Tuesday, May 31, 2011

Selamat Pengantin Baru Abang Jemm…!!!!!! Meh Tengok Gambar2 Nikah & Reception Salih Yacob


LG tersentuh la bila dapat tawu Abang Jemm @ Salih Yaacob dah selamat menikah lagi. Teringat script dialog citer madu 3 bila P Ramlee @ Abang Jamil bagi tawu kat Ahmad Nisfu dia nak menikah sorang lagi, hiii…. hiiii…!!

Macam nie laa high class punya gentleman, bravo laa.

Abang Jemm memang ade class tersendiri, dengar celoteh dia boleh sejuk hati, boleh hilang semua bad mood bila dengar lawak yang kelakar giler tiap tiap pagi kat Sinar Fm…! I Follow…

Selamat Pengantin baru LG ucapkan, dapat anak dara lagi tuu… JELEZ akak..!!

Ok, mari kita semua tengok gambar2 cun nikah & reception











Monday, May 30, 2011

Politik Nik Aziz TAK Sama Dengan Amalan Nabi Muhammad S.A.W

LG memang tertarik dengan pandangan bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris kata, tindakan Nik Abdul Aziz itu jelas bercanggah dengan politik diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

"Nik Abdul Aziz mengaku memperjuangkan Islam tetapi membela pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral. Minta Nik Abdul Aziz bertaubat kerana membela orang seperti Anwar.

Nik Aziz yang dalam ceramahnya di Kampung Setia, Kuang, menasihatkan pihak yang menabur fitnah terhadap Anwar dengan mengaitkannya dengan rakaman video seks tampil memohon maaf…. MB Kelantan itu berkata, orang yang membuat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf kepada Anwar.

FUYOOO…!!!! Takutnyaaa…!! Tak bole masuk syurga kalau TAK mintak mahap kat Anwar Ibrahim..????

Nampak bodoh sangat kenyataan Nik Aziz nie…., kenyataan yang boleh menimbulkan tanda tanya kerana jika benar Anwar seorang pemimpin berlandaskan syiar Islam, sudah tentu Anwar tak dikaitkan dengan mana-mana kes salah laku dan seks!!

Ulama dalam Pas sepatutnya membuat mufarakah terhadap kepimpinan Nik Abdul Aziz yang telah banyak mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam.


Source of news - please click here

Thank You Datuk Seri Ismail Sabri...! Love U So Much....

LG nak wish thank u sangat kat ayah Dafi AF5 Baik Punyaa....!

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri semalam dah buat official announcement harga petrol tak naik, kekal! Thank u jugak kepada our PM Datuk Sri Najib and all kabinet sebab faham masalah rakyat.

Orang ramai kini boleh menarik nafas lega apabila Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang

Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

"Sebelum keputusan ini dibuat, kerajaan telah mengambil kira semua sudut termasuk keluhan rakyat supaya tidak menaikkan harga minyak.”

Tambah Ismail Sabri, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah dan spekulasi daripada pihak pembangkang tentang kenaikan harga minyak hingga mencetuskan suasana panik.

"Pengekalan harga bahan bakar itu tiada kena mengena dengan desakan pembangkang ataupun bagi menarik sokongan rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13...”

"Kerajaan yang ada hari ini ialah kerajaan yang prihatin pada nasib rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya.

Monday, May 23, 2011

TAK Mengaku Islam Pulak Dah…? Anwar Ibrahim Sokong Lina Joy, Dalam Kes Ni Macam Mana Pulak…???


Aktres Turki yang posing bogel kat Majalah Playboy dah buat pengakuan dia bukan islam sebab mak dia dulu memang agama Islam tapi dah masuk Kristian…!!

Sila Sahin kata bapak dia freethinker…, kes extremist liberal laa, kalau kat Malaysia yang not heavyweight freethinker nie ramai dalam Pas macam Dr Zul MP Kuala Selangor, Dr Mariah Carey…, Paderi Khalid Samad…. Semua yang berani masuk gereja, kuil untuk kepentingan politik sendiri!

Dalam kes aktres nama Sila Sahin, dia kata sebabkan mak dia dah masuk kristian, jadi dia pun bukan islam. Teringat pulak Anwar Ibrahim sokong kes Lina Joy nak murtad….

Mari kita baca full text news pasal gadis Turki nie….;


Seorang pelakon berketurunan Turki, Sila Sahin yang beraksi dalam keadaan bogel untuk dua belas muka surat majalah Playboy Jerman edisi Mei mengaku dia bukan beragama Islam, lapor sebuah akhbar semalam.

Sila membuat pengakuan itu selepas banyak pihak menganggap dia merupakan gadis Muslim Turki yang pertama berbogel untuk majalah Playboy.

"Ibu bapa saya adalah penduduk Turki dan saya dibesarkan dalam komuniti Islam tetapi saya bukan beragama Islam. Orang ramai membuat andaian bahawa saya beragama Islam…”

"Saya tidak faham kenapa masyarakat menggunakan soal agama untuk menentang keputusan saya bergambar dalam majalah Playboy," kata anak tunggal berusia 25 tahun itu.

Aktres itu yang membintangi drama telenovela Jerman, Good Times, Bad Times menjelaskan, bapanya tidak menganuti sebarang agama manakala ibunya seorang wanita Islam yang bertukar kepada agama Kristian.


"Saya sentiasa dipesan supaya tidak keluar rumah, tidak boleh memiliki rakan lelaki, tidak perlu kelihatan menarik dan dilarang mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin." jelas Sila kepada akhbar News of the World semalam

Dia mencetuskan kontroversi apabila bercinta dengan dengan pelakon popular Jerman, Jörn Schlönvoigt, 24, selepas berpisah dengan teman lelakinya yang beragama Islam pada tahun lalu.

Sila yang menjadi wanita berketurunan Turki pertama yang berbogel untuk penerbitan majalah terkenal itu menerima pelbagai ugutan termasuk diberi gelaran pelacur dan wanita murahan Barat menerusi Internet daripada golongan fanatik Islam kerana dia disangka seorang Muslim.

Bosan dengan kawalan kebebasan ibu bapanya, Sila menerima tawaran Playboy yang meminta dia menjalani penggambaran fotografi bogel di Sri Lanka pada Mac lalu.

"Selepas bertahun-tahun mengikuti apa yang disuruh kepada saya, ia (bergambar bogel) merupakan satu bentuk kebebasan," kata Sila.

Namun, tindakannya berbogel itu menyebabkan saudara-mara Islamnya mendakwa ibu Sila tidak membesarkannya dengan menggunakan pendekatan yang betul. Ibunya itu juga enggan berbual dengan Sila ekoran penyiaran gambar bogel tersebut. – Agensi [dipetik dari KOSMO!]

The Best Ever Video Clip..!!! Anwar, Wan Azizah & Nurul Izzah Sudah Tau Buat...

Memang Superb..!!! Supa Dupa ade class punyer video clip.., da BEST da BOOM...!! Boleh menang award. Respect n tabik spring kat Blog 1 Peluru untuk pembikinan video clip yang class macam nie...

U oLzz MUST WATCH...!! Kalau bole download, burn into dvd lepas tu bagi orang kampung tengok!!


Sunday, May 22, 2011

Sham Kamikaze Lebih Jujur Dari Bob Lokman... Tak Payah Salahkan Umno Bila Nak Bertaubat

Bila LG tonton video clip pasal taubat guitarist femez kita Sham Kamikaze sayup pulak rasa hati nie, agaknya kalu mak Sham tengok mesti sejuk perut sorang ibu!!!

Congratz Sham...! LG pernah lepak dengan geng2 Sham masa LG closed dengan Manager Marsha Af3. Sham memang sorang yang jovial dan honest person. Bila dah tengok pengakuan Sham kat video nie, LG memang dapatkan rasakan statement yang Sham buat penuh kejujuran... Tak hipokrit langsung!

Memang jauh beza Sham dengan Bob Lokman yang tak habis2 nak salahkan Umno, nak kata BN yang tak betul..! Anak Bob Lokman yang tak pandai jawab soalan agama pun nak salahkan BN, memang bengong kepala otak Bob Lokman! Jadilah macam Sham Kamikaze, dia kata dapat hidayah dan dia doakan semua orang dapat syafa’at..., hah macam tu lah Sham! Tak payah nak sibuk kata orang Umno dengan BN punca nak buat dosa nak buat maksiat!

Meh sini..., U oLz kena tengok video klip nie;


Kalau Betul Pas Parti Islam.... Kenapa Kelantan Tak Buat Macam Di Aceh..????


Seramai 14 orang yang didapati melanggar peraturan ketat Islam di wilayah Aceh kerana berjudi disebat di khalayak ramai di Langsa, Aceh Timur, kelmarin.

Ketua jabatan jenayah umum di Pejabat Pendakwa Raya Langsa, Irvon berkata, setiap seorang pesalah itu disebat sebanyak enam kali di dataran Masjid Darul Falah.

Mengikut kanun 2003 atau undang-undang kecil Islam, kesalahan berjudi membawa hukuman maksimum 12 sebatan dan minimum satu sebatan.

Irvon berkata, kesemua pesalah ditahan oleh polis dari pelbagai kawasan di daerah ini kerana bermain nombor ekor.

Menurutnya, pada 12 Mei lalu, sekurang-kurangnya tujuh orang yang melanggar larangan berjudi turut disebat sebanyak 12 kali.

Kes lain termasuklah empat pegawai awam dari Aceh Besar yang ditahan pada Januari lalu kerana berjudi, tetapi pelaksanaan hukuman ditangguhkan kerana menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Syariah wilayah.

"Walaupun keempat-empat pegawai itu telah didapati bersalah, tetapi pelaksanaan hukuman mereka ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan," kata Irvon kepada Jakarta Globe.

Undang-Undang Syariah buat pertama kalinya dilaksanakan di Aceh pada Ogos 2003 selepas wilayah ini memperolehi pemerintahan autonomi sebagai sebahagian daripada perjanjian mengurangkan konflik pejuang pemisah

Ia bagaimanapun mendapat kritikan kerana dikatakan menyasarkan golongan wanita dan kumpulan minoriti. – AGENSI - [source of news
please click here]

LG rasa Pas bukan saja tak berjaya jadikan Kelantan sebagai role model of islamic state, tapi kat Kelantan pun sebenarnya banyak masalah moral & sosial.., tak percaya? Please
click here

Al fatihah untuk 13 Terkorban di Madrasah Al Taqwa.... Semoga Pakatan Tak Politik Isu Bencana Alam Macam Nie!!


LG sedekahkan al fatihah untuk 13 anak anak yang jadi penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus bila tebing bukit yang berdekatan runtuh lepas tu menghempap khemah yang mereka duduki.

Cuma yang tak nak lepas nie, kerajaan negeri janganlah sibuk nak salahkan kerajaan lama Selangor. Tak nak la nanti kata jadi tanah runtuh sebab kerajaan yang dulu BN masa Khir Toyo punca tanah runtuh. Janganlah politikan isu bencana macam nie...

Yang penting sekarang ialah bantuan untuk famili mangsa mangsa..., bantuan untuk pulihkan balik Madrasah Al Taqwa, last sekali Exco Selangor kena improve dan kenal pasti masalah tanah runtuh, jangan melarat larat lagi.

Bukan ape, LG dah agak dah nanti mesti ade berbunyi dari sebelah Pakatan nak salahkan jugak BN, nak salahkan jugak Umno...

Saturday, May 21, 2011

Pilihanraya Raya Memang Nampak Clear Dah Dekat.... Umno Tengah Check Report Card Semua Ketua Bahagian


LG tertarik dengan news pasal Secretary General Umno, Datuk Sri Tengku Adnan sekarang tengah sibuk nak buat checking report card semua Ketua Bahagian Umno....

Nampaknya macam dah dekat jer General Election. Boleh ker buat sekarang sebab tengok dari trend voters bukan melayu especially Chinese voters kat Sarawak dah hampehh.... Nie satu lagi yang penting harga petrol memang dah nak kena naik...!!! Amacam ??? Jangan berulang lagi tragedy 8 Mac 2008 sudah laa, lepas Pak Lah naik minyak terus buat general election, sudahnya hilang 5 negeri, parlimen pun hampehh takde 2/3 majoriti.


Ahli MT Umno Kena Serah Laporan Bahagian....

Jawatankuasa Pengurusan UMNO mengarahkan semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang menjadi ‘bapa angkat’ kepada 195 bahagian UMNO supaya menyerahkan laporan pemantauan mereka untuk dianalisis ibu pejabat parti.

Surat pekeliling mengenainya telah dikeluarkan hasil mesyuarat jawatankuasa itu semalam yang dipengerusikan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ia sebagai langkah persediaan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Kita minta ahli-ahli MT yang jaga bahagian-bahagian ini menyediakan laporan situasi bahagian yang dipantau...”

“Ini meliputi janji-janji yang telah dibuat ketua bahagian kepada penduduk di bahagian masing-masing...”

“Selepas laporan dihantar ke Ibu Pejabat, kita akan buat analisis. Kalau ada kekurangan, kita akan lihat di mana lompangnya...antaranya bolehkah dirujuk kepada sektor tertentu dan dari segi parti, kalau masih ada percakaran dalam bahagian terbabit, kita akan panggil pihak berkenaan. Ini semua sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya.

Read more..., please click
here

Friday, May 20, 2011

Puad Zarkashi “Sindir” Hishamuddin…?? Macam Nak Kata Hishamuddin Nie Lembab Laaa…!


Semua pihak perlu menjadikan kes jenayah seksual yang dihadapi oleh Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn sebagai contoh kerana tiada layanan istimewa diberikan kepadanya.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bertindak cepat dengan menangkap, menggari dan meletakkannya di dalam lokap ekoran dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang pengemas bilik hotel.

"Tiada saksi lain dan tiada rakaman CCTV atau kamera tersembunyi tetapi pihak polis bertindak cepat. Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibenarkan diikat jamin dan akan didakwa esok walaupun cuba menafikan tuduhan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya, Strauss-Kahn bukan calang-calang individu malah beliau merupakan antara orang paling berpengaruh di dunia dan bakal dicalonkan sebagai Presiden Perancis.

"Dalam soal tuduhan jenayah itu, tiada keistimewaan diberikan terhadap beliau. Keadaan itu sama juga dengan Presiden Itali yang didakwa kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur Maghribi..."

"Tetapi dalam kes liwat dan video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang yang kena tuduh menggunakan rakyat, pentas ceramah politik dan demonstrasi jalanan untuk mempertahankan diri dan proses mahkamah dipermainkan sehingga berlaku penundaan hampir dua tahun."

"Diharap dalam proses bela diri tiada keistimewaan akan diberi sehingga tertangguh pula sampai dua tahun lagi."

"Pihak berkuasa sama ada polis dan Peguam Negara perlu tegas walaupun Anwar orang ternama tetapi apa beza beliau dengan Strauss-Kahn, Silvio Berlusconi ataupun Ariel Peter Pan," katanya.

Kata Mohd. Puad , Anwar perlu dilayan seperti rakyat biasa yang didakwa di mahkamah.

Utusan Online…, please
click here

Thursday, May 19, 2011

Ajaran Sesat Pas Buat Ustad Bob Lokman Makan Kawan... Belasah Awie & Jamal Abdillah Depan Orang Ramai!


Kalau nak belajar ilmu kutuk orang, nak kutuk kawan kawan sendiri, cepat2lah masuk Pas jadi penceramah...!

Tengok macam Bob Lokman sekarang dah kena usung kesan sini jadik penceramah Pas. Bukan nak cerita soal hukum agama, bukan nak berdakwah bagi tau pasal tafsir quran, bukan nak kongsi cerita sirah nabi.., tapi sibuk dok cerita pasal diri sendiri!!

Kalau tobat sangat, maknanyer selama dia hidup dulu makan duit haram salahkan diri sendiri la apa pulak salah kerajaan BN. Kepala hotak dia semua salahkan kerajaan BN... Kalau kerajaan BN nie tak islamic, yang kita ade JAKIM, ade IKIM, Tabung Haji dok urus orang2 Pas pi buat haji tu amendernyer???

Dalam kerajaan BN takde Ustaz yang tauliah ker..., imam2 masjid besar semua tu bukan kerajaan BN punyer hasil product ker?? Bob Lokman nie makin tak sihat lepas masuk Pas...!

Tengok video klip [please
click here..], bukannya nak ceramah pasal agama tapi sibuk dok kutuk kawan kawan dia yang dulu sama sama jadik artis. Ade satu part Bob Lokman mengaku berahi bila dekat dekat dengan Fasha Sanda dengan Maya Karin.... Memang hipokrit Bob nie, nak lama dok enjoy berahi tiba2 sekarang nak tunjuk alim konon!

Wednesday, May 18, 2011

Semua Rakyat Malaysia Kena Doakan Tun Mahathir Cepat Sembuh....!!

LG nak mintak semua rakyat Malaysia tolong kita sama sama doakan agar ayahanda Tun M cepat sembuh, please…!!!! I luv u so much ayahanda Tun M…!

Dah sebar news ari nie Tun M masuk IJN, hopefully not serious and get well soon please my ayahanda.

Peha Gebu Jasmin Hamid Dah Tak Gebu Lagi Lepas Kena Air Panaaas..!!! Penyokong Pakatan Tuduh Ini Kerja BN..??? Haa haaa...


Tengok nie…., mesti orang lakii2 geramm tengok peha gebu Jasmid Hamid kan..???



Sekarang, tengok nie pulak. Dah tak gebu lagi dah…!! Peha Jasmin Hamid lepas terkena air panas, tak gebu dah, lepas nie kena buat skin treatment!!!

Malang tak berbau, kesian bila dapat news peha kanan dan betis kiri pelakon Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena rebusan air panas…..!! Tengok gambar kat atas tu pun boleh tawu mesti pedih gilerr…

Ketika itu Jasmin berada di set pengambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia beliau sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.

LG doakan semoga Jasmin cepat sembuh….

Tuesday, May 17, 2011

Now, The Message Is Very CLEAR..!!! Hakim Yakin Dengan Saiful..., Anwar Ibrahim Ke Penjara Sg Buloh!!

LG dah baca in details keputusan Hakim Zabidin dalam kes liwat Anwar – Saiful. Yang paling penting bila Yang Ariff Zabidin kata ada prima facie..., dan tersangat2 penting sekali bila Zabidin kata dia betul betul yakin dengan keterangan Saiful, tak nampak ada tokok tambah, yang nampak adalah kejujuran..!!!

Memang maut punya ayat boleh buat Anwar Ibrahim terbayang2 dah akan duduk diam balik kat sel Sungai Buloh...

Kalau ikut pandangan jujur LG, tujuan Hakim Zabidin panggil Anwar into bela diri hanya nak bagi peluang jangan nanti Anwar dengan pengikut2 dia dok kata Mahkamah tak adil..., tak bagi peluang bela diri! Biasalah they oLz nie pakar buat spekulasi ajak rakyat selalu salah faham, lepas tu benci kerajaan, benci polis, benci hakim!!

Satu lagi yang kita patut sedar dalam kes liwat Anwar – Saiful nie, langsung tak nampak belang Karpal Singh tunjuk terror, macam tak nak all out bela Anwar.., kenapa???

Cuba tengok sini apa kata Zabidin pada sudut performance defence team Anwar... “Tiada apa yang datang daripada pemeriksaan balas SP1 atau saksi-saksi lain yang boleh mencadangkan bahawa apa yang diberitahu oleh SP1 adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Saya mendapati keterangan SP1 tidak terjejas....”

Nampaknya Anwar Ibrahim dah boleh tinggalkan wasiat kat semua Pkr leaders.., tak lama lagi dia nak masuk balik ke sel Sungai Buloh!

Baca keputusan Hakim Zaibidin;

Dalam penghakimannya, Hakim Mohamad Zabidin berkata, Mohd. Saiful Bukhari adalah saksi yang jujur dan boleh dipercayai yang memberi keterangan tanpa segan silu atau menokok tambah berhubung kejadian liwat tersebut.

"SP1 (Saksi pendakwa pertama - Mohd. Saiful Bukhari) telah disoal balas dengan panjang lebar, SP1 secara konsisten menggambarkan dengan terperinci bagaimana tertuduh memasukkan zakarnya ke dalam dubur pengadu dengan bantuan cecair pelincir.

" Tiada apa yang datang daripada pemeriksaan balas SP1 atau saksi-saksi lain yang boleh mencadangkan bahawa apa yang diberitahu oleh SP1 adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Saya mendapati keterangan SP1 tidak terjejas.

" Saya mendapati SP1 adalah saksi yang bercakap benar dan tanpa segan silu atau menokok tambah dalam keterangannya semasa menjelaskan bagaimana dia diliwat oleh tertuduh pada masa dan tempat sebagaimana dalam pertuduhan, " ujarnya.

Beliau sebelum itu berkata, pihak pembelaan cuba menggambarkan pengadu sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai dengan mendakwa pemuda itu bukan penganut agama Islam yang baik, datang daripada keluarga yang berpecah-belah termasuk adik perempuannya yang telah kahwin lari selain pengkhianat kepada Barisan Nasional apabila mengundi PKR pada pilihan raya umum.

Hakim Mohamad Zabidin menegaskan fakta-fakta tersebut adalah tidak relevan dalam menentukan kredibiliti pengadu tetapi terdapat aspek lain yang perlu diberi perhatian.

Beliau berkata, mahkamah perlu meneliti hujahan peguam berhubung tingkah laku pengadu seperti tidak lari selepas diliwat sebaliknya makan dan minum bersama tertuduh, melakukan segala arahan tertuduh ketika kejadian, tidak membuat aduan kepada pengawal keselamatan dan tidak membuat laporan polis dengan serta-merta.

Menurutnya, pihak peguam mendakwa tingkah laku sedemikian menunjukkan bahawa Mohd. Saiful Bukhari tidak boleh dipercayai, seorang penipu dan mencadangkan pihak pendakwaan menuduh pemuda itu di mahkamah mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana memberi keterangan palsu.

Hakim tersebut bagaimanapun berpendapat bahawa adalah tidak wajar untuk beliau menggunakan kegagalan Mohd. Saiful Bukhari melarikan diri, membuat aduan atau membuat laporan polis bagi menunjukkan bahawa kejadian liwat itu tidak berlaku.

Jelas beliau, tidak sukar untuk memahami kenapa pengadu berkelakuan sedemikian kerana dia ketika itu berusia 22 tahun, bukan pekerja biasa tetapi pembantu peribadi kepada tertuduh yang menjadi idola dan dianggap mempunyai karisma selain pengadu diberi layanan istimewa oleh tertuduh malah menghadiahkannya pakaian.

Selepas mendapati kredibiliti Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas dengan tingkah lakunya itu, menurut Hakim Mohamad Zabidin, soalan seterusnya adakah keterangan tertuduh yang mendakwa dia diliwat boleh diterima dan selamat untuk mahkamah memanggil tertuduh membela diri.

Utusan Online..., please click here

YES...!! LG Sokong 100% Blogger Gap


Bila Anwar Ibrahim diarahkan bela diri dalam kes liwat Saiful, tiba tiba jer Anwar Ibrahim cepat cepat divert isu, nak try babitkan our PM Datuk Sri Najib pulak dah...

Memang betul pesan Tun Dr Mahathir, melayu jangan mudah lupa please... Ingat baik baik masa first press conference Pkr kat hotel Quality Shah Alam lepas kecoh Saiful kena liwat. Masa tu Anwar dah menyorok kat Embassy Turkey. Bila media tanya “where was Anwar ?” masa Saiful kata diliwat... Nurul Izah cepat cepat mencelah “he was with us..!!”.

Betul kata Blogger Gap [please click here], alibi yang paling penting sebenarnya ialah famili Anwar especially Nurul Izah dengan Wan Azizah... Apa yang sibuk nak panggil Datuk Sri Najib pulak..???

Tengok balik video klip nie baik baik.....

Monday, May 16, 2011

Anwar Ibrahim Kena Bela Diri… Kenapa Pakatan Tak Sibuk Buat Demo? Anwar Ibrahim Dah Laku…??


Agak agaknya dah takde value untuk Pakatan supporters buat demo protes untuk Anwar Ibrahim.., dah tak macam dulu dulu lagi dah!

Ingat lagi masa zaman court kat dataran merdeka, bila ade kes Anwar Ibrahim esti road bliock sana sini. Kalau tiba masa untuk court buat keputusan, lepas tu mesti ade berarak, ade demo, ade leaders yang berucap kata macam macam.., kata Anwar kena fitnah la, konspirasi kerajaan dengan kerjasama Umno lah… Lepas tu mesti ade cerita pasal FRU guna Water Canon sebab supporters Anwar Ibrahim tak nak bersurai…..

Sekarang yang pergi court untuk kes Awnar pun alahai ciput jer..! Ntah mane pergi supporters Anwar Ibrahim…? Nampak sangat selama ini yang penuhkan tempat ceramah adalah Pas punya supporters…, bukan Pkr! Anwar Ibrahim tumpang jer big crowd untuk jual minyak ceramah dia

Kalau tengok betul2 dari hujah Hakim Zabidin memang dah clear dah.., Hakim yakin dengan bukti buktti dan saksi saksi Prosecutor’s team. Maknernyer ade kes dan sebab itulah Anwar kena enter defense kali nie Anwar kena bawak saksi dia pulak….

Hanya masa yang menentukan, matter of time untuk Anwar Ibrahim lagi sekali masuk penjara Sungei Buloh…

Sunday, May 15, 2011

Jujur Dari LG..! Dah Tiba Masa Hishamuddin Tun Hussein Jadi Anak Jantan.... Please la!!


Owh please...!!!

Kenapalah menteri sorang nie tak tegas langsung?? Takut aper la dengan pe’el Pakatan leaders? Skarang nie macam dah takut dengan undang undang...., dah tak kisah plak dengan kuasa polis dan undang2...

Banyak dah dan macam macam dah yang dibuat oleh leaders Pakatan yang sebenarnya boleh tanam perasaan benci rakyat pada kerajaan.., dan penting semua kerja jahat they oLz nie pun dah berjaya buat rakyat tak respect polis, hakim dan banyak agensi kerajaan.

Punca semua nie hanya ade satu solution untuk cepat bertindak... “ketegasan Menteri Dalam Negeri”. Mestilah ade satu aura sorang Menteri KDN! Aura yang terpanacar secara automatic bila nampak kelibat dia jer orang tak berani nak buat perangai sesuka hati lebih2 lagi kalau nak kaitkan dengan “unrest situation”.

Citer citer panaas macam majlis paderi yang dikatakan “berpakat sulit” jadikan kristian agama rasmi..., kes Azmin Ali tengking polis siap panggil polis anggota cabok suruh diam.., dan yang terkini Zuraidah MP Ampang terang terang hasut rakyat dalam majlis terbuka, sesuka hati Zuraidah tuduh pihak berkuasa ade authority untuk “frame” mana mana orang jadikan kambing hitam untuk kes bunuh yang babitkan high profile VIP...

Enough is enough please...!! Cepatlah bertindak jangan bagi ruang untuk leaders Pakatan semakin melampau bagi betis nak peha....

Meh sini, u oLz semua MUST read pandangan Blogger frenz yang memang bernas dan KDN mesti look into these matters very very seriuosly please....!!!!

Zuraidah Hasut Rakyat..., please click
here

Hishamuddin Must Change...., please click here

Azmin Ali Bodohkan Polis..., please click here

Saturday, May 14, 2011

WOW! Janda Umor 50 Tahun Anak 5 Masih Vouge & HOT..! RM38,888.88



First of all LG nak ucapkan Congratulations to Kak Ku Yah yang dah selamatkan akhiri zaman ibu tunggalnya. Masih VOUGE!! Hot Mamaaa.... Memang LG respect tabik spring, toiingg... kat Kak Ku Yah kita nie...

Walaupun ex hubby dah pilih penyanyi nombo satu CT Nurhaliza, tapi Kak Ku Yah masih laku bebey..! Masih ada yang mau taw... Anak dah 5 pun hantaran RM38,888.88 lagi...! LG nie sape yang mau.., huu huuu huuuu.... Nak isi kuota Abang Jemm pun dah takde kosong!!

Mengambil masa lebih 5 tahun untuk mengubat hati serta menerima cinta baru semula, bekas isteri, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K), Tengku Zawyah Tengku Izham akhirnya memilih seorang ahli perniagaan, Datuk Rayyan Joseph King sebagi suaminya.

Pasangan ini dinikahkan dengan sekali lafaz oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali yang juga merupakan wali hakim kepada pihak pengantin perempuan tepat pukul 11.06 pagi, semalam di Hotel Royale Chulan

Read more... please click
here

Blog Dah Ok..! Meh Sini, LG Nak Kongsi Nie Cerita..., Dua Yb Kat Selangor Ditanggung Operator Pasir Haram???

Kus semangatt..! Semalaman LG risau bila dah boleh bukak sign on blog, ade technical problem plak.. Rasa rindu gilerr tak baca updates from Blogger frenz macam Abg Gap, Gomo, Rbf, House PK yang memang otai dalam bab bab nak telanjangkan Pakatan nie..

Allhamdulillah, lepas subuh tadi bila check dah ok, dah boleh blog balik. Nampak banyak articles otai otai bloggers pun tarik napas lega dah boleh blog balik.

OK, actually malam kelmarin LG lepak dengan geng geng yang kuat support Pakatan. Ade pulak kisahnya pasal Yb Zuraidah MP Ampang yang baru baru nie try nak fitnah Umno daftar pengundi warga Indon... Cerita tak masuk akal, dah plak tu surat yang Zuraidah tunjuk sebenarnya palsu!!

Bila masuk bercerita pasal Zuraidah, ade pulak yang kenal rapat dengan sorang bisnesman yang buat bisnes pasir kat Selangor tiba tiba bukak mulot... Cerita Panasss...!

Ikut ceritanya, ade sorang operator pasir haram, kira macam taiko curik pasir laa... Taiko nie jawa kaya tinggal kat Labohan Dagang. They oLz panggil dia Selamat Pistol... Agak agaknyer dia nie bawak pistol kot itu la sebab they oLz panggil dia Selamat Pistol??
Story nyer Selamat Pistol nie yang jadik financial sponsor dua Yb Selangor. Yb Sri Muda yang lawan Sultan, si Suhaimi. Sorang lagi dah tentulah Zuraidah... Memang nampak susah nak percaya kalau babitkan nama Zuaraidah sebab apa kena mengena dia dengan operator pasir haram? Tapi dalam politik nie macam macam adaaa... Ikut story teller kata Selamat Pistol yang sebut sendiri dia “funder” tabung politik MP Ampang..!!

Haaa tapi kalau kata Selamat Pistol orang kaya Labohan Dagang jadik payung sponsor Yb Suhaimi tiap2 bulan itu tak heraann la! Sebab Yb Suhaimi memang kerja dia jaga pasir kat Selangor...

Kalau sungguh bagai dikata.., ceh wah! Maknanyer leaders Pakatan nie pun samalah jadik penyamun? Pergi sana sini dok kata macam macam pasal leader BN rasuah lah itulah inilah.. Tapi sebenarnya they oLz pun kaki sebat jugaks..!!

Wednesday, May 11, 2011

YESS..!! Terbaik Untuk Dibaca... Must Read!


LG nak kongsi an article from one of our Blogger fren, please click here

Sibuk Nak Panggil PM Pandi Kutty…?? Datuk Sri Najib Boleh Tidur Lena.., Tapi Anwar Ibrahim Yang Tak Boleh Tido!!!



Dah semakin kesian LG tengok nasib Anwar Ibrahim…

Real desperado politician he is!! Dah tak ade modal lagi dah.., main attack personal plak dah. Dah mula main maki hamun sekarang…

Bila baca Utusan, statement balas dari our Prime Minister Datuk Najib kata “perbezaan pendapat dalam politik seharusnya tertumpu kepada soal dasar dan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat dan bukannya dengan menyerang peribadi orang lain.

Read more…, please click here

Tuesday, May 10, 2011

Haaa haaa…! Cubaan Nak Bunuh Anwar Ibrahim???? Buat Lawak Jer Laa, Dah Jadik Cerita Kartun Dah

Bila baca news driver Anwar Ibrahim buat report polis suspect ade pihak nak sabotaj kereta yang selalu Anwar naik, dah macam kartun pun ade gakss..

Boleh..? Insiden jadik 19 April tiba tiba bila Anwar Ibrahim teringat kes liwat Saiful dah dekat, dia suroh driver pegi buat repot polis. Tu dah tak ade lain modal nak carik jalan nak salahkan BN aje la nampaknya…!

Kenapa la makin teruk auta belit Anwar Ibrahim nie? Video sex dah makin ramai orang percaya itu Anwar pun boleh jadik sebab dia nak isu baru mcam nie nanti boleh la divert isu sebenar…

Thank you la our Blogger fren Jeffry Damien buat gambar Anwar Ibrahim macam nie.., heee heeee heeee!!!! Memang macam cerita tamil!!! please click here

Sayu Giler Hati Ini..!! Comelnya Nur Syaza Sakinah Yang Masih Hilang Di Ulu Bendul…..

Nur Syaza Alisa [kanan sekali], Nur Shaza Azira [kiri sekali], dan Nur Syaza Sakinah [tengah] tidur, gambar ini sebelum kejadian ngeri….

Untuk rekod, mayat Alisa ditemui pada jam 3.15 pagi manakala mayat adiknya, Azira pula dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada 10.20 pagi pada jarak di antara 300 dan 500 meter dari lokasi tempat kejadian.

Sakinah masih hilang…!! Marilah kita berdoa kehadrat Allah swt agar cepatlah maslah nie selesai, besarnya dugaan untuk ibu anak anak ini…

Ini wajah ibu ketiga tiga anak comel yang dihanyutkan air deras… Wan Azleela yang masih menunggu segala usaha yang dibuat untuk mencari Sakinah.

Kata OCPD Kuala Pilah, Jaafar Baba ada lebih 150 orang terbabit mencari adik Sakinah, setakat ni belum ada perancangan berhentikan operasi mencari…

Operasi dibantu oleh Bomba, JPAM, Rela, Smart dengan polis. Dan ada jugak penduduk kampung terus lagi usaha mencari

Inilah dia ayah kepada tiga tiga adik beradik yang hilang kena hanyut…. Untuk rekod, Syed dengan Wan Azleela dah berpisah

Syed ke kawasan perkelahan popular Ulu Bendul dengan ketiga tiga anak dan teman wanitanya, Alwani Abu Hassan, 19 tahun. Ikut cerita, Syed dengan Alwani pun dihanyutkan air deras tapi berjaya menyelamatkan diri….

Kesiannya nasib malang yang menimpa Wan Azleela kehilangan 3 orang anak yang comel comel…, Ya Allah berikanlah kekuatan buat Wan Azleela!!



Cerita asal... please click here

Monday, May 9, 2011

Bengong Punya Pas..!! Kenapa TAK Nak Buat Solat Hajat Untuk Adik Nur Syaza Sakinah..???



PAS sibuk nak buktikan ade konspirasilah kes video sex Anwar Ibrahim… Buat solat hajat berduyun duyun bukan main lagi! Yang nampak kebenarannya bila full version video semakin clear muka Anwar Ibrahim tapi…, makin kuat Pas melalak kata fitnah..!

Kan lebih baik kalau Pas usung Nik Aziz pergi ke Kuala Pilah buat solat hajat 7 hari 7 malam mintak percepat dapat jumpa Adik Nur Syaza Sakinah yang hilang hanyut kat Hutan Lipur Ulu Bendul… Memang sah lah Pas nie jadik alat yang digunakan untuk politik Pakatan Pembangkang! Kalau betul nak perjuangkan islam, inilah peluang terbaik. Letak tepi soal politik, jadi champion isu isu macam nie… Bengong punya Pas!!

Usaha Cari Sakinah Diteruskan….

KUALA PILAH 8 Mei - Jika dihitung detik sejak Nur Syaza Sakinah Said Ahmad, 2, dihanyutkan arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini, ia sudah pun menjangkau enam hari.

Namun, Ketua Polis Daerah, Supritendan Jaafar Baba berkata, operasi mencari akan tetap diteruskan sehingga dimaklumkan kelak malah misi itu diperhebatkan hari ini sehingga melibatkan jarak sejauh 15 kilometer

"Tumpuan kita kini di kawasan yang mungkin terdapat pembayang kanak-kanak itu dan kawasan berkenaan akan diperiksa secara menyeluruh oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) dengan bantuan unit anjing pengesan (K9) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek dan isteri, Datin Norainee Mohd. Yatib serta Pemuda Barisan Nasional (BN) Kuala Pilah.

Dalam kejadian Selasa lalu, tiga beradik hilang selepas dihanyutkan arus deras kepala air ketika berkelah di taman rekreasi itu bersama bapa mereka.

Mayat dua daripada mereka, Allahyarham Nur Syaza Alisa, 5, dan Allahyarham Nur Syaza Azira, 4, ditemui sehari kemudian dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Seremban, manakala Nur Syaza Sakinah masih hilang sehingga hari ini.

Menurut Jaafar, pihaknya juga menggunakan kayak menyusuri sungai sejauh lebih 11 kilometer sehinggalah penghujung pertemuan sungai besar.

"Setiap hari, tidak kurang 150 orang akan menyertai operasi ini melibatkan agensi kerajaan dan penduduk sekitar, selain keluarga kanak-kanak itu," katanya.

Kata Jaafar, antara kesukaran yang dihadapi dalam operasi mencari ini adalah halangan rumput dan buluh serta ranting kayu yang terdapat dalam sungai selepas kawasan mandi di hutan lipur itu.

"Pemeriksaan juga dilakukan di kawasan 20 meter dari tebing sungai ke arah darat selain saliran sungai. Pencarian juga akan dibuat berkali-kali dari kawasan kanak-kanak itu hanyut," katanya.

Sementara itu, Hasan berkata, kawasan hutan lipur ini tidak akan ditutup kepada orang ramai.

"Tempat ini selamat dan patuhilah arahan pihak berkuasa jika berlaku kecemasan," ujarnya.

Utusan Online.

Friday, May 6, 2011

Ajaran Islam Mana Suruh Bunuh Isteri Sarat Mengandung…??? Ajaran PAS Ke..???


Mula mula dia tembak emak dia yang tengah nyenyak tidur… Lepas tu dia masuk bilik tembak wife dia yang tengah sarat mengandung..! Next victim bunuh baby umur 7 bulan pulak…!

Tak puas lagi tu, bunuh dua anak sedara perempuan umur 3 dan 16 tahun. Ada dua lagi anak sedara berjaya lari selamatkan diri.

Bunuh sebab tak nak peluk agama islam…! Siapa ajar semua nie?

Read more.., please click here

Thursday, May 5, 2011

Video Sex Punya Hal… Nurul Izzah Akui Hubungan Famili Mereka Sudah Tak Macam Dulu…


Nurul Izzah dalam pertemuan dengan beberapa orang temannya yang turut aktif dalam AMK di sebuah tempat di Bangsar Village baru-baru ini.

“Dalam pertemuan kecil itu, seorang rakan lama Izzah menanyakan soalan yang agak sensitif. Apakah Izzah tidak risau dengan tersebarnya video seks pada ketika ini?

“Izzah mengakui dia risau. Izzah lebih risau bahawa ‘rakaman’ tersebut akan merosakkan hubungan ayah dan ibunya. Izzah tidak pernah pun mengatakan insiden tersebut adalah suatu FITNAH JAHAT, KONSPIRASI UMNO dan sebagainya. Izzah selalu refer kepada video tersebut sebagai ‘rakaman’. Tak tahu kenapa.

“Malahan, Izzah selalu mengingatkan kawan-kawan bahawa sebagai manusia biasa – kita biasa sahaja melakukan kesilapan. Kita lemah. Kita selalu terpesong dengan dosa dan noda. Kawan-kawan terpaku dengan kenyataan Izzah. Apa maksud TERSIRAT Izzah ?”

Read more…, please click here