itu yang baru melahirkan anak manakala lelaki itu memberi alasan wanita itu sebagai isterinya,” katanya.

Thursday, July 14, 2011

Mari Berkenalan..! Exco Hal Ehwal Agama Selangor Yang Baru...

Sikap membisu wakil rakyat Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam semasa Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim cuba mempergunakan hadis pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam amat dikesali.

Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, sebagai wakil rakyat beragama Islam, mereka sepatutnya menegur Suee Lim yang cuba memetik hadis bagi menguatkan hujahnya sedangkan wakil rakyat DAP itu tidak mengetahui maknanya.

Lebih dikesalkan kata beliau, Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hasan Ali dan Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Abdul Rani Osman juga langsung tidak bertindak balas dan dilihat seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa.

"Pada saya seseorang yang tidak faham maksud hadis, tidak layak melafazkannya apalagi jika orang itu bukan beragama Islam.

"Jadi adalah wajar sebagai seorang Islam kita bertanya dan menegur jika ada orang bukan Islam cuba berbuat demikian kerana perbuatan itu jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan dilihat cuba mempersendakan Islam.

"Apabila saya diarah keluar dewan oleh Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim kerana menegur Suee Lim, mereka hanya melihat kejadian itu," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad Satim berkata demikian ketika diminta mengulas sikap wakil rakyat Pas dan PKR beragama Islam yang hanya mendiamkan diri ketika Suee Lim cuba memetik hadis untuk menyokong perbahasannya pada sidang DUN semalam.

Ketika menegur tindakan Suee Lim itu, beliau hanya bertanya tentang kesahihan hadis yang mahu dibacanya tetapi telah diarah keluar oleh Chang Khim - Utusan Online